PPL JPA Frankfurt

PPL JPA Frankfurt

Teilen

Kontaktinformationen, Karte und Wegbeschreibungen, Kontaktformulare, Öffnungszeiten, Dienstleistungen, Bewertungen, Fotos, Videos und Ankündigungen von PPL JPA Frankfurt, Bildungswebseite, Frankfurt.

Photos from PPL JPA Frankfurt's post 24/08/2026

23 Ogos 2026 - Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, JPA Frankfurt (PPL JPA Frankfurt) telah berpeluang menyertai aktiviti riadah santai hujung minggu bersama pelajar tajaan JPA di Düsseldorf.

Aktiviti badminton ini telah menghimpunkan pelajar tajaan JPA dari sekitar Nordrhein-Westfalen (NRW), serta turut disertai oleh pelajar dari Berlin dan Braunschweig. Suasana santai di gelanggang bukan sahaja menjadi ruang untuk beriadah, malah membuka peluang kepada PPL JPA Frankfurt untuk mendekati dan berinteraksi dengan pelajar dalam suasana yang lebih mesra dan santai.

Melalui aktiviti seperti ini, PPL JPA Frankfurt berpeluang bertanya khabar tentang perkembangan semasa pelajar, berkongsi maklumat berkaitan penajaan JPA serta menyampaikan pesanan dan nasihat yang bersesuaian sepanjang tempoh pengajian mereka di Jerman.

Pada kesempatan yang sama, PPL JPA Frankfurt turut berpeluang mengunjungi kediaman beberapa pelajar di sekitar Düsseldorf bagi meninjau sendiri suasana dan keadaan tempat tinggal mereka.

Semoga aktiviti seperti ini dapat terus memperkukuh hubungan antara pihak penaja dan pelajar, di samping memastikan kebajikan dan perkembangan mereka sentiasa diberi perhatian, bukan sahaja dari aspek akademik, malah dalam kehidupan seharian di perantauan.

Photos from PPL JPA Frankfurt's post 19/05/2026

16 Mei 2026 – Sinergi antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Malaysian-German Students' Society (MGSS) diteruskan lagi melalui penganjuran Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) Nordrhein-Westfalen (NRW) 2026 bertempat di University of Cologne.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YM Engku Puteri Suraya binti Engku Mohd Afandi, Konsul Jeneral Malaysia di Frankfurt. Kehadiran beliau sekali gus memberi suntikan semangat kepada 16 pelajar tajaan JPA dan 37 pelajar tajaan MARA yang kini sedang mengikuti kursus persediaan bahasa di Carl Duisberg Training Center (CDC), Cologne serta IIK Deutschland Düsseldorf.

Program ini dirancang khas bagi mendedahkan para pelajar kepada persediaan, cabaran, dan panduan penting sebelum mereka memulakan pengajian ijazah mulai September nanti.

Bagi memenuhi matlamat tersebut, para peserta telah diberikan taklimat dan perkongsian berkaitan kehidupan sebagai pelajar di Jerman, pengurusan kewangan, persediaan peperiksaan bahasa Jerman serta urusan konsular. Turut diketengahkan adalah peranan MGSS sebagai komuniti sokongan utama buat pelajar Malaysia di Jerman.

Selain pengisian formal, atur cara program turut diserikan dengan aktiviti santai dan riadah di taman. Slot ini memberi ruang kepada para peserta untuk berinteraksi, bertukar pendapat dengan pelajar senior, serta merapatkan hubungan silaturahim dengan pihak penaja dalam suasana yang lebih kasual.

Pejabat PPL Frankfurt berharap MOIN NRW 2026 dapat memberikan keyakinan dan persediaan awal yang secukupnya kepada para pelajar, sama ada dari segi mental mahupun akademik serta memacu kecemerlangan pengajian mereka di bumi Jerman.

