28/12/2023
its bonus bah bisai di bali ni. Utk anak2 biskita. :)
wassap ku +6738789953
✨Nutrilite M-PLUS✨
👍Terbaik untuk Minda & Memori
Dengan peningkatan usia, tanpa usaha penjagaan yg baik, sebenarnya kita mengalami Pengurangan Daya Ingatan & Kognitif - pemikiran, kecerdasan, kemahiran dll.
🤔 Lupa letak barang kt mana, selalu hilang jam, kunci, letak kereta pon tak jumpa cari
🤔 Nama orang susah nak ingat, lupa nama kawan lama
🤔 Kurang Fokus bila belajar, study pon susah nak hafal, dah halal pon lupa balik..
B*k faktor penyebab pengurangan prestasi minda kita ni, antaranya ;
⚠ Pemakanan tak sihat
⚠ Tidur tak cukup
⚠ Tekanan stress
⚠ Merokok
⚠ Penuaan
⚠ Penyakit tua seperti Dementia (nyanyuk), pelupa dan lain lain...
M-PLUS sangat sangat membantu
Cuba dulu baruuu tau!!
Kandungan;
🌿 Extract Ginkgo Biloba
• Menyokong Prestasi Mental Dgn Segera!
🌿 Cistanche Tubulosa
• Meningkatkan Memori Jangka Panjang!
🔴Iaitu Herba Perubatan Cina yg telah digunakan sejak Ribuan Tahun lamanya.. 🇨🇳
12 tahun ke atas dah Boleh amalkan,
2 tablet sehari, slps makan
Sesuai utk;
✅ Nyanyuk ( Dementia )
✅ Pelupa
✅ Kes**aran mengingat
✅ Stress
✅ Penghafal
✅ Pelajar
✅ Siapa shj yg nk tambah kekuatan minda / ingatan
21/12/2023
setiap rumah mesti ada satu
07/01/2018
Pre order
Tajuk : Ayat-Ayat Cinta 2
Penulis : Habiburrahman El Shirazy
Harga : BD$18.00
ISBN : 9789674480523
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Fahri, yang kini tinggal di Edinburgh dan bahkan menjadi pendidik di University of Edinburgh, terpaksa menjalani kehidupan sehari-harinya sendirian. Bersama dengan Paman Hulusi, pembantu rumah tangganya yang berdarah Turki, ia meneruskan kehidupannya tanpa Aisha.
Terkadang Fahri masih saja menangis saat mengingat kenangan-kenangannya bersama Aisha. Kenyataan bahwa isteri yang sangat dicintainya itu kini menghilang entah kemana, membuatnya sedih dan hampir putus asa. Maka ia menghabiskan hari-harinya dengan menenggelamkan diri dalam kesibukan pekerjaan, penelitian, mengajar, dan bisnes yang dulu dikelola berdua bersama Aisha.
Aisha menghilang dalam sebuah perjalanan ke Palestina bersama teman wanitanya saat ingin membuat cerita dan laporan tentang kehidupan di sana. Teman Aisha ditemukan dalam keadaan sudah kehilangan nyawa dan kondisi tubuh yang menyedihkan dan sangat mungkin kondisi Aisha juga sama meski tubuhnya belum ditemukan saat ini.
Sudah lebih dari dua tahun Fahri berduka dan tenggelam dalam usaha pencarian isteri yang sangat dicintainya itu. Ia pun pindah ke Edinburgh karena itulah kota yang sangat dis**ai Aisha di dataran Inggris. Dengan menyibukkan dirinya, ia berusaha menyingkirkan rasa sedihnya sekaligus memperbaiki citra Islam dan muslim di negeri dunia pertama itu. Ia berbuat baik pada tetangganya, menyebarkan ilmu agama pada berbagai pihak, dan membantu orang-orang yang butuh bantuannya tanpa memandang bulu.
Berbagai kegiatan menyibukkan dirinya, hingga sebuah pertanyaan mengusik datang dari berbagai pihak. Akankah ia membujang seumur hidup setelah ditinggal Aisha? Akankah ia bertemu dengan isterinya itu sekali lagi?
11/11/2017
INSTOCK
Tajuk : Dia
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : BD$18.00
ISBN : 9789674690632
Sinopsis
Mengenal cinta.
Mengejar bahagia.
Mencari dia.
“Aku berserah pada takdir tapi hati aku selalu menyebut nama dia. Hanya dia yang aku tunggu.” – Aira
Aira, kisah cintanya tidak seindah yang diimpikan. Kerana Emelda, dia terpaksa mengalah. Aira pasrah apabila Aidit memilih Emelda untuk dijadikan teman hidupnya. Aira percaya akan ada hikmahnya yang menanti.
