Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 6 A202

Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 6 A202

Share

MPU1013 Penghayatan Etika Dan Peradaban

Kump**an: P (K6)

Tajuk: Perlembagaan Sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi

Pensyarah: En Ahmad Zamil Abd.Khalid

15/05/2021

Tajuk Poster: Mengapakah Perlembagaan Dikatakan Sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi di Malaysia? 🇲🇾
【KUMPULAN P6️⃣】
✨Siti Nur Sabrina Binti Sidik (278454)
✨Nurul Amira Binti Mohd Saad (278553)
✨Nur Zahiah Binti Abd Talib (278590)
✨Tan Zhui Shi (278602)
✨Nor Aini Akma Binti Wan Ahmad (278608)
✨Afiq Iqmal Bin Ayob (278612)
✨Mohamad Firdaus Bin Mohamad Razdip (278685)
✨Loo Yu Ting (278743)
✨Muhd Khaizul Hakimi Bin Hairudin (278791)
✨Too Shi Wei (278803)

Photos from Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 6 A202's post 14/05/2021

POSTING KELIMA 📖

TEMA : PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN INTEGRASI

TAJUK : KERANGKA ASAS PERLEMBAGAAN

NEGARA PERSEKUTUAN
🤔tahukah anda bahawa malaysia mengamalkan sistem pembahagian kuasa iaitu eksekutif🕵️‍♂️, kehakiman 👨‍⚖️dan perundangan🏛

📌👨‍⚖️kuasa kehakiman dimana berfungsi sebagai mengesahkan undang2 yang digubal di DUN dan Parlimen
♟🎯 🏛kuasa perundangan merupakan peraturan hidup yang dikenakan ke atas perlakuan seseorang untuk mendisiplinkan mereka🚸. 📌📌konsep undang2 negara meliputi golongan yang menggubal, golongan yang melaksanakan dan golongan yang mengikut undang-undang tersebut.

🏢🔊kuasa eksekutif iaitu menjalankan melaksanakan setiap dasar yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. 🛠mengurus hal ehwal negara di kabinet supaya keharmonian negara dapat di jaga🏞

📌Pembahagian kuasa dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa⚓️

📍🕌ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN

✅MALAYSIA mengamalkan agama islam sebagai agama rasmi persekutuan namun rakyatnya 🧕👳‍♂️👱‍♀️👰 bebas untuk mengamalkan dan mengurus hal agama masing masing hal ini termaktub dalam perkara 1️⃣1️⃣ tertakluk kepada fasal 4️⃣.
📌perlembagaan menyekat penyebaran agama lain kepada orang islam ❗️[ pindaan akta A1095]
📌 ❗️tidak dibenarkan agama sesat yang menggugat ketenteraman awam,kesihatan awam dan akhlak
📌 disebabkan keputusan pilihan raya umum ke-14 telah menyebabkan landskap politik malaysia berubah pada 9mei 2020⭕️ isu berkaitan islam dalam perlembagaan mula disuarakan disebabkan oleh perubahan kerajaan semasa

PERLEMBAGAAN UNDANG-UNDAG TERTINGGI 📈📖
🖌 perlembagaan di Malaysia dibentuk berasaskan nasihat suruhanjaya Reid pada bulan Februari 1956
🖌 Perlembagaan negara telah dilaksanakan pasa 31 ogos 1957

🔒Perlembagaan negara merupakan undang2 tertinggi yang menjadikan asas kepada undang2 lain🗝
📚Perlembagaan dianggap undang2 tertinggi kerana ❔

⭕️ menjadi faktor utama 🏛parlimen mendapat kuasa
🚫mempunyai kuasa membatalkan undang-undang mengikut bahagian mana-mana undang-undang bercanggah dengan perlembagaan

KEWARGANEGARAAN YANG SAMA
Kewarganegaraan merupakan satu status istimewa yang diperoleh oleh rakyat yang layak dan berhak dalam sesebuah negara.Terdapat 4️⃣ cara mendapatkan kewarganegaraan
⚖️Undang-undang
📃Pendaftaran
📨Naturalisasi
Gabungan Wilayah. Contoh: 🇲🇾➕🇮🇩 ➡️ 🇲🇾

KEBEBASAN ASASI
Terdapat 3️⃣ jenis kebebasan yang dapat dilihat di bawah perlembagaan persekutuan
-Merangkum jaminan kepada 👥 ✊ ✅ hak-hak sivil dan politik, seperti hak untuk hidup, kebebasan beragama, kebebasan bersuara, hak kepada pendidikan dan harta
-Kebebasan yang tidak mutlak, mengambil kira keadaan fabrik masyarakat Malaysia➡️Menjaga kedudukan khas orang Melayu dan kepentingan sah komuniti lain
-Kebebasan tidak mutlak, tertakluk kepada ketenteraman dan keselamatan negara yang menjaga aspek kewarganegaraan, kedudukan raja, Bahasa Melayu.

Pindaan Perlembagaan ✒️📃
Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda menurut Perkara 159 dan 161E melalui empat cara iaitu:
• Melalui sokongan majoriti 2️⃣ ➗ 3️⃣ ahli Parlimen Malaysia dan perkenan daripada Majlis Raja-Raja;
• Melalui sokongan majoriti 2️⃣ ➗ 3️⃣ ahli Parlimen serta persetujuan Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak;
• Melalui sokongan majoriti 🙆‍♀️🙆🏻‍♂️🙆🏼‍♀️🙆🏽‍♂️🙆🏾‍♀️🙆🏿‍♂️ mudah 1️⃣ ➗ 2️⃣ ahli Parlimen;
• Melalui sokongan majoriti 2️⃣ ➗ 3️⃣ ahli Parlimen.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPINDAKAN

☪️ Agama Islam sebagai agama rasmi dan agama bagi Persekutuan.
👑 Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
🇲🇾 Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Soal berkaitan kerakyatan.

PERKARA SUBVERSIF DAN DARURAT

💣 Darurat merupakan kesukaran yang mendesak, mencemaskan atau kritikal disebabkan krisis seperti kekurangan makanan, bencana, konflik dan peperangan.

🥷 Subversif ialah gerakan yang bertujuan untuk melemahkan atau menghancurkan sesebuah kerajaan, agama, atau sistem ekonomi sesebuah negara.

Pemerintah mempunyai kuasa khas seperti yang terkandung dalam Perkara 149 dan Perkara 150.

Kuasa ini sah di sisi ⚖️ undang-undang bagi mengatasi keadaan yang terlalu sukar atau tidak terkawal, walaupun terpaksa mengabaikan hak asasi manusia 👥 seperti
🔇 hak bersuara
❌ 👥👥👥 hak berkumpul
❌ 🚗 ✈️ 🛵 hak bergerak

🥸 MUHD KHAIZUL HAKIMI BIN HAIRUDIN 278791
🥸 MOHAMAD FIRDAUS BIN MOHAMAD RADZIP 278685

Photos from Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 6 A202's post 07/05/2021

POSTING KEEMPAT 📝

TEMA: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI

TAJUK: CABARAN PERLEMBAGAAN

*JURANG EKONOMI ANTARA KAUM* 🚫
• Kenapa jurang ekonomi antara kaum. Perkara ini menjadi cabaran kerana masih terdapat jurang ekonomi yang besar di antara kump**an pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar.😱Jadi, terlalu banyak perkara yang perlu difkirkan untuk memastikan sebarang masalah antara masyarakat tidak dijadikan isu. 💯✨Hal ini berlaku bukanlah dalam kalangan kaum yang berbeza, tapi kepada golongan yang berada dan miskin. Perkara ini telah dibuktikan dalam Laporan Wawasan Kemakmuran Bersama (2030). Laporan itu menunjukkan purata gaji bulanan pekerja berkemahiran rendah di Malaysia adalah di bawah RM1,947. ❗😱Manakala , pekerja mahir mendapat gaji bulanan purata lebih dua kali ganda angka tersebut atau RM4,573.‼️😱

*PERBEZAAN FAHAMAN POLITIK* ❌⬜️🟦🟩
• Dunia politik sememangnya penuh dengan kontroversi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai tujuan dan kepentingan 💼💰Ianya menjadi satu cabaran apabila setiap kaum di Malaysia akan diwakili oleh ahli politik sendiri yang dianggap akan menjadi pemelihara dan pejuang kaum. Namun begitu, kebanyakkan ahli politik sering menggunakan kaedah kotor dengan menghasut, menyampaikan berita palsu dan mengapi apikan sentiment perkauman demi kepentingan sendiri sehingga timbul perbalahan dan sikap mengkhianati antara kaum 🤷🏻‍♀️🤔
• Cabaran ini timbul juga kerana apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana corak kepimpinannya dianggap berbeza dan tidak memuaskan. Mereka hanya akan terus berburuk sangka dan mencari salah yang dapat dijadikan bahan untuk menzahirkan kelemahan pemimpin. 🤵🏻📉

*KEBEBASAN BERAGAMA* 🕌⛪🕍
•Seperti yang kita tahu bahawasanya Malaysia memberi kebebasan untuk Beragama. Status kebebasan beragama di Malaysia ialah masalah berkontroversi. ♨️ Pertanyaan termasuk sama ada Malaysia ialah sebuah negara Islam atau negara sekular tetap tidak dapat diselesaikan.🤦🏻‍♀️Hal ini sebenarnya akan menimbulkan pelbagai isu lagi kerana setiap agama dan kepercayaan mempunyai kefahaman masing-masing. Antara isu yang selalu menjadi suatu masalah kemurtadan, penindasan dan sebagainya. Tetapi antara isu yang paling menjadi bualan adalah isu tempat ibadah. 🤔Terlalu banyak berlaku isu penghancuran kuil, dan tempat ibadat yang lain semata-mata untuk membuat Kawasan perumahan dan Kawasan perindustrian. 😱 Ini akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati ramai pihak.

*KONTRAK SOSIAL* ❗🧕🏻👩🏼👳🏽‍♂️🤝
•Ramai yang masih tak faham kan kontrak sosial itu apa. Kontrak sosial ini adalah persetujuan bersama yang tercapai dalam kalangan pemimpin Melayu, Cina dan India pada 1956. Kita perlu faham kenapa persetujuan dan kesepakatan itu berlaku. Melalui kontrak sosial , semua kaum akan diberikan jaminan hak timbal balas kepada kerelaan mereka melepaskan sebahagian daripada hak yang lain. Orang Melayu dapat hak keistimewaan, jaminan kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, tanah rizab Melayu dan hak-hak yang lain.Kaum lain mendapat jaminan hak mengamalkan adat resam, bahasa dan agama masing-masing dan yang terpenting iaitu hak kewarganegaraan untuk berkongsi hidup sebagai rakyat di bumi Malaya ini. 😁👍🏻Kebanyakkan masyarakat tidak tahu apa yang mereka akan dapat apabila mereka betul-betul menghayati dan mengamalkan kontrak sosial. ✅💯Oleh kerana itu ia menjadi salah satu cabaran yang perlu dihadapi di masa kini. 💯✨

NURUL AMIRA BINTI MOHD SAAD (278553)
NUR ZAHIAH BINTI ABD TALIB (278590)

23/04/2021

POSTING KETIGA 📝

TEMA: PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTEGRASI

TAJUK: KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

📌MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN 🤝

➡️Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akal kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen.

➡️Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

➡️Perkara 11 mengenai Kebebasan agama p**a menyatakan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya”.

📌MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA ⚖️

➡️Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 👮‍♂️2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN, membolehkan pihak kerajaan mengisyhtiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.

➡️Akta ini Nampak berkesan Ketika pengurusan kes penularan Covid-19 di Malaysia.🦠

📌MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT 👨‍👩‍👧‍👦

➡️Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara 🗣 dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain. Ini bermaksud walaupun setiap rakyat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing namun ia masih di bawah undang-undang di mana sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.‼️

📌MELINDUNGI KEPENTINGAN SEMUA KAUM DENGAN JAMINAN KEADILAN SOSIAL ANTARA KAUM ⚖️

➡️Sebagai contoh, Perkara 149 berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam. Di bawah perkara ini, disebut bahawa mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Negeri dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 ( Kebebasan Percakap Berhimpun dan Berpesatuan)🗣 atau Perkara 13 (Hak Terhadap Harta)💰

SITI NUR SABRINA BT SIDIK (278454)
NOR AINI AKMA BT WAN AHMAD (278608)

Photos from Penghayatan Etika Dan Peradaban Group 6 A202's post 16/04/2021

POSTING KEDUA 📝

Tema ➡️ Perlembagaan Sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi 🇲🇾

Tajuk ➡️ Sejarah dan Garis Waktu Gubalan Perlembagaan Persekutuan✍🏻

TAHUKAH ANDA 🧐❓

Apakah undang-undang yang digunakan sebelum ada Perlembagaan Persekutuan❓👀

Undang-undang Sebelum Kedatangan Penjajah
1303M📍Batu Bersurat Terengganu
1424M📍Hukum Kanun Melaka
1488M📍Undang-undang Laut Melaka

