02/12/2024
JEMPUTAN PELAJAR LEPASAN IPMA KE KARNIVAL KERJAYA MARA (CAREER CRAFTING - NORTHERN CHAPTER)
7-8 Disember 2024 | SABTU & AHAD
Kepada pelajar lepasan IKM/KKTM/MJII yang masih mencari peluang pekerjaan. JOM join Karnival Kerjaya MARA yang bertempat di Dewan Milenium, Kepala Batas. Pulau Pinang.
JANGAN LEPASKAN PELUANG.
20/08/2023
MAKLUMAN KAJI SELIDIK TRANSFORMASI TVET MARA : MENILAI IMPAK DAN RELEVANSI AKREDITASI DAN PENTAULIAHAN BAGI SEMUA PEMEGANG TARUH KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KKTM, MJII DAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)
Untuk makluman, Pihak Bahagian Kemahiran Teknikal MARA telah โmewujudkan satu jawatankuasa khas dikenali sebagai Special Project Group (SPG) Akreditasi / Pentauliahan. Tujuan SPG Akreditasi / Pentauliahan ini diwujudkan bagi melihat dan mengkaji dengan lebih mendalam impak dan relevansi akreditasi / pentauliahan yang dilaksanakan bagi semua program di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM).
SPG Akreditasi / Pentauliahan telah mewujudkan soalan Kaji Selidik Transformasi TVET MARA: Menilai Impak dan Relevansi Akreditasi / Pentauliahan bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan impak dan relevansi akreditasi / pentaulianan untuk semua program dibawah seliaan BKT MARA.
Sehubungan dengan itu, BKT MARA memohon kerjasama YBrs.Ir/Ts/Dr/ftuan/puan bersama Pengawai Kaunselor KKTM, Mull dan IKM untuk memanjangkan capaian kaji selidik ini kepada semua pemegang taruh KKTM, Mull dan IKM iaitu pensyarah, industri, pelajar, alumni dan ibu bapa bagi mendapatkan maklum balas sebelum 25 Ogos 2023. Capaian kaji selidik adalah seperti berikut :
https://forms.office.com/r/xf6qmcXVQY
ybrs.ir
14/03/2023
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah MARA Talent Management Program (TMP) akan menganjurkan karnival kerjaya MARA yang bertajuk Career Crafting - Northern Chapter seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 16 hingga 18 Mac 2023 (Khamis - Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Dewan Ibn Hazm, UniKL MSI, Kulim, KEDAH.
Sebanyak 18 industri akan hadir dengan kekosongan jawatan hampir 1,000 jawatan dan akan mengadakan sesi temuduga bagi pengambilan pekerjaan semasa program ini berlangsung seperti PROTON, KPJ Healthcare (bidang jururawat), PwC Malaysia, Plexus Malaysia, Hoya Electronics Malaysia, Alliance Steel, CTRM Aero Composite dan banyak lagi.
Link untuk pengunjung:
https://forms.office.com/r/YG8tFwURkG
25/11/2022
SELAMAT BERSARA
Selamat bercuti untuk bersara buat Encik Ismail bin Hachil. Terima kasih di atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan kepada kami anak-anak bangsa.
08/11/2022
SELAMAT BERSARA USTAZ ADANAN BIN HUSSIN
Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan kepada kami Alumni IKM S*k , "TERIMA KASIH USTAZ"
๐๐พ๐ฌ๐พ๐ด ๐น๐ช๐พ๐ฑ ๐ญ๐ฎ๐ต๐ฒ๐ถ๐ช ๐ซ๐ช๐ฝ๐พ
๐๐ท๐ช๐ด ๐ผ๐ฎ๐ถ๐ซ๐ฒ๐ต๐ช๐ท๐ฐ ๐ญ๐ฒ ๐ฝ๐ช๐น๐ช๐ด ๐ฝ๐ช๐ท๐ฐ๐ช๐ท
๐ข๐พ๐ท๐ฐ๐ฐ๐พ๐ฑ ๐ณ๐ช๐พ๐ฑ ๐ฝ๐ฒ๐ญ๐ช๐ด ๐ซ๐ฎ๐ป๐ฝ๐ฎ๐ถ๐พ
๐๐ฒ๐ต๐ช๐ท๐ฐ ๐ญ๐ฒ ๐ถ๐ช๐ฝ๐ช, ๐ญ๐ฒ ๐ฑ๐ช๐ฝ๐ฒ ๐ณ๐ช๐ท๐ฐ๐ช๐ท
๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐
Seluruh warga kerja IKM S*K, KEDAH mengucapkan Selamat Bercuti serta Salam Perpisahan dan Selamat Bersara kepada Ketua Jabatan Pengajian AM, Ustaz Tn. Hj. Adanan Bin Hussin yang akan bersara secara rasmi berkuatkuasa pada tarikh 17 Disember 2022 nanti
Terima Kasih atas segala sumbangan dan khidmat jasa bakti yang diberikan sepanjang 17 tahun bertugas sebagai Pensyarah Pengajian Islam di IKM S*k, sentiasa komited dan memberikan khidmat yang terbaik ke atas semua amanah yang dipertanggungjawabkan bermula tahun 2004 hingga 2022. Segala jasa hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya
Seluruh warga kerja IKM S*k juga mendoakan semoga ustaz dan keluarga akan sentiasa sejahtera dan berada di dalam rahmat Allah SWT.
