Halaqah Sulaimaniyyah Official

Halaqah Sulaimaniyyah Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Halaqah Sulaimaniyyah Official, Education Website, مشيخة الأزهر الشريف - شارع صلاح سالم بجوار ح, Cairo.

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔Pendaftaran bagi kelas-kelas baru “DURUS LIL MUB...
27/09/2026

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔

Pendaftaran bagi kelas-kelas baru “DURUS LIL MUBTADI’” masih dibuka dan akan bermula pada 1 Oktober 2026 in syāaLlāh.

Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan-pautan di post berikut:

https://www.facebook.com/share/p/1So2D1cRRK/?mibextid=wwXIfr


𝐃𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐋𝐈𝐋 𝐌𝐔𝐁𝐓𝐀𝐃𝐈’ 𝟐𝟎𝟐𝟔In syāaLlāh setelah tamat Dawrah Iftitahiyyah pada 30 September 2026 ini, Pusat Pengajian Halaqah...
22/09/2026

𝐃𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐋𝐈𝐋 𝐌𝐔𝐁𝐓𝐀𝐃𝐈’ 𝟐𝟎𝟐𝟔

In syāaLlāh setelah tamat Dawrah Iftitahiyyah pada 30 September 2026 ini, Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya seperti dalam kerangka pengajian tahunan.

Sebanyak 7 kelas baharu akan dibuka yang meliputi Ilmu Nahu, Sorof, Balaghah, Mantiq, Usul Fiqh dan Fiqh Syafi’iy yang akan dikhatamkan dalam tempoh sekitar 2 bulan. Pengajian bermanhaj dan bertahap ini disediakan agar pelajar baharu dapat tajamkan Ilmu Alat berdasarkan teori dan praktikal dalam masa yang sepatutnya di samping berusaha membina malakah lughawiyyah yang kukuh di peringkat permulaan.

Berikut merupakan pautan pendaftaran bagi kelas-kelas pasca Dawrah Iftitahiyyah. Pastikan pelajar mendaftar melalui pautan yang betul mengikut kelas dan jantina.

1.Al-Tuhfah Al-Saniyyah (Nahu)
-Anggaran 25 Majlis (50 jam), Yuran Rm125 sahaja.

https://forms.gle/96XZrV7EuVbwDEjv8 (Ikhwah)

https://forms.gle/6Xn5kS6F6yPMoba4A (Akhowat)

2.Tasrif ‘Izziy dan Qawaid Al-I’lal (Sorof)
-Anggaran 10 Majlis (20 jam), Yuran Rm50 sahaja.

https://forms.gle/dmKubgE2gtfCaWu26 (Ikhwah)

https://forms.gle/yCJMyBVRAs5iZdeLA (Akhowat)

3.Durus Al-Balaghah (Balaghah)
-Anggaran 16 Majlis (32 jam), Yuran Rm80 sahaja.

https://forms.gle/RyH7Rq7PyWUnfm637 (Ikhwah)

https://forms.gle/1GfrHqAddBkHfQJY6 (Akhowat)

4.Syarah Isaghuji (Mantiq)
-Anggaran 16 Majlis (32 jam), Yuran Rm80 sahaja.

https://forms.gle/g8irHne9Ffd7viW16 (Ikhwah)

https://forms.gle/cNrFDj9UJSTSsQdFA (Akhowat)

5.Syarah Al-Mahalliy ‘Ala Al-Waraqat (Usul Fiqh)
-Anggaran 16 Majlis (32 jam), Yuran Rm80 sahaja.

https://forms.gle/VeCz3G9uoKkJZxqn8 (Ikhwah)

https://forms.gle/nxdusL3ngAi4Cbab8 (Akhowat)

6.Matan Abi Syuja’ (Fiqh Syafi’iy)
-Anggaran 20 Majlis (40 jam), Yuran Rm100 sahaja.

https://forms.gle/kmNFej9NxuD2Ta287 (Ikhwah)

https://forms.gle/vjhasNat6s3SYvVa6 (Akhowat)

HALAQAH SULAIMANIYYAH
5620 5810 7795
MAYBANK

Jangan lepaskan peluang yang ada untuk menambah ilmu dan meningkatkan daya fikir seorang pelajar Azhariy melalui kelas-kelas ini yang akan dibimbing oleh asatizah yang berpengalaman.