Photos from PPL JPA Frankfurt's post 10/05/2026

9 Mei 2026 – Majlis Orientasi dan Informasi (MOIN) Berlin telah berjaya dilaksanakan secara anjuran bersama antara Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) JPA Frankfurt, Pejabat MARA Frankfurt dan Malaysian-German Students’ Society (MGSS) bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Berlin.

Program ini telah dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Jerman, TYT Mohamad Razdan Jamil dan disertai oleh seramai 36 orang pelajar baharu Malaysia di Jerman, terdiri daripada 16 orang pelajar tajaan JPA dan 20 orang pelajar tajaan MARA yang kini sedang mengikuti pengajian bahasa di IIK Deutschland Berlin sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti di sekitar Jerman.

MOIN merupakan platform persediaan awal bagi membantu pelajar menyesuaikan diri dengan kehidupan serta sistem pembelajaran di Jerman. Pelbagai pengisian telah dilaksanakan merangkumi perkongsian berkaitan kehidupan sebagai pelajar di Jerman, pengurusan kewangan, persediaan peperiksaan bahasa, kesejahteraan mental, urusan konsular serta peranan komuniti pelajar Malaysia di Jerman.

Program ini turut menampilkan sesi perkongsian khas berkaitan kesihatan mental oleh MERCY Humanitarian UK yang memberi penekanan terhadap kepentingan kesejahteraan emosi, pengurusan tekanan serta pembinaan sistem sokongan yang positif dalam kalangan pelajar di luar negara.

Selain itu, program ini turut menjadi medium interaksi antara pelajar baharu, pelajar senior, pihak penaja dan wakil Kedutaan dalam usaha membina jaringan sokongan yang positif serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti pelajar Malaysia di Jerman.

Semoga perjalanan pengajian para pelajar di Jerman dipenuhi pengalaman bermakna, kejayaan dan kecemerlangan.

29/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Redza Nizam bin Radzuan atas segala khidmat bakti serta sumbangan sepanjang bertugas di Pejabat PPL Frankfurt, Jerman.

Tengah hari tadi, beliau telah berlepas dari Lapangan Terbang Frankfurt untuk kembali ke tanah air setelah menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun sebagai Konsul Muda (Pendidikan dan Latihan) di Pejabat Pendidikan dan Latihan JPA, Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt.

Pejabat PPL Frankfurt amat menghargai dedikasi serta komitmen tinggi yang telah dicurahkan, khususnya dalam menguruskan pelajar tajaan JPA di Jerman. Segala jasa ini akan sentiasa dikenang.

Selamat kembali ke tanah air dan selamat maju jaya di penempatan baharu.

Photos from Consulate General of Malaysia in Frankfurt's post 21/04/2026
Photos from PPL JPA Frankfurt's post 09/04/2026

8 April 2026 - Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan, JPA Frankfurt (PPL JPA Frankfurt) telah mengadakan sesi outreach bersama pelajar tajaan JPA yang sedang mengikuti pengajian di Hochschule Augsburg.

Sesi ini bukan sahaja menjadi ruang untuk bertanya khabar dan berkongsi maklumat serta perkembangan semasa, malah mengeratkan lagi hubungan antara penaja dan pelajar dalam suasana yang santai dan mesra.

Istimewanya, salah seorang pelajar yang bertindak sebagai tuan rumah telah mengambil inisiatif dan berbesar hati menyediakan juadah hasil air tangan pelajar untuk pihak Pejabat serta rakan-rakan pelajar tajaan yang lain. Usaha ini mencerminkan semangat kebersamaan dan kekitaan yang tinggi, satu “extra mile effort” yang amat dihargai oleh pihak Pejabat PPL JPA Frankfurt.

Semoga sesi seperti ini terus mendorong pelajar untuk kekal fokus, saling menyokong dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam pengajian

Wollen Sie Ihr Schule/Universität zum Top-Schule/Universität in Frankfurt machen?

Klicken Sie hier, um Ihren Gesponserten Eintrag zu erhalten.

Lage

Kategorie

Webseite

Adresse


Frankfurt