*k
12/09/2022
PELUANG KERJAYA BERSAMA TNB
*Kekosongan Jawatan*
*JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (KONTRAK)*
*METER READER (KONTRAK)*
*JURUTEKNIK TINGKATAN BIASA (KONTRAK)*
*Butiran Jawatan*
Gaji Pokok : *RM1,800.00 sebulan*
Elaun Elektrik : *RM85.00 Sebulan*
Elaun Dobi : *RM60.00*
Taraf Jawatan : Kontrak
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan "on-line". Sila layari laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >> klik ELECTRIFYINGCAREERS
atau klik link berikut -
https://jobs.tnb.com.my/job-invite/278402/
*Syarat & Kelayakan:*
โข Warganegara Malaysia.(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
โข Mempunyai Diploma Kejuruteraan (Elektrik / Civil (Awam) / Power (Kuasa) / GIS) dari Politeknik tempatan dan Universiti-Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dengan keputusan minima CGPA 2.50.
โข Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
โข Pemohon yang mempunyai sijil Penjaga Jentera Elektrik sekurang-kurangnya AO adalah merupakan satu kelebihan.
โข Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
โข Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan.
โข Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
โข Tidak merokok / sebarang bentuk rokok elektronik
โข Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
โข Boleh bekerja dalam satu pasukan.
โข Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
*Maklumat Lanjut*
โข Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
โข Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
Tarikh Tutup Iklan : *20 September 2022*
=================================
*Kekosongan Jawatan*
*METER READER (KONTRAK)*
*Butiran Jawatan*
Gaji Pokok : *RM1,500.00 sebulan*
Elaun Elektrik : *RM85.00 Sebulan*
Elaun Dobi : *RM60.00 Sebulan*
Taraf Jawatan : *Kontrak*
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan "on-line". Sila layari laman web https://www.tnb.com.my/about-tnb/ >> klik ELECTRIFYINGCAREERS
atau klik link berikut -
https://jobs.tnb.com.my/job-invite/278403/
*Syarat & Kelayakan:*
โข Warganegara Malaysia. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak - Anak Syarikat TNB)
โข Memiliki Diploma dari Politeknik atau universitii atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dengan tugas-tugas di Tenaga Nasional Berhad
*atau*
โข Memiliki Sijil Penjaga Jentera Elektrik (sekurang-kurangnya AO) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga
โข Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) dalam mata pelajaran berikut :
o Bahasa Malaysia
o Matematik atau Sains
โข Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
โข Memiliki lesen memandu B2 (Lesen L adalah tidak layak) dan mempunyai motorsikal.
โข Tidak rabun warna serta sihat tubuh badan
โข Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
โข Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
โข Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
โข Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
โข Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
*Maklumat Lanjut*
โข Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.
โข Hanya pemohon yang melengkapkan butiran maklumat diri dan melepasi syarat iklan akan disenarai pendek untuk sesi pemilihan seterusnya.
Tarikh Tutup Iklan : *20 September 2022*
21/04/2022
PELUANG MENJADI USAHAWAN BELIA BUMIPUTERA
Permohonan untuk menyertai Program TUBE PEMERKASA 2022 telah dibuka bermula 21 - 27 April 2022.
Sila layari https://tube.smecorp.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan permohonan secara dalam talian.