Fiqh Perubatan

Fiqh Perubatan

Share

Page ini adalah sebagai medium perkongsian berkenaan Fiqh Perubatan. Sebarang soalan juga boleh dihantar dan akan cuba dirujuk kpd mrk yg berkelayakan.

Soal Jawab Fiqh Perubatan
Page ini sebagai medium untuk soal jawab yang berkaitan dengan fekah dalam ilmu perubatan. InsyaAllah soalan-soalan akan dijawab oleh penuntut-penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir.Semoga memberi manfaat kepada semua terutama kepada pelajar perubatan InsyaALlah.

Photos from Fiqh Perubatan's post 29/07/2018

Tanpa Sendi Kita Tidak Boleh Bergerak

Tujuan utama sendi(joint) adalah untuk membenarkan pergerakan (permitting movement).

Bayangkan kita tanpa sendi
Bagaimana mahu memandu?
Bagaimana mahu makan?
Bagaimana mahu bekerja?
Bagaimana mahu solat?
Bagaimana mahu menaip di FB?

Sendi nikmat yang besar yang perlu kita syukuri sehinggakan Rasulullah berpesan untuk memberi sedekah setiap pagi diatas setiap sendi di badan kita.

Dari Abu Dzar radhiallahu anhu, dari Nabi shallallahu alaihi wa sallam, beliau bersabda,

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ ،
وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ ، وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى (رواه مسلم، رقم 1181) .

Pada setiap persendian kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi; Setiap tasbih (membaca subhanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (membaca Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (membaca Lailaha illallah) adalah sedekah, setiap takbir (membaca Allahu Akbar) adalah sedekah, amar bil ma'ruf adalah sedekah, nahi ‘anil munkar adalah sedekah. Semua itu dapat terpenuhi dengan (shalat) dua rakaat yang dilakukan di waktu Dhuha." (HR. Muslim, no. 1181)

صدق رسول الله

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #15: HUKUM MENGGUNAKAN INHALER KETIKA BERPUASA 04/06/2017

[Hukum Penggunaan Inhaler Ketika Berpuasa]

Setelah melihat kepada kedua-dua pendapat, kami lebih cenderung mengatakan bahawa penggunaan inhaler di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa.

M***i Wilayah Persekutuan

IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #15: HUKUM MENGGUNAKAN INHALER KETIKA BERPUASA Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga baginda ﷺ, sahabat baginda ﷺ serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda ﷺ.

AL-KAFI #561 : KAEDAH WUDUK BAGI PESAKIT YANG DITAMPAL JARUM 04/03/2017

Wuduk bagi pesakit yang ditampal jarum

AL-KAFI #561 : KAEDAH WUDUK BAGI PESAKIT YANG DITAMPAL JARUM : Saya menerima rawatan di hospital dan saya dipasangkan jarum di atas tapak tangan saya untuk dimasukkan drip air dan ubat. Saya juga dipasangkan pelekat sokongan bagi jarum itu. Bagaimanakah wuduk saya? Adakah saya boleh menyapu sahaja air di atas pelekat sokongan itu?

17/06/2015

[Aqidah dan Perubatan]
Sesungguhnya menyembuhkan itu adalah sifat bagi Allah, bukan makhluk. Haram bagi pesakit untuk meminta daripada pegawai perubatan/doktor supaya disembuhkan penyakitnya, tetapi boleh meminta untuk dirawat penyakitnya.
Kesimpulannya: yang merawat itu doktor, yang menyembuhkan itu adalah Allah Yang Maha Penyembuh.
- Petikan daripada kuliah Ustaz Azhar Idrus pada 16/06/2015 di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu-
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Photos 15/04/2012

وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (٢٥)
Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. (QS. 19:25)

Kenapa buah ini dipilih khas buat ibu mulia, Saidatina Maryam a.s. yang ketika itu mengandungkan Nabi Isa a.s?
-KAYA DENGAN OXYTOCIN-
Anda tahu apa itu oxytocin? OXYTOCIN merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pituitari untuk menyediakan tubuh seorang wanita untuk melahirkan anak. Antaranya ialah Oxytocin berperanan untuk merangsang PENGECUTAN RAHIM(UTERINE CONTRACTION) . Arasnya yang optimum membantu rahim untuk menghasilkan pengecutan yang berkesan seterusnya memudahkan proses kelahiran(labor). Berita baik buat bakal ibu sekalian. Buah kurma juga kaya dengan hormon ini. Subhanallah. Cantik bukan susunan Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Bijaksana?