*MAKLUMAN
Kelas-kelas ini dan seterusnya sehingga 30 September 2027 adalah percuma kepada pelajar-pelajar cemerlang tajaan Halaqah Sulaimaniyyah dan diskaun 50% bagi pelajar yang sudah berkahwin/mutazawwijin عونا لهم.

Jadual kelas-kelas pengajian ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
+201550036638
‪+60 11‑5552 7795‬

من لم تكن له بداية محرقة لم تكن له نهاية مشرقة

ّ_المتقن_والمتخصّص_والرّبّانيّ
ّة_التّحصيل_لا_بالسّنين
#موسوعيّة_عبر_التّخصّص_الدّقيق


Alhamdulillah semalam hari Rabu tanggal 3 Rabi’ Al-Akhir 1448H bersamaan 16 September 2026M telah bermula Dawrah Iftitah...
17/09/2026

Alhamdulillah semalam hari Rabu tanggal 3 Rabi’ Al-Akhir 1448H bersamaan 16 September 2026M telah bermula Dawrah Iftitahiyyah 6.0 2026 di Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah secara bersemuka dan online.

Semoga Allah berkati perjalanan kalian dalam menuntut ilmu dan dikurniakan keikhlasan, jalad, dan sabar sehingga kalian jadi ilmuan yang mutqin, mutakhassis dan rabbaniy serta menjadi orang yang semakin bertambah amal dan khashyatuLlāh dengan bertambah ilmunya.
العلم شيء لا يعطيك بعضه حتى تعطيه كلك

ّة_التّحصيل_لا_بالسّنين

𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈In syāaLlāh Dawrah Iftitahiyyah 6.0 akan bermula pada petang ini jam 4:45pm sejurus selepas solat Asar. ...
16/09/2026

𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈

In syāaLlāh Dawrah Iftitahiyyah 6.0 akan bermula pada petang ini jam 4:45pm sejurus selepas solat Asar. Pelajar digalakkan solat Asar berjemaah di masjid sekitar Halaqah Sulaimaniyyah (HS) atau di HS sendiri. Yang belum ambil Haqibah pastikan datang awal untuk kelancaran majlis.

Pastikan persediaan terbaik 💯 jasad, akal dan jiwa raga untuk memulai sesi pengajian ini. Pastikan mutala’ah sebelum ke kelas.

وفقكم الله ورزقكم الجلد والصبر والمعرفة

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐅𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝟔.𝟎 𝟐𝟎𝟐𝟔In syāaLlāh Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan memulakan Dawrah Iftitahiyyah ...
14/09/2026

𝐉𝐀𝐃𝐔𝐀𝐋 𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐅𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝟔.𝟎 𝟐𝟎𝟐𝟔

In syāaLlāh Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan memulakan Dawrah Iftitahiyyah 6.0 tahun ini bermula 16 September 2026 pada Rabu. Jadual sebelah petang (4:45pm-6:45pm) dan sebelah malam (8:30pm-10:30pm).

Pelajar yang telah daftar dan membeli Haqibah (yang meliputi 3 matan berserta Muqaddimah, 40 Ta’rifat dan 40 Qawaid penting) boleh mula datang ke Halaqah Sulaimaniyyah pada petang ni (Isnin) bermula jam 5:15pm sehingga maghrib untuk mengambil Haqibah supaya dapat mutola’ah sebelum mula kelas. Pendaftaran baru hanya boleh online sahaja dan hanya perlu beli Haqibah rm35 sahaja bagi mereka yang berada di Mesir.

Maklumat lanjut berkenaan Dawrah Iftitahiyyah boleh hubungi admin:
+201550036638
‪+60 11‑5552 7795‬

Nantikan iklan pengajian Durus Lil Mubtadi’ p**a iaitu kelas-kelas lanjutan selepas Dawrah Iftitahiyyah. Manfaatkan masa sebaiknya dalam menuntut ilmu seperti kata Imam Ibn Abi Hatim Al-Raziy (w327H):
كل نهارنا مقسم إلى مجالس الشيوخ، وباليل النسخ والمقابلة.

ّ_المتقن_والمتخصّص_والرّبّانيّ
#موسوعيّة_عبر_التّخصّص_الدّقيق
ّة_التّحصيل_لا_بالسّنين


𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐅𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝟔.𝟎 (𝟐𝟎𝟐𝟔)In syāaLlāh Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan meneruskan tradisinya dengan mengad...
03/09/2026

𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐅𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇 𝟔.𝟎 (𝟐𝟎𝟐𝟔)

In syāaLlāh Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan meneruskan tradisinya dengan mengadakan Dawrah Iftitahiyyah 6.0 (2026) sebagai langkah pertama memulakan siri pengajian bermanhaj dan bertahap selama setahun.