“Aku pernah merasai cinta. Dia begitu sempurna buat aku. Tapi aku perlu tahu tidakkah aku dengan dia sempurna bersama?” - Aidit
Aidit, dia tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban! Korbankan cintanya terhadap Aira. Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira.
“Kopi saya... Mana kopi saya? Kan saya dah cakap, pagi-pagi awak kena buat kopi saya dulu... Sekarang dah pukul berapa?” - Zaid
“Kenapa Encik Zaid tak suruh tea lady yang buatkan?” - Aira
Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.
“Dia buat aku tenang, gembira dan bahagia. Dan aku tahu dia dapat merasakan cinta aku tapi apa yang harus aku lakukan untuk merasai cinta dari dia?” - Zaid
Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira? Semuanya dalam Dia
29/10/2016
INSTOCK
BD$16.00
SINOPSIS GIRLFRIEND SAMARAN
Kedatangan dia ke Voguelady Fashion Magazine adalah untuk temuduga bagi jawatan Junior Fashion Editor. Namun, temuduga itu hancur selepas berlaku pelanggaran antara dia dan si super kacak, JUN AKASHAH!
" Hey lelaki! Kau yang langgar aku lah!" - DIAN KATIRA
" Hey perempuan! Kalau aku langgar kau sekalipun, so what!" - JUN AKASHAH
Berlaku pergaduhan antara si anti kaum perempuan JUN AKASHAH dengan Si Diva shopping, DIAN KATIRA. Maka bermulalah adegan tolak kepala dan tarik rambut antara keduanya.
Selepas pergaduhan itu, impian Dian Katira untuk bekerja di Voguelady Fashion Magazine musnah sama sekali! Malah, dia tak sempat diinterview pun! Dia langsung tidak menyangka lelaki yang bernama JUN AKASHAH itu adalah anak kepada pemilik Voguelady Fashion Magazine tempat yang ingin dia dapatkan pekerjaan. Itulah perkara bodoh yang pernah dia buat!
Namun, harapan itu kembali bersinar saat dia mendapat panggilan kedua dari syarikat gah itu untuk satu offer job baru.
Sampai saja kaki di sana... dia terkejut apabila job itu adalah job yang paling GILA dan SEWEL yang pernah dia dengar!!
MENYAMAR JADI LELAKI?!! DIAN KATIRA BERTUKAR KEPADA ZOEY ROY??! OMG!!!
" Untuk mendekati Jun Akashah, kamu terpaksa mengubah penampilan kamu menjadi lelaki" - ENGKU ZARIFA
Kerana ugutan, dia paksarela menerima job itu. Maka, bermulalah kisah antara dia dan Jun Akashah yang sememangnya ANTI KAUM PEREMPUAN!
Namun, untuk apa dia dipaksa menyamar? Mengapa dia dipilih untuk pegang watak penyamaran yang paling gila ini?!!
Semuanya bakal terjawab dalam GIRLFRIEND SAMARAN!
29/04/2016
PRE ORDER
COMBO TENGKU BD32.00
=====================
Tajuk : My Lovely Tengku
Penulis : Pitteriah Abdullah
Harga : BD$16.00
ISBN : 978-967-446-162-1
Sinopsis
Perkahwinan antara Zara Irdina dan Akmal terputus kerana Akmal tidak mahu Zara Irdina yang dilabelkan sebagai anak haram.
Tengku Izraf Akif hanya mencintai Zara Irdina seorang, malangnya Zara Irdina menolak lamaran lelaki itu kerana dia hanya anak orang kebanyakan. Tengku Izraf Akif mengambil kesempatan untuk merebut kembali hati Zara Irdina supaya kembali ke pangkuannya. Demi menjaga kehormatan diri, Zara Irdina menerima lamaran Tengku Izraf Akif. Malangnya hubungan mereka dilarang oleh golongan bangsawan dan masyarakat.
Dapatkah Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina meneruskan perkahwinan mereka? Siapa sebenarnya ibu bapa Zara Irdina?
==============================================
Tajuk : My Lovely Tengku 2
Penulis : Pitteriah Abdullah
Harga : BD$18.00
ISBN : 978-967-446-248-2
Mukasurat : 400
Berat :
Sinopsis
Apalah makna kehidupan andainya cinta dan kasih sayang tiada.
Perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina mula teruji setelah mempunyai empat orang cahaya mata. Kebahagiaan yang terbina membuatkan orang yang tidak s**a dengan mereka berdua mula diracuni. Semuanya bermula apabila Tengku Cempaka mahu Tengku Akif menjadi pewaris takhta di tempatnya. Anak-anak Tengku Cempaka membantah, malah Tengku Mawar yang rapat dengan Tengku Akif mula membenci Tengku Akif dan Zara Irdina.
Tengku Cempaka p**a diracuni Tengku Bakar yang masih ada hati untuk bermenantukan Tengku Akif. Dia berhasrat mahu menjodohkan Tengku Fiona dengan Tengku Akif demi takhta Tengku Cempaka. Racun yang ditabur mula meresap dalam hati Tengku Cempaka dan bermulalah sengketa antara Tengku Akif dengan bondanya. Lebih kesal Tengku Cempaka mula mengungkit tentang Zara Irdina yang berstatus anak haram.
Berjayakah Tengku Akif mempertahankan cintanya dan keluarganya?
“Lelaki boleh berkahwin sampai empat, Zara. Abang mampu untuk berkahwin. Jadi tak salah kalau abang berkahwin lagi.” ~ Tengku Akif
“Abang kahwinlah dengan Fiona tu sebab bonda nak sangat abang kahwin dengan dia. Zara anak haram, darah Zara kotor, Zara tak layak untuk abang.” ~ Zara Irdina.
“Perempuan tak reti malu! Kau dah lupa, kau sebenarnya anak luar nikah aje.” ~ Tengku Mawar
02/03/2016
PRE ORDER OPEN
Tajuk : Uda & Dara
Penulis : Aisya Sofea
Harga : BD$16.00
ISBN : 978-983-124-695-5
Mukasurat : 560
Sinopsis
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, dan abang takkan sia-siakan Mar.”
03/10/2015
Assalammualaikum
Opening 2nd batch of the hero
harga $35
ada autograp dari kak Melur Jelita
26/09/2015
PRE ORDER OPEN NOW
DIRECT FROM KAK Melur Jelita
iNBOX US FOR MORE DETAIL
12/04/2015
INSTOCK
L.U.T.H Lamaran Untuk Teman Hati - Wawa Taufik
$16.00
Sinopsis :
Tinggal sebumbung dengan Tengku Luth Daniel a.k.a jejaka Idaman Malaya? Itu kejutan yang Uzma Haseena@Uma terpaksa terima demi mencari duit poket sementara cuti semester dan juga demi sahabatnya, Tengku Hasya.
Kali pertama melihat Uma, Luth tak rasa apa-apa. Hari-hari jumpa, di rumah dan pejabat, hatinya mula tergoda dan dia mula jalankan misi menggoda.
“Uma... please don’t call me Tengku anymore.” - Luth
“Panggil Tengku lagi romantik...” - Uzma
“Hah? Kalau nak romantik baik panggil I, sayang. Lagi I s**a!” - Luth
Bila Uzma dah mula s**a, ada p**a halangannya. Bonda tersayang dah ada pilihan sendiri untuk si anak. Pilihan yang mereka berdua ada, hanya kahwin secara sembunyi.
“Luthhhh...”
“Yes... I love you too, sayang...”
“No!!! I’m not telling you that lah... Hish!”
“Eh bukan ye?”
Luth memang nakal, tapi dia tahu kawal diri. Luth memang anak emak, tapi dia ada pendirian sendiri. Luth memang keras hati, tapi dia sweet dengan caranya tersendiri.
“Just stay with me. Whatever happens, I will always be with you, sayang!” – Luth
“Hmm... saya cuma ada masa sebulan je lagi nak bersama dengan awak, Luth.” – Uzma
Kenapa sebulan? Kenapa tidak selamanya? Apa sebenarnya yang terjadi pada perkahwinan mereka? Ikuti L.U.T.H untuk mengetahui kisahnya.
12/04/2015
INSTOCK
QUEEN CONTROL
$20.00
Teaser dari QC:
“Assalamualaikum... Hi! boleh berkenalan?” Tiryaq mengulum senyuman manisnya. Berkenalan? Mamat ini sewel agaknya. Tiba-tiba mahu berkenalan dengan dia. Tengoklah keadaan diri itu dulu. Pakaian pun selekeh. Seluar jeans pun koyak sana, koyak sini. Style macam penagih dadah. Tak kuasa dia mahu berkenalan dengan mamat ni? Buang karan!
Putri Tasnim tidak mempedulikan Tiryaq. Dia mengaturkan langkah. Dia tidak s**akan gangguan dari lelaki yang tidak dikenali seperti Tiryaq. Manusia sekarang lain di mulut lain niat di hati.
