23/06/2023
Kesan-kesan defisit sosial kepada masyarakat Malaysia adalah seperti berikut:
1. Persekitaran tidak beretika
Status sosial yang negatif ini bukan hanya soal kaum. Selain itu, kelas sosioekonomi seperti B40, M40 dan T20 terlibat. Terdapat jurang perbezaan yang ketara dalam cara rakyat menjalani kehidupan masing-masing akibat daripada keputusan kerajaan sedikit sebanyak meletakkan kelas sosial ini. Golongan atasan misalnya atau golongan atasan yang tidak menghargai usaha orang lain dalam melakukan sesuatu adalah contoh golongan manusia yang tidak bermoral dan tidak bertolak ansur antara satu sama lain. Kelas sosial ini juga memberi tekanan kepada individu yang berkawan dengan golongan atasan, seperti pacat hendak menjadi ular, sekaligus memandang rendah kepada mereka yang tidak mampu hidup selesa seperti golongan T20. Sudah tentu, cara hidup ini tidak sihat dan tidak sepatutnya berlaku.
2. Ekonomi dan etnik
Kami berpendapat bahawa setiap rakyat Malaysia sedar betapa pentingnya menghormati kump**an etnik lain demi memelihara keamanan negara serta menghormati diri sendiri dan kump**an etnik lain. Tetapi seperti yang ditunjukkan oleh tajuk, etnik memainkan peranan dalam bagaimana masalah kekurangan sosial ini menjejaskan kestabilan ekonomi. Kita mungkin melihat, sebagai contoh, apabila sesetengah perniagaan ingin mengupah orang dari kaum tertentu secara eksklusif. Ini secara tidak sengaja akan menimbulkan kebimbangan dan ketidakpercayaan pelabur di kalangan pelabur antarabangsa, menyumbang kepada ketidakstabilan dan kemerosotan ekonomi yang berterusan.
3. Sistem pendidikan
Seterusnya, sistem pendidikan sudah pasti akan terganggu dan mengakibatkan pelajar keliru sekiranya masalah defisit sosial ini tidak diatasi. Selain itu, matlamat Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan orang yang mempunyai kapasiti memberi impak positif kepada orang ramai akan terbantut. Kita sedia maklum bahawa untuk mengelakkan berat sebelah dalam perpaduan antara kaum dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, keputusan hendaklah sentiasa dibuat secara sebulat suara. Kita tidak dapat membayangkan senario di mana masalah kekurangan sosial generasi muda bermula pada usia awal. Sebagai contoh, sekolah satu aliran ialah isu kekurangan sosial dari sudut pendidikan yang wujud sehingga kini. Kehidupan perpaduan antara kaum yang berbeza sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sistem pendidikan satu aliran ini dalam kalangan anak muda. Oleh itu, kerajaan perlu mempertimbangkan dengan teliti isu sistem pendidikan ini bagi mengelakkannya daripada menjejaskan jati diri negara Malaysia.
4. Keharmonian negara
Keharmonian negara yang diperjuangkan oleh Malaysia tidak akan maju secara kolektif jika tiada perpaduan dalam negara. Ini menunjukkan bahawa tiada kesepaduan masyarakat. Sebagai contoh, individu tersebut tidak akan berlatih dengan satu sama lain atau mempunyai matlamat dan hala tuju yang sama. menyebabkan setiap kaum dan agama bersaing untuk menguasai sesebuah negara sambil mengabaikan sensitiviti kaum lain. Ini memberi kesan negatif kepada komitmen komuniti kepada negara, kerjasama komuniti, dan keselamatan negara secara tidak langsung.
Disediakan oleh :
Prevena A/P Prenabaran (296346)
23/06/2023
Kesan Defisit Sosial.
Sistem kehidupan yang diamalkan di Malaysia bercorakkan keharmonian dan bersatu padu. Malaysia bebas dari ancaman luar mahupun dalam. Pelbagai usaha telah dilakukan dalam memastikan perpaduan di Malaysia sentiasa kekal utuh. Walaubagaimanapun dengan kewujudan kepelbagaian perbezaan dari pelbagai sudut seperti agama dan bangsa terdapat pelbagai kesan yang dapat dibincangkan sekiranya pihak-pihak berkaitan tidak mengambil tindakan awal untuk membendung isu jurang perbezaan di Malaysia. Antara kesan awal yang akan dilihat ialah dari segi isu keharmonian negara dan pendidikan. Penerangan lebih lanjut berkenaan kesan ini telah pun dibincangkan di dalam poster dibawah.
