19/01/2026
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) is pleased to invite applications for the Government of Brunei Darussalam Scholarship to Foreign Students Tenable in Brunei Darussalam (BDGS) for the 2026/2027 academic session.
KUPU SB offers various religious education programs across different levels, including PhD, Master's, Bachelor's, and Diploma / Higher Diploma in fields like Religious Teaching, Shariah, Usuluddin, Arabic Language and History / Civilization, focusing on Islamic knowledge for effective teaching and research, with programs structured for full-time/part-time study, aiming to produce competent religious educators.
Find out more about the scholarship details and application process at https://www.mfa.gov.bn/Pages/online-bdgs.aspx
Explore KUPU SB’s programmes and entry requirements via https://www.kupu-sb.edu.bn/SitePages/Keterangan_Program.aspx
18/01/2026
BANDAR SERI BEGAWAN, AHAD, 18 JANUARI 2026 -
Seiring dengan majlis-majlis seumpamanya yang diadakan di pelusuk negara, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas Bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Majlis berlangsung pagi ini di Surau Utama, Kolej Universiti berkenaan.
Hadir ke majlis berkenaan, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, Pemangku Timbalan Ra’es KUPU SB. Turut hadir, Pegawai-Pegawai Eksekutif, Pegawai-Pegawai Utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan, serta mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan bacaan Surah Yasin beramai-ramai. Ia seterusnya diikuti dengan bacaan Doa Khas yang dipimpin oleh Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk, Penolong Ra’es III (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).
Seluruh warga KUPU SB dengan tulus ikhlas mendoakan agar prosedur rawatan baginda berjalan dengan lancar dan seterusnya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala bagi mengurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang sempurna dan keafiatan yang berpanjangan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
📷: .mppkupusb
17/01/2026
Selamat Memperingati Peristiwa Isra' Mi'raj 1447H
"Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang"
Daripada Ra'es dan Warga
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
15/01/2026
Dengan hormat sukacita menjemput dan mempelawa syarikat-syarikat yang berkenaan untuk menyertai Sebut Harga:
MEMBEKAL DAN MENGHANTAR STICKER RFID TAGGING BAGI KEGUNAAN PERPUSTAKAAN KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
Dokumen Sebut Harga boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan:
https://www.mora.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sebutharga.aspx
Sekian disampaikan dan terima kasih.
15/01/2026
Dengan hormat sukacita menjemput dan mempelawa syarikat-syarikat yang berkenaan untuk menyertai Sebut Harga:
PAINTING OF ROAD LINES, MARKINGS AND KERB AT KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
Dokumen Sebut Harga boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan:
https://www.mora.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sebutharga.aspx
Sekian disampaikan dan terima kasih.
15/01/2026
Dengan hormat sukacita menjemput dan mempelawa syarikat-syarikat yang berkenaan untuk menyertai Sebut Harga:
MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG LANGSIR BAGI BILIK-BILIK DI KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
Dokumen Sebut Harga boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan:
https://www.mora.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sebutharga.aspx
Sekian disampaikan dan terima kasih.
15/01/2026
Dengan hormat sukacita menjemput dan mempelawa syarikat-syarikat yang berkenaan untuk menyertai Sebut Harga:
TO FABRICATE, SUPPLY, DELIVERY AND INSTALL NEW STAINLESS STEEL SAFETY GRILL AND GATE, ALUMINIUM LOUVERS AND STAINLESS STEEL HANDRAIL AT KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
Dokumen Sebut Harga boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan:
https://www.mora.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sebutharga.aspx
Sekian disampaikan dan terima kasih.
15/01/2026
Dengan hormat sukacita menjemput dan mempelawa syarikat-syarikat yang berkenaan untuk menyertai Sebut Harga:
TO DESIGN, FABRICATE, SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION OF BUILDING LOGO, SIGNAGES AND BOARDS AT KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
Dokumen Sebut Harga boleh didapati dan dimuat turun melalui pautan:
https://www.mora.gov.bn/SitePages/Senarai%20Sebutharga.aspx
Sekian disampaikan dan terima kasih.
15/01/2026
Semoga raja kitani yang dikasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dikurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan yang sempurna dan keafiatan yang berpanjangan.
Tulus ikhlas disembahkan daripada
Ra'es dan Warga
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
08/01/2026
بندر سري بݢاون، سبت، ۲۷ دسمبير ۲٠۲٥ -
كوليج يونيبرسيتي ڤرڬوروان اڬام سري بڬاون (کوڤو.ايس.بي) تله منريما زياره محبة درڤد كي.ايچ استاذ عارف هيري ستياوان، خادم المهد السلام، كاليمنتن تيمور، ايندونيسيا.
حاضير باݢي مڠالو-الوکن رومبوڠن، ڤروفيسور مديا دوكتور عبدالنصير بن حاج عبدالراني، رءيس کوڤو.ايس.بي. توروت حاضير، دوكتور حاج ابڠ هذمين بن حاج ابڠ طه، ڤمڠكو تيمبالن رءيس، اواڠ عبدالله بن حاج زايني، ڤمڠكو ڤندفتر سرت اواڠ محمد مصلح الدين شه بن حاج مصطفى، ڤڠاره ڤوست انتارابڠسا دان ڤرهوبوڠن عوام، کوڤو.ايس.بي.
زياره برکناءن انتارا لاءين ممبري ڤلواڠ باݢي ڤرکوڠسين ڤڠالمن دسمڤيڠ ممبينچڠکن ڤروسڤيك هوبوڠن کرجاسام انتارا ڤوندوق ڤسنترين السلام اريا كمونيڠ دان کوڤو.ايس.بي لبيه۲ دالم اسڤيك ممڤركاسا ڤڠاجين کتاب تراث.
ڤوندوق ڤسنترين السلام اريا كمونيڠ، كاليمنتن تيمور دتوبوهکن دڠن بربکلکن ۏيسي اونتوق ممبنتوق ماءنسي يڠ برايمان دان برتقوى ظاهير باطينڽ، ݢيات برعمل، قوات برعبادة، چردس دالم برفيکير، منديري دان کرياتيف دسمڤيڠ ممبريکن منفعت باݢي کهيدوڤن ديري دان ليڠکوڠن مشارکت.
📷: ڤوست انتارابڠسا دان ڤرهوبوڠن عوام، کوڤو.ايس.بي.