12/08/2026
🎙️TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA “CONVO – SET - CAREER”.
Alhamdulillah, pada 8 Ogos 2026 bersamaan 24 Safar 1448H, telah berlangsung taklimat khas daripada Pejabat Hal Ehwal Alumni (PHEA) dan Persatuan Alumni Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sesi 2025/2027 dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) serta Hab Keusahawanan (E-Hub) dan sesi perkongsian bertemakan “Convo – Set – Career” di Dewan Auditorium, UNISSA.
Program ini memberikan pendedahan yang sangat bermanfaat oleh PHEA, OCeAN, E-Hub, serta Persatun Alumni UNISSA mengenai persediaan menghadapi alam kerjaya, peluang pembangunan profesional, keusahawanan serta peranan alumni selepas bergraduasi. Para peserta turut berpeluang mengikuti forum perkongsian, aktiviti interaktif, kuiz dan pameran maklumat berkaitan kerjaya.
Selain itu, program ini bukan sahaja menambahkan ilmu dan pengetahuan, malah membuka perspektif baharu serta memberikan persediaan yang lebih baik untuk melangkah ke fasa seterusnya selepas bergelar graduan.