04/07/2024
Poster Kump**an 3 ‼️
A232 (A)
Penggunaan Teknologi Dalam Industri Automotif
04/07/2024
Poster Kump**an 3 ‼️
18/05/2024
POSTING 26
Nama: MUHAMMAD KASYFI ZULFIQAR BIN MAHATHIR
Nombor Matrik: 298977
Tajuk: TAHAP TEKNOLOGI KENDERAAN SWAPANDU
🚘Tahap Sifar
Semua operasi kereta dikawal sepenuhnya oleh manusia tanpa mempunyai kawalan kendiri, dari steering sehingga braking.
🚘Tahap Pertama
Pemandu dan sistem swapandu berkongsi kawalan yang hadir pada kenderaan tersebut. Salah satu contoh tahap ini ialah kawalan Adaptive Cruise Control (ACC). Apabila pemandu menukar laluan ke kiri, sistem akan memperlahankan kenderaan secara sendiri tanpa pengawasan daripada anda. Fungsi Parking Assistance iaitu membolehkan stereng kenderaan berfungsi secara sendiri dan anda hanya perlu mengawal kelajuan kenderaan sahaja. Jenis kereta pada tahap ini turut dilengkapi dengan radar atau kamera di bahagia depan dan belakang kenderaan.
🚘Tahap Kedua
Sistem swapandu mengambil alih sejumlah kawalan kenderaan seperti kawalan kelajuan, brek, dan stereng.
Sistem ini akan menguruskan kelajuan dan stereng dalam situasi tertentu. Ia akan menyelaraskan kelajuan berdasarkan kelajuan trafik sekeliling dan kemudiannya, mengikut laluan yang ditetapkan sepanjang lebuhraya tersebut. Namun, pemandu masih perlu memberi perhatian sepanjang sesi pemanduan dan bersedia unutk bertindak balas sekiranya terdapat sesuatu yang berlaku di atas jalan.Antara sistem yang berada pada tahap ini ialah Tesla Autopilot, Volvo Pilot Assist, Mercedes-Benz Drive Pilot, dan Cadillac Super Cruise.
🚘Tahap Ketiga
Tahap ini membolehkan pemandu mengalihkan perhatian mereka dengan selamat daripada sesi pemanduan. Sistem swapandu akan menggalas kesemua kawalan dan mampu bertindak dalam kadar segera, seperti ketika membuat brek kecemasan. Pemandu masih diperlukan untuk mengambil-alih pemanduan dalam sesuatu masa dan kelajuan tertentu, di mana masa dan kelajuannya berbeza mengikut pengeluar kenderaan.
🚘Tahap Keempat
Tahap ini membolehkan sistem swapandu mengawal segala tugasan pemanduan tanpa memerlukan manusia untuk mengawal kenderaan. Sistem swapandu ini hanya menyokong untuk sesetengah lokasi, yang mana telah ditetapkan untuk kebolehan swapandu dijalankan. Selain itu, kenderaan juga boleh berhenti dan kembali ke tempat asal dengan selamat, seperti kebolehan meletakkan kenderaan. Namun apabila ia berdepan dengan situsi kritikal seperti pemanduan di cuaca yang buruk, ia masih memerlukan tenaga pemandu untuk mengawalnya.
🚘Tahap Kelima
Tahap ini tidak memerlukan sebarang pemandu untuk menggerakan kenderaan. Kenderaan ini boleh bergerak secara sendiri tidak kira masa, lokasi, atau apa jua keadaan. Pemandu masih boleh memandu kenderaan ini, yang mana kawalan ke atasnya hanyalah ditawarkan sebagai satu pilihan. Akan tetapi disebabkan Tahap 4 masih lagi dalam proses pandu-uji dengan beberapa undang-undang baharu yang perlu digubal, maka Tahap 5 mungkin akan ambil masa bertahun-tahun lagi untuk disiapkan sepenuhnya.
18/05/2024
POSTING 25
Nama: MUHAMMAD KASYFI ZULFIQAR BIN MAHATHIR
No Matrik: 298977
Tajuk: TEKNOLOGI SWAPANDU DALAM KENDERAAN
Sejarah
Pada tahun 1920 Pemanduan autonomi telah hangat dibincangkan, namun ujiannya hanya dimulakan pada sekitar 50-an. Sehinggalah pada tahun 1977, sebuah syarikat daripada Jepun iaitu Tsukuba Mechanical Engineering Laboratory hadir dengan sebuah kenderaan swapandu yang berfungsi. Menjelang tahun 2013, ia menjadi pop**ar apabila pengeluar seperti General Motors, Ford, dan Mercedes Benz telah memulakan ujian fungsi swapandu ini.
