A222 Mpu1013 Kumpulan E10

A222 Mpu1013 Kumpulan E10

Share

Kami pelajar dari UUM MPU1013 ingin mengongsi ilmu dan maklumat berkaitan dengan etika di jalan raya.

01/06/2023

⚠️⚠️ ETIKA DI JALAN RAYA 🚧🚧

Photos from A222 Mpu1013 Kump**an E10's post 01/06/2023

Nama: Marissa Irdina Binti Hakimi
No Matrik: 295169
Tajuk: Musim perayaan adalah ‘musim kemalangan’😬😬😬

Mengikut statistik, kemalangan jalan raya akan meningkat setiap kali musim perayaan terutamanya perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Sambutan Tahun Baru Cina. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistic daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, iaitu pada tahun 2020, sebanyak 4,634 kematian akibat kemalangan jalan raya dan 862 daripada jumpah tersebut berlaku semasa musim perayaan. Perayaan adalah hari yang paling ditunggu-tunggu bagi setiap kaum di Malaysia kerana perayaan tersebut merupakan hari istimewa bagi penduduk Malaysia untuk p**ang ke kampung halaman masing-masing. Hal ini mengakibatkan ramai rakyat Malaysia sanggup korbankan tidur dan waktu rehat demi p**ang ke kampung halaman walaupun penat, mengantuk dan kesesakan jalan raya. Selain itu, kebanyakan pemandu tidak mematuhi etika jalan raya seperti memandu melebihi had laju dan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Hal ini demikian kerana mereka ingin cepat tiba di kampung halaman dan menyebabkan kadar kemalangan jalan raya meningkat.
Di samping itu, terdapat beberapa pemandu tidak cakna dengan keperluan servis kereta sebelum memulakan perjalanan terutama bagi perjalanan jarak jauh. Hal ini akan mengakibatkan kemungkinan kereta untuk rosak dalam perjalanan atau berlaku kemalangan jalan raya sehinggakan kehilangan nyawa.
Akhir sekali, kebanyakan pemandu lalai dengan persekitaran mereka di jalan raya. Hal ini demikian kerana pemandu tersebut terlalu teruja akan sambutan perayaan dan menyebabkan fokus mereka hilang terhadap jalan raya.
Berikut merupakan tajuk akhbar yang membuktikan musim perayaan adalah musim kemalangan:

Photos from A222 Mpu1013 Kump**an E10's post 30/05/2023

Nama: SARMILI KULANTHAVELL
No. matrik: 295369
Tajuk: PERATUSAN PERUBAHAN JUMLAH KEMALANGAN MELIBATKAN PEMANDU MABUK DI JALAN RAYA MALAYSIA

Sejak 2010 hingga 2018, 4% pengguna jalan raya yang dalam keadaan mabuk maut akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.Rajah di bawah menunjukkan kadar kemalangan akibat keadaan pemandu yang mabuk yang melibatkan pengguna jalan raya lain di Malaysia juga turut terbabas Kemalangan terbahagi kepada dua kategori: yang berpunca daripada dadah dan yang dicetuskan oleh alkohol. Di Malaysia, terdapat 1,196 kematian akibat alkohol berbanding 20 kematian akibat dadah bagi setiap 100,000 orang dari 2010 hingga 2018.

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk mudah mengalami kemalangan maut apabila dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh pemandu mabuk kerana mereka tidak dapat mengawal diri mereka daripada khayalan. Pemandu mabuk yang memandu kenderaan dengan laju dan secara merbahaya akan merisikokan kemalangan terhadap pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini menunjukkan faktor kelalaian, kecuaian, kelajuan dan ketidaktanggungjawaban pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk antara punca kemalangan menunjukkan kadar kematian yang melibatkan kemalangan mabuk berpunca daripada kemalangan jalan raya disebabkan pemandu mabuk di Malaysia pada tahun 2010 hingga tahun 2018. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) (2020). pengguna jalan raya jumlah yang telah dilaporkan kematian adalah seramai 1.216 orang. Kematian yang dicatatkan paling tinggi adalah pada tahun 2016 iaitu seramai 239 orang dan kadar kematian yang rendah adalah pada tahun 2011 iaitu seramai 37 orang jalan raya yang membabitkan pengguna jalan raya yang lain di Malaysia.

30/05/2023

Nama: NORAIMI IKHWAN BIN NORAMLI
No. matrik: 294630
Tajuk: PERATUSAN PERUBAHAN JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA

Kadar kemalangan di Malaysia meningkat dalam tempoh 7 tahun bermula dari 2012 hingga 2020. Tiada sedikit penurunan dalam tempoh 7 tahun. Namun, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah mendedahkan statistik kemalangan jalan raya bagi tahun 2020, yang menunjukkan penurunan sebanyak 14.4% iaitu sebanyak 418.2 ribu kemalangan jalan raya berbanding data 2019.
Dengan kemuncak lapan tahun dalam bilangan kejadian, 2019 merupakan tahun paling berisiko bagi pemandu di jalan raya Malaysia sejak 2012. Hal ini berikutan kerana pada tahun 2020, Malaysia telah dijangkiti dengan pandemic COVID-19 dan pihak kerajaan mendesak dan menyekat pergerakan keluar masuk rakyat.
Oleh kerana itu, jumlah kemalangan pada tahun tersebut berkurangan secara mendadak.

20/05/2023

Nama: HUMAIRA ADRIANA BINTI HEZRI
No.matrik: 291231
Tajuk: STATISTIK KEMALANGAN MELIBATKAN PEMANDU MABUK

Data terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kadar kematian di jalan raya berpunca daripada pengambilan alkohol di Malaysia antara terendah.

Laporan keselamatan jalan raya global dari Disember 2018 menunjukkan kurang 1% kematian berkaitan lalu lintas di Malaysia dikaitkan dengan alkohol.

Data polis turut menunjukkan sejak 2010, pemandu dia bawah pengaruh alkohol menyumbang kepada peratusan kematian terendah daripada keseluruhan jumlah kematian jalan raya.

Data yang disediakan polis menunjukkan jumlah pengguna jalan raya terbabit dalam kemalangan berkaitan alkohol dan dadah adalah
- 212 pada (2020)
- 39 pada (2019)
- 191 (2018)
- 212 (2017)
- 461 (2016)

19/05/2023

Nama: CHU JOE YAN
No. matrik: 293613
Tajuk: Jumlah Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya

Melalui sumber yang dilaporkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia telah mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2016, dengan jumlah 7152 kematian, dan jumlah terendah pada tahun 2021 dengan mencatatkan 4539 kematian.

Pada tahun 2020 dan tahun 2021 menunjukkan kematian akibat kemalangan jalan raya yang lebih rendah berbanding tahun sebelum adalah disebabkan oleh sekatan perjalanan bagi mengekang Covid-19 dalam tempoh 2 tahun ini mengurangkan trafik.

Pada tahun 2022, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya dijangka mengatasi rekod era pandemik dengan statistik dari Januari hingga September menunjukkan peningkatan sebanyak 52% berbanding tahun lalu.

17/05/2023

Nama: ARVIND A/L KANAGASABAI
No. matrik: 294358
Tajuk: JUMLAH KEMALANGAN JALAN RAYA DI MALAYSIA (statistik)

Menurut Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), terdapat jumlah 521,466 kemalangan jalan raya yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2013, dengan 6,915 kematian dan 437,512 kecederaan. Jumlah kemalangan meningkat pada tahun berikutnya, dengan 533,875 kes dilaporkan pada tahun 2014, yang mengakibatkan 6,706 kematian dan 444,391 kecederaan.

Pada tahun 2015, bilangan kemalangan jalan raya merudum menjadi 521,466, dengan 6,706 kematian serta 444,391 kecederaan. Pola ini berterusan pada tahun 2016, dengan penurunan lagi kepada 521,056 kemalangan, 7,152 kematian, dan 442,231 kecederaan.

Walau bagaimanapun, bilangan kemalangan melonjak pada tahun-tahun seterusnya, dengan 533,875 kemalangan, 6,706 kematian, diikuti dengan 444,391 kecederaan pada 2017; 548,598 kemalangan, 6,284 kematian, serta 442,593 kecederaan pada 2018; dan 471,511 kemalangan, 6,167 kematian, dan 442,034 kecederaan pada 2019.

Wabak COVID-19 memberi impak yang besar terhadap kadar kemalangan jalan raya di Malaysia pada tahun 2020, dengan kejatuhan mendadak dalam bilangan kemalangan disebabkan oleh pengawalan pergerakan yang dikenakan untuk mengawal penyebaran virus. Menurut MIROS, terdapat 287,380 kemalangan dilaporkan pada tahun 2020, beserta dengan 3,471 kematian dan 164,308 kecederaan.

Malangnya, tiada data rasmi yang tersedia lagi untuk tahun 2021 dan 2022.

Penting untuk diingatkan bahawa data yang ditayangkan di sini hanya termasuk kemalangan yang dilaporkan, dan bilangan sebenar kemalangan mungkin lebih tinggi disebabkan oleh kes kurang dilaporkan atau tidak dilaporkan. Pada masa yang sama, sangat penting untuk mempromosikan inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya untuk mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia, termasuk penguatkuasaan yang ketat terhadap peraturan lalu lintas, kempen pendidikan awam, dan peningkatan infrastruktur pengangkutan.

15/05/2023

Nama: LAU MEI THENG
No. matrik: 281265
Tajuk: Langkah mengatasi kemalangan jalan raya

1) SENTIASA memakai tali pinggang keselamatan semasa memandu 🎽
- Biasa dengan memakai tali pinggang keselamatan setiap kali anda berada di dalam kereta, sama ada sebagai pemandu atau penumpang, tiada orang yang terkecuali. Hal ini adalah untuk melindungi pengguna jalan raya daripada ancaman pergerakan yang boleh membahayakan ketika dalam perlanggaran trafik atau apabila berhenti dengan mengejut.

2) Pastikan memandu perlahan dan selamat untuk permulaan ⚠️
- Trafik yang bergerak pantas dan tinggi boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa, jadi elakkannya sehingga anda mendapat pengalaman memandu yang diselia yang mencukupi. Kemudian anda boleh memperkenalkan situasi pemanduan yang lebih sukar secara beransur-ansur, seperti memandu lebuh raya, bercantum dan memandu di bandar.

3) Telefon bimbit adalah untuk kegunaan kecemasan sahaja di jalan raya📱
- Salah satu tabiat paling buruk yang adalah menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Simpan telefon bimbit bersama anda di dalam kereta bagi situasi kecemasan sahaja. Jika anda perlu menggunakan telefon bimbit, memandu ke tepi jalan ataupun tempat yang selamat untuk berfokus semasa memandu.

4) Mengelakkan memandu dalam keadaan mabuk 🍺
- Umum mengetahui bahawa apabila anda minum anda kehilangan keupayaan untuk fokus dan berfungsi dengan baik. Ini AMAT berbahaya apabila mengendalikan kenderaan. Walaupun pemandu mabuk boleh dicegah, mereka terus menyebabkan kemalangan setiap hari. Jika anda keluar dan bercadang untuk minum sentiasa gunakan pemandu yang ditetapkan atau perkhidmatan pengangkutan.

5) Lampu Merah dan Papan Tanda Berhenti🚦
- Sama ada tanda berhenti atau lampu merah, merah bermakna berhenti. Pemandu yang menyalakan lampu merah dan papan tanda berhenti, berisiko menyebabkan kematian yang salah kerana ia sering menyebabkan kesan sampingan dan perlanggaran terbalik pada kelajuan tinggi.

14/05/2023

Nama: LOH WEN QI
No.matrik: 293571
Tajuk: Kesan daripada pemandu yang tidak beretika

1) Kemalangan jalan raya 🚑
- Pemandu yang tidak beretika tidak menjalankan tanggungjawab mereka semasa mengguna jalan raya. Hal ini akan menjejaskan keselamatan mereka sendiri dan juga pengguna jalan raya lain.

2) Kehilangan nyawa 💀
- Secara umumnya, kemalangan jalan raya yang serius mudah melibatkan kehilangan nyawa. Seseorang mangsa yang meninggal boleh menjadi seorang bapa yang merupakan sumber pendapatan keluarga, wanita mengandung yang bakal menjadi seorang ibu dan seorang remaja yang berilmu pengetahuan. Dengan itu, sesebuah keluarga yang bahagia telah dirosakkan dan negara juga kehilangan sumber tenaga yang bernilai tinggi hanya disebabkan oleh kelakuan pemandu yang tidak beretika.

3) Kerosakan harta benda 🚧
- Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki. Pengguna terpaksa menyewa atau meminjam kenderaan daripada saudara mara atau keluarga akibat kerja-kerja membaik pulih kenderaan mengambil masa yang lama. Lebih-lebih lagi, pengguna perlu membayar harga insuran sepenuhnya untuk tahun yang akan datang.

4) Imej negara terjejas ✈️
- Pemandu yang tidak beretika nescaya menjejaskan imej negara. Sewaktu pelancong asing mengalami pengalaman buruk ketika merentas jalan-jalan raya di sesebuah negara, pasti mereka bertekad kurang melawat ke negara tersebut. Apatah lagi mereka berkongsi komen yang negatif dalam media sosial. Peningkatan jumlah kes kemalangan akibat sikap pemandu yang tidak beretika juga mempengaruhi nama baik negara. Maka, usaha pihak pelancongan tertentu p**a disia-siakan.

5) Peningkatan kos pembelajaran pihak kerajaan 🆙
- Pihak kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggarakan sistem jalan raya. Bukan itu sahaja, kempen secara besar-besaran juga diadakan untuk mengingatkan pengguna sentiasa mengingatkan peraturan dan undang-undang jalan raya.

07/05/2023

Nama: PANG LI YING
No. Matrik: 294610
Tajuk: Faktor menyebabkan Kes Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan di jalan raya adalah satu isu yang tidak akan pernah surut kerana tragedi ini boleh berlaku pada setiap hari di seluruh tempat. 🚕🚙🚗
Persoalannya, mengapa ia sering terjadi terutamanya di negara kita❓❓❓
Secara umumnya, kita boleh konklusikan punca kemalangan trafik adalah disebabkan oleh sikap individu. Segelintir pemandu atau penunggang kenderaan yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain. Tambahan p**a, pengguna jalan raya yang juga bersikap demikian menyebabkan risiko berlaku kemalangan di jalan meningkat dengan lebih tinggi.
📱Punca pertama ialah penggunaan telefon semasa memandu kereta atau melalu jalan raya. Tidak dapat dinafikan, teknologi sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita sekarang, namun itu bukan alasan untuk menggunakannya kerana akan mengalihkan perhatian individudan menyebabkan kemalangan jalan raya.
🍺Punca kedua ialah pemandu yang memandu kenderaan dalam keadaan mabuk. Rakyat di negara kita sekarang dapat memperolehi minuman beralkohol dengan mudah terutamanya pemuda gemar pergi disko pada waktu malam dan minum alcohol. Mereka kurang mempunyai kemampuan untuk mengawal kenderaan dalam keadaan mabuk.
🚧Punca ketiga ialah keadaan jalan raya. Keadaan struktur jalan raya yang berlubang-lubang, sempit dan tidak rata akan meningkatkan kes kemalangan. Jalan raya yang rosak ini mungkin disebabkan oleh hujan lebat dan tidak dibaiki dalam masa yang tertentu.
⚠️Akhir sekali, punca keempat ialah pemandu yang memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Pernyataan tersebut akan disetujui oleh kebanyakan orang, terutamanya bagi pekerja yang menghantar makanan e-hailing yang sangat pop**ar pada zaman ini. Didapati ramai penuggang motosikal daripada golongan ini tidak mematuhi undang-undang seperti menunggang dengan sangat laju dan melanggar lampu isyrat merah kerana perlu menghantar barang dalam masa yang singkat.

05/05/2023

Nama: LIM MEI JING
No. Matrik: 293779
Tajuk: Keselamatan di Jalan Raya

🚥 Konsep keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan set langkah, peruntukan, peraturan, antara lain, yang ada di sekitar pergerakan orang dan kereta di jalan-jalan ataupun lebuh raya, dan itu mempunyai misi yang jelas untuk mencegah kemalangan dari transit yang melibatkan subjek-subjek tersebut.

🚧 Lalu lintas dan kenderaan memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita. Dengan pergerakan orang dan kereta yang bergerak dari rumah mereka untuk bekerja, ke sekolah, antara tempat lain, ia kadangkala sengit dan berbahaya, kerana pengguna-pengguna jalan raya yang ingin mengedarkannya, sampai ke tempat tujuan mereka dengan cepat, dan dalam keghairahan ini berkali-kali kebanyakan kemalangan jalan raya yang merosakkan pejalan kaki dan pemandu kenderaan mereka.

🚸 Maka, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya perlu dipelajari oleh masyarakat supaya keselamatan sendiri dan orang lain di atas jalan raya dapat dijamin.

05/05/2023

HEY! Kami pelajar dari Penghayatan Etika dan Peradaban Kump**an E10 🤩🤩🤩

Melalui page ini, kami ingin berkongsi maklumat tentang keselamatan di jalan raya.

Dengan ini, kita dapat:
⚠️ memahami papan tanda di jalan raya
❌ mengetahui jenis kesalahan di atas jalan raya
🚑 mengetahui kadar kemalangan jalan raya di Malaysia
🚥 menjadi seorang pengguna jalan raya yang bertanggungjawab

🔥 Maklumat-maklumat akan diperkenalkan oleh:
LAU MEI THENG (281265)
NORAIMI IKHWAN BIN NORAMLI (294630)
MARISSA IRDINA BINTI HAKIMI (295169)
LIM MEI JING (293779)
HUMAIRA ADRIANA BINTI HEZRI (291231)
ARVIND A/L KANAGASABAI (294358)
SARMILI KULANTHAVELL (295369)
PANG LI YING (294610)
LOH WEN QI (293571)
CHU JOE YEN (293613)

Want your school to be the top-listed School/college in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Universiti Utara Malaysia. Sintok, Bukit Kayu Hitam
Kedah
06010