
Majelis Darul Musyaffa
Zawiyah Majelis Zikir dan Maulid Nabi Muhammad SAW Khatam Khwajagan Khataman Quran
Operating as usual


Mawlana Syeikh Nazim qs mengatakan, dalam suhbah nya diwaktu yang akan datang banyak murid yang akan meninggalkannya. Murid yang benar-benar tulus sangatlah sedikit disekitarku dan sisanya akan melarikan diri. Kerana akan datang suatu goncangan besar yang akan menyaring setiap orang.
Mereka yang telah mengatasi egonya mereka melebur dalam kehendak Syeikh. Dalam samudera kehendak Nabi saw dan samudera kehendak Allah swt, mereka menjadi pasir yang halus melebur sehingga mereka tersaring masuk kedalam bejana Syaikh. Sementara yang egonya tetap seperti batu, mereka tak dapat masuk saringan dan akan terbuang. Kami berharap untuk tidak menjadi seperti batu, dan mereka yang mendengarkan jagalah ego kalian untuk tidak menjadi seperti batu dan kendalikan ego kalian.
(Mawlana Syeikh Muhammad Hisham Kabbani Rabbani qs)💚💐


Haflah Akhirussanah .nurulhudasetu

Alhamdulillah makasih pak


*PENUKARAN UANG YG BEDA JUMLAHNYA*💰
Zaid punya uang 110 ditukar dgn 100 ribu receh (uang 2 ribuan sebanyak 50 lembar)
Bolehkah praktik penukaran uang yg GK sama nilainya?
💰Menurut ulama’ Syafi’iyyah, hukumnya diperbolehkan, karena mata uang rupiah tidak tergolong mal ribawi.
💰Menurut ulama’ lain, hukumnya gk diperbolehkan, karena mata uang rupiah bisa disetarakan dengan emas dan perak dalam unsur ribawi-nya.
Jadi harus sama nilainya...100 ribu dgn 100 ribu.
kalau mengikuti pendapat imam Syafi'i boleh✍🏻
📚حاشية البجيرمي على الخطيب الجزء السابع ص: 339
(ولا يجوز بيع) عين (الذهب بالذهب و) لا بيع عين (الفضة كذلك) أي بالفضة (إلا) بثلاثة شروط الأول كونه (متماثلا) أي متساويا في القدر من غير زيادة حبة ولا نقصها . والثاني كونه (نقدا) أي حالا من غير نسيئة في شيء منه . والثالث كونه مقبوضا قبل التفرق أو التخاير للخبر السابق . وعلة الربا في الذهب والفضة جنسية الأثمان غالبا كما صححه في المجموع ويعبر عنه أيضا بجوهرية الأثمان غالبا وهو منتفية عن الفلوس وغيرها من سائر العروض . واحترز بغالبا عن الفلوس إذا راجت فإنه لا ربا فيها كما مر ولا أثر لقيمة الصنعة في ذلك حتى لو اشترى بدنانير ذهبا مصوغا قيمته أضعاف الدنانير اعتبرت المماثلة ولا نظر إلى القيمة .والحيلة في تمليك الربوي بجنسه متفاضلا كبيع ذهب بذهب متفاضلا أن يبيعه من صاحبه بدراهم أو عرض ويشتري منه بها أو به الذهب بعد التقابض فيجوز وإن لم يتفرقا ولم يتخايرا .
قوله : (وعلة الربا إلخ) أي حكمته فلا ينافي كون حرمة الربا من الأمور التعبدية كما قرره شيخنا العشماوي وإنما كان حكمة لا علة لأن الحكم يدور مع العلة وجودا وعدما والحكمة لا يلزم اطرادها . وعبارة ق ل لو قال وحكمة الربا لكان أقوم إذ لا ربا في غيرها وإن غلبت الثمنية فتأمل ولعل عزوه لبراءته من عهدته وكذا ما بعده فقوله وهي منتفية إلخ مضر أو لا حاجة إليه ا هـ بحروفه .
📚إعانة الطالبين الحزء الثالث ص :12-13
(وشرط في بيع) ربوي وهو محصور في شيئين (مطعوم) كالبر والشعير والتمر والزبيب الملح والارز والذرة الفول (ونقد) أي ذهب وفضة ولو غير مضروبين كحلي وتبر (بجنسه) كبر ببر وذهب بذهب (حلول) للعوضين (وتقابض قبل تفرق).
