Home
>
Egypt >
Cairo >
دار الإتقان لتلقي وتعليم القرآن والقراءات العشر بالمقطم
دار الإتقان لتلقي وتعليم القرآن والقراءات العشر بالمقطم
Share
دار الإتقان لتعليم وتلقي القرآن والقراءات العشر بالسن? Darul Itqan merupakan salah sebuah pusat pengajian Al-Quran Bersanad yang terdapat di Mesir.
Ia diasaskan oleh seorang guru Al-Quran yang mahir dalam bidang qiraat iaitu Fadilat As-Syaikh Waeel bin Youseef.Salah satu sebab pusat pengajian ini dibuka kerana penambahan pelajar dari serata dunia antaranya Malaysia, Arab Saudi , Mesir , Brunei , Singapura , Kanada dan lain-lain. Sistem pengajian di Darul Itqan ini dilaksanakan secara talaqqi musyafahah. Para pelajar boleh memilih samada untuk
tahsin al-quran, hafazan ,ataupun tahsin dan hafazan. Waktu talaqqi adalah setiap hari kecuali Jumaat, bermula pada jam 8 pagi sehingga isyak. Pada waktu pagi khusus kepada Muslimat manakala selepas zuhur hingga isyak dikhususkan kepada Ikhwah. Bagi yang tidak berkesempatan untuk bertemu secara terus dengan Syaikh Waeel kerana jauh seumpamanya, pihak Darul Itqan menawarkan talaqqi al-quran secara online menggunakan SKYPE ataupun TELEFON. Jadual talaqqi mengikut persetujuan antara pelajar dan Syaikh Waeel. Program Darul Itqan :
1- bertalaqqi dan mendalami al-quran bersama syaikh yg berpengalaman serta memiliki sanad qiraat sepuluh.
2- Mendalami asas ilmu tajwid dan syarah matan Tuhfah Atfal , Al-Jazariah , Asy-Syatibiyyah , At-Toyyibah , juga syarah Kitab At-Tibyan Fi Adabi Hamlati Al-Quran oleh Imam Nawawi .
3- Menyediakan kelas bahasa arab bagi mereka yang lemah bertutur dalam bahasa arab ( ammiah & fushah )
4- Darul Itqan akan mengadakan jaulah ke tempat2 yang menarik sekitar Mesir. Syarat dan peraturan Darul Itqan :
1- istiqamah menghadiri kelas sepertimana yg telah ditetapkan .
2- Pelajar yg tidak hadir tanpa sebab dan tidak menunjukkan prestasi yg cemerlang sepanjang tempoh pengajian , Syaikh Waeel berhak mengambil tindakan disiplin.
3- Praturan yg telah ditetapkan, antaranya :
- Menjaga kebersihan.
- Sekiranya tidak dapat hadir, maklumkan kepada Syaikh Waeel.
- Dilarang sama sekali berada di luar pusat pengajian ( MELEPAK ) kerana dikhuatiri boleh menganggu ketenteraman penduduk sekitar.
- Pelajar yg menunjukkan prestasi yg cemerlang berpeluang mengikuti jaulah yg akan diadakan oleh Darul Itqan . Sebarang maklumat dan pertanyaan tentang PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN BERSANAD DARUL ITQAN boleh rujuk di :
Tel : +201002305859
FB : Darul Itqan
هنا تبدأ الحياة