28/04/2026
GERAKAN NILAM 2026
Laporan terkini 27 April 2026
Alhamdulillah Gerakan AINS NILAM bermula April 2026 telah menunjukkan hasil.
Bermula pada 16 Mac 2026 dengan rekod hanya 39 orang murid meningkat kepada 120 orang murid
Peningkatan seramai 81 orang murid aktif mengisi AINS NILAM
Sasaran Pusat Sumber As-Syafie bagi tahun 2026 adalah 100% murid aktif AINS NILAM.
05/01/2025
MAJLIS APRESIASI PSS 2024
30.12.2024:Isnin:Dewan Terbuka Al-Kawarizmi, SMK Aspirasi SMK Bongor Baling Kedah
Objektif :
1.Menghargai sumbangan guru dan pelajar yang aktif menggunakan PSS.
2.Meningkatkan kesedaran penggunaan PSS dalam memupuk minat membaca.
3.Memupuk semangat kerjasama antara pihak pengurusan, guru-guru, pengawas PSS, pelajar dan semua warga sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan, AJK PSS, Guru-guru yang sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dirancang PSS.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua Pengawas PSS yang berjaya bekerjasama dalam menjayakan Majlis Apresiasi PSS tahun ini.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan hadiah.
Semoga terus cemerlang dan gemilang untuk tahun seterusnya.
02/12/2024
30 NOVEMBER 2024: SABTU: SPICE ARENA PULAU PINANG
LAWATAN PAMERAN SAINS ANTARABANGSA PULAU PINANG 2024
Seramai 80 orang pelajar dan 9 orang guru telah menyertai Lawatan Ke Pameran Sains Antarabangsa Pulau Pinang.
80 orang pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
Manakala Guru Pengiring terdiri daripada :
1. Cikgu Najmi Akmal
2. Cikgu Nor Hafizah
3. Cikgu Nor Azura
4. Cikgu Ain
5. Ustazah Aminah
6. Sir Syed Afifi
7. Cikgu Izzati
8. Cikgu Abdul Hafiz
9. Cikgu Rizal
Objektif lawatan adalah untuk :
1. Mencetus minat pelajar dalam bidang STEM
2. Membolehkan pelajar mengetahui dan mengaplikasi konsep inovasi
3. Memupuk kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, komputasional dan aras tinggi bagi membentuk pelajar yang mampu menyelesaikan masalah.
4. Membolehkan pelajar mengetahui perbezaan dan fungsi pelbagai bidang kejuruteraan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Pameran :
1. Pameran industri
2. Bengkel STEM
3. MakerLab School Workshop
4. Pertandingan STEM
5. Program Sukarelawan Pelajar
Alhamdulillah lawatan berjalan dengan lancar. Semua peserta memberi kerjasama yang sangat baik.
Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada lawatan yang dijalankan.