15/04/2021
Nama : Nurul Qamarina Binti Mohd Sani
No. Matrik : 279754
Tajuk : Makanan Tradisi Kaum Cina
Keunikan Malaysia adalah kerana terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum. Selain kaum Melayu, kaum Cina dan India merupakan kaum utama di negara Malaysia dan kaya dengan pelbagai adat dan budaya. Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai makanan tradisional disediakan dan ditonjolkan kepada para pelancong. Ia sekaligus dapat memperkenalkan kepelbagaian makanan serta budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, maka tidak hairanlah kebanyakan restoran turut menyediakan pelbagai hidangan halal. Ini supaya orang Islam juga dapat menikmati hidangan kaum lain tanpa ragu dan was–was. Berikut adalah makanan tradisional masyarakat Cina yang diteruskan sehingga hari ini.
1. Yee Sang Atau Yusheng
Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-warni dan sangat menarik. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia adalah lambang kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan.
Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan dihidangkan sempena upacara keagamaan. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya p**a diperbuat daripada sos plum. Menjelang sambutan Tahun baru Cina, masyarakat Cina akan memasak makanan tradisional ini. Semasa hendak menikmatinya, yee sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’ beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.
2. Dumpling atau Jiaozi
Dumpling atau juga dikenali sebagai Jiaozi, di mana kulitnya diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Dumpling merupaka masakan tradisional cina yang berkhasiat. Ini kerana ia dimasak secara rebus pada suhu yang perlahan berbanding memasak lauk-lauk yang lain. Selain direbus, ia jug boleh dimasak dengan cara lain seperti digoreng dan dikukus. Makanan tradisional cina ini juga membawa maