SK Nanga Trusa

SK Nanga Trusa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Nanga Trusa, Education, SK Nanga Trusa, Kapit.

Hari semalam merupakan hari yang sangat menyayat hati bagi warga SK Nanga Trusa kerana telah dikejutkan dengan berita pe...
29/04/2026

Hari semalam merupakan hari yang sangat menyayat hati bagi warga SK Nanga Trusa kerana telah dikejutkan dengan berita pemergian seorang pemimpin yang sangat disegani iaitu Guru Besar Ngadit ak Sawing. Warga sekolah harus menerima takdir melepaskan seorang ketua yang sangat dihormati pergi ke dunia abadi.

Tidak mudah bagi warga Ng Trusa untuk mengungkapkan rasa terima kasih atas segala jasa yang tuan GB telah berikan selama ini. Mendiang merupakan sosok pemimpin yang sentiasa tenang dan sangat komited dalam menjalankan tugas.

Mendiang merupakan ketua yang sangat bertoleransi, penuh rasa empati dan sentiasa mengutamakan kebajikan guru dan murid-murid.

SK Nanga Trusa pasti akan merindukan kelibatmu tuan Guru Besar yang sentiasa memberi nasihat, berdedikasi dan sering berlembut hati.

Terima kasih tuan untuk segalanya tuan.
Terima kasih atas kebaikan hati tuan selama ini.
Terima kasih untuk ilmu dan tunjuk ajar.
Terima kasih atas kesabaran dan keikhlasanmu tuan.
Terima kasih tuan Guru Besar.
Selamat berehat di dunia yang abadi.
Farewell Sir.

Karnival Sukan dan Permainan Zon Bukit Goram 2026Kontinjen Sk Nanga Trusa telah menghantar seramai 22 orang pemain untuk...
22/04/2026

Karnival Sukan dan Permainan Zon Bukit Goram 2026

Kontinjen Sk Nanga Trusa telah menghantar seramai 22 orang pemain untuk mengikuti Karnival Pemilihan Sukan Dan Permainan Zon Bukit Goram pada tarikh 14 April hingga 17 April 2026 yang lalu.
Kontinjen ini terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Kontinjen Sk Nanga Trusa telah menyertai pertandingan bola Jaring, Bola Sepak dan Bola Baling.

Pencapaian yang diperolehi oleh atlet-atlet Sk Nanga Trusa adalah seperti berikut :

Bola Jaring ( Tempat Ke - 4)
Bola Sepak ( Ke 2)
Bola Baling Perempuan ( Juara)
Bola Baling Lelaki ( peirngkat kumpulan)

Seramai 3 orang murid lelaki terpilih untuk sukan bola sepak, 4 orang murid perempuan terpilih untuk sukan bola baling, 3 orang terpilih untuk bola jaring dan 2 orang murid lelaki terpilih untuk sukan bola baling.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet. Tidak lupa juga sekalung penghargaan terima kasih kepada para jurulatih dan pegawai pengiring.

"Moving Towards Excellence"
"Natrus Maju"

TA'SEEM 2026SK NANGA TRUSA telah menghantar satu pasukan tarian untuk menyertai Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Mala...
12/04/2026

TA'SEEM 2026

SK NANGA TRUSA telah menghantar satu pasukan tarian untuk menyertai Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (Ta'seem) yang bertempat di Dewan Kejora, SMK Kapit No 2. Pertandingan ini berlangsung pada 1 & 2 April 2026.
SK Nanga Trusa telah menyertai kategori Tarian Tradisional Duo dan kategori Tarian Irama Malaysia.

Pasukan tarian Sk Nanga Trusa telah mendapat tempat ke - 11 bagi Kategori Tarian Irama Malaysia dan Tempat ke - 10 bagi Kategori Tradisional Duo. Keputusan ini merupakan pencapaian yang lebih baik dari pencapaian tahun lalu.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan tarian Sk Nanga Trusa yang di bimbing oleh Cikgu Safrina Nora, Cikgu Alice Senuan, Cg Noorrita dan Encik Medea.

"Natrus Maju"
" Moving Towards Excellence"

Menu makanan rehat pada hari ini. πŸ”    #2026
28/01/2026

Menu makanan rehat pada hari ini. πŸ”



#2026

ISNIN | 26 JANUARI 2026Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2026πŸ‘‰ Pengawas SekolahπŸ‘‰ Pengawas AsramaπŸ‘‰ Pengawas Pusat Sumber P...
28/01/2026

ISNIN | 26 JANUARI 2026

Watikah Pelantikan Pengawas Sesi 2026

πŸ‘‰ Pengawas Sekolah
πŸ‘‰ Pengawas Asrama
πŸ‘‰ Pengawas Pusat Sumber

Pada perhimpunan Isnin lalu, Unit HEM bersama Unit Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Watikah Pelantikan Pengawas kepada murid yang terpilih sebagai pemimpin kecil.

