10/01/2021
BERSIH 2.0 [OFFICIAL] telah menerbitkan sebuah laporan oleh Dr. Wong Chin Huat tentang fenomena lompat parti dan cadangan polisi untuk mencegahnya. Jemput baca!
https://tinyurl.com/StopKatak
10/01/2021
However, doubts still remain if US institutions can withstand continued attack on democracy by Republicans and other enablers despite the Biden victory, or perhaps because of it.
The U.S. Struggle Proves That Democracy Is Priceless
Authoritarians abroad should take no comfort from the Capital siege.
27/02/2019
Pensejarahan Malaysia
Wacana pensejarahan(historiografi) Malaysia antara wacana yang agak terpencil dalam ruang perbahasan Intelektual di Malaysia. Ramai yang sering menanggap bahawa penulisan sejarah adalah senantiasa 'objektif', terpandu dengan bukti dan data, dan bebas dengan selirat ideologi dan politik kekuasaan. Hal ini ternyata tidak benar.
Pertanyaan-pertanyaan yang memacu penyelidikan sejarah tidak senantiasa suci daripada bias, manakala proses pengumpulan dan penapisan data juga tidak semestinya benar-benar menyeluruh. Hal ini akan kita bincangkan dengan lebih lanjut pada kuliah akan datang sambil merujuk perbahasan yang berlangsung pada era 60-an/70-an antara sejarawan seperti Khoo Kay Kim, Cheah Boon Kheng, Abu talib Ahmad, John W Smail, John Bastin dan ramai lagi.
Bacaan Wajib:
1. WRITING INDIGENOUS HISTORY IN MALAYSIA: A Survey on Approaches and Problems, Cheah Boon Kheng, Crossroads: An Interdisciplinary Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 10, No. 2 (1996),
pp. 33-81
Bacaan Sampingan:
1. Recent Malaysian Historiography, Khoo Kay Kim, Journal of Southeast Asian Studies / Volume 10 / Issue 02 / September 1979, pp 247 - 261
2. Can There Be Southeast Asians in Southeast Asian Studies? Ariel Heryanto, 5 | 2002 : Recherche en sciences humaines sur l'Asie du Sud-Est
Link:https://arielheryanto.files.wordpress.com/2016/03/2007_can-there-be-southeast-asians-in-southeast-asian-studies-c.pdf
Sesi ini akan disampaikan oleh Imran Rasid.
20/02/2019
Falsafah pernah mendapat reputasi yang buruk dalam sejarah Islam, sehingga al-Imam al-Ghazali terpaksa menukan istilah-istilah falsafah kepada istilah lain, namun dengan intipati yang sama, untuk menyampaikan sesuatu idea falsafah.
Apakah kedudukan hakiki falsafah dalam Islam? Apakah hubungan antara falsafah dengan wahyu? Dan bagaimanakah falsafah mampu memainkan peranannya dalam mendepani cabaran pada hari ini?
Beberapa sarjana telah tampil untuk mendepani persoalan-persoalan malar hijau ini dengan objektif. Sebagai permulaan, adalah amat relevan untuk tema-tema asasi sebegini dibincangkan dan diperhalusi bersama demi perkembangan ilmu yang sihat dan ampuh.
Sesi pada minggu ini akan dibentangkan oleh saudara Hilman Fikri. Hilman Fikri Azman merupakan lulusan BA (Hons) dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM, juga merupakan antara penggerak School of Islamic Thought (SKIL). Kecenderungannya bertumpu pada pemikiran Islam, falsafah siyasah dan wacana alam sekitar. Turut bergiat aktif bersama NGO kemanusiaan Wargakilang untuk memberdaya asnaf miskin, serta Buku Jalanan Chow Kit bersama aktivis pendidikan alternatif. Antara tulisannya termasuklah mengenai Ibn Sina, Hamzah Fansuri dan Muhammad Iqbal, sebahagiannya telah diterbitkan dalam Jurnal Jawhar AKK. Kini beliau bertugas sebagai pegawai penyelidik di EMIR Research, sebuah badan pemikir bebas.
