17/04/2022
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PROGRAM MUSABAQAH HAFAZAN AL-QURAN TAHUN 2022M / 1443H
📆 *Hari*: Sabtu
🗓️ *Tarikh*: 14 Ramadhan 1443H / 16hb April 2022
⏰ *Jam*: 1000 pagi
💻 *Platform*: Zoom
📍 *Tempat*: Kediaman masing-masing
Program ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan daya saing antara wakil kumpulan untuk menghafaz dengan baik dan menguji tahap kelancaran dan kefasihan pelajar dalam membaca surah-surah yang dihafaz.
Imam Al-Nawawi Rahmatullahi Ta'ala berkata, dalam kitabnya Al-Adqar bahawa membaca Al-Quran adalah ibadah yang paling afdal, ini kerana Al-Quran akan menjadi syafaat bagi pembacaannya pada hari kiamat kelak, sepertimana hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud :
"Dari Abu Umamah Albahili, katanya : aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya."