๐๐จ๐ซ๐จ๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ก๐๐ญ๐๐ฆ ๐๐ข๐ญ๐๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐๐ซ ๐๐ฅ-๐๐ก๐ฎ๐ฆฤ๐ฆ ๐ฌ๐ฒ๐๐ซ๐๐ก ๐ ๐กฤ๐ฒ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐ก๐คฤ๐ฆ ๐๐ข ฤ๐ฤ๐ ๐๐ฅ-๐
๐๐ก๐ฆ ๐ฐ๐ ๐๐ฅ-๐๐๐กฤ๐ฆ
Isnin, 17 Jumada Al-thฤniah 1447H
8 Disember 2025
Maqam al-Allฤmah al-Amฤซr al-Kabฤซr, Mansyiah Nฤsir, Darrasah, Kaherah, Mesir.
Ihya' Turath Mesir
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ihya' Turath Mesir, Education, Nasr City.
15/12/2025
๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ข๐ฒ๐ฒ๐๐ก ๐๐๐ง ๐ฤ๐ฅ๐ข๐ค ๐ & ๐
AlhamduliLlฤh telah berlangsung Ujian Kefahaman Matan Alfiyyah Ibn Mฤlik bagi bayt 101-150 dan bayt 151-200. Ujian Kefahaman kali ini dilakukan secara individu dalam bentuk lisan bagi melihat prestasi setiap pelajar serta mengfokuskan kekurangan yang terdapat pada setiap pelajar agar dapat dibaiki dan ditambah baik.
Di dalam ujian ini, para pelajar telah diuji dengan beberapa kriteria:
1. Kemahiran membaca kitab turath
2. Kemahiran nahu (i'rab, menentukan ฤmil) dan sorof (tasrif, i'lal dan ibdal)
3. Kemahiran menterjemah (terjemahan tradisional)
4. Kemahiran istisyhad daripada matan Alfiyyah
5. 2 soalan terjemahan bayt Alfiyyah serta kefahaman.
Pihak Ihya' Turath Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai tahap cemerlang dalam ujian yang telah berlangsung. Berikut adalah seperti demikian:
๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ญ ๐๐๐-๐๐๐:
1. Muhammad Anas Shady bin Harith Fadzilah - 83%
2. Muhammad Miqdad Hafiz bin Haji Sadimi - 76%
๐๐ฃ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฒ๐ญ ๐๐๐-๐๐๐:
1. Ahmad Naufal bin Abdullah - 83%
2. Dalili Fauzah binti Mustaffa Kamal - 80%
Pihak kami juga mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pelajar yang telah menjawap dengan baik. Oleh itu, pihak Ihya' Turath berbesar hati memberikan saguhati sebagai penghargaan kepada usaha mereka.
Di harapkan kepada semua pelajar untuk terus bersemangat menambah hafalan matan Alfiyyah dan mengulang kaji pengajian. Semoga Allah membukakan pintu kefahaman buat semua.
09/12/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐ฤ๐
AlhamduliLlฤh pihak Ihya' Turath Mesir merafaโkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas tawfiqNya, pada Hari Isnin bersamaan 17 Jumada Al-thฤniah 1447H bersamaan 8 Disember 2025M dapat mengkhatamkan pengajian kitab Thamar al-Thumฤm syarah ghฤyah al-Ihkฤm fi ฤdฤb al-Fahm wa al-Ifhฤm yang dikarang oleh al-Allฤmah al-Amฤซr al-Kabฤซr ุฑุญู
ู ุงููู yang disyarahkan oleh Al-Fadil Ustaz Muhammad Aqil Najmi bin Safwan ุญูุธู ุงููู sebanyak 18 majlis.
Majlis diserikan lagi dengan bacaan khatam di hadapan maqam pengarang kitab, al-Allฤmah al-Amฤซr al-Kabฤซr -RahimahuLlah taโฤla- yang bertempat di Mansyiah Nฤsir, Darrasah, Kaherah, Mesir. Majlis telah bermula dengan bacaan khatam serta syarahan daripada al-Fฤdhil Ustaz Muhammad Aqil, seterusnya bacaan Yaasin, doa dan diakhiri dengan ziarah maqam as-Syeikh Abd Wahhฤb al-โAfifi, guru kepada al-Allฤmah al-Amฤซr al-Kabฤซr dan al-Imฤm al-Allฤmah Ibrฤhim as-Syฤfie al-Bฤjuri -RahimahuLlah taโฤla- sebagai seorang Imam Azhary yang mempraktikkan adab-adab ini.
