22/01/2018
TABUNG KILAT | QUEENSLAND
Mohon sumbangan bagi meringankan beban Abdul Muaz bin Mohd Azaiauddin (pelajar University of Queensland, Australia) yang kehilangan ibunya yang meninggal dunia.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/378194/guru-penolong-kanan-meninggal-dunia-di-korea
Sumbangan boleh dibuat melalui:
ISMA Queensland
BSB: 064158
Acc no: 11290421
Keterangan: TK MUAZ
---------------------------------------------------------------------------
Assalam / Salam Sejahtera
YBhg. Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor
Tuan,
*Tajuk: PESERTA SELANGOR MENINGGAL DUNIA KETIKA MENGHADIRI INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 8th SERIES (ICSAR 2018)
*Kod dan Nama sekolah mangsa bertugas : SMK TAMAN ESHAN
*Nama Mangsa Terlibat : NORMALA binti ABDULLAH
Jawatan : Penolong Kanan Pendidikan Khas
No. Kad Pengenalan :
*Umur : 56 tahun
*Tarikh kejadian :19 Januari 2018
*Masa Kejadian: 10.45 malam waktu tempatan
*Tempat kejadian: Piano Hotel, Deagu, Korea Selatan
Keterangan ringkas :
- Pn Normala berada dalam situasi kurang sihat ketika mendarat di Incheon Airport, Korea. Menurutnya, dia berasa pening.
- Perjalanan diteruskan ke penginapan di Hotel Piano, Daegu dengan bas dan mengambil masa 5 jam perjalanan.
- Sampai di hotel, ketika berada di dalam lift menuju ke bilik, beliau telah pengsan. Peserta lain bantu mengangkat beliau ke bilik & pada masa yang sama pihak hotel menghubungi Ambulan.
- Pihak Medic tiba dlm tempoh 5 minit & lakukan rawatan awal. Beliau masih tidak sedarkan diri. Medic bawa beliau ke Pusat Perubatan Khatolik Universiti dengan ditemani oleh Cikgu Nooraini Ahmad, Cikgu Hasliza dan En Azrul (jurubahasa)
- Pada pukul 3.09 pagi waktu tempatan, pihak hospital mengesahkan bahawa Pn Normala telah meninggal dunia.
Tindakan Yang Telah Dijalankan :
1. Hubungi paramedik untuk rawatan awal (kecemasan) ketika mangsa pengsan di hotel.
2. Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Khatolik Universiti dengan ambulan dgn ditemani oleh Pn Nooraini binti Ahmad, Pn Hazliza dan En Azrul (jurubahasa).
3. Pn Nooraini hubungi anak mangsa yang berada di Seoul, Korea & keluarganya di Malaysia (sebaik sahaja berada di hospital).
4. Pn Nooraini mendahulukan bayaran yg diminta oleh pihak hospital iaitu KW 2,000,000 = RM7,380 agar rawatan dibuat oleh hospital.
5. Pn Nooraini, Pn Hazliza dan En Azrul membuat laporan Polis apabila mangsa disahkan telah meninggal dunia.
Disediakan oleh,
NAMA: NOORAINI BINTI AHMAD
Jawatan: PK PEND. KHAS - SMK SEKSYEN 9 SHAH ALAM
No. KP: 740830-01-6516
No Fail Perkhidmatan: A5267
Sekian terima kasih.