Surau Al-Ikhwan SK Bukit Tinggi

Surau Al-Ikhwan SK Bukit Tinggi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau Al-Ikhwan SK Bukit Tinggi, Tutor/Teacher, SK Bukit Tinggi, 06200 Kepala Batas, Kedah.

05/02/2017

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "Siapakah yang paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "Malaikat, ya Rasulallah."

Balas Rasulullah, "Sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, dan menjawab lagi, "Para nabi, ya Rasulallah."

Rasulullah berkata, "Para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "Kalau begitu, kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "Aku berada di tengah-tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang daripada sahabat berkata, "Kalau begitu, Allah dan Rasul-Nya sahajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca al-Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih,

"Sesungguhnya, aku rindukan mereka...."

Sollu 'alan nabiy..

Kredit : Dr Nur Ilyani Nawawi

04/02/2017

*Koleksi Simple sunnah*
(1-16)

*Simple Sunnah #1*
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

*Simple sunnah #2*
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

*Simple sunnah #3*
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

*Simple sunnah #4*
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

*Simple sunnah #5*
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah #6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

*Simple sunnah #7*
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

*Simple Sunnah #8*
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

*Simple Sunnah #9*
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

*Simple Sunnah #10*
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

*Simple sunnah #11*
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

*Simple sunnah #12*
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

*Simple sunnah #13*
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

*Simple sunnah #14*
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

*Simple sunnah #15*
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

*Simple sunnah #16*
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Photos 02/02/2017
01/02/2017

Assalamualaikum
๐ŸŒดZIKIR HARI RABU๐ŸŒด
ุงุณุชุบูุฑุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุธูŠู…
AS TARG FIRULLAH HAL Aโ€™ZIM
(Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Esa)
~Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan hambaNya.

Munafiqkah Kita? 24/03/2016

Adakah kita rasa bersalah selepas melakukan maksiat?

Shaikh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqitee berkata:

ู‚ุงู„ ุงู„ุดูŠุฎ ู…ุญู…ุฏ ุงู„ู…ุฎุชุงุฑ ุงู„ุดู†ู‚ูŠุทูŠ ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡ :

ุฃูŠ : ุฃู† ุนู†ุฏู‡ู… ุงุณุชู‡ุชุงุฑุงู‹ ุŒ ูˆุงุณุชุฎูุงูุงู‹ ุจุงู„ู„ู‡ ุนุฒ ูˆุฌู„ ุŒ ูู‡ู†ุงูƒ ูุฑู‚ ุจูŠู† ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ุงู„ุชูŠ ุชุฃุชูŠ ู…ุน ุงู„ุงู†ูƒุณุงุฑ ุŒ ูˆุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ุงู„ุชูŠ ุชุฃุชูŠ ุจุบูŠุฑ ุงู†ูƒุณุงุฑ ุŒ

Dalam diri mereka terdapat sifat lalai dan memandang enteng kepada Allah. Terdapat perbezaan antara maksiat yang dituruti dengan rasa bersalah dan maksiat yang dilakukan tanpa rasa bersalah.



ุจูŠู† ุดุฎุต ูŠุนุตูŠ ุงู„ู„ู‡ ููŠ ุณุชุฑ ุŒ ูˆุจูŠู† ุดุฎุต ุนู†ุฏู‡ ุฌุฑุฃุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนุฒ ูˆุฌู„ ุŒ ูุตุงุฑุช ุญุณู†ุงุชู‡ ููŠ ุงู„ุนู„ุงู†ูŠุฉ ุฃุดุจู‡ ุจุงู„ุฑูŠุงุก ุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ุฃู…ุซุงู„ ุงู„ุฌุจุงู„ ุŒ ูุฅุฐุง ูƒุงู† ุจูŠู† ุงู„ุตุงู„ุญูŠู† : ุฃูŽุญู’ุณูŽู†ูŽ ุฃูŠู…ุง ุฅุญุณุงู†ู ุ› ู„ุฃู†ู‡ ูŠุฑุฌูˆ ุงู„ู†ุงุณ ูˆู„ุง ูŠุฑุฌูˆ ุงู„ู„ู‡ ุŒ

Terdapat beza antara seseorang yang melakukan maksiat kepada Allah secara rahsia dengan seseorang yang bermaksiat dengan berani (secara terbuka). Dia melakukan kebaikan di khalayak umum hanya kerana menunjuk-nunjuk walaupun kebaikan itu setinggi gunung. Apabila dia bersama-sama orang baik dia melakukan kebaikan kerana dia mengharapkan manusia, dan bukan mengharapkan Allah.