Semoga para pelajar teruskan pengajian mereka dengan cemerlang dengan murajaโah apa yang telah dipelajari dan mempraktikkan adab-adab fahm dan ifhฤm di dalam pembacaan dan pengajian harian. Sesungguhnya, ilmu ini tidak akan berhasil melainkan dengan latihan serta praktikal yang berterusan.
Nantikan pengajian baru selepas imtihan Januari tahun hadapan dalam siri ฤdab al-Muthฤlaโah.
ูุฑุงุกุฉ ูุชุนููู ุนูู ูุชุงุจ ุนูุงูู ู ุณูู ุฃุฑุจุนูู ุญุฏูุซุง ู ูุชูุงุฉ ู ู ุตุญูุญ ู ุณูู ุฌู ุน ูุงูุชูุงุก ุงูุญุงูุธ ุฃุจู ุงููุถู ุจู ุญุฌุฑ ุงูุนุณููุงูู
07/12/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฤ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
AlhamduliLlฤh, syukur dipanjatkan kepada Allah ๏ทป di atas limpah dan kurniaannya, telah berlangsung Majlis Penutup Qirฤah Tatbiqiyyah Lil Kutub Turathiyyah yang telah berlangsung sebanyak 6 pertemuan. Majlis ini merupakan lanjutan daripada Daurah Iftitahiyyah Jalsah Darul Hana yang telah berlangsung sebelum ini.
Majlis ini telah dipimpin oleh 4 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada peserta pengajian Alfiyyah Ibn Mฤlik, mereka adalah:
1. Ustaz Ahmad Naufal bin Abdullah
2. Ustaz Muhammad Anas Shady bin Harith Fadzilah
3. Ustaz Naim Abdul Muhaimin bin Abdul Rashid
4. Ustazah Dalili Fauzah binti Mustaffa Kamal
Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikhaskan dengan seorang Ustaz/Ustazah bagi mengajar kaedah membaca kitab turath dengan baik. Dengan majlis sebegini, para pelajar lebih jelas akan gambaran qawฤid nahu dan sorof secara praktikal.
"ุฎูุฑ ุงูุชูุนูุฏ ู
ุง ุฃุฎุฐ ู
ู ุฑุญู
ุงูุชุทุจูู"
Kaedah yang terbaik adalah yang diperoleh daripada tatbiq (praktikal).
Pihak Ihya' Turath Mesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Persatuan Anak Kenyalang Sarawak (PAKEM) di atas kerjasama yang baik dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi pemangkin semangat buat para pelajar baharu untuk menguasai bacaan kitab turath.
04/12/2025
๐๐๐ฤ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฤ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ฤ๐๐ ๐๐-๐๐๐ฤ๐๐ ๐๐-โ๐๐๐๐ (๐๐๐๐โ)
Sukacita dimaklumkan, buat julung kalinya Ihya' Turath Mesir dan Halaqah Sulaimaniyyah Official akan menganjurkan Ihtifฤl Qirฤah al-Turฤth al-โIlmiy (IQRAโ) iaitu Musฤbaqah Bacaan Kitab Turath buat para mahasiswa dan mahasiswi penuntut ilmu Universiti al-Azhar as-Syarif, Mesir yang akan berlangsung pada awal bulan Februari 2026 akan datang.
Untuk pengetahuan, musฤbaqah ini merupakan anjuran bersama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Melaka Mesir, Pejabat Atase Pendidikan Negeri Johor, Pejabat Atase Pendidikan Negeri Sembilan, Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM) Mesir, Persatuan Pelajar Johor Mesir (PPJM), Majlis Tertinggi Pengurusan Anak-Anak Negeri Sembilan Mesir (MTPANSM) dan Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM).
In shฤaLlah IQRA' akan menjadi platform utama serta adat tahunan buat para mahasiswa/wi khususnya mahasiswa/wi baharu dalam mengasah kemahiran membaca kitab turath dan menilai prestasi serta kemampuan mereka dalam memahami kitab turath, sehingga mencapai kepada tahap istintฤq an-Nas, istihdhฤr maโฤni an-Nas dan lain-lain yang membawa kepada perbincangan aras tinggi. Selain itu, melaui IQRA' juga, akan terbina bi'ah ilmiyyah di antara sesama pelajar serta menambahkan lagi semangat untuk berlumba-lumba mencari ilmu dan kebaikan.
Garis panduan musฤbaqah telah disusun serta diperkemaskan oleh jemaah hakim agar musฤbaqah ini dapat menghasilkan kuantiti serta kualiti yang terbaik. Para peserta bukan sahaja diuji tatabahasa bahasa arab, bahkan perlu menghuraikan teks beserta kaedah dan syawฤhid.