Perkembangan
Kemunculan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sedikit sebanyak membantu sistem swapandu mempelajari keadaan sekeliling. Ia dibantu melalui penggunaan sejumlah kaedah dan perkakasan, seperti radar, sonar, GPS, dan odometri. Apabila kesemua penggunaan ini digabungkan, kenderaan dengan sistem swapandu dapat mengukur jarak, halangan, dan papan tanda bagi memperoleh pemanduan yang selamat.
Kebaikan
ia dapat menjimatkan kos terutama yang melibatkan pengendalian kenderaan
Dalam sektor pengangkutan awam p**a, ia juga dapat mempercepatkan kadar kekerapan kenderaan
Keburukan
Terdedah dengan risiko untuk berlaku kemalangan
Harga Jualan yang tinggi
Kurang efisien digunakan ketika mengalami cuaca yang teruk seperti hujan.
18/05/2024
POSTING 24
Nama : PUTERI NURULAIN NADHIRAH BT MOHD ZAID
No.matrik : 299051
Tajuk : KEBAIKAN KAWALAN KESTABILAN ( stability control )
ESC adalah sistem untuk membantu pemandu mengawal kenderaan semasa dalam situasi berbahaya atau tidak stabil. Ia menggunakan sensor dan komputer untuk mengesan pergerakan kenderaan dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjaga kestabilan.
18/05/2024
POSTING 23
Nama: MALVINDER KUMAR GOBINATHAN
Nombor Matrik: 299156
Tajuk: BERITA MENGENAI KERETA HIBRID
Kereta Hibrid ‼️
Sumber:
PERODUA mahu hasilkan kereta hibrid mampu milik | Berita Harian SEPANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bercadang menghasilkan kereta hibrid paling mampu milik bagi tanpa berkompromi dengan aspek teknologi dan keselamatan.
18/05/2024
POSTING 22
Nama: MALVINDER KUMAR GOBINATHAN
Nombor Matrik: 299156
Tajuk: KERETA HIBRID
Kenderaan hibrid atau kereta hibrid merujuk kepada kenderaan yang tidak bergantung kepada kuasa bateri atau petrol semata-mata tetapi juga enjin pembakaran dalaman yang memacu penjana untuk membekalkan elektrik dan juga untuk pemanduan secara langsung. Secara am, kereta hibrid menggunakan lebih daripada satu sumber tenaga untuk mengerakkan kenderaan.
18/05/2024
POSTING 21
Nama : PUTERI NURULAIN NADHIRAH BT MOHD ZAID
No.matrik : 299051
Tajuk : SISTEM PENJEJAKAN KENDERAAN ( GPS )
GPS ‼️
18/05/2024
POSTING 20
Nama : NURNAJWA BINTI ABD.RAZAK
No Matrik: 299021
Tajuk: KAWALAN JELAJAH BERASASKAN RADAR
Kawalan Jelajah Radar berfungsi sama seperti kawalan pelayaran kelajuan malar konvensional kerana ia membantu kenderaan bergerak pada kelajuan konsisten yang ditetapkan oleh pemandu. Tetapi sistem ini menambah mod kawalan jarak kenderaan ke kenderaan, yang membantu pemandu dalam membantu mengekalkan jarak pratetap ke kenderaan sebelumnya apabila kenderaan yang sedang berjalan bergerak pada kelajuan yang lebih rendah.
18/05/2024
POSTING 19
Nama: YUSRINA ZULFAH BINTI MOHD YUSAINI BALDERAM
Nombor Matrik: 299031
Tajuk: AUDIO BLUETOOTH KERETA
Bagaimanakah sejarah perkembangan audio bluetooth kereta ❓❔❓
14/05/2024
POSTING 18
Nama: MALVINDER KUMAR GOBINATHAN
No Matrik: 299156
Tajuk: BERITA MENGENAI PENGGUNAAN DASHCAM
Sumber:
Guna radar, kamera | Harian Metro Tidak keterlaluan apabila penulis mengandaikan sejak generasi pertama kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V diperkenalkan pada 1997, crossover berkenaan menjadi antara kenderaan pilihan ramai.
14/05/2024
POSTING 17
Nama: MALVINDER KUMAR GOBINATHAN
No Matrik: 299156
Tajuk: SEBAB PENGGUNAAN"DASHCAM" DALAM KERETA
ADAKAH "DASHCAM" PENTING ❓❔❓
14/05/2024
POSTING 16
Nama: MALVINDER KUMAR GOBINATHAN
No Matrik: 299156
Tajuk: CIRI CIRI "DASHCAM" DALAM KERETA
Apakah terkandung dalam DASHCAM ❓❔❓