17/10/2025
Alhamdulillah, kita abadikan kejayaan anakanda Ilham di sini. Seterusnya, peringkat kebangsaan p**a.
Kisah kehidupan anak kami Afif Fathi dalam meniti kehidupan.
17/10/2025
Alhamdulillah, kita abadikan kejayaan anakanda Ilham di sini. Seterusnya, peringkat kebangsaan p**a.
Terima kasih team MyCP, Mom's dan KYT. Memori Semarak Kasih di Cameron Highlands November 2017.
https://vt.tiktok.com/ZSA9kNWW3/
08/05/2025
Blue Badge: Simbol Empati untuk Golongan OKU di United Kingdom
Kemudahan kad biru atau Blue Badge yang diberikan kepada individu kelainan upaya (OKU) di United Kingdom mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap hak golongan istimewa, sekaligus memperlihatkan sistem sosial yang inklusif dan berempati.
Blue Badge ialah kad pengenalan khas yang membolehkan OKU atau penjaga mereka menggunakan ruang parkir OKU khas yang terletak hampir dengan pintu masuk bangunan, hospital, pusat beli-belah, sekolah, dan lokasi tumpuan awam yang lain. Kad ini juga membolehkan penggunanya menikmati pengecualian bayaran parkir di kebanyakan kawasan.
Penting untuk difahami bahawa Blue Badge bukanlah kad OKU biasa seperti yang dikeluarkan oleh agensi kebajikan atau kesihatan. Ia merupakan kad khas untuk tujuan parkir sahaja yang perlu dipohon secara berasingan dan tidak dikeluarkan secara automatik kepada mana-mana individu yang berstatus OKU. Tambahan p**a, Blue Badge perlu diperbaharui setiap dua tahun dan permohonan pembaharuan tertakluk kepada penilaian semula oleh pihak berkuasa tempatan.
Tidak semua individu OKU layak untuk memiliki Blue Badge. Ia hanya diberikan kepada mereka yang mengalami kesukaran mobiliti serius seperti pengguna kerusi roda, individu yang memerlukan alat bantuan berjalan, atau mereka yang menghidap penyakit kronik yang menjejaskan keupayaan untuk bergerak.
Kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran tanpa isu mobiliti tidak melayakkan individu untuk menerima kad ini.
Langkah ini juga bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan ruang parkir OKU hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Golongan OKU bukan fizikal seperti individu cacat pendengaran atau bisu masih mampu bergerak pantas dan berdikari seperti orang normal, justeru mereka tidak memerlukan kemudahan parkir khas berhampiran pintu masuk. Ini bagi memastikan ruang yang terhad dapat digunakan sebaiknya oleh pengguna kerusi roda atau mereka yang bergantung kepada alat bantuan lain.
Tambahan p**a, penggunaan Blue Badge tidak dihadkan kepada pemandu OKU sahaja. Mana-mana individu yang memandu kenderaan dan membawa bersama seorang penumpang OKU yang layak seperti anak atau pasangan juga boleh menggunakan kemudahan ini. Nombor pendaftaran kenderaan akan didaftarkan dalam sistem dan dikaitkan dengan identiti pemilik Blue Badge.
Namun, kemudahan ini hanya sah digunakan ketika individu OKU berada di dalam kenderaan. Sekiranya pemandu menggunakan ruang parkir OKU tanpa kehadiran penumpang OKU tersebut, walaupun kenderaan itu telah berdaftar dalam sistem, tindakan undang-undang boleh diambil kerana ia dianggap sebagai satu bentuk penyalahgunaan.
Permohonan Blue Badge dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan seperti majlis perbandaran dan memerlukan dokumen sokongan seperti surat daripada doktor, institusi pendidikan atau penyedia penjagaan kesihatan. Penilaian semula biasanya dilakukan setiap dua tahun bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak terus menerima manfaat tersebut.
Setiap Blue Badge turut disertakan dengan kad jam untuk menunjukkan waktu mula meletakkan kenderaan. Tempoh parkir adalah terhad, biasanya sekitar dua jam, namun dalam banyak kes, tempoh ini boleh dilanjutkan bergantung kepada lokasi dan situasi.
Penyalahgunaan Blue Badge dipandang serius. Pemandu yang menggunakan kad ini tanpa kehadiran individu OKU boleh dikenakan denda yang tinggi dan tindakan undang-undang. Di UK, masyarakat setempat juga berperanan aktif dengan melaporkan penyalahgunaan kad melalui saluran rasmi.
Menariknya, Blue Badge yang dikeluarkan di UK turut diterima di negara-negara Kesatuan Eropah (EU). Ia memudahkan urusan mobiliti keluarga OKU ketika melancong atau bermusafir, termasuk di negara seperti Belanda, Belgium dan Jerman. Pemegang kad juga boleh memohon pengecualian daripada caj kesesakan kenderaan di bandar-bandar utama seperti London.
Di kawasan perumahan yang tidak mempunyai ruang parkir peribadi, pemegang Blue Badge boleh memohon agar ruang parkir khas disediakan di hadapan rumah mereka. Ia memberi keselesaan dan menjamin akses yang lebih mudah untuk OKU.
Sistem ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan kecil mampu memberi impak besar. Blue Badge bukan hanya simbol akses, tetapi juga simbol penghormatan terhadap maruah insan yang diuji dengan keterbatasan fizikal.
Dengan pendekatan yang mesra pengguna, adil dan sistematik, Blue Badge wajar dijadikan model rujukan oleh negara lain termasuk Malaysia dalam memperluaskan skop bantuan dan kemudahan kepada komuniti OKU serta penjaga mereka. Ia membuktikan bahawa apabila sistem menyokong keperluan sebenar rakyat, kualiti hidup semua pihak akan meningkat.
Dr Ghazali Yusri
Timbalan Pengerusi
Malaysian Advocates For Cerebral Palsy (MyCP)
8 Mei 2025
Apa yg difikirkan Imad Wajdi semasa lumba lari ni? 😆😆
Lokasi di Tadika Tiverton Academy, Selly Oak, Birmingham 2013/2014
30/07/2024
Simpan di sini buat kenangan. Terjumpa p**a gambar ni. Snowman pertama yang tak berapa nak jadi.
Disember 2012, tahun pertama kami di Birmingham. Ketika ini kami menetap di Harborne, Birmingham B17.
Tahun ni salji turun paling lebat sepanjang 4 tahun berada di sana.
28/03/2023
Memori Mei 2016
Dua bulan sebelum balik ke Malaysia "for good', sempat bawa Fathi jalan2 kat sini.
Rindu itu tiada penghujung...
Mac 2014, sambil tunggu appointment abg Fathi kat hospital, Imad belajar membaca ..
28/01/2023
Happy Birthday Abg Fathi.. 29 Januari 2002
23 September 2017 di Pantai Teluk Cempedak Kuantan
Adik2 bermain bubble untuk abang Fathi. Habis basah muka abang, tapi seronok sungguh
13/01/2023
2012-2016
Antara aktiviti kegemaran kami adalah cycling dan ambil angin di Canon Hill Park, Edgbaston, Birmingham. Rumah kami sebelah taman ni sahaja.
13/01/2023
April 2014 di Taman Tulip Kuenkenhof, Netherlands. Wanita dalam gambar menegur kami kerana sangat seronok tengok kami jalan-jalan satu keluarga sambil tolak Fathi. Muka orang Asia p**ak tu, jarang jumpa.
Prihatin sungguh mereka terhadap anak-anak istimewa.