(قوله: ونقد) قال في التحفة وعلة الربا فيه جوهرية الثمن فلا ربا في الفلوس وإن راجت . اهـ.
📚قول المنقح ص. ٥
فإن بيعت الأوراق مثلها متماثلا أو متفاوتا كان من قبيل بيع النقد بنقد في الذمة فتجري فيه شروط الربوي فإن اتفق في الجنس كفضة بفضة اشترط في صحة العقود الحلول والتقابض

Syeikh Abdul Rahman Minangkabau Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah
==========================
PERKEMBANGAN thariqat shufiyah di Minangkabau sudah cukup lama. Mulai Islam masuk di Minangkabau, Thariqat Syathariyah serentak berkembang sama. Penyebar Islam yang pertama di Minangkabau ialah Syeikh Burhanuddin Ulakkan, salah seorang murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Daripada Thariqat Syathariyah ia berlanjutan dengan Thariqat Naqsyabandiyah.
Ulama yang diriwayatkan ini adalah ulama Minangkabau yang sangat memahami dan mengamalkan kedua-dua thariqat tersebut. Walau bagaimanapun, setelah wafat Syeikh Abdur Rahman al-Minankabawi dan Syeikh Ismail al-Minankabawi, terjadi pertikaian pendapat atau khilafiah mengenai 'Thariqat Naqsyabandiyah'. Pertikaian itu dimulai daripada beberapa tulisan Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Lathif yang juga berasal dari Minangkabau tetapi mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai imam dan khatib Mazhab Syafie di Mekah.
Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi dibantah keras oleh ulama besar lain yang berasal Minangkabau iaitu Syeikh Muhammad Sa'ad Mungka al-Minankabawi yang berasal dari Mungkar Tua, Minangkabau. Polemik antara mereka berjalan terus hinggalah kemunculan Dr. Syeikh Jalaluddin dengan 'Persatuan Pembelaan Thariqat Islam' (singkatan PPTI).
Beliau juga mendapat tentangan. Yang agak menarik ialah golongan yang menentang beliau adalah daripada lingkungan ulama Thariqat Naqsyabandiyah juga. Yang menentang ialah Syeikh Sulaiman ar-Rasuli yang termaktub dalam karya berjudul Tabligh al-Amanat fi Izalah al-Munkarat wa asy-Syubuhat. Selesai penulisan pada 19 Jumadilakhir 1373 H/23 Januari 1954 M. Dicetak oleh Mathba'ah Nusantara, Bukit Tinggi, 1373 H/1954 M.
Pendidikan
Nama lengkap ulama yang dibicarakan ini ialah Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah al-Minankabawi. Ulama ini dilahirkan pada tahun 1192 H/1777 M di Batuhampar, Payakumbuh, Sumatera Barat. Ayahnya Abdullah bergelar Rajo Baintan dan ibunya terkenal dengan sebutan Tuo Tungga. Memperhatikan nama orang tuanya, Abdullah, negeri asal dan tahun kelahirannya ada kemungkinan Syeikh Abdur Rahman ini adalah adik-beradik dengan Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minankabawi (wafat 1280 H/1863 M), ulama besar ahli Thariqat Naqsyabandiyah yang sangat terkenal yang dibicarakan sebelum ini.
Penelitian lanjut masih diperlukan. Pada sekitar usia 15 tahun Abdur Rahman belajar agama daripada seorang ulama di Galogandang, Batusangkar, juga di daerah Sumatera Barat. Dari sana, dia melanjutkan pelajarannya ke Tapaktuan, Aceh Barat, selama lapan tahun.
Kemudian, dia berangkat ke Mekah untuk melaksanakan haji dan memperdalam pelajarannya selama tujuh tahun. Dipercayai sewaktu beliau berangkat ke Mekah, pada masa itu di Mekah telah terdapat ramai ulama dunia Melayu yang terkenal di antaranya ialah Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi, Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan lain-lain.
Dipercayai bahawa Syeikh Abdur Rahman Minangkabau pernah belajar daripada Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Dalam beberapa pengajian Syeikh Abdur Rahman Minangkabau bersama-sama dengan Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau menadah kitab belajar daripada ulama-ulama yang lebih tua kerana pada masa itu Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau, selain mengajar, juga belajar. Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau bertindak sebagai 'Ketua Thala'ah' (tutor) sedangkan Syeikh Abdur Rahman Minangkabau adalah di bawah kelompok tela'ahnya.
