11/03/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْـــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــــﻢ..
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيْدِنَا مُحَمَّدْ
وَعَلَی آلِ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ.
*RAMADAN TANPA RASA DI HATI.*
▪️ Ramadan Allah SWT jadikan agar kita menjaga dan membersihkan hati kita.
▪️Sangatlah rugi bagi kita yang dah masuk bulan Ramadan namun hati kita masih tebal dengan selaput dosa.
▪️Rugi pada diri kita yang dah masuk Ramadan namun kita tak rasa roh terjadap proses yang Allah SWT sedang limpahkan rahmatNya dalam bulan Ramadan.
▪️Kita sudah pun mencecah pertengahan Ramadan namun satu titik airmata kita pun belum lagi keluar.
▪️Itu menandakan hati kita ini bermasalah.
▪️Jika terjadi sedemikian kepada kita, kita masih lagi sempat untuk kita memperbaikinya.
▪️Sepertimana enjin kapal terbang yang rosak, perlu diperbaiki jika kita bawa juga ia terbang maka kapal terbang itu akan terhempas.
▪️Demikian juga pada hati kita dan kita sahaja yang kenal pasti samada hati kita itu bermasalah atau pun tidak dengan Tuhannya.
▪️Jika Ramadan ini kita tidak merasakan apa-apa, Ramadan ini kita rasakan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain itu menandakan hati kita bermasalah.
❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️❄️
🌷Perbaiki hati kita di bulan Ramadan kerana Allah mengurniakan rahmatNya bagi orang yang meminta maka perbanyakkan berdoa kepadaNya.
Sekian semoga bermanfaat.
*Dari saya Lela😍*
*Sec 5, Kota D'sara*
*Rujukan :*
- Ceramah ; Ustaz Ahmad Dusuki di laman FB beliau