Yayasan Institut Pengajian al-Quran

Yayasan Institut Pengajian al-Quran Badan NGO yang berpengalaman lebih 10 tahun mengendalikan program di bidang PdP al-Quran. Jom bersama kami ! "Bersama Memartabatkan al Quran"

*NOTA TAJWID Y-IPaQ HARI INI*๐Ÿ“– *APA HUKUM MEMPELAJARI TAJWID?*Kita sambung siri Nota Tajwid Y-IPaQ dengan mengetahui huk...
28/08/2026

*NOTA TAJWID Y-IPaQ HARI INI*

๐Ÿ“– *APA HUKUM MEMPELAJARI TAJWID?*

Kita sambung siri Nota Tajwid Y-IPaQ dengan mengetahui hukum mempelajari tajwid.

Ringkas, mudah & praktikal โ€” tapi penting untuk memastikan bacaan al-Quran kita lebih tepat.

๐Ÿ“Œ Save poster ini untuk rujukan semula.
๐Ÿคฒ Share kepada keluarga & sahabat yang sama-sama ingin memperbaiki bacaan al-Quran.

26 OGOS 2026 | SELASA12 RABIULAWAL 1448HAlhamdulillah, Yayasan IPaQ telah mengadakan aktiviti Kuiz Maulidur Rasul SAW be...
28/08/2026

26 OGOS 2026 | SELASA
12 RABIULAWAL 1448H

Alhamdulillah, Yayasan IPaQ telah mengadakan aktiviti Kuiz Maulidur Rasul SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pelajar berkaitan sirah, keperibadian, perjuangan serta sunnah Nabi Muhammad SAW. Kuiz ini turut menjadi salah satu medium untuk menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.

Dalam suasana yang santai, para pelajar telah menyertai kuiz berkaitan Maulidur Rasul dengan menjawab soalan-soalan yang menguji pengetahuan tentang kehidupan dan perjuangan Baginda SAW.

Semoga aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar serta menjadi ruang untuk terus mengenali, menghayati dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilakukan dan menjadikan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW sebagai jalan untuk terus istiqamah mengamalkan sunnah Baginda. Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Bersama Memartabatkan al-Quran

๐Ÿ’œJom klik pautan di bawah untuk menyumbang:

#๏ธโƒฃ QR Code dan No. Bank Islam IPaQ
https://ipaqhq.org/sumbangan

Atau

๐Ÿ”‚ InfaqPay- Bayaran Infaq secara sekali bayar

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment๐Ÿ‘‡๐Ÿป
https://infaqpay.my/plus/ipaq-sumbangan


Jom kita mulakan siri Nota Tajwid Y-IPaQ dengan mengetahui apa itu tajwid.Ringkas, mudah & praktikal โ€” tapi penting untu...
27/08/2026

Jom kita mulakan siri Nota Tajwid Y-IPaQ dengan mengetahui apa itu tajwid.

Ringkas, mudah & praktikal โ€” tapi penting untuk memastikan bacaan al-Quran kita lebih tepat.

๐Ÿ“Œ Save poster ini untuk rujukan semula.
๐Ÿคฒ Share kepada keluarga & sahabat yang sama-sama ingin memperbaiki bacaan al-Quran.

20 OGOS 2026 | KHAMIS27 SAFAR 1448HAlhamdulillah, telah berlangsung sesi perbincangan dan mesyuarat bersama pihak PERTIS...
27/08/2026

20 OGOS 2026 | KHAMIS
27 SAFAR 1448H

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi perbincangan dan mesyuarat bersama pihak PERTIS dan Dr Basirah dari MSU bertempat di Bangunan PERKIM.

Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan pembelajaran al-Quran kepada sasaran OKU Penglihatan melalui Braille, sebagai salah satu usaha untuk memperluaskan akses kepada PdP Al-Quran.

Sesi perbincangan turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan, membincangkan keperluan projek serta merangka langkah-langkah seterusnya bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan dipermudahkan segala urusan dalam usaha memartabatkan al-Quran serta menyebarluaskan manfaatnya kepada semua lapisan masyarakat.

Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilakukan dan menjadikannya sebagai amal yang berterusan. Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป




25/08/2026

Jom penuhi wall anda dengan selawat ke atas Nabi SAW

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒนAlhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari kelahiran insan agu...
24/08/2026

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒน

Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari kelahiran insan agung yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Sempena Maulidur Rasul ini, marilah kita memperbanyakkan selawat, menghayati sirah Baginda SAW serta mencontohi akhlak mulia yang ditunjukkan dalam setiap aspek kehidupan.

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.โ€ (Al-Ahzab: 21)

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus mekar dan menjadi asbab untuk kita berhimpun bersama Baginda di syurga kelak.

โœจ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H โœจ

๐Ÿ“ข PENDAFTARAN KURSUS LATIHAN TENAGA PENGAJAR (LTP) AL-QURAN KAEDAH ABAHATAAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Par...
20/08/2026

๐Ÿ“ข PENDAFTARAN KURSUS LATIHAN TENAGA PENGAJAR (LTP) AL-QURAN KAEDAH ABAHATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Para ustaz dan ustazah, guru-guru, para ibu bapa serta individu yang berminat dalam bidang pengajaran al-Quran yang dirahmati Allah sekalian ๐ŸŒน

Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Latihan Tenaga Pengajar (LTP) al-Quran Kaedah ABAHATA akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“† Tarikh: 26 & 27 September 2026 (Sabtu & Ahad)
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 5.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Pembelajaran al-Quran (PPaQ), IPaQ, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor

๐Ÿ“Œ Makluman:
Kursus ini akan dilaksanakan secara fizikal dan bersemuka sahaja. Tiada penyertaan secara online atau atas talian disediakan.

Bagi yang berminat untuk menyertai kursus ini, boleh membuat pendaftaran melalui pautan berikut:

๐Ÿ”— Link Pendaftaran:๐Ÿ‘‡๐Ÿป
Ade di ruangan komen

โœจ Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu, memperkukuh kemahiran serta mempelajari teknik pengajaran al-Quran menggunakan *Kaedah ABAHATA*.

Tempat adalah terhad. Daftar sekarang!

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama. ๐ŸŒท

20/08/2026

EPISOD 2: AYAT APA HARI INI?

Jom belajar bahasa Arab komunikasi dengan mudah. Save dan share ya untuk manfaat bersama.

09 OGOS 2026 | AHAD25 SAFAR 1448HAlhamdulillah, satu perjumpaan yang cukup bermakna bagi pihak Yayasan IPaQ dan Tuan Naj...
19/08/2026

09 OGOS 2026 | AHAD
25 SAFAR 1448H

Alhamdulillah, satu perjumpaan yang cukup bermakna bagi pihak Yayasan IPaQ dan Tuan Najmi bersama rombongan Yayasan Allamiyyah bagi perkongsian aspirasi, hasrat dan pengalaman dalam pembelajaran Al-Quran.

Semoga ukhuwah yang terjalin serta segala perancangan untuk terus memperkasakan program pendidikan al-Quran dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, InsyaAllah.







18/08/2026

EPISOD 1: AYAT APA HARI INI?

Jom belajar bahasa Arab komunikasi dengan mudah. Save dan share ya untuk manfaat bersama.

Address

6-1 & 8-1 The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor
Bhulta
46100

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+601156682684

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Institut Pengajian al-Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Yayasan Institut Pengajian al-Quran:

Shortcuts

Share

Category