Amanahraya Islamic Studies Students Association(AISA)

Amanahraya Islamic Studies Students Association(AISA)

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Amanahraya Islamic Studies Students Association(AISA), College & University, جامعة الأزهر الشريف ،مدنية نصر Al Azhar University Nac, Cairo.

Nama Persatuan : Amanahraya Islamic Studies Students Association(AISA) :: No 6, El-Eslah Street, Off Zoheir Sabry Street , Off Tayaran St, Nasr City, Cairo, Republic of Egypt ::

22/02/2014

a

Photos 23/12/2013

Ahli Jawatankuasa Baru Rumah Amanah Malaysia Kaherah.
Utk sebarang urusan boleh hubungi warden.

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) AISA sesi 2012/2013 09/12/2013

AmanahRaya Islamic Studies Students Association (AISA)

Photos 08/12/2013

Bismillahirrohmanirrohim.



Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 AISA telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Disember 2013.

Dengan ini diumumkan bahawa persatuan AmanahRaya Islamic Studies Students Association (AISA ) telah dibubarkan secara rasminya pada pukul 3.25 petang oleh Pengerusi AISA saudara Muhammad Muzammil Abdullah. Usul pembubaran telah diusulkan oleh saudari Nur Atikah Adzhar dan disokong oleh Saudari Nurul Hazimah seterusnya dipersetujui oleh 2/3 ahli dewan.

Resolusi pembubaran ini dibuat setelah beberapa perbincangan dan bancian hala tuju AISA dijalankan di samping beberapa faktor lain iaitu:

1- Pihak Amanah Raya Berhad telah menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir bermula tahun 2012. Ini bermakna tiada generasi baru di mana generasi-generasi pelapis ini diperlukan untuk menggerakkan tenaga kerja di samping generasi pertama pelajar tajaan ARB telah pulang ke tanah air pada Julai 2013.

2- Dalam masa yang sama, pertambahan kemasukan pelajar ke Kuliah Ulum Islamiah yg terdiri daripada pelbagai latar belakang dan agensi juga memerlukan satu pengurusan yang teratur. Oleh yang demikian semua mahasiswa/si Kuliah Ulum Islamiah diseru untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) sedia ada selaku sebuah persatuan rasmi berdaftar yang menaungi semua mahasiswa/si Kuliah Ulum Islamiah, demi kelangsungan kuantiti dan kualiti Kuliah Ulum Islamiah.

Dengan pembubaran ini, satu Jawatankuasa kecil akan diwujudkan bagi menguruskan pelajar-pelajar Kuliah Ulum Islamiah-ARB yang masih berbaki. Bermula hari ini, sebarang pengurusan berkaitan akan diletakkan di bawah kuasa warden Rumah Amanah Malaysia sepenuhnya sehingga Jawatankuasa kecil dibentuk dan diumum oleh warden sedikit masa lagi.

Page ‘AISA’ akan terus berfungsi secara tidak rasmi sebagai satu medium perhubungan sesama mahasiswa/si Malaysia di Mesir.

Photos 02/12/2013

InsyaAllah, MAT AISA bakal berlangsung pada hari Jumaat, 6 Disember 2013.

Photos 13/11/2013

-PRESTASIS'13- Dibawakan khas daripada Persatuan Mahasiswa Ulum Islamiah (PMUI) untuk mahasiswa/si baru Kuliah Ulum Islamiah. Jangan lepaskan peluang ini, 14-16 November 2013.

Photos 13/11/2013

Muhadarah ilmiah dan ramah mesra bersama pelajar-pelajar Kuliah Ulum Islamiah bersama bekas dekan Kuliah Ulum Islamiah, Prof.Dr. Zakaria.

Photos 08/11/2013

Salam Jumaat dan banyakkan berselawat kpd Rasululullah SAW. InsyaAllah, pada malam ini akan diadakan Usrah AJKT AISA terakhir dan sedikit jamuan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) , bertempat di surau Rumah Amanah Malaysia.

(Updated)Perubahan Jadual Tahun 1,3 & 4 30/10/2013

Semester 1 2013/2014,
Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar

Jadual Kuliah Ulum Islamiah Semester I 2013/2014 27/10/2013

Penyusunan jadual mungkin berubah dari segi hari, masa dan tenaga pengajar. Harap maklum.

Sekitar Sesi Pengkuliahan 2013/2014 Fakulti Ulum Islamiah 27/10/2013

Sekitar hari pertama pengkuliahan Kuliah Ulum Islamiah yang bermula pada 27 Oktober 2013. Fakulti Ulum Islamiah telah berpindah ke bangunan baru. Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa.

Photos 09/10/2013

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan.

Telah thabit di dalam Sahih Bukhari daripada Ibnu Abbas (hadis marfu'): "Tiada dari hari-hari untuk beramal soleh padanya terlebih dikasihi kepada Allah selain hari-hari 10 Zulhijjah ini". Para sahabat bertanya: "Tidak juga berjihad di jalan Allah? Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan jiwa dan hartanya, kemudian dia tidak lagi ...".

Want your school to be the top-listed School/college in Cairo?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


جامعة الأزهر الشريف ،مدنية نصر Al Azhar University Nac
Cairo
11811