07/09/2015
Here is an update on BASSSI 2015 Charity Drive~
Seramai 8 orang penerima skim Biasiswa Perkhidmatan Pentadbiran Brunei (BAS), di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam menganjurkan kempen amal selama dua hari sebagai salah satu projek di bawah Brunei Administrative Service Scholars Summer Initiative (BASSSI). Kempen amal ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam, dengan bantuan Jabatan Daerah Brunei Muara.
Tujuan kempen amal ini adalah untuk membantu golongan kurang bernasib baik di Daerah Brunei Muara dengan mengumpul dan mengagihkan sumbangan berupa makanan kering, pakaian terpakai dan buku-buku yang didermakan oleh orang ramai. Selain itu, ia bertujuan untuk memupuk rasa kesedaran di kalangan orang ramai mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan yang kurang bernasib baik di negara ini.
Kempen menderma untuk tujuan amal ini dijalankan selama 2 hari berturut-turut dan inisiatif ini mendapat sokongan yang amat menggalakkan dan maklum balas positif daripada masyarakat. Hasilnya, beberapa barangan tambahan telah didermakan kepada Persatuan bagi Pengurusan isu-isu berkaitan Autisme Latihan, Pendidikan dan Sumber (SMARTER) untuk membantu dengan pengumpulan dana organisasi.
Di bawah Brunei Administrative Service Scholars Summer Initiative (BASSSI), penerima biasiswa turut menganjurkan seminar mengenai Inovasi dan Keusahawanan dengan kerjasama Persatuan Pelajar Brunei (BSU) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB). Program ini telah diadakan pada 18 Ogos di iCentre, Anggerek Desa dan bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada inisiatif yang disediakan oleh BEDB untuk membantu perusahaan permulaan yang inovatif. Ini adalah sebahagian daripada usaha BEDB untuk meningkatkan pemindahan teknologi dan meluaskan landskap inovasi di Brunei, sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara.
http://www.jpa.gov.bn/Lists/News/ItemDisplayForm.aspx?ID=480&Source=http%3A%2F%2Fwww%2Ejpa%2Egov%2Ebn%2FLists%2FNews%2FAllItems%2Easpx&ContentTypeId=0x01004EE1520DB09AC547981D92B83F9B1E48
24/08/2015
22/08/2015
30/09/2013
19/09/2013
19/09/2013
19/09/2013
19/09/2013