19/08/2026
Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah mengadakan Pelancaran Program Hidroponik pada Selasa, 4 Ogos 2026 sebagai salah satu inisiatif pembelajaran yang mengintegrasikan pendidikan, inovasi dan kelestarian alam sekitar dalam komuniti sekolah.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar dan guru mengenai teknik penanaman hidroponik sebagai alternatif pertanian moden yang cekap, bersih dan mesra alam, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan makanan serta amalan gaya hidup lestari.
Melalui pendekatan pembelajaran secara praktikal, program ini juga dihasratkan untuk memupuk minat para pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEAM) serta menggalakkan kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan dan penglibatan aktif menerusi pembelajaran berasaskan projek.
🌿 Semoga Program Hidroponik ini dapat menyemai minat dan pengetahuan baharu dalam kalangan pelajar serta melahirkan generasi yang lebih inovatif dan prihatin terhadap kelestarian alam sekitar.