Disediakan oleh:
Nazirul Hazeim Bin Adam Malik (296215)
22/06/2023
1. Defisit sosial dimana tidak mampu memahami orang lain. Seseorang itu akan mengalami defisit sosial dengan kelakuan yang kurang gemar bergaul dan mengelak daripada orang lain. Hal ini kerana mereka berasa agak mencabar dalam sesuatu pergaulan. Malah, mereka kurang peka terhadap kemahuan dan memahami orang lain dengan baik dan meningkatkan risiko kesalahfahaman sesama sendiri.
2. Seseorang itu sukar berkomunikasi dan kurang kemahiran menyebabkan mereka mengalami kepayahan untuk berkomunikasi dengan orang lain secara berterusan. Malah, mereka tidak dapat bercakap dengan lancar disebabkan terlalu pasif dalam sesuatu perbualan. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial yang baik dengan orang lain.
3. Selaian itu, tidak dapat mengetahui berkenaan kebudayaan sesama kaum. Seseorang itu mengalami sikap kurang semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana mereka menganggap perkara yang berkaitan dengan kebudayaan kaum adalah perkara yang remenh. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mempelajari perkara yang baru daripada kaum lain dengan baik.
4. Ketidaksetaraan sosial : Ketidaksetaraan sosial terjadi ketika ada kelompok masyarakat yang tidak memiliki akses yang sama terhadap sumber daya dan kesempatan dalam masyarakat. Hal ini dapat mengakibatkan ketidakadilan sosial, keterbelakangan, dan marginalisasi kelompok masyarakat tertentu.
5. Kemiskinan : Kemiskinan adalah keadaan di mana individu atau kelompok masyarakat tidak memiliki akses yang memadai terhadap sumber daya, seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, dan pekerjaan. Hal ini dapat mengakibatkan ketidakseimbangan dalam distribusi kekayaan dan kesempatan, serta memperburuk kondisi sosial dan ekonomi masyarakat.
6. Ketegangan sosial : Ketegangan sosial terjadi ketika terdapat perbezaan pandangan, nilai, dan kepentingan antara kelompok masyarakat yang berbeza. Hal ini dapat mengakibatkan konflik, kekerasan, dan ketidakstabilan sosial dalam masyarakat.
Disediakan oleh :
Amilya Ezzati Binti Adi Ezani (296706)
Wan Fikri Bin Hamzah (296730)
22/06/2023
Punca-punca berlakunya defisit sosial dalam kalangan masyarakat adalah seperti berikut:
Pertamanya ialah ketidakseimbangan ekonomi. Ketidakseimbangan ekonomi yang besar antara golongan kaya dan miskin dalam sebuah negara dapat menyebabkan defisit sosial. Apabila kesenjangan pendapatan dan kekayaan yang besar berlaku, golongan miskin atau terpinggir akan menghadapi kesukaran dalam memenuhi keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, dan perumahan. Hal ini menciptakan rasa ketidakpuasan, ketegangan sosial, dan perpecahan dalam masyarakat.
Dari segi Pendidikan, keberadaan institusi pendidikan yang berbeza-beza seperti sekolah vernakular, sekolah agama, dan sekolah antarabangsa sering kali dianggap sebagai penghalang kepada usaha memupuk perpaduan dalam masyarakat. Pembahagian seperti ini dapat mengakibatkan isolasi antara kump**an masyarakat dan kurangnya pemahaman dan penghargaan terhadap budaya dan kepercayaan yang berbeza. Kurangnya integrasi dalam sistem pendidikan juga boleh menghalang interaksi sosial dan pemahaman yang lebih mendalam antara pelajar dari latar belakang yang berbeza.
Dalam konteks media sosial p**a, penyebaran berita palsu atau tidak sahih melalui media sosial dapat menyebabkan konflik dan perpecahan dalam masyarakat. Apabila berita palsu tersebar dengan cepat dan meluas, ia boleh mencetuskan ketegangan sosial, meningkatkan ketidakpercayaan antara kump**an masyarakat, dan mengganggu hubungan harmoni antara individu dan komuniti. Kesedaran yang rendah tentang kebolehpercayaan sumber maklumat dan kecenderungan untuk terjebak dalam algoritma yang menyokong pandangan yang telah ada juga boleh meningkatkan polarisasi sosial.
Disediakan oleh:
Muhammad Hadi Akmal Bin Mohd Shukor (295601)
21/06/2023
Kepentingan penglibatan sosial antara kaum sangat penting di dalam negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, ia dapat mengurangkan jurang antara kaum.
Terdapat banyak kepentingan penglibatan sosial antara kaum contohnya kepelbagai kaum dihormati. Seterusnya, perpaduan kaum semakin bertambah dan kuat. Akhir sekali, meningkatkan keharmonian negara.
Justeru, penglibatan sosial antara kaum terdapat banyak kepentingan yang mampu untuk mengurangkan defisit sosial dalam negara.
