22/05/2024
"MASUK MELAKA... DI UAE"
Jika Dubai masyhur sebag*i kota metropolitan, Sharjah p**a dikenali sebag*i ibu kota kebudayaan Arab dan Islam (عاصمة الثقافة العربية والإسلامية) oleh kerana sejarah kepimpinannya yang lebih menekankan pemeliharaan aspek kebudayaan dan sejarah Arab dan Islam.
Salah satu caranya adalah pada nama-nama kawasan dan jalan di Sharjah yang mengandungi nilai sejarahnya yang tersendiri.
Antara nama-nama kawasan dan jalan lama yang terdapat di Sharjah adalah nama-nama para sahabat (Abdullah bin Abbas, Zubair bin Awwam), para ulama' Islam (Al-Izz bin Abdissalam, Ibn Khaldun), tempat peperangan Islam dan Arab (Al Qadisiyyah, Al Yarmouk Street, Maysaloon), pemimpin nasionalis Arab (Jamal Abdel Nasser, Shukri Qawwatli, Shukri Asali) dan juga tempat ketamadunan Islam seperti Bukhara, Granada, Samarkand, Toledo dan termasuklah juga Melaka!
Barangkali Kerajaan Melaka boleh pertimbangkan untuk menjalinkan hubungan dengan Emiriyah Sharjah sebag*i bandar berkembar atau bandar persahabatan (twin/sister city) dan kemudian menggantikan salah satu nama-nama penjajah di jalanan Melaka dengan nama 'Jalan Sharjah'.