duniadiraja

duniadiraja

Share

Media dan berita hal ehwal ahli-ahli kaum kerabat diraja di seluruh dunia

Photos from duniadiraja's post 10/01/2024

Powdering Ceremony of HRH Prince 'Abdul Mateen and Dayang Anisha Rosnah

Majlis Istiadat Berbedak YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Dayang Anisha Rosnah

The powdering ceremony is one of the integral aspects of a Malay wedding.

Majlis berbedak merupakan salah satu adat dalam perkahwinan Melayu.

Photos from duniadiraja's post 07/01/2024

Royal Bersuruh Ceremony for the Royal Wedding of HRH Prince 'Abdul Mateen and YM Dayang Anisha

Istiadat Bersuruh Diraja untuk Perkahwinan Diraja YTM Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan YM Dayang Anisha

This royal ceremony is intended for the groom's party to seek the bride's hand in marriage. However, both royal couples are absent in the ceremony, and it is instead represented by both royal couple's families.

Istiadat diraja ini bertujuan untuk rombongan pengantin lelaki meminang pengantin perempuan. Kedua-dua pengantin diraja tidak berada di istiadat ini namun diwakili oleh kedua-dua pihak keluarga pengantin.

Photos from duniadiraja's post 07/10/2023

HRH Prince 'Abdul Mateen, son of the current Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam will get married with Anisha Rosnah on 14 January 2024.

YTM Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen, paduka putera Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berkahwin dengan Anisha Rosnah pada 14 Januari 2024.

19/09/2022

Atur cara Istiadat Pemakaman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Ratu Elizabeth II, Ratu United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dan alam Komanwel baginda pada Isnin 19 September 2022

Sumber:

Photos from duniadiraja's post 09/04/2021

United Kingdom dan Alam-alam Komanwel berkabung berikutan kemangkatan YTM Putera Philip, Duke Edinburgh. Bendera-bendera negara United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Alam-alam Komanwel yang lain akan dikibar separuh tiang sehingga selepas pemakaman YTM.

02/09/2020

2 September 1838 - Raja terakhir Hawaii diputerakan

Selamat Hari Keputeraan ke-183 Kebawah DYMM Ratu Lili'uokalani, Raja terakhir dan satu-satunya Ratu Kerajaan Hawaii

Ratu Liliuokalani merupakan raja pemerintah terakhir Kerajaan Hawaii sebelum dipaksa masuk menjadi negeri ke-50 Republik Amerika Syarikat.

Baginda merupakan satu-satunya ratu Hawaii. Baginda naik takhta pada usia 51 tahun pada tahun 1891 apabila paduka kakandanya mangkat. Baginda hanya bertakhta selama 2 tahun pada tahun 1893 apabila baginda diguling oleh tentera Amerika Syarikat walaupun ditentang oleh orang tempatan.

Baginda juga seorang penggubah muzik. Lagu paling popular baginda ialah Aloha 'Oe.

Setiap tahun, hari keputeraan baginda disambut hingga sekarang oleh rakyat Negeri Hawaii, Amerika Syarikat.

18/08/2020

Darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan ke hadapan Kebawah DYMM Raja Sweden Raja Carl XVI Gustaf di Istana Diraja Stockholm, Kerajaan Sweden.

Gambar diambil semasa lawatan admin di Kerajaan Sweden pada hari ini tahun lalu.

13/08/2020

11 Ogos 2020 - Grand Duchy of Luxembourg

YTM Maria Teresa, Grand Duchess Luxembourg (suri Ketua Negara Luxembourg) selaku Yang Dipertua Palang Merah Luxembourg menyeru dan meningkatkan kesedaran kepada orang ramai bahawa pasukan penyelamat dan kesihatan tidak patut menjadi sasaran dan mangsa dalam pertempuran bersenjata. Ini berikutan kejadian yang berlaku di Niger di mana 8 pekerja bantuan terkorban oleh orang bersenjata pada Ahad lalu.