Pengajian Dawrah Iftitahiyyah ini akan bermula pada hari Selasa 15 September 2026 akan datang selama sekitar 2 minggu. Para pelajar yang baru sampai ke Mesir diharap manfaatkan peluang sebaiknya dengan menyertai kelas-kelas bersepadu seperti ini sebagai langkah pertama kalian memasuki dunia pengajian turath.

Sepanjang Dawrah Ifititahiyyah, pelajar akan menggunakan حقيبة الدورة الافتتاحية للطلاب الجدد yang merangkumi Matan Al-Ajurrumiyyah (Nahu), Matan Al-Bina’ (Sorof) dan Risalah Jami’ah (Fiqh Syafi’iy) berserta ta’rif mustolah Nahu yang asas serta beberapa Qawaid Nahwiyyah terpilih sebagai bantuan kepada syarahan dalam kelas.

Setiap daripada tiga kelas di atas akan diajar dalam 7 majlis sehingga khatam iaitu 21 majlis (42 jam) keseluruhannya berserta imtihan dan majlis penutup. Dua orang ikhwah dan dua orang akhowat terbaik bagi imtihan kelak akan membawa p**ang hadiah wang tunai, sijil dan tajaan penuh semua pengajian di Halaqah Sulaimaniyyah selama setahun.

Yuran bagi Dawrah Iftitahiyyah adalah hanya Rm100 (21 majlis 42 jam) namun 70 orang pelajar yang paling awal berdaftar dan sudah berada di Mesir sahaja akan dapat tajaan boleh sertai Dawrah Iftitahiyyah secara offline percuma, hanya perlu beli Haqibah yang berharga rm35 sahaja.

Maklumat pengajian seperti berikut:
-Bermula 15 September (jadual akan menyusul)
-Bertempat di Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah.
-Alamat: Imarah 30, Syari’ Mohammed Farid Abou Hadid, Hayyu Sabi’, Madinat Nasr, Kaherah.

Pautan pendaftaran (Ikhwah):
https://forms.gle/NoJCytpLUmUk6EiZ6

Pautan pendaftaran (Akhowat):
https://forms.gle/rAzTtPPA6UPPR8546

Pautan pendaftaran online dari Malaysia:
https://forms.gle/4zCzEzxy9wuM9gbe6

Pautan pembelian Haqibah Al-Dawrah Al-Iftitahiyyah:
https://forms.gle/Q8zhdey8ezc9yBEq9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi admin:
‪+60 11‑5552 7795‬
+201550036638

ّ_المتقن_والمتخصّص_والرّبّانيّ
#موسوعيّة_عبر_التّخصّص_الدّقيق
ّة_التّحصيل_لا_بالسّنين

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐃𝐑𝐈𝐁 𝐍𝐔𝐉𝐀𝐁𝐀’ 𝟏.𝟎AlhamduliLlāh pada hari Isnin semalam tanggal 19 Rabi’ Al-Awwal 1448H bersamaan...
01/09/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐃𝐑𝐈𝐁 𝐍𝐔𝐉𝐀𝐁𝐀’ 𝟏.𝟎

AlhamduliLlāh pada hari Isnin semalam tanggal 19 Rabi’ Al-Awwal 1448H bersamaan 31 Ogos 2026M telah diadakan majlis penutup bagi program Tadrib Nujaba’ yang telah berlangsung selama 6 bulan dengan tawfiq Allah Ta’ala.

Seramai 30 orang pelajar terbaik daripada pelbagai negeri yang menyertai program pertandingan baca kitab Arab yang diberi nama Ihtifal Qiraah Al-Turath Al-‘Ilmiy (IQRA’) pada Februari lalu telah dipilih dan diserap masuk ke dalam program Tadrib Nujaba’.

Program Tadrib Nujaba’ merupakan program Mentor Mentee yang mana 30 orang pelajar ini dibahagikan kepada 7 kump**an yang diajar dan dilatih secara khusus oleh asatizah senior yang terdiri daripada pelajar Master dan PhD Universiti Al-Azhar Al-Syarif.

Fokus program ini ialah menggilap bakat dan kemampuan pelajar yang bijak secara khusus agar mampu membaca kitab Arab dengan tepat dan mampu mensyarahkan matan-matan asas dalam pengajian turath.

AlhamduliLlāh selama tempoh 6 bulan Tadrib Nujaba’ pelajar-pelajar sudah mampu meningkatkan kualiti bacaan kitab mereka dengan bimbingan para asatizah di samping dapat meningkatkan kadar mufradat, hafazan matan dan qawaid kulliyyah yang diperlukan oleh ahli ilmu dalam mensyarahkan suatu fan.

Pada majlis penutup, para asatizah menyampaikan ulasan, komentar dan nasihat kepada pelajar sebagai mentee secara khusus dan sebagai penuntut ilmu secara umum. Semoga para pelajar dapat muhasabah dan manfaatkan segala kalam dan nasihat asatizah sebaiknya untuk melangkah lebih baik selepas ini dalam dunia ilmu.

Tahniah dan syabas buat para Mentor dan Mentee masing-masing kerana telah berjaya menamatkan program Tadrib Nujaba’ ini. JazākumuLlāhu khairō kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.

Semoga semua usaha yang dicurahkan dalam mendidik mentee dan istifadah daripada mentor diterima dan diberkati Allah Ta’ala. Mudah-mudahan Allah melahirkan generasi Azhariy yang mutqin, mutakhassis dan rabbaniy daripada mereka yang terlibat dalam program Tadrib Nujaba’ ini.

*Salah seorang Mentor iaitu Al-Fadil Ustaz Najmi Bin Inche Ibrahim tidak dapat bersama dalam majlis kerana sudah berada di Malaysia, di Majlis Sama’ Hadith, kitab Muwattho Imam Malik di Kuching, Sarawak.

ّ_المتقن_والمتخصّص_والرّبّانيّ
#موسوعيّة_عبر_التّخصّص_الدّقيق


𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐈𝐃𝐇In syāaLlāh Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan mengadakan kelas Ilmu Faraidh sebelum bermula Da...
27/08/2026

𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐑𝐀𝐈𝐃𝐇

In syāaLlāh Pusat Pengajian Halaqah Sulaimaniyyah akan mengadakan kelas Ilmu Faraidh sebelum bermula Dawrah Iftitahiyyah. Pengajian menggunakan Matan Al-Rahabiyyah karya Imam Muwaffaq Al-Din Muhammad Al-Rahabiy yang akan disyarahkan oleh Al-Fadil Ustaz Muhdi Bin Mohamad Aziz Muhdi Aziz , Calon Master Usul Fiqh, Universiti Al-Azhar.

Majlis pertama akan bermula pada Isnin 31 Ogos 2026 pada jam 8:00 pagi waktu Kaherah.
Yuran hanya RM48 bagi 12 Majlis (24 jam).

Pautan pendaftaran seperti berikut:
(Ikhwah)
https://forms.gle/e3frSce1Sq2Xh2iy8

(Alhowat)
https://forms.gle/V4Xq8qmZisHNu7vW7

ّ_المتقن_والمتخصّص_والرّبّانيّ
#موسوعيّة_عبر_التّخصّص_الدّقيق

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐍𝐇𝐀𝐉 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇بسم الله الرحمن الرحيم...
23/08/2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐍𝐇𝐀𝐉 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐐𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇

بسم الله الرحمن الرحيم

Peringkat Pertama
𝐃𝐀𝐖𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐅𝐓𝐈𝐓𝐀𝐇𝐈𝐘𝐘𝐀𝐇
-Tempoh 2 minggu (September)
-Khatam tiga buah kitab asas:
١.متن الآجرومية (النحو)
٢.متن البناء والأساس (الصرف)
٣.الرسالة الجامعة (الفقه الشافعي)
-Ketiga-tiga kitab ini menggunakan kitab khas yang menghimpunkan ketiga buah kitab beserta tambahan ta’rifat dan qawaid yang digunakan dalam syarahan yang diberi nama حقيبة الدورة الافتتاحية للطلاب الجدد khas untuk kegunaan Dawrah Iftitahiyyah.
-Setelah khatam ketiga buah kitab, pelajar akan menghadapi satu imtihan syafawiy untuk menguji tahap kefahaman.
-4 orang pelajar terbaik akan menerima anugerah dan tajaan penuh pengajian semua kelas di Halaqah Sulaimaniyyah selama setahun.