1946📍Malayan Union
Walaubagaimanapun, Malayan Union telah ditentang oleh orang Melayu disebabkan:
❌ Kedaulatan Raja-Raja Melayu dilenyapkan
❌ Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli
❌ Hak sama rata, penduduk peribumi tidak diberi apa-apa keistimewaan
❌ Harold MacMichael paksa & ugut Raja-Raja Melayu untuk mendapatkan tandatangan persetujuan

1948📍Persekutuan Tanah Melayu
Setelah Malayan Union dibatalkan, Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
Ciri-ciri penting:
📌 Sebuah persekutuan dengan gabungan sebelas buah negeri
📌 Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
📌 Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan
📌 Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
📌 Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga

📍Kerjasama antara Etnik ke Arah Kemerdekaan
Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat (1949) ditubuhkan.
Ciri-ciri penting:
✅ Pemimpin daripada pelbagai etnik
✅ berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi
✅ membincang isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan khas orang Melayu serta dasar pendidikan

1957📍Pilihan Raya Umum Pertama 1⃣️
Pilihan raya umum telah diadakan pada 27 Julai 1995🗓
Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC telah memenangi 5⃣️1⃣️daripada 5⃣️2⃣️kerusi yang dipertandingkan.
Dalam kemenangan Parti Perikatan ini, Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan telah dilantik sebagai ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.

1956📍Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord Reid dan bertujuan untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.🔓
Isu yang menjadi panduan adalah:
📌pembentukan sebuah kerajaan persekutuan yang kuat
📌Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
📌isu kedudukan Raja-raja Melayu
📌Hak istimewa orang Melayu

Suruhanjaya ini menerima 131 memorandum dan disahkan pada 17 Ogos 1957.📜

Perlembagaan Persekutuan ini telah dirangka berdasarkan suruhanjaya Reid. 📃
Perlembagaan ini berkuatkuasa selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.🥳

🌼TAN ZHUI SHI (278602)
🌼LOO YU TING (278743)

16/04/2021

POSTING PERTAMA 📝

Tema: Perlembagaan sebagai tiang seri dan tapak integrasi.

Tajuk: definisi dan konsep perlembagaan

Apa itu perlembagaan🤷‍♂🤷‍♀❓

▶️ Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negara itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim.
▶️ Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan.

▶️ Perlembagaan juga akan menetapkan had - had kuasa kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.

▶️Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.
Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat📙📙.

❗️kenali konsep perlembagaan ni❓

🔊 Menjadi panduan kepada semua undang-undang sama ada yang sedia ada mahupun yang bakal digubal.

🏛 Undang-undang perlembagaan persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara 🇲🇾

🔊 Parlimen memperoleh kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak boleh membuat undang-undang bagi perkara-perkara yang berada di luar bidang kuasanya.

📣 Semua undang-undang tidak boleh bertentangan dengan perlembangaan.

🔇 Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan perlembangaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah sahaja.

🔔 Tidak ada institusi di malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di Malaysia🇲🇾.

Adakah masyarakat sekarang memahami perlembagaan negara kita sendiri❓. Renung-renungkan lah.

TOO SHI WEI 278803
AFIQ IQMAL BIN AYOB 278612

14/04/2021

Selamat datang ke halaman kami. Di sini kami akan membuat perkongsian tentang 'Perlembagaan Sebagai Tiang Seri dan Tapak Integrasi".

【AHLI KUMPULAN P 6⃣️】

✨Siti Nur Sabrina Binti Sidik (278454)
✨Nurul Amira Binti Mohd Saad (278553)
✨Nur Zahiah Binti Abd Talib (278590)
✨Tan Zhui Shi (278602)
✨Nor Aini Akma Binti Wan Ahmad (278608)
✨Afiq Iqmal Bin Ayob (278612)
✨Mohamad Firdaus Bin Mohamad Razdip (278685)
✨Loo Yu Ting (278743)
✨Muhd Khaizul Hakimi Bin Hairudin (278791)
✨Too Shi Wei (278803)

Want your school to be the top-listed School/college in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Universiti Utara , 06010 Uum Sintok
Kedah