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah dilantik dan selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan jujur.



#2026

JUMAAT | 16 JANUARI 2026PEMBERIAN BAP 2026Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan antara inisiatif penting d...
16/01/2026

JUMAAT | 16 JANUARI 2026

PEMBERIAN BAP 2026

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) merupakan antara inisiatif penting dalam memastikan kebajikan murid sentiasa terpelihara.

Majlis penyerahan BAP ini telah dijalankan secara teratur di Dewan Sri Belawai.

Semoga bantuan yang diberikan memberi manfaat dan menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak didik kita.






#2026

Pihak sekolah sentiasa cakna tentang aspek keselamatan dan keselesaan murid. Antara infrastruktur yang diberi perhatian ...
14/01/2026

Pihak sekolah sentiasa cakna tentang aspek keselamatan dan keselesaan murid.

Antara infrastruktur yang diberi perhatian dan dinaik taraf ialah laluan kecemasan asrama murid perempuan, laluan ke dewan makan serta tempat mencuci, laluan berbumbung ke bilik kelas serta kelas Tahun 4,5 dan 6 yang mempunyai lantai mozek.

Penambahbaikan ini dilaksanakan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, selesa dan kondusif, di samping mewujudkan suasana sekolah yang menyeronokkan untuk murid.



#2026

A late post, but BETTER LATE THAN NEVER πŸ«‘πŸ“Œ Lawatan Murid Tahun 6 ke Kuching pada 19 Disember - 22 Disember 2025.Syukur. ...
13/01/2026

A late post, but BETTER LATE THAN NEVER 🫑

πŸ“Œ Lawatan Murid Tahun 6 ke Kuching pada 19 Disember - 22 Disember 2025.

Syukur. Lawatan murid Tahun 6 telah berjalan dengan lancar dan selamat. Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid menimba ilmu melalui pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah di sekitar Kuching. Diharapkan lawatan ini dapat memperkaya pengetahuan, membina sahsiah serta mengukir kenangan bermakna sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.

Terima kasih kepada semua pegawai pengiring atas komitmen sepanjang program. Setinggi-tinggi perhargaan kepada ibu bapa dan penjaga murid atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Tidak dilupakan juga, terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan lawatan ini.

Selamat maju jaya kepada semua murid Tahun 6 2025.

Antara tempat yang dilawati ialah
πŸ‘‰ Kampung Budaya Sarawak
πŸ‘‰ Jambatan Darul Hana
πŸ‘‰ Waterfront Kuching
πŸ‘‰ Pantai Damai
πŸ‘‰ Upside Down House Kuching
πŸ‘‰ Borneo Culture Museum



#2025

ISNIN | 12 JANUARI 2026Selamat kembali ke sekolah 2026 kepada semua warga SK Nanga Trusa. πŸ₯³πŸ₯³Semangat baru, ilmu baru dan...
12/01/2026

ISNIN | 12 JANUARI 2026

Selamat kembali ke sekolah 2026 kepada semua warga SK Nanga Trusa. πŸ₯³πŸ₯³

Semangat baru, ilmu baru dan kenangan baru! πŸ“š πŸ–ŠοΈ ✏️ πŸ§‘β€πŸ« πŸ‘©β€πŸ«

Semoga tahun ini menjadi permulaan kepada pencapaian yang cemerlang, ilmu yang bermanfaat dan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. πŸ™



#2026

Sederhana, tapi cukup menggembirakan. ❀️Kadang-kadang makai ais krim meh kitai. 🍦πŸ₯³
18/12/2025

Sederhana, tapi cukup menggembirakan. ❀️

Kadang-kadang makai ais krim meh kitai. 🍦πŸ₯³

12/12/2025

Persembahan Tarian Nampi Beras yang sangat memukau warga Dewan Sri Belawai yang dipersembahkan oleh adik Dannieli Rettyson, adik Rivera Laura dan adik Dareallya. 😍😍😍😍

Tarian ini dibimbing oleh Cikgu Safrina Nora dan Cikgu Alice Anak Senuan.

Address

SK Nanga Trusa
Kapit

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Nanga Trusa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Nanga Trusa:

Shortcuts

Share

Category