Salam Maulidur Rasul 1446H
Pada hari yang mulia ini marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Sabda nabi;
«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)
Taska & Tadika Iman Al Fateh Damansara Aliff Johor
Mendidik Generasi anak2 menjadi insan soleh solehah dunia hingga ke akhiratNya.
28/08/2024
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
dan
*وٓعـٓــلـَيْكُمُ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
Kepada yang telah memberi salam dan
امين يارب العالمين
atas lafaz doa2nya.
Selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad saw
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمن الرحيم
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمةالله وبركاته
dan
*وٓعـٓــلـَيْكُمُ السَّلامُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*
Kepada yang telah memberi salam dan
امين يارب العالمين
atas lafaz doa2nya.
Selawat dan salam kepada nabi junjungan Muhammad saw
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
بسم الله الرحمن الرحيم
وَاِ ذْ نَـتَقْنَا الْجَـبَلَ فَوْقَهُمْ كَاَ نَّهٗ ظُلَّةٌ وَّظَنُّوْۤا اَنَّهٗ وَا قِعٌ بِۢهِمْ ۚ خُذُوْا مَاۤ اٰتَيْنٰكُمْ بِقُوَّةٍ وَّا ذْكُرُوْا مَا فِيْهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): "Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa""
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 171)
وَ اِذْ اَخَذَ رَبُّكَ مِنْۢ بَنِيْۤ اٰدَمَ مِنْ ظُهُوْرِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَ اَشْهَدَهُمْ عَلٰۤى اَنْفُسِهِمْ ۚ اَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ۗ قَا لُوْا بَلٰى ۛ شَهِدْنَا ۛ اَنْ تَقُوْلُوْا يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اِنَّا كُنَّا عَنْ هٰذَا غٰفِلِيْنَ
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 172)
اَوْ تَقُوْلُوْۤا اِنَّمَاۤ اَشْرَكَ اٰبَآ ؤُنَا مِنْ قَبْلُ وَكُنَّا ذُرِّيَّةً مِّنْۢ بَعْدِهِمْ ۚ اَفَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ الْمُبْطِلُوْنَ
"Atau supaya kamu tidak mengatakan:" Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Oleh itu, patutkah Engkau (wahai Tuhan kami) hendak membinasakan kami disebabkan perbuatan orang-orang yang sesat itu?""
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 173)
وَكَذٰلِكَ نُفَصِّلُ الْاٰ يٰتِ وَلَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ
"Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu (supaya nyata segala kebenaran), dan supaya mereka kembali (kepada kebenaran)."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 174)
صدقالله العظيم
Benarlah kata2 Allah yang Maha besar
25/08/2024
🏆 JUARA PIALA FA 2024-2025, JOHOR DARUL TA’ZIM 🏆
TAHNIAH !!
diucapkan buat JOHOR Southern Tigers, JUARA 3 tahun berturut-turut!
MAKLUMAN CUTI PERISTIWA SEMPENA PIALA FA 2024.
Cuti Peristiwa
Hari : Ahad
Tarikh : 25 Ogos 2024
Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin, 26 Ogos 2024.
-25 ゚
17/08/2024
🐝السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Doa pagi ini...
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
🌾Yaa Allah🤲
Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, seluruh ahli keluarga kami, saudara-saudara kami, sahabat-sahabat kami dan seluruh umat islam. Panjangkan umur kami. Kurniakan kami keselamatan & kesihatan yg baik. Tunjukanlah kami jalan yg benar. Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.
Aamiin3x Yaa Allah... 🤲
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
ْ
02/05/2024
JANGAN sekali-kali berkata,
“Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.”
Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah.
Semoga menjadi peringatan sesama kita 🤝
01/05/2024
Awali setiap pagi anda dengan senyuman dan ketenangan hati, istiqomahlah bak matahari yang selalu terbit di pagi hari, terbenam p**a waktu petang,
Kami ucapkan :
Assalamualaikum dan selamat pagi 🫰
Tadika Iman Al Fateh
01/05/2024
"The only way to do great work is to love what you do." - Steve Jobs
Erti: "Satu cara untuk melakukan pekerjaan hebat adalah dengan mencintai apa yang Anda lakukan."
~Semoga dipermudahkan segala urusan didunia hingga ke akhiratNya kelak. In shaa Allah....
Aamiin3x Yaa rabb 🤲
30/03/2024
Bismillahirrahmanirrahim
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum..
Rasulullah SAW bersabda: "Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman, “Siapa sahaja yang berdoa kepadaKu, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepadaKu, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepadaKu, Aku ampunkannya.” (HR Bukhari)
29/03/2024
*Ramadan bulan dimakbulkan doa*
Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. [Riwayat Ibn Majah (1752)]
Menerusi hadis dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan doa, akan dikabulkan.” (HR. Al Bazaar).
Berdoalah setiap masa di bulan ini. Sewaktu sahur, setiap kali lepas solat, sebelum berbuka dan bila-bila masa sahaja. Tuliskan lah doa-doa yang ingin diminta. Doakanlah kebaikan buat seluruh ahli keluarga dan kawan-kawan.
29/03/2024
Salam 18 Ramadhan ✨
"Jika salah seorang di antara kalian berbuka, maka berbukalah dengan tamr ( kurma kering ). Jika tidak dapati kurma, maka berbukalah dengan air kerana air itu mensucikan".
- Hadits dari Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim
29/03/2024
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاثَةٍ عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَبْلُغَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَبْرَأَ
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلاَةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
✅ Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
✅ Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
✅ Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
✅ Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
5. Mendoakan anak-anak diberikan kefahaman agama:
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Semoga kita semua akan menempuh Ramadan kali ini dengan penghayatan yang berbeza.
Semoga bermanfaat buat semua.
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.
Kredit:
USTAZAH ASMA' BINTI HARUN
28/03/2024
🌙 SAHUR YANG SIHAT 🌙
🍞 Utamakan makanan tinggi serat ( nasi beras perang, roti whole meal atau oat, buah & sayur )
🍗 Jangan lupa sumber protein
✖️☕️ Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi
🍶 Minum air secukupnya
⏰ Lewatkan waktu bersahur
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No 6/01, Jalan Aliff 3, Taman Damansara Aliff, Tampoi
Cisaat
81200
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |