Confinement Lady Alor Setar

Confinement Lady Alor Setar

Share

Menyediakan pakej dan perkhidmatan tradisional kepada ibu berpantang seperti urutan, mandi herba, bertungku, bertangas, berbengkung dan penjagaan bayi.

12/04/2026

Assalamualaikum. Hai. Post pertama utk tahun ni🫣
Maaf tak promote kt page sangat sebab tak ambik ramai sekarang ni. Jadi pakej sangat2 terhad.

Tp jangan risau tau, kita diam bukan sebab dh stop open booking. Pakej semua open slot macam biasa.

Cuma gambar gambar dgn customer tak dapat nak ambik sebab camera dah rosak😂 Tak dapat nk upload satu satu.
InshaAllah boleh tengok feedback dkt bahagian highlight.

Apa pun nk booking slot terus klik link whatsapp di bio utk pertanyaan lanjut.

25/10/2025

Alhamdulillah selesai pakej 3 jam. Terima kasih Aina sudi ambil pakej dengan kak.

Esok kita start pakej penjagaan pantang dengan customer baru pulak. Takdan nk cuti tp takpa yg enting customer cepat pulih🥰

Photos from Confinement Lady Alor Setar's post 17/09/2025

Sauna + Mandi Bunga + Urutan 1 Badan.

Selesai pakej untuk first time customer kita ni. Alhamdulillah customer sgt berpuas hati dgn servis kita. Terima kasih ya kak maz.

15/06/2024

MAAF! MAAF! MAAF! Maaf sangat sangatttt.
Ramai ingat saya dah tak ambik job sebab jarang jarang update di page ig/fb.

Jarang update bukan sebab dah tak ambik job, tapi tak sempat nak update😅😅😅
Pakej nk full dh tahun ni.

Kalau nk book utk tahun ni whatsapp dan terus bagitau due dan lokasi na sbb nak check schedule dulu. Kalau date tu saya free lagi boleh book utk hampa. Okay🫶🏻

09/07/2023

Walaupun jarang jarang update di fb/ig page, saya masih berkhidmat seperti biasa.

Tak sempat nak uodate satu satu macam dulu dh. Tak menang tangan😅

Yang nak survey harga boleh terus whatsapp ya. Tiada caj perjalanan/transport area Alor Setar🥰

#

31/01/2023

Pakej 7 hari di Taman Aman. Dh dekat 2 minggu habis baru nak post😅

Saya aktif buat servis confinement macam biasa ya. Cuma tak sempat nak post dan buat story.

Pakej dh full sampai tengah tahun. Utk 3 hari inshaAllah boleh selit2.

29/11/2022

Habis dh pakej penjagaan pantang selama 7 hari di Jalan Pegawai. TQ mommy wani siap recommend dkt kawan. Sayangnya tahun 2023 dh tak banyak slot yg tinggal.

Yg mana nk book untuk tahun 2023 boleh book cepat ya. Utk bulan 12 masih ada 1 slot kosong sj lagi.

Nak mengurut biasa boleh, saja2 nak urut tungku pun boleh walaupun tak dok dalam tempoh pantang bersalin. Jom sekali sekala manjakan diri.

22/11/2022

Pakej pantang 7 hari di Jalan Pegawai. Hari ni hari ke 2. Berbaki lagi 5 hari. Moga kuning cepat turun dan hilang ya sayang.

17/11/2022

Pakej penutup pantang di Taman Seri Kelubi 3 hari yg lepas. Hari ni baru sempat update.

Penutup pantang boleh buat hari ke 40 ke atas. Rawatan dalam pakej penutup pantang termasuk:
✔️Bersauna dan Bertangas (2in1)
✔️Lulur Susu
✔️Lulur Wangi
✔️Mandi Bunga
✔️Mandi Sintok Limau
✔️Urutan Totok Wajah
✔️Urutan Kepala
✔️Urutan Sengkak Rahim

Harga termasuk semua rawatan di atas cuma RM200 sahaja. Booking RM50 utk lock date.

Tak berpantang pun boleh buat jugak treatment ni.

Antara kebaikan penutup pantang:
Menaikkan aura dan seri wajah
Menstabilkan hormon selepas bersalin
Melembut dan mewangikan badan
Detoks dan buang toksin dalam badan
Dan banyak lagi.

17/11/2022

Untuk mommy yg bersalin secara pembedahan (caesarean section) boleh mula bersauna apabila luka dah kering. Biasanya selepas 7 hari ke atas.

❤️Bagus untuk melancarkan aliran darah dan mengelakkan pembentukan darah beku.
❤️Membuang toksin dalam badan melalui peluh.
❤️Menyegarkan badan dan melembutkan kulit.
❤️Melegakan ketegangan otot dan sakit badan.
❤️Membakar lemak dan mengurangkan berat.

19/07/2022

Pagi pagi sebelum pi kerja, kita petik daun mengkudu fresh fresh kt rumah sebagai pelapik batu tungku😍

Want your school to be the top-listed School/college in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Alor Setar
Kedah
05150