Pihak kami berdoa dan berharap agar Allah ๏ทป mempermudahkan segala urusan serta memberkati musฤbaqah ini sebagai wasilah yang baik untuk para penuntut ilmu.
โููุณ ุฃุฒูุฑูุง ู
ู ูู
ููุฏุฑ ุนูู ูุฑุงุกุฉ ุงููุชุจ ูุฑุงุกุฉ ุตุญูุญุฉ"
Bukan โAzhariyโ jika tidak mampu membaca kitab Arab dengan betul dan tepat.
Sedutan video suasana Ujian Kefahaman Matan al-Aajurrumiyyah dan Matan al-Binฤ'
30/11/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐๐
AlhamduliLlฤh dengan tawfiq Allah, pada 26 November 2025 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penutup Dawrah Iftitahiyyah dan Ujian Kefahaman anjuran Persatuan Anak Kenyalang Sarawak (PAKEM) dengan kerjasama Ihya' Turath Mesir bagi Tahun 2025. Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran AF Ustaz Ahmad Alwy bin Muhammad Hudari, selaku YDP PAKEM dan AF Ustaz Muhammad Aqil Najmi bin Safwan, Pengurus Ihya' Turath Mesir dan selaku Penaung Daurah Iftitahiyyah Jalsah Darul Hana.
Majlis penutup dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PAKEM dan Pengurus Ihya' Turath Mesir, seterusnya bermula imtihan syafawi terhadap Matan Al-Aajurrumiyyah dan Matan Al-Binaโ selama satu jam setengah yang diuji langsung oleh 2 orang tenaga pengajar sebagai juri kemudian diteruskan dengan ujian individu beserta ulasan yang dipimpin oleh AF Ustaz Muhammad Aqil Najmi bin Safwan. Setelah itu, pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah.
Pihak Ihya' Turath Mesir mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang terlibat khususnya kepada para penerima anugerah. Berikut merupakan 2 pelajar terbaik:
Tempat Pertama: Aniqrifqi bin Adilfaizal
Tempat Kedua: Mohamad Faieq Fudhail bin Mohamad Saifuldin
Pihak Ihya' Turath Mesir berbesar hati menghadiahkan sejumlah wang tunai kepada para pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam ujian yang diadakan beserta sijil penghargaan. Sekali lagi, pihak Ihya' Turath Mesir mengucapkan jutaan penghargaan kepada pihak Persatuan Anak Kenyalang Sarawak (PAKEM) atas kerjasama yang padu buat tahun ini dalam menjayakan Dawrah Iftitahiyyah Jalsah Darul Hana. Harapan kami agar para pelajar dapat manfaatkan sebaiknya peluang dan masa yang diberikan untuk memahami dengan sebaiknya ilmu Nahu dan Sorof beserta praktikalnya.
Semoga Allฤh berkati dan terima usaha (Sunnah Hasanah) kami ini dalam melahirkan generasi Azahirah yang lebih berkualiti pada masa hadapan.
29/11/2025
๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
AlhamduliLlฤh, syukur dirafa'kan kepada Allah ๏ทป di atas nikmat yang diberikan, Daurah Iftitahiyyah Jalsah Darul Hana telah selesai dengan jayanya. Untuk makluman, Daurah Iftitahiyyah ini adalah merupakan anjuran Persatuan Anak Kenyalang Mesir (PAKEM) dengan kerjasama Ihya' Turath Mesir buat julung kalinya.
Daurah ini berlangsung pada 25 Oktober 2025 sehingga 25 November 2025, bermula dengan pengenalan Mabฤdi' โAsyarah bagi fan Nahu dan Sorof, seterusnya disambung dengan pengajian Matan al-Ajrumiyyah yang telah dipimpin oleh Ustaz Ahmad Danial bin Khairuddin, Mahasiswa Kuliah Syariah, Tahun 3, sebanyak 7 pertemuan dan Matan al-Binฤ' yang telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Hadeef Iqbal bin Suhkeri Hadafi, Mahasiswa Kuliah Usuluddin Tafsir, Tahun 3, sebanyak 5 pertemuan.
Di samping itu, para pelajar juga telah diwajibkan untuk menghafal Zubdah Qawฤid an-Nahwiyyah, at-Taโrifat wa al-Mustalahฤt an-Nahwiyyah beserta beberapa tasrif daripada al-Amthilah at-Tasrifiyyah, serta setiap pelajar juga dimutฤbaโah hafalan mereka oleh para pentasmik yang telah dilantik.
Pihak Ihya' Turath Mesir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Anak Kenyalang Sarawak (PAKEM) di atas kesudian berkerjasama untuk menjayakan Daurah Iftitahiyyah ini. Tidak dilupakan juga, ribuan terima kasih kepada para tenaga pengajar yang terdiri daripada peserta pengajian Alfiyyah Ibn Mฤlik, yang telah meluangkan waktu berkongsi ilmu kepada para mahasiswa baharu serta semua yang terlibat dalam menjayakan daurah ini.
