19/05/2021
Objektif Seminar
Seminar ini diadakan untuk mencapai beberapa objektif berikut:
1- Membincangkan dan mengongsikan isu dan cabaran yang dihadapi oleh Dunia Melayu dalam mengekalkan identiti Melayu Islam.
2- Mengetengahkan hasil kajian berkenaan Melayu Islam melalui pelbagai bidang pengajian Islam agar dapat dimanfaatkan ummah dan negara.
3- Mewujudkan dan mengukuhkan jaringan akademik dan intelektual antara para ilmuwan dalam bidang pengajian Islam serata dunia bagi menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi.
4- Mengenal pasti peluang terkini untuk kajian berimpak tinggi yang boleh dilaksanakan secara berkolaborasi dalam usaha memperkasa dunia penyelidikan serantau..