Education Malaysia Egypt

Education Malaysia Egypt Perkhidmatan di EME adalah pada hari Ahad hingga Khamis (kecuali cuti umum) mulai jam 10 pagi hingga 3 petang.

Nota: Tiada sebarang perkhidmatan terjemahan di EME.

21 Jun 2026 – Pejabat Education Malaysia Egypt (EME) menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Su...
21/07/2026

21 Jun 2026 – Pejabat Education Malaysia Egypt (EME) menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Amy Azhar bin Dato’ Haji Mohd Harif, Naib Canselor; Dr Akli bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof Madya Dr Muhammad Hadi Musolin@Subagio, Dekan Kulliyyah Usuluddin, Sains al-Quran dan Bahasa Arab (KUBRA); Dr Reda Owis Hassan Serour, Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan Industri dan Inovasi, UniSHAMS Graduate School (UCS); dengan diiringi oleh En. Abdul Hafiz bin Othman, Pegawai Atase Pendidikan Negeri Kedah.

YBhg Dato’ Shamsul Najmi bin Shamsuddin, Menteri Penasihat (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah menyambut mesra kehadiran delegasi UniSHAMS, seterusnya meneruskan perbincangan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik, bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai agenda berkaitan pembangunan pendidikan dan jaringan bersama institusi pendidikan di Mesir.

EME menghargai kunjungan hormat ini, seterusnya berharap agar buah perbincangan ini dapat melahirkan mahasiswa Malaysia yang cemerlang, bersifat wasatiy, dan mampu menjadi qudwah menzahirkan semangat Malaysia MADANI yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

18 Jun 2026 - Pejabat Education Malaysia Egypt (EME) menerima jemputan bagi menghadiri sesi Ramah Mesra delegasi Rabitah...
21/07/2026

18 Jun 2026 - Pejabat Education Malaysia Egypt (EME) menerima jemputan bagi menghadiri sesi Ramah Mesra delegasi Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar (WOAG) Malaysia bersama kepimpinan pelajar di Asrama Darul Aman 3, Kaherah.

Delegasi tersebut diketuai oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin bin Abdul Mukti, Presiden; Prof. Dr. Mustaffa Bin Abdullah, Setiausaha Agung; Dr. Ahmad Bin Yusuf, Bendahari; dan Datin Zaharah Binti Md. Hashim, ahli Syura. Manakala EME diwakili oleh Encik Muhammad Nazirul Mubin bin Abdul Rahman, Setiausaha Pertama (Pendidikan), Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

Majlis ini merupakan inisiatif Rabitah untuk memperkenalkan peranan dan fungsi organisasi di samping mengadakan sesi dialog bersama kepimpinan pelajar, terutamanya berkaitan pengurusan pusat bahasa di bawah kendalian Rabitah, serta mendapatkan maklum balas berkenaan dengan perancangan pelaksanaan pelbagai program yang boleh dimanfaatkan oleh mahasiswa Malaysia di Mesir.

Selamat Menyambut tahun baharu 1448 Hijri. Bumi Kinanah Mesir memulakan 1 Muharam 1448H bersamaan dengan 16 Jun 2026.
16/06/2026

Selamat Menyambut tahun baharu 1448 Hijri. Bumi Kinanah Mesir memulakan 1 Muharam 1448H bersamaan dengan 16 Jun 2026.

Mudah-mudahan hanya kejayaan dan Mumtaz sahaja yang menjadi milik para mahasiswa Malaysia di seantero bumi Mesir.
28/04/2026

Mudah-mudahan hanya kejayaan dan Mumtaz sahaja yang menjadi milik para mahasiswa Malaysia di seantero bumi Mesir.

Untuk perhatian semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir
23/04/2026

Untuk perhatian semua mahasiswa Malaysia di bumi Mesir

Khusus buat pelajar-pelajar lepasan SPM/STAM/diploma Qirā`āt  yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian...
03/04/2026

Khusus buat pelajar-pelajar lepasan SPM/STAM/diploma Qirā`āt yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Mesir dan Maghribi bagi sesi 2026/2027 dalam bidang Pengajian Islam, Qirā`āt, dan Sains Kesihatan.

Layari pautan https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah/ untuk maklumat lanjut. Permohonan adalah bermula dari 7 April 2026 sehingga 30 April 2026. Pastikan permohonan adalah melalui laman web rasmi eTimurTengah sahaja, elakkan daripada penggunaan ejen.

Disertakan jua iklan pendaftaran kursus intensif bahasa Arab daripada USIM, sebagai prasayarat kemasukan ke program Pengajian Islam dan Qirā`āt Universiti Al-Azhar.

HEBAHAN TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HUFFAZ (SPH) JAKIM TAHUN 2026JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon...
01/04/2026

HEBAHAN TAWARAN SKIM PEMBIAYAAN HUFFAZ (SPH) JAKIM TAHUN 2026

JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Skim Pembiayaan Huffaz (SPH) JAKIM Tahun 2026 .

Permohonan SPH JAKIM Tahun 2026 telah dibuka bermula 1 hingga 14 April 2026. Syarat-syarat dan permohonan boleh dirujuk di portal https://sph.islam.gov.my/.

Selamat menyambut Aidilfitri 1447H/2026, dengan bermulanya 1 Syawal 1447H di Mesir, yang bersamaan dengan 20 Mac 2026 (J...
19/03/2026

Selamat menyambut Aidilfitri 1447H/2026, dengan bermulanya 1 Syawal 1447H di Mesir, yang bersamaan dengan 20 Mac 2026 (Jumaat). Semoga Allah menerima semua amalan kita dan kalian jua. Mudah-mudahan.

9 Mac 2025 - Majlis Tadarus Al-Quran secara berjemaah bersama warga Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Rumah Pelajar Joh...
19/03/2026

9 Mac 2025 - Majlis Tadarus Al-Quran secara berjemaah bersama warga Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Rumah Pelajar Johor, Al-Hayyu Al-Thamin, madinah Nasr.

Address

26, El Khazndra Street, Abbasiah, El Waily
Cairo
11658

Opening Hours

Monday 9am - 4pm
Tuesday 9am - 4pm
Wednesday 9am - 4pm
Thursday 9am - 4pm
Sunday 9am - 4pm

Telephone

+20224873858

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Education Malaysia Egypt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Education Malaysia Egypt:

Shortcuts

Share

Category