30/03/2012

(SOALAN) Selective Caecerian section. Apakah hukum melakukannya tanpa specific medical indication? Macam yang doc cerita, sesetengah egyptian akan buat selective cs ni utk 'their precious baby'.

30/03/2012

(SOALAN) Bagaimanakah mengetahui masa baligh seorang perempuan itu? Sebelum ini, saya hanya tahu baligh seseorang perempuan itu hanya ditentukan oleh menarch sahaja.

17/03/2012

Admin mengucapkan selamat mengerjakan umrah kepada ketiga-tiga panelis page fiqh perubatan yang menjadi mutawwif kepada tetamu-tetamu Allah di tanah haram. Semoga Allah merahmati dan menerima amalan soleh ustaz semua. Doakan kejayaan kami dunia dan akhirat.baarakallahufikum.

05/03/2012

Sebgai pencerahan semula, soaln yg xmmpu djwb smalm semsa kels utk Perubatan Cawangan Tanta berkenaan memegang organ2 dlaman mayat adakah btl wuduk ataupn tidak jika berbeza jantina?
Jawpanya : menurut pandangan Syeikh Rifa'at Fauzi Hafizohullah yg sya smpat bertnya sleps kels bersmanya tdi..TIDAK batal sma sekali wuduk seseorng yg memegang wlupn brbeza jantina, tpi menurut Syeikh, lebih ihtiat (berjga-jga) dan ahsan membasuh takut2 ada kekotoran..sekian secara ringkas Wallahua'lam

Photos 22/02/2012

Kulit merupakan organ terbesar pada tubuh manusia. Ia memainkan peranan yang cukup penting kepada manusia. Dipercayai sejak dahulu kala bahawa kulit akan menjadi sakit apabila terkena objek tajam, api dan sebagainya namun manusia tidak mengetahui bahawa ada sejenis saraf yang terdapat pada badan manusia yang memberikan rasa sakit ini. Saraf ini dipanggil sebagai “nerve ending” dan ia terdapat pada kulit-kulit manusia.

“..Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana…” (An-Nisa’ : 58)

Dari ayat di atas dapat kita fahami bahawa kulit manusia mempunyai saraf yang mencetuskan rasa sakit dan apabila saraf ini terbakar hangus bersama kulit, fungsinya akan hilang. Perkataan “masak hangus” menunjukkan itu merupakan peringkat terakhir sakit pada kulit dan kemudiannya rasa sakit itu akan hilang. Kemudian Allah akan menggantikannya lagi sebagaimana fungsi asal dan membakarnya sehingga ke peringkat ketiga dan mengulangi proses tersebut. Ini bermakna manusia yang dibakar api neraka akan senantiasa merasa sakit. Maha Suci Allah. Allah Knows Best.

Photos 20/02/2012

“dan kamu sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika kamu melihat mereka, tentulah kamu akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah kamu akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.”
(Surah Al-Kahfi:18)

Frasa “dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri” membawa maksud kesemua pemuda itu tidur bukan dalam satu posisi yang tetap tetapi sentiasa berubah-ubah. Ini kerana perlakuan membalik-balikkan badan pemuda-pemuda itu dapat menjauhkan mereka daripada mendapat penyakit yang serius iaitu bed sore. SUBHANALLAH. Allah bukan sahaja mengajar hambaNya tentang pengajaran-pengajaran dalam kehidupan malah sains sekalipun. Jelas sekali Islam itu agama yang merangkumi seluruh kehidupan.

Ternyata bed sore ini bukanlah satu penyakit yang patut di pandang enteng, kerana ia boleh menyebabkan kematian. Sekiranya anda lihat dan baca, rawatan dan pencegahan yang terbaik adalah sentiasa mengubah posisi badan ketika duduk mahupun tidur. Allah Knows Best.

15/02/2012

Admin ingin memohon maaf jika ada persoalan-persoalan yang diajukan masih tidak dijawab. Terima kasih kepada mereka yang sudi untuk berkongsi jawapan. Semoga page ni menjadi medium untuk kita berbincang. Allah Knows Best.

Want your school to be the top-listed School/college in Cairo?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Nasr City
Cairo