Disediakan oleh:
Noor Syakila Waheeda Binti M Wari (295643)
19/06/2023
Defisit Sosial bermakna kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan yang berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan sosial.
Dari segi politik, parti-parti politik seharusnya bergabung untuk membina sebuah parti yang di Malaysia setiap wakil dari berbilang kaum di bawah satu nama dan organisasi yang bergerak selaras dengan prinsip negara iaitu perpaduan di antara berbilang kaum .Parti- parti politik pembangkang sebelum ini membentuk Pakatan Harapan memenangi PRU Ke -14 tanpa pertumpahan darah, dan membentuk kerajaan dalam tahun 2018.
Sistem persekolahan yang sama bagi semua pada asasnya Laporan Razak mencadangkan sekolah penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jenis dinyatakan. Laporan kini menjadi rujukan sebagai dasar pendidikan kerajaan sehingga kini dan bahasa melayu menjadi bahasa pengantar di semua peringkat sekolah dan penunbuhan Sekolah Wawasan menggalakan interaksi yang lebih rapat antara kaum dan penyelesaian defisit sosial.
Disediakan oleh:
Keerthana Thinagaran (295722)
19/06/2023
Antara langkah-langkah dalam mengatasi defisit sosial adalah seperti :
Dari segi Bahasa adalah Bahasa Melayu merupakan Bahasa rasmi dan Bahasa kebangsaan di Malaysia. Seharusnya ia dijadikan Bahasa pengantar dan wajib digunakan di negara ini. Hal ini kerana Bahasa Melayu mudah difahami masyarakat sekaligus dapat mengelakkan dari terjadinya salah faham antara satu sama lain. Dengan ini, rakyat Malaysia dapat hidup Bersatu padu dan harmoni.
Seterusnya, langkah dari segi Budaya ialah semua rakyat di Malaysia perlulah memahami dan menghormati adat serta budaya kaum yang lain supaya tiada kata-kata yang dapat mengguris dan mengecewakan kaum dan bangsa yang lain. Hal ini dapat mewujudkan lagi kedamaian antara kaum kerana adanya sifat hormat diantara budaya dan adat kaum yang lain.
Langkah yang dapat diatasi dalam defisit sosial dari sudut agama adalah negara Malaysia merupakan negara yang unik disebabkan kepelbagaian agama. Oleh itu, kita seharusnya hormat-menghormati sesama agama bagi mewujudkan keharmonian dalam kepelbagaian bangsa. Contohnya, menghormati adat resam agama lain dengan tidak menimbulkan isu dan tidak memberi kata-kata yang sensitif kepada mereka.
Selain itu, kita juga dapat menyambut hari perayaan penting bagi setiap agama dengan mengadakan rumah terbuka dan sebagainya.
Disediakan oleh:
Fatin Nur Aneesa binti Abdul Haris (295648)
18/06/2023
Punca berlakunya defisit sosial dalam kalangan masyarakat ialah
1. Jurang generasi
2. Etnisit
3. Agama
Antara punca yang menyebabkan berlakunya defisit sosial ialah jurang generasi yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Jurang generasi bermaksud kelainan atau ketidaksamaan yang wujud dari segi nilai, sikap, tingkah laku, dan jangkaan di kalangan generasi dalam aspek kehidupan akibat daripada perbezaan usia.
Seterusnya, keadaan defisit sosial dalam kalangan masyarakat juga boleh disebabkan oleh etnisit. Etnisit merupakan suatu kelompok manusia yang memiliki iaktan kebudayaan yang memiliki banyak persamaan sama ada dari aspek agama serta asal-usulnya. Kump**an etnik ini akan berkongsi bahasa, adat dan budaya, makanan serta hubungan sosial dalam kalangan mereka. Akibatnya, ia telah menjadi antara punca kepada berlakunya defisit sosial.
Defisit sosial juga boleh diakibatkan oleh agama. Terdapat pelbagai agama yang diamalkan oleh masyarakat seperti agama Islam, Kristian, Buddha dan lain-lain. Namun,terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyebarkan kandungan sensitif 3R iaitu agama (relegion), perkauman (race) dan institusi diraja (royalty). Akibatnya, isu ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati antara sesama kaum dan agama.
Disediakan oleh:
Roslitah Binti Medusah (296198)
16/06/2023
Data daripada Institut Kajian Etnik (KITA) yang diperoleh daripada Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) melalui pengump**an suara orang ramai dalam sesi pertemuan dengan mereka.
Kerangka program jangka masa sederhana ini berfokus kepada penyelesaian masalah defisit sosial yang disenaraikan oleh masyarakat majmuk dalam pertemuan bersemuka dari seluruh pelosok negara Malaysia.
Defisit Sosial umumnya membawa maksud kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan yang berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan.
Disediakan oleh:
Abdul Gapar Bin Maidin (295999)