PPL JPA Frankfurt

PPL JPA Frankfurt

Teilen

Pejabat Penasihat Pendidikan & Latihan Frankfurt JPA, Jerman find and follow us on twitter @PPLFrankfurt

09/04/2024

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
MOHON AMPUN dan MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah

31/03/2024

Seluruh warga JPA merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Megat Ashman Aqif bin Megat Irman Jefni, Pelajar Tajaan JPA yang telah kembali ke rahmatullah hari ini.

Kami mendoakan kesejahteraan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham agar kekal tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah.






29/02/2024

Kepada Rakyat Malaysia di Jerman,

Untuk makluman, pendaftaran bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama Rakyat Malaysia di Jerman pada 12 Mac 2024 di Grand Hyatt Berlin telah ditutup.

Kad jemputan akan diedarkan kepada para tetamu dalam masa terdekat, berdasarkan prinsip first come first served. Hanya tetamu yang menerima kad jemputan tersebut sahaja yang dibenarkan untuk memasuki dewan.

Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai

16/02/2024

Kepada rakyat Malaysia di Jerman,

Anda semua dijemput untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bersama Rakyat Malaysia di Jerman pada ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mac 2024 (Selasa)
Masa: 4.30 petang hingga 7.30 malam
Tempat: Sekitar Berlin (TBC)
Kod Pakaian:
Lelaki (Baju Kebangsaan / Lounge Suit/ Baju Batik Malaysia)
Wanita (Baju Kebangsaan/ Baju Batik Malaysia/ pakaian yang bersesuaian)

Sila sahkan kehadiran dengan melengkapkan maklumat anda melalui pautan berikut:

https://forms.gle/fT5HE1zUVLz8v9Tg9

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 29 Februari 2024 (Khamis) berdasarkan first come first served basis.

Jemputan ke majlis ini adalah terhad dan e-mel jemputan rasmi akan dipanjangkan setelah senarai jemputan dimuktamadkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui e-mel berikut:

[email protected]
[email protected]
[email protected]

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Majlis Ramah Mesra YAB Perdana Menteri bersama Rakyat Malaysia di Jerman

Kedutaan Besar Malaysia Berlin
Konsulat Jeneral Malaysia Frankfurt
Pejabat Pendidikan dan Latihan JPA Frankfurt
Pejabat MARA Frankfurt

Photos from Jabatan Perkhidmatan Awam's post 07/02/2024
Photos from Malaysian-German Students' Society - MGSS's post 02/02/2024
15/06/2023
15/06/2023

Alhamdulillah dan terima kasih YAB Dato' Seri atas kenaikan elaun sara hidup pelajar tajaan JPA.

[πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ]

πŠπ„ππ€πˆπŠπ€π πŠπ€πƒπ€π‘ 𝐄𝐋𝐀𝐔𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀 π‡πˆπƒπ”π 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐀

Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan JPA bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan.

πŸ”΅Kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara; serta

πŸ”΅Kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November 2022.

Kenaikan ini berkuat kuasa pada Julai 2023 yang memanfaatkan 43,595 orang pelajar tajaan JPA.




11/06/2023

π‚π€πŠππ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ π˜π€π 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐏𝐀 πƒπˆ πˆππ’π“πˆπ“π”π’πˆ ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π π“πˆππ†π†πˆ

Saksikan amanat YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama Pelajar Tajaan JPA di Institusi Pendidikan Tinggi pada:

πŸ—“οΈ 13 Jun 2023 | Selasa
πŸ•° 4.15 petang - 5.30 petang
πŸ“ Siaran secara langsung boleh diikuti melalui π…πšπœπžπ›π¨π¨π€ π‰πšπ›πšπ­πšπ§ 𝐏𝐞𝐫𝐀𝐑𝐒𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 π€π°πšπ¦, 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐒𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐒𝐝𝐒𝐀𝐚𝐧 𝐓𝐒𝐧𝐠𝐠𝐒 dan π”π§π’π―πžπ«π¬π’π­π’ πŠπžπ›πšπ§π π¬πšπšπ§ 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚.

Photos from Malaysian-German Students' Society - MGSS's post 11/02/2023

Tahniah kepada Committee Members MGSS 2023 serta ucapan terima kasih kepada Committee Members MGSS 2022 atas segala jasa dan bakti

Photos from PPL JPA Frankfurt's post 03/02/2023

Makluman ketibaan pelajar kumpulan AUSMAT 17 pada 1 Feb 2023

Alhamdulillah 20 orang pelajar tajaan JPA kumpulan AUSMAT 17 telah selamat tiba di Cologne Bonn Airport jam 1045 pagi 1 Feb 2023 sebagaimana yang dijadualkan. Urusan imigresen pelajar berjalan dengan lancar. Tahap kesihatan pelajar adalah baik.

PPL telah menghadiri Opening Ceremony yang dianjurkan pihak CDC pada 2 Feb 2023. Pelajar telah diberi taklimat pentadbiran dan sesi suai kenal turut diadakan dengan pelajar. 2 orang pelajar senior turut membantu dalam urusan ketibaan pelajar baharu.
Terima kasih kepada ibu pejabat atas segala kerjasama dan bantuan yang dihulurkan. Sekian dimaklumkan.

PPL Frankfurt
3 Feb 2023

Wollen Sie Ihr Schule/UniversitΓ€t zum Top-Schule/UniversitΓ€t in Frankfurt machen?

Klicken Sie hier, um Ihren Gesponserten Eintrag zu erhalten.

Lage

Kategorie

Telefon

Webseite

Adresse


Bleichstraße 64-66
Frankfurt
60313