Pihak Ihya' Turath Mesir juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa baharu yang hadir kerana telah menunjukkan semangat serta usaha yang sangat baik sepanjang Daurah Iftitahiyyah berlangsung. Semoga Allah membuka pintu kefahaman serta diberikan semangat dan kesabaran dalam menempuhi jalan menuntut ilmu.
17/11/2025
๐ท๐ฌ๐ต๐ฎ๐จ๐ฑ๐ฐ๐จ๐ต ๐ฐ๐ณ๐ด๐ผ ๐ต๐จ๐ฏ๐ผ : ๐ด๐จ๐ป๐จ๐ต ๐จ๐ณ๐ญ๐ฐ๐๐๐จ๐ฏ ๐ฐ๐ฉ๐ต ๐ดฤ๐ณ๐ฐ๐ฒ ๐๐๐.`4```
Sukacita dimaklumkan , Pihak Ihya' Turath Mesir dengan kerjasama pihak Halaqah Sulaimaniyyah di bawah program Takwin Al 'Ilmi Al Azhari akan menyambung Pengajian Ilmu Nahu: Matan Alfiyyah Ibn Mฤlik -Rahimahullฤh Ta'ฤla-
(Bhg. 4). Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kehadiran para penuntut ilmu bagi mengambil manfaat dengan majlis ilmu yang diadakan.
Berikut adalah maklumat berkaitan daurah:
Tarikh: *bermula 19/11/2025,*
*Rabu ini*
Hari: Setiap Rabu dan
Jumaat
Masa: 7:00 P.M - 09:30 P.M
Tempat: WISMA MELAKA MESIR
Yuran pengajian: RM60 (20 pertemuan)
*KITAB TIDAK DISEDIAKAN
*KELAS SECARA BERSEMUKA SAHAJA
Pelajar lama yang telah mendaftar sebelum ini serta pelajar baru yang berminat untuk mengikuti pengajian, anda diwajibkan untuk mengisi borang dibawah untuk urusan pendaftaran:
Pautan Pendaftaran *Ikhwah*;
https://forms.gle/1LvRXT5FT7rBaVm57
Pautan Pendaftaran *Akhawat*;
https://forms.gle/RLkiJF7wwkbxdDYE8
Dijemput juga untuk mengikuti kami di siaran Telegram Dan Facebook;
Facebook;
https://www.facebook.com/share/1F7TafT2Du/
Telegram;
https://t.me/ihyaturathWPMesir
16/11/2025
๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฤ๐๐๐ -๐๐ผแธค๐๐๐ผ๐๐๐๐ฤ๐๐ ๐๐ผสฟฤ๐ฤ-
AlhamduliLlฤh, syukur dirafa'kan kepada Allah ๏ทป telah khatam pengajian Alfiyyah Ibn Mฤlik (Bahagian 3). Nantikan iklan pendaftaran untuk bahagian 4.
Kepada para mahasiswa/wi al-Azฤhirah, dijemput daftar dan hadir.
04/11/2025
MAKLUMAN PENGAJIAN
Kelas ke-8 Thamar al-Thumฤm syarah ghฤyah al-Ihkฤm akan bersambung pada malam ini, jam 7:15 malam. Diharap agar para pelajar hadir awal. Pendaftaran masih dibuka.
Harap maklum.
PENGAJIAN BARU
Sukacita dimaklumkan, pihak Halaqah Sulaimaniyyah dengan kerjasama Ihya' Turath Wilayah Persekutuan akan memulakan kelas khusus berkaitan satu bab yang penting berkait tradisi keilmuan al-Azhar as-Syarif.
Tradisi keilmuan al-Azhar as-Syarif membahagikan ilmu kepada empat lingkaran utama sebagai kerangka memahami wahyu. Salah satunya ialah lingkaran (ุงูููู
ูุงูุฅููุงู
) memahami dan memahamkan, yang menuntut penguasaan ilmu secara mendalam serta kemampuan menyampaikannya dengan jelas berteraskan keseimbangan antara penguasaan turฤth dan penyampaian ilmu.
Maklumat pengajian adalah seperti yang tertera pada poster di bawah dan akan bermula pada hari Selasa depan 7 Oktober 2025. Bagi yang ingin menyertai pengajian ini, sila daftar melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdJZ2CI3jr7dW__EXBl8rjjrKhwEHeaDTrtyRoD7Hj9P5FR6Q/viewform?usp=dialog
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Nasr City