Gambar: Kerabat Grand Duke Luxembourg, Stand Speak Rise Up

Photos from duniadiraja's post 09/08/2020

7 Ogos 2020 - Istana Akasaka, Tokyo, Jepun

Kebawah DYMM Maharaja Jepun Maharaja Naruhito dan Kebawah DYMM Maharani Jepun Maharani Masako berkenan menerima sembah taklimat selama hampir sejam tentang banjir besar bulan Julai daripada Gabenor Wilayah Kumamoto, Kabashima Ikuo.

Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dan bimbang kepada Gabenor terhadap bencana yang berlaku itu.

#天皇陛下 #皇后陛下 #赤坂御所 #7月豪雨

04/08/2020

DYMM Raja Juan Carlos, bekas raja Sepanyol meninggalkan warkah kepada paduka puteranya, Raja Sepanyol Raja Felipe VI tentang keberangkatan keluar negara baginda berikutan skandal rasuah. Baginda berangkat keluar agar paduka puteranya dapat memerintah dengan aman tanpa cacat cela baginda yang telah menjejaskan nama baik institusi beraja Sepanyol. Baginda juga akan menjunjung perintah paduka puteranya jika perlu berangkat kembali ke Sepanyol untuk menyelesaikan isu ini.

Warkah tersebut dibaca seperti berikut:

Kebawah Duli Tuanku, wahai Felipe:

Dengan hasrat yang sama demi khidmat kepada Sepanyol yang menginspirasikan pemerintahan Paduka Ayahanda dan di hadapan akibat awam terhadap peristiwa-peristiwa tertentu dari kehidupan peribadi lampau Paduka Ayahanda, Paduka Ayahanda berhasrat menzahirkan ke hadapan Paduka Anakanda ketersediaan Paduka Ayahanda yang sepenuhnya menyumbang membantu menjalankan tugas Paduka Anakanda, dari ketenteraman dan ketenangan yang tanggungjawab tinggi Paduka Anakanda perlukan. Legasi Paduka Ayahanda, dan maruah Paduka Ayahanda sendiri sebagai manusia, menuntutnya daripada Paduka Ayahanda.

Satu tahun yang lalu, Paduka Ayahanda menzahirkan kehendak dan hasrat Paduka Ayahanda untuk berhenti mencemar duli ke kegiatan institusi. Kini, berpandukan sabitan memberi khidmat terbaik kepada rakyat Sepanyol, institusi mereka, dan kepada Paduka Anakanda sebagai Raja, Paduka Ayahanda berhubung kepada Paduka Anakanda keputusan Paduka Ayahanda yang difikirkan dengan teliti untuk berangkat pindah, pada masa ini, di luar Sepanyol. Suatu keputusan yang Paduka Ayahanda buat dengan penuh perasaan, namun dengan penuh tenang.

Paduka Ayahanda dahulu Raja Sepanyol hampir empat puluh tahun dan sepanjang tahun-tahun itu Paduka Ayahanda sentiasa mahukan yang terbaik demi Sepanyol dan demi Mahkota.

Dengan taat setia Paduka Ayahanda selamanya.

Dengan kasih dan sayang sentiasa, ayahanda Paduka Anakanda.

04/08/2020

3 Ogos 2020 - DYMM Raja Juan Carlos, bekas raja Sepanyol, berangkat keluar meninggalkan luar negara berikutan skandal rasuah.

Pegawai antirasuah Sepanyol mengesyaki belas raja memiliki dana yang belum diisytiharkan di Switzerland. DYMM berangkat keluar agar paduka puteranya, KDYMM Raja Felipe VI dapat bertakhta dengan aman tanpa dibelenggu dengan isu-isu yang tercetus oleh paduka ayahandanya. Tindakan ini juga untuk membuang nama buruk baginda dalam institusi beraja yang kian terancam.

Beberapa pihak menyatakan DYMM berangkat keluar ke Republik Domanika atau Republik Portugal.

DYMM Raja Juan Carlos ialah paduka ayahanda kepada raja Sepanyol sekarang, KDYMM Raja Felipe VI. Baginda turun takhta pada tahun 2014.

Want your school to be the top-listed School/college in Bandar Seri Begawan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Bandar Seri Begawan