MedicMesir Kaherah

MedicMesir Kaherah

Share

official page of MedicMesir Kaherah

17/11/2022

Jangan lepaskan peluang kepada mereka yang berada di Kaherah โœจ

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini, kami Pelajar Perubatan dan Pergigian Universiti Al-Azhar dengan berbesar hatinya membawakan anda HEALTH CHECK UP๐Ÿฆท๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€โš•๏ธ

Dijemput hadir ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ™Œ๐Ÿป
TERBUKA UNTUK SEMUA IKHWAH DAN AKHAWAT.

๐Ÿ—“๏ธ18 Nov 2022
โฐ 9.00 pagi - 11.00 tengahari, 12.30 petang - 2.30 petang
๐Ÿ“TEMPAT: Academic Centre MedicMesir Kaherah (Landmark : masjid tantawi)
https://foursquare.com/v/5dd80661c515cc0008b4ef23

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk poster atau terus hubungi kami.

Dr Khairina : +601158740514
Dr Nazurah : +201554642469

Photos from MedicMesir Kaherah's post 05/10/2022

[SAMBUTAN PELAJAR BAHARU PERUBATAN & PERGIGIAN UNIVERSITI AL-AZHAR 2022]

Penerbangan kedua pelajar baharu Universiti al-Azhar telah selamat tiba di bumi Mesir bertarikh 4 Oktober 2022.

Moga kedatangan di Ardul Kinanah menjadi titik permulaan adik-adik menjadi bakal doktor yang berjaya berbakti ke masyarakat Malaysia.



Photos from MedicMesir Kaherah's post 03/10/2022

[SAMBUTAN PELAJAR BAHARU PERUBATAN & PERGIGIAN UNIVERSITI AL-AZHAR 2022]

Penerbangan pertama pelajar baharu Universiti al-Azhar telah selamat tiba di bumi Mesir bertarikh 3 Oktober 2022.

Pelajar yang sudah sampai tidak sabar menanti ketibaan sahabat-sahabat yang lain ke Ardul Kinanah.

Diriwayatkan oleh Tirmidzi :

ู…ูŽู†ู’ ุฎูŽุฑูŽุฌูŽ ููู‰ ุทูŽู„ูŽุจู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ููŽู‡ููˆูŽ ููู‰ ุณูŽุจููŠู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุญูŽุชูŽู‘ู‰ ูŠูŽุฑู’ุฌูุนูŽ

"Barang siapa yang keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah hingga ia pulang."



Photos from MedicMesir's post 22/05/2022
03/05/2022

Salam Syawal 1443 Hijrah !

Gemersik takbir mengundang tiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Kami pelajar MedicMesir Kaherah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua ummat islam.

Photos from MedicMesir Kaherah's post 02/05/2022

[Iftar Jamaie MMK 2022 2.0]

Alhamdulillah, telah berlangsung Iftar Jamaie MedicMesir Kaherah kali kedua untuk Ramadan 1443H pada 30.4.2022 yang lalu bertempat di Restoran al-Sammar Abbas Akkad.

Terima kasih diucapkan kepada kesemua pihak yang bertungkus lumus bagi menjayakan iftar jamaie pada kali ini dan tidak dilupakan juga buat .medicmesir atas sumbangan yang diberikan kepada anak-anak MedicMesir Kaherah.

Semoga Ramadan yang berlalu meninggalkan kesan yang positif bagi kita semua dan tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa, insya-Allah.


Photos from MedicMesir Kaherah's post 29/04/2022

IFTAR JAMAIE MEDICMESIR KAHERAH 2.0 2022

ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุง ู‡ูู†ูŽุง ุŒ ูˆูŽุฃูŽุฏู’ุจูŽุฑูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽู‡ูŽุงุฑู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุง ู‡ูู†ูŽุง ุŒ ูˆูŽุบูŽุฑูŽุจูŽุชู ุงู„ุดู‘ูŽู…ู’ุณู ุŒ ููŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽูู’ุทูŽุฑูŽ ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู

Maksudnya : Jika malam menjelang di sini dan siang pergi di sini, dan matahari terbenam, maka orang yang berpuasa hendaknya berbuka.
(HR. Bukhari dan Muslim)

MedicMesir Kaherah sekali lagi membawakan Iftar Jamaie kali ke-2 bagi Ramadan 1443 Hijrah untuk ahli MMK yang sudah berdaftar.

Mari memeriahkan lagi Iftar Jamaie MMK 2022. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

25/04/2022

[Syantoh Ramadan MMK 2022]

โ€œSebaik-baik manusia diantaramu adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lainโ€
(HR Bukhari)

Telah berlangsung program Syantoh Ramadan anjuran Medic Mesir dan MedicMesir Kaherah bertempat di Hayyu Asyir, Madinah Nasr pada 25 April 2022.

Seramai lebih kurang 60 aktivitis terdiri daripada ahli MedicMesir Kaherah sendiri bersama-sama membantu menyerahkan agihan syantoh kepada golongan yang memerlukan.

Semoga usaha kecil ini dipandang dan diberikan ganjaran oleh Allah SWT.


25/04/2022

[Syantoh Ramadan MMK 2022]

โ€œSebaik-baik manusia diantaramu adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lainโ€
(HR Bukhari)


Photos from MedicMesir Kaherah's post 24/04/2022

[Iftar Jamaie MMK 2022 1.0]

Alhamdulillah, telah berlangsung Iftar Jamaie MedicMesir Kaherah kali pertama untuk Ramadan 1443H pada 22.4.2022 yang lalu bertempat di Academic Centre MedicMesir (ACMM) Kaherah.

Majlis dimulakan dengan sesi tadarus al-quran dalam kalangan ahli dan diikuti dengan jamuan ringan sebelum berhenti menunaikan solat waktu maghrib. Majlis diteruskan dengan jamuan berat dan slot perkongsian daripada senior. Usai sesi suai kenal, solat isyak dan terawih dipimpin oleh ahli MMK sendiri dan majlis diakhiri dengan moreh.

Semoga diberikan kekuatan dan semangat bagi melakukan amalan di 10 malam terakhir ini dan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT.


Want your school to be the top-listed School/college in Madinat an Nasr?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Imarah 86, Syari' Al-Syeikh Taha Aldinari
Madinat An Nasr