Sila tekan butang video untuk menonton dan mengakses sesi FB Live ini.
16/02/2019
RUMUSAN RANCANGAN ANALISI TV ALHIJRAH
Semalam saya dan 2 orang ahli M3 lain (Dr Sakinah Sulong dan Encik Fahmi Hassan) hadir ke siaran langsung rancangan Analisis TV AlHijrah.
Rancangan ini membawakan perbincangan antara Dr Nurulhuda Zabidi dan Dato Dr Musa Nordin berkaitan keselamatan dan keberkesanan vaksin.
Berikut adalah beberapa input yang saya perlu kongsikan berdasarkan kehadiran saya.
1. Kedua-dua panel tidak diberi briefing awal walaupun kedua-dua pihak sampai awal. Hanya bila kedua mereka masuk ke studio jam lebih kurang jam 9.30 malam, baru lah mereka berdua diberi sedikit penerangan tentang program dan cue.
2. Hasil perbualan saya dengan Dr Musa sebelum program, jelas beliau tidak mendapat apa-apa soalan untuk rujukan sebelum program. Maka tuduhan antivaksin mengatakan Dr Musa dah tahu soalan adalah palsu.
3. Sewaktu program berlangsung, Dr Nurulhuda telah diberi peluang untuk menjawab beberapa aspek termasuk lah keberkesanan, keselamatan dan alternatif kepada vaksin. Namun berikut adalah isi perkongsiannya.
A. Beliau mengakui keberkesanan vaksin dan teori herd immunity.
B. Beliau menyatakan beliau dan rakan-rakan (tak sampai 10 orang) tak tahu tentang GPFKV, tetapi pada masa yang sama beliau juga mengatakan beliau tak pasti bagaimana realitinya.
C. Beliau mengatakan perlunya vaksinasi disamping mengambil makanan sihat dan gaya hidup sihat.
Namun beliau juga salah faham tentang kandungan GPFKV hingga perlu dibetulkan oleh Dr Musa. Dr Musa menjelaskan bahawa vaksin whole cell pertussis tidak lagi digunakan di Malaysia dan HHE (yang ditulis dalam GPFKV) itu InsyaAllah tidak akan berlaku.
Selain itu, apa yang Dr Musa bawakan adalah.
A. Statistik kematian dan kecacatan akibat polio satu penyakit boleh dicegah vaksin.
B. Fakta berasaskan kajian berkaitan keselamatan vaksin
C. Keharusan penggunaan vaksin dalam sudut pandang fatwa dan agama
D. Keperluan orang dewasa juga mengambil vaksin seperti Tetanus dan Pertussis booster disamping menjelaskan sesetengah vaksin seperti MMR dan Varicella memberikan imuniti seumur hidup.
Namun kebanyakan masa, Dr Musa memperbetulkan salah faham Dr Nurulhuda. Antaranya:
A. Kajian vs testimoni dan anekdot
B. Peratusan herd immunity serendah 88%
C. Kes measles di Amerika Syarikat dan Filipina
Maka saya rasa tuduhan Dr Musa dapat soalan awal adalah tidak berasas kerana beliau banyak berhujah berdasarkan hujah Dr Nurulhuda.
4. Dr Nurulhuda juga datang bersama-sama rakan sefahaman beliau, ada juga yang memperkenalkan diri kepada kami. Jelas mereka adalah antara individu yang kerap berbalas hujah dengan kami di FB.
5. Moderator, Puan Syafinaz Yunus telah menjalankan tugas beliau dengan baik. Beliau bertanyakan soalan yang berasaskan fakta semasa dan global. Pada saya itu adalah sesuatu yang adil. Contohnya isu peningkatan measles di Filipina dan kajian Andrew Wakefield yang ditarik balik. Itu semua adalah fakta.
Saya ingin ulang kembali soalan moderator pada anda semua. Jika pandangan WHO sebagai autoriti kesihatan sedunia dan juga pandangan m***i serta ulama tidak diambil kira, siapa lagi boleh disandarkan dalam isu penolakan vaksin ini?
Dr Amirul Amzar
Medical Mythbusters Malaysia, M3