Peringkat Kedua
𝐃𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐋𝐈𝐋 𝐌𝐔𝐁𝐓𝐀𝐃𝐈’
-Tempoh 2 bulan (Oktober dan November)
-Khatam 7 buah kitab lanjutan:
١.التحفة السنية شرح الثمرات الجنية (النحو)
٢و٣.تصريف العزي وقواعد الإعلال (الصرف)
٤.دروس البلاغة (البلاغة)
٥.الإيضاح لمتن إيساغوجي (المنطق)
٦.متن أبي شجاع (الفقه الشافعي)
٧.شرح المحلي على الورقات (أصول الفقه)

-Setelah khatam ketujuh-tujuh buah kitab, bermula tawaqquf selama sekitar sebulan setengah sempena imtihan Januari di Universiti Al-Azhar.

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐓𝐈𝐅𝐀𝐋 𝐐𝐈𝐑𝐀𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐓𝐔𝐑𝐀𝐓𝐇 𝐀𝐋-‘𝐈𝐋𝐌𝐈𝐘 (𝐈𝐐𝐑𝐀’)
-Tempoh 3 hari (Februari)
-Selepas imtihan dan Ma’ridh Kutub, pihak Halaqah Sulaimaniyyah dan Ihya’ Turath akan menganjurkan pertandingan baca kitab iaitu “Ihtifal Qiraah Al-Turath Al-‘Ilmiy (IQRA’) untuk dua tahap, pelajar baru (tahap 1) dan pelajar tahun 2-4 (tahap 2).

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐀𝐃𝐑𝐈𝐁 𝐍𝐔𝐉𝐀𝐁𝐀’
-Tempoh 5 bulan (Mac-Ogos)
-Seramai 30 orang pelajar terbaik IQRA’ akan diserap ke program Tadrib Nujaba’ iaitu Program Mentor Mentee antara pelajar dan asatizah senior yang terdiri daripada Calon Master dan PhD Universiti Al-Azhar.
-Sepanjang lima bulan pelajar dibimbing dan dilatih secara khusus untuk Tashih Qiraah, semak hafazan Matan dan latihan mensyarahkan kitab-kitab asas.

Peringkat Ketiga
𝐃𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐋𝐈𝐋 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐖𝐀𝐒𝐒𝐈𝐓𝐇
-Tempoh 6-7 bulan (Februari-Ogos)
-Khatam sekitar 15 buah kitab
١.الكواكب الدرية/شرح قطر الندى (النحو)
٢.شذا العرف في فن الصرف (الصرف)
٣.تلخيص المفتاح (البلاغة)
٤.إيضاح المبهم من معاني السلم/شرح الملوي على السلم (المنطق)
٦.رسالة فن الوضع (الوضع)
٧.بلغة المشتاق في علم الاشتقاق (الاشتقاق)
٨.شرح نظم المقولات للسجاعي (المقولات)
٩.فتح القريب المجيب (الفقه الشافعي)
١٠.متن الرحبية (الفرائض)
١١.رسالة في آداب البحث والمناظرة (آداب البحث والمناظرة)
١٢.اللمع في أصول الفقه (أصول الفقه)
١٣.متن أم البراهين (العقيدة)
١٤.شرح الخريدة البهية (العقيدة)
١٥.اختصار علوم الحديث (مصطلح الحديث)

Setelah selesai semua kitab ini, bermula tahun kedua anda di Bumi Mesir, anda sudah selesa lanjutkan pengajian peringkat seterusnya bersama para masyayikh di Masjid Al-Azhar, Madyafah, Halaqah Sulaimaniyyah dan lain-lain dengan alat yang cukup.

Imam Muslim Bin Al-Hajjaj meriwayatkan dalam Sohihnya daripada Yahya Bin Abi Kathir bahawa beliau berkata:
لا يستطاع العلم براحة الجسم.

Pepatah Melayu ada mengatakan:
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

من لم تكن له بداية محرقة * لم تكن له نهاية مشرقة

ّ_المتقن_والمتخصّص_والرّبّانيّ
#موسوعيّة_عبر_التّخصّص_الدّقيق


Address

مشيخة الأزهر الشريف - شارع صلاح سالم بجوار ح
Cairo

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaqah Sulaimaniyyah Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share