“Auwwwh!” Putri Tasnim menjerit kecilnya. Entah di mana silap langkahnya, tumit kasut setinggi dua inci itu patah. Putri Tasnim mengurut-ngurut pergelangan kakinya. Wajah ayu itu merona merah. Orang sekeliling memerhatikan dirinya. Tiryaq ketawa kecil. Dia menghampiri Putri Tasnim. Konon-konon ingin menghulurkan bantuan.
“I don’t need your help!” Getus Putri Tasnim. Dia merenung Tiryaq tajam.
“I didn’t say to help. I just want to see how you walk without shoes.” Balas Tiryaq.
Putri Tasnim mengetap bibir. Dia nak berjalan berkaki ayam? Minta maaf! Putri Tasnim membuka kasut tumit tinggi di kaki kirinya. Dia patahkan tumit pada kasutnya itu. Tindakannya buat Tiryaq tersengih panjang. Wanita itu sememangnya tidak mahu mengaku kalah. Dia berdiri menghadap muka Tiryaq dengan angkuh. Tiryaq kerling pada kasut Putri Tasnim yang sudah tiada tumit itu. Tawanya meletus. Nampak sangat kecacatan pada penampilan Putri Tasnim.
“Ha!Ha!Ha!Ha!” Tiryaq ketawa galak. Cemberut muka cantik Putri Tasnim. Tidak pernah ada orang yang ketawakan dia sedemikian rupa. Dia amati wajah kacak Tiryaq. Macam familiar saja. Tapi tak mungkinlah. Pelanduk dua serupa. Orang itu orang ternama. Educated! Masakan orang itu akan berada di tempat sebegini dengan pakaian yang selekeh macam mamat ni!
“Huh!” Putri Tasnim merengus kecil. Dia sekeh Tiryaq dengan beg tangannya. Tiryaq menggosok kepalanya. Sakit! Entah barang apa yang diisi dalam beg tangan wanita itu. Veelu membulatkan biji mata. Sungguh berani wanita itu memukul kepala Tuan Pengarah dengan beg tangan. Dia sudah mengepal penumbuk. Namun ditahan oleh Tiryaq dengan isyarat jelingan mata. Veelu berundur.
“Skirt you koyak sikit di belakang.” Bisiknya perlahan. Putri Tasnim tidak endah. Dia angkat kepala lalu melintasi Tiryaq dengan lenggok angkuhnya. Gedik semacam p**a Veelu melihat lagak wanita itu. Ingat muka dia cantik sangat. Nenek dia lagi cun tau!
“Saya rasa nak cekik-cekik saja leher itu perempuan.” Gerutu Veelu. Tuan Pengarah asyik tersenyum simpul. Wanita itu menarik perhatiannya.
“I like her.” Suaranya. Veelu tercengang. Tuan Pengarah s**akan wanita angkuh tadi. Masakan Tuan Pengarah sudah jatuh cinta pandang pertama kot? Dia mengawangkan tangan pada muka Tuan Pengarah.
“Tuan Pengarah! Ramai perempuan yang lebih bagus dari itu perempuan sedang menanti Tuan Pengarah di luar sana. Anak Tan Sri, anak Datuk, anak VIP, anak tengku, anak raja… Pilih sahaja Tuan Pengarah berkenan yang mana.” Habis semua kaum kerabat disebut oleh Veelu.
“Kalau saya hendakkan nenek awak, macam mana p**ak?” Soal Tiryaq.
“Ayoyo...Tuan Pengarah jangan buat lawak antarabangsa sama saya. Nenek saya sudah tualah.” Veelu mengaru-garukan kepala.
“Muka saya ada buat lawak antarabangsa ke?” Tiryaq memandang Veelu dengan wajah serius. Pengawal peribadinya itu menelan air liur.
“Well... macam mana? Awak rasa saya tidak layak menjadi datuk tiri awak ke?” Sambungnya lagi. Veelu terkedu. Datuk tiri? Tuan Pengarah mahu jadi datuk tiri dia. Huru-hara jadinya. Dia mula membayangkan wajah nenek dengan Tuan Pengarah. Oh Tidakkkk! Igauan mimpi ngeri! Dia lebih rela nenek menjadi balu sampai ke hembusan nafas terakhir dari berkahwin dengan lelaki seperti Tuan Pengarah.
“Tuan Pengarah... jangan rampas nenek saya. Saya amat sayang pada dia.” Veelu sudah buat mimik muka sedihnya.
“Saya belum gila lagi nak kahwin dengan nenek awak.” Tiryaq menepuk-nepuk lembut bahu Veelu. Veelu menarik nafas panjang. Lemah segala urat sendi dengan gurauan Tuan Pengarahnya