11/04/2023
*DOA LAILATUL QADAR*
Malam ini bermula 10 malam terakhir Ramadhan insyaAllah, yang terkandung di dalamnya satu malam yang lebih mulia dari 1000 bulan. Biasakan membaca doa ini setiap malam sebanyak-banyaknya. Ketika sujud di dalam solat, ketika duduk, berjalan, baring, memandu, bekerja atau apa jua perkara yang dilakukan.
Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah ﷺ iaitu jika saja ada suatu malam yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, lantas apakah do’a yang mesti aku ucapkan?”
Jawab Rasulullah ﷺ: “Berdo’alah:
"Allahumma innaka ‘afuwwun, tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni."
(Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf. Engkau mencintai orang yang meminta maaf, oleh itu maafkanlah aku).”
(HR. Tirmizi dan Ibnu Majah)
Hafal dan baca sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan.
Istiqamah amalan solat jemaah, solat sunat, istighfar, sedekah, selawat sepanjang 10 malam ini.
Semoga Allah mengampuni kita dan memberi peluang kita bertemu lailatul qadar.