VISI: Perintis Kecemerlangan Pendidikan Bersepadu
MISI: Memberikan Asas Pendidikan Duniawi Dan Ukhrawi Yang Berkualiti Untuk Berbakti Kepada Ugama, Bangsa Dan Negara Melalui Sistem Pendidikan Yang Bersepadu
MOTO: Ke arah Kemuliaan Dan Ketinggian Terletak di KM 02 Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berdekatan dengan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Masna. Ditadbir oleh seorang ketua guru sehingga akhir tahun 1996 dibawah pentadbiran SUAMP RIPAD. Bermula dari Januari 1997 Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan ditadbir oleh seorang Guru Besar. Pada masa ini sekolah menggunakan bangunan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMP RIPAD), yang mengandungi didalamnya Mabna Pentadbiran, Mabna Yaqut, Mabna Zamrud, Mabna Almas, Mabna Marjan, Mabna Zirqun, Musalla Al-Firdaus, Dewan Utama, Dewan Makan dan Asrama.