ููŠุฃุชูŠ ุจุญุณู†ุงุช ูƒุฃู…ุซุงู„ ุงู„ุฌุจุงู„ ุŒ ูุธุงู‡ุฑู‡ุง ุญุณู†ุงุช ุŒ ( ู„ูƒู†ู‡ู… ุฅุฐุง ุฎู„ูˆุง ุจู…ุญุงุฑู… ุงู„ู„ู‡ ุงู†ุชู‡ูƒูˆู‡ุง ) ูู‡ู… ููŠ ุงู„ุณุฑ ู„ุง ูŠุฑุฌูˆู† ู„ู„ู‡ ูˆู‚ุงุฑุงู‹ ุŒ ูˆู„ุง ูŠุฎุงููˆู† ู…ู† ุงู„ู„ู‡ ุณุจุญุงู†ู‡ ูˆุชุนุงู„ู‰ ุŒ ุจุฎู„ุงู ู…ู† ูŠูุนู„ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ููŠ ุงู„ุณุฑ ูˆู‚ู„ุจู‡ ู…ู†ูƒุณุฑ ุŒ ูˆูŠูƒุฑู‡ ู‡ุฐู‡ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ุŒ ูˆูŠู…ู‚ุชู‡ุง ุŒ ูˆูŠุฑุฒู‚ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ู†ุฏู… ุŒ

Dia datang dengan kebaikan setinggi gunung, zahirnya ia kelihatan baik. โ€œAkan tetapi mereka apabila bersunyian dengan perkara yang Allah haramkan, terus mereka melakukannyaโ€. Mereka ini tatkala rahsia tidak mengharapkan perlindungan Allah, tidak jua rasa takut kepada Allah. Berbeza dengan orang yang melakukan maksiat secara rahsia dan hatinya rasa bersalah, dan dia membenci p**a maksiat tersebut. Allah mengurniakan kepadanya perasaan menyesal.

ูุงู„ุดุฎุต ุงู„ุฐูŠ ูŠูุนู„ ุงู„ู…ุนุตูŠุฉ ููŠ ุงู„ุณุฑ ูˆุนู†ุฏู‡ ุงู„ู†ุฏู… ุŒ ูˆุงู„ุญุฑู‚ุฉ ุŒ ูˆูŠุชุฃู„ู… : ูู‡ุฐุง ู„ูŠุณ ู…ู…ู† ูŠู†ุชู‡ูƒ ู…ุญุงุฑู… ุงู„ู„ู‡ ุนุฒ ูˆุฌู„ ุ› ู„ุฃู†ู‡ โ€“ ููŠ ุงู„ุฃุตู„ โ€“ ู…ุนุธูู‘ู… ู„ุดุนุงุฆุฑ ุงู„ู„ู‡ ุŒ ู„ูƒู† ุบู„ุจุชู‡ ุดู‡ูˆุชู‡ ุŒ ููŠู†ูƒุณุฑ ู„ู‡ .

Manusia yang melakukan maksiat secara tersembunyi dengan penuh penyesalan, luluh hatinya, dan terseksa jiwanya: Insan ini bukanlah manusia yang sengaja melanggar larangan Allah. Ini kerana dia pada asalnya seorang yang mengagungkan syariat Allah, akan tetapi hawa nafsu telah menewaskannya.

Inilah dia beza manusia beriman dan munafiq. Manusia beriman berdosa dan berasa bersalah di atas dosanya.

Baca di sini --> http://alkahfi.com.my/munafiqkah-kita/

Munafiqkah Kita? ย  ุนูŽู†ู’ ุซูŽูˆู’ุจูŽุงู†ูŽ , ุนูŽู†ู ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽ , ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ Tsauban radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wassalam bersabda: ย  " ู„ูŽุฃูŽุนู’ู„ูŽู…ูŽู†ูŽู‘ ุฃูŽู‚ู’ูˆูŽุงู…ู‹ุง ู…ูู†ู’ ุฃูู…ูŽู‘ุชููŠ ูŠูŽุฃู’ุชููˆู†ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ุจูุญูŽุณูŽู†ูŽุงุชู ุฃูŽู…ู’ุซูŽุงู„โ€ฆ

