10/05/2026
TURUTAN WARNA TERBAIK KETIKA MEMILIH HAIWAN KORBAN
وأفضلها: البيضاء ثم الصفراء ثم العفراء ثم البلقاء ثم السوداء ثم
الحمراء
1) Warna putih
2) Warna kuning
3) Warna keruh
4) Corak bertompok
5) Warna hitam
6) Warna merah
Rujukan: Kitab Fiqh Al Muqaddimah Al Hadramiyyah - M/S 123 (Bab Sembelihan dan Aqiqah)
09/05/2026
كم من رجل مشهور عند الناس لا قيمة عند اللّه
Berapa ramai orang yang terkenal disisi manusia namun tidak ada nilai disisi Allah
Kalam Al Habib Hassan Bin Abdullah As Syatiri رحمه الله تعالى
07/05/2026
Esok malam akan start pengajian Fiqh Darah Wanita di laman Facebook ZAWIYAH HADRAMIYYAH 🔗 https://www.facebook.com/share/18SM2V6sHN/?mibextid=wwXIfr
Bagi yang tak dapat hadir pengajian secara live di Facebook, kami akan upload setiap rakaman di Youtube Channel kami 🔗 https://youtube.com/?si=zWQgCEsyYy_Hwy4o
Untuk pembelian kitab boleh wasap Ustaz Azry selaku penulis & penterjemah buku 🔗
https://wa.link/8p10is
Terima kasih atas sokongan anda semua ✨ جزاكم الله خيرا
Dengan _support_ dari kalian semua dapat membantu institut Zawiyah menyebarkan manfaat secara meluas hari demi hari.
07/05/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
Kitab yang akan digunakan untuk kelas Fiqh Darah Wanita malam esok ialah KITAB HAID yang diterjemah dan diringkaskan daripada kitab IZALATUL ILTIBAS.
Buku ini diterjemah oleh Ustaz Azry sendiri selaku penulis dan penterjemah. Ia bukan sekadar buku terjemahan biasa bahkan syarahannya juga diringkaskan serta disediakan dengan gambarajah untuk memudahkan para pelajar memahami permasalahan berkaitan haid, istihadhah dan nifas dengan lebih jelas dan mudah.
Kitab Haid Ustaz Azry ini belum pernah diajarkan dimana-mana tempat sebelum ini dan ia menjadi suatu peluang dan penghargaan yang sangat besar bagi penuntut ilmu di Institut Zawiyah Hadramiyyah, dan kalian lah akan menjadi orang-orang yang pertama merasmikan dengan mempelajari kitab tulisan beliau.
Bagi yang ingin membeli buku ini, boleh tekan link disini 🔗 https://wa.me/60172468258?text
📌 Tersedia 100 naskhah sahaja
- RM16.90 untuk 1 naskhah free postage
Sebahagian dari isi kitab 👇🏻
07/05/2026
Jangan lupa pengajian haid esok malam.
4 HARI LAGI 🔊‼️
Pengajian fiqh darah akan LIVE di Facebook Zawiyah Hadramiyyah bersama Al Fadhil Ustaz Khairul Azry حفظه الله تعالى
(Alumni Ribat Tarim, Hadramaut Yaman)
Beliau sudah lama berkecimpung dan berpengalaman dalam mengajarkan ilmu haid, istihadhah & nifas 🩸
Dijemput sekalian penuntut ilmu hadir untuk mempelajari ilmu fardhu ain, kerana ia sangat penting bagi wanita & lelaki untuk mengambil tahu tentang ilmu ini 📝