Selain belajar daripada ulama-ulama yang berasal dari dunia Melayu seperti yang disebut itu, Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau dan Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau juga sempat belajar daripada ulama-ulama yang berasal daripada bangsa Arab yang terkenal pada zaman itu.
Di antara mereka ialah Syeikh Utsman Dimyathi, Syeikh Muhammad Sa'id Qudsi, Syeikh Muhammad Shalih bin Ibrahim ar-Rais, Saiyid Ahmad al-Marzuqi, Syeikh Abdullah Afandi dan ramai lagi.
Perbandingan ketokohan
Banyak cabang ilmu yang telah dikuasai oleh Syeikh Abdur Rahman Minangkabau. Yang paling digemarinya ialah tilawah al-Quran, sekurang-kurangnya tujuh qiraah dikuasainya dengan baik. Sebagaimana telah disebutkan, Syeikh Abdur Rahman Minangkabau juga adalah seorang penganut Thariqat Naqsyabandiyah dan merupakan seorang mursyid Thariqat Naqsyabandiyah, iaitu sama dengan Syeikh Ismail Minangkabau. Walau bagaimanapun, Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau lebih menyerlah dalam sejarah jika dibandingkan dengan Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau.
Pop**ariti ini mungkin disebabkan beberapa faktor, antaranya ialah Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau mengajar di rumahnya di Mekah dan Masjid al-Haram Mekah, sedang Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau hanya mengajar di negerinya sendiri. Faktor lain ialah Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau menyebar ilmu dan Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah dalam kerajaan Riau-Lingga. Selanjutnya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau membuka tempat suluk di Semabok, Melaka, Pondok Upih di Pulau Pinang dan juga membina tempat suluk di Kedah dan Perak.
Faktor lain p**a, walau pun Syeikh Abdur Rahman Minangkabau juga menghasilkan karangan mengenai tasawuf, namun nama yang ditulis pada karangan hanya 'Abdur Rahman' saja, bererti belum cukup jelas. Dalam simpanan saya terdapat dua buah manuskrip karya beliau, sebuah mengenai Thariqat Syathariyah dan sebuah lagi mengenai Thariqat Naqsyabandiyah. Kedua-dua karya tersebut belum pernah diterbitkan dalam bentuk cetakan. Ini jelas berbeza dengan karya-karya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau yang nama beliau ditulis secara lengkap. Karya-karya Syeikh Ismail bin Abdullah Minangkabau selain dijumpai dalam bentuk manuskrip, beberapa judul karyanya juga tersebar berupa bahan cetakan.
Zawiyah Suluk
Walaupun realiti perbandingan di atas, kita tidak dapat memandang kecil peranan Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau kerana beliau telah menghabiskan waktu-waktu hidupnya belajar selama lebih 40 tahun, dan beliau p**ang ke kampung halamannya, Batuhampar, pada usia lebih 60 tahun. Tak ubahnya seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan beberapa ulama dunia Melayu lainnya yang p**ang ke kampung halaman pada usia yang sudah sangat lanjut kerana jihad menuntut ilmu demi kemuliaan Islam.
Apabila Syeikh Abdur Rahman Minangkabau tiba di kampung halamannya, beliau segera melancarkan ke
giatan dakwah dan pendidikan di lingkungan masyarakatnya yang masih sangat terbatas pengetahuan keagamaannya. Akhirnya beliau berhasil mendirikan zawiyah pendidikan menurut tradisi di Minangkabau, tak ubahnya seperti pondok di Patani atau pondok-pesantren di Jawa. Namun ada sedikit bezanya kerana di zawiyah beliau itu disediakan p**a tempat untuk melakukan suluk.
Tradisi suluk di satu tempat secara dibimbing oleh seorang 'Syeikh Mursyid' sangat terkenal dalam Thariqat Naqsyabandiyah al-Khalidiyah, tetapi beberapa thariqat lain tidak mempop**arkan istilah itu, namun istilah yang lebih disepakati ialah 'khalwat'. Istilah 'khalwat' adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh Saiyidina Ali bin Abi Thalib Karramahullahu wajhah melakukan zikir dalam khalwat (maksudnya: melakukan zikrullah di tempat yang sepi seorang diri).
Lama kelamaan tempat suluk yang diasas dan dibimbing secara langsung oleh Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau itu dikenali dengan nama 'Kampung Dagang' kerana ramai orang pendatang menuntut ilmu ataupun bersuluk ke tempat itu. Dikatakan antara 400 hingga 1,000 orang datang belajar thariqat dan bersuluk di zawiyah Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau setiap tahun.
Generasi penerus
Apabila Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau wafat pada tahun 1317 H/1899 M, lembaga pendidikannya dilanjutkan oleh anaknya Syeikh Arsyad bin Syeikh Abdur Rahman Minangkabau. Pada masa pimpinan Syeikh Arsyad bin Syeikh Abdur Rahman Minangkabau, cabaran golongan penentang thariqat sangat dirasakan. Sebagai contoh, Syeikh Amrullah (datuk pada Prof. Dr. Hamka), adalah seorang pengamal Thariqat Naqsyabandiyah, tetapi anak beliau Dr. Syeikh 'Abdul Karim Amrullah adalah seorang tokoh pembaharuan yang menolak thariqat.
Ada orang meriwayatkan bahawa Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau selain aktif dalam bidang pendidikan dan dakwah Islam, beliau juga mempunyai beberapa orang keturunan yang aktif dalam bidang-bidang lainnya, termasuk politik. Menurut riwayat Dr. Muhammad Hatta yang dikenali di Indonesia sebagai tokoh 'Bapak Proklamator Kemerdekaan Republik Indonesia' bersama Soekarno adalah salah seorang keturunan Syeikh Abdur Rahman bin Abdullah Minangkabau. Selain dianggap tokoh tertinggi Indonesia, Dr. Muhammad Hatta juga pernah menjadi 'Wakil Presiden Republik Indonesia' (yang pertama sewaktu Indonesia mulai merdeka). Selain itu nama beliau ditonjolkan p**a sebagai 'Bapak Koperasi Indonesia'.
Pandangan
Thariqat shufiyah, termasuk Thariqat Naqsyabandiyah, atau apa pun namanya, adalah kaedah ke arah menyuburkan kerohanian dalam Islam. Oleh itu ajaran tersebut perlu dipertahan dan dikembangkan. Para ahlinya perlu memberi penjelasan kerana ada pihak-pihak tertentu yang beranggapan bahawa thariqat shufiyah adalah termasuk dalam kategori ajaran sesat. Anggapan seperti demikian perlu dijawab bahawa ajaran thariqat shufiyah adalah merupakan 'zikrullah'.
Sedangkan 'zikrullah' adalah sangat banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Dengan demikian perlu ditegaskan bahawa ajaran thariqat shufiyah adalah berdasarkan al-Quran, hadis Nabi s.a.w., dan ijmak ulama sejak dulu hingga sekarang.
Sejak dulu hingga sekarang, selain para ulama mengamalkan sesuatu thariqat shufiyah, dalam masa yang sama ia juga diamalkan oleh para sultan dan pembesar dalam dunia Islam termasuk sultan dan pembesar di dunia Melayu. Memperhatikan dunia yang penuh cabaran seperti sekarang ini, sangatlah perlu bagi kita, mulai rakyat jelata hingga para pemimpin yang beragama Islam, menyisihkan sedikit waktu untuk melakukan 'zikrullah'.
Marilah kita mulai melakukan 'zikrullah' di tengah-tengah kita mempercakapkan pelbagai persoalan duniawi. Perlu kita sedari bahawa yang kita percakapkan kadang-kadang ada manfaatnya, namun tiada dapat dinafikan barangkali lebih banyak yang sia-sia, melalaikan, dan merugikan. Bahkan ada yang menjadi dosa yang akan ditanggung di akhirat nanti. Kita mengharapkan mudah-mudahan para pemimpin yang beragama Islam termasuk dalam golongan ahli ibadah, ahli zikir dan betul serta tepat dalam berfikir untuk kepentingan umat.
______________________________
Sumber: http://ulama-nusantara.blogspot.co.id/

Kota Pekalongan - Program Mudik Gratis Lebaran 2024, Pemerintah DKI Jakarta menyediakan 8 Armada Bus untuk tujuan ke Pekalongan.
Sedangkan, untuk tujuan sejumlah daerah di Provinsi Jawa Tengah disediakan 200 Armada Bus oleh Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Republik Indonesia.
Antisipasi lonjakan masyarakat yang ingin mudik menggunakan kendaraan pribadi, terutama sepeda motor. Kementerian Perhubungan kembali menggelar Program Angkutan Mudik Gratis Lebaran 2024.
Hal ini disampaikan oleh Kepala Terminal Tipe A Pekalongan, Senewan, saat dikonfirmasi di ruang kerjanya, Selasa (19/3/2024).
Menurutnya, di tahun 2024 ini, bagi masyarakat yang ingin mudik gratis dengan menggunakan armada bus, sudah bisa mengakses pendaftarannya melalui aplikasi Mitra Darat atau klik Link mudikgratis.jakarta.go.id
"Sesuai arahan dari Kementerian Perhubungan RI, persiapan arus mudik dimulai tanggal 4 April 2024 atau H-7 sampai H+7 lebaran Idul Fitri 1445 Hijriyah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, ada program mudik gratis untuk kendaraan dan juga ada angkutan penumpang gratis, baik program dari Kementerian Perhubungan Republik Indonesia dan dari Dinas Perhubungan DKI Jakarta. Selain penumpang, sepeda motornya juga akan kami angkut secara gratis, sehingga bisa digunakan untuk bermobilitas di kampung," terangnya.
Via : Dinkominfo kota Pekalongan

Sewaktu NU mengadakan Muktamar ke-20 di Medan Desember 1956 lalu, daerah itu sedang bergolak akibat tindakan yang dilakukan oleh Dewan Gajah pimpinan Kol. Simbolon. Di Sumatera Barat, Dewan Banteng pimpinan Kol. Ahmad Husein juga melakukan tindakan sama, sehingga Muktamar berlangsung di bawah dentuman meriam dan tekanan bayonet. Untungnya semua hambatan bisa diatasi. Muktamar selesai dengan lancar, meski beberapa peserta termasuk Idham Cholid dan Djamaluddin Malik sempat tertahan.
Selesai Muktamar, NU dikejutkan lagi dengan rencana Masyumi untuk menarik para menterinya di kabinet. NU berusaha keras membujuknya agar Masyumi tetap bertahan di kabinet, sebab kalau posisi itu ditinggalkan, maka akan diduduki PKI. Nasehat NU tidak digubris. Masyumi tetap keukeuh menarik diri dari kabinet sehingga mengakibatkan Ali-Rum-Idham bubar.
Mengingat keadaan negara waktu itu sedang genting, maka Presiden Soekarno pada 14 Maret 1957 mengumumkan negara dalam keadaan bahaya (SOB). Padahal saat itu sangat dibutuhkan keamanan mengingat para wakil rakyat di Konstituante sedang giatnya menyusun Undang-Undang Dasar Republik Indonesia. Dengan demikian, kehidupa sosial politik menjadi terganggu. Seluruh peraturan normal tidak berjalan lagi dalam mengatur kehidupan Negara.
Persis tengah malam pada 15 Februari 1958, Kiai Wahab terkejut bukan main mendengar Masyumi bergabung dengan pemberontak Dewan Banteng dan Dewan Gajah yang memproklamirkan Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia (PRRI). Tanpa menunggu waktu lama, Rais Aam PBNU itu segera mengutus santrinya untuk memanggil Ketua Umum PBNU KH Idham Chalid dan yang lainnya untuk melakukan koordinasi.
Ketika mendapat panggilan dari Rois Aam, tanpa berpikir panjang Idham Cholid segera bangun dan bergegas berangkat. Tentu saja isterinya kaget di tengah malam seperti itu sang kiai hendak pergi.
Idham hanya bilang pada isterinya, “saya sedang mendapatkan tugas dari Pangti (Panglima Tertinggi),” demikian Idham biasa menyebut Rais Aam. Sang isteri segera mafhum terhadap watak Pangti-NU yang cerdik dan tak kenal lelah itu sehingga membiarkan suaminya pergi.
Ketika sampai dirumahnya, ternyata di sana telah berkumpul .......
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Location
Category
Contact the school
Telephone
Address
Muktijaya Setu
Bekasi