23/02/2015

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara
Istiqamah:
1. Solat Tahajud di waktu ยพ malam sekurang-
kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-
kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh-
Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh,
amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang
terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x
[tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x
istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa
kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber
makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-
benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan
dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan
mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan
minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji
segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat
sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong
kamu menyempurnakan segala urusanmu pada
hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan
bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam
8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: โ€œSesiapa
mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak
tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai
dan lupa.โ€ Solat Dhuha juga memudahkan urusan
dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman-
Nabi SAW bersabda: โ€œSegala sesuatu itu
mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran
adalah surah Ar-Rahman.โ€ Surah Ar-Rahman
menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-
nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah
Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan
kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang,
{100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat &
100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Nabaโ€™ โ€“ Nabi SAW
bersabda: โ€œ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya
pahala membaca surah An-Nabaโ€™, maka kamu
akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu
mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri
kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya
Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang
mengamalkan membacanya selain dosa syirik.โ€
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-
Allah janji akan memberi keampunan terhadap
dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji
sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada
setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan
menemuinya.
11. Selepas Isyaโ€™ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji
akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW
tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-
Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan
โ€œAmanar-Rasulโ€ hingga habis. Sangat-sangat
penting untuk melindung diri daripada pengaruh
syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur
beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah
diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas
dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik,
nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqar
abah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa
selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk
membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran)
walaupun hanya satu โ€˜ainโ€™. Latihan tilawah sangat
memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada
al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan
Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran
adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi,
kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah
seberapa banyak yang boleh- Allah janji โ€˜cahayaโ€™ di
hari kiamat dan diampunkannya diantara dua
Jumaat. Nabi SAW bersabda: โ€˜Sesiapa membaca
surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah
cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.โ€™
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan
berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada
berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah
โ€˜Lailahailallahโ€™ sebagai amalan tetap dan
berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat
pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk
puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada
suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan
berwudhuโ€™. Sabda Nabi SAW: โ€˜Wudhuโ€™ adalah
senjata orang-orang mukmin.โ€™ Faedah wudhuโ€™
sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah.
Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan
melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa
nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati.
Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah
bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan
melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu.
Semoga kita dpt amal dan sampaikan
Aamiin

20/02/2015

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri.
Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan
kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan
ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan
kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah
perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga
kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih
tinggi darjat.
Muthrif rahimahullah telah berkata, โ€œKalau aku
tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan
menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud
tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.โ€
Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang
menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata,
โ€œSyaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa
aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku
tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.โ€
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari
Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan
diri sendiri.

Photos 03/02/2015

Gotong-royong... terima kasih kepada semua guru yg terlibat..

28/01/2015

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah
SAW bersabda, โ€œSetiap anggota manusia
dkehendaki memberi sedekah selagi matahari
terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang
bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong
orang yang hendak menaiki kenderaan adalah
sedekah atau mengangkat barangan ke atas
kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik
adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk
sembahyang adalah sedekah dan membuang benda
yang berbahaya dari jalan adalah sedekahโ€.
Huraian Hadith:
Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota
manusia adalah sedekah dan ia akan diberi
balasan pahala oleh Allah SWT.
Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa
melakukan kebaikan kepada manusia dengan
memberi pertolongan, menyumbang bantuan
tenaga dan menghindarkan sesuatu yang
mendatangkan mudharat kepada manusia.
Semua amalan baik yang dilakukan oleh seseorang
dengan tulus ikhlas adalah merupakan ibadat dan
ia akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Kita wajib bersyukur kepada Allah SWT atas segala
nikmat yang dikurniakan, antara nikmatnya ialah
anggota badan kita sangat besar manfatnya
kepada kita, kerana itu kita wajib menggunakan
anggota kita untuk melaksanakan perintah Allah
atau apa yang harus dilakukan, atau sekurang-
kurangnya tidak melakukan keburukan dan
kejahatan. Oleh itu syukur terbahagi kepada : 1.
Syukur wajib, iaitu dengan melakukan apa yang
diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. 2.
Syukur sunat iaitu melakukan amalan-amalan
sunat seperti zikrullah dan membantu manusia.
Sedekah bukan hanya dengan mengeluarkan harta
dan wang ringgit malah makna sedekah lebih luas
daripada itu seperti yang ditunjukkan oleh hadis ini
iaitu bersedekah dengan tenaga dan bersedekah
dengan kata-kata.

28/01/2015

Alhamdulillah.. dapat mewujudkan sebuah page Surau Al-Ikhwan Skbt bagi menyampaikan ilmu dan maklumat...

Surau Al-Ikhwan SK Bukit Tinggi Tutor/Teacher

27/01/2015

Assalamualaikum
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha
Menyembuhkan..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya
ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih,
menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan
bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan
kemudahan.
Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..
Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg
merasa disakiti dan dizalimi kerana kesalahan
kami yang disengaja atau pun yang tidak
disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya..agar memaafkan kami..
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua
ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru
guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran
kami dan dosa kaum Muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan
Maha Mengasihani.

Want your school to be the top-listed School/college in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

SK Bukit Tinggi, 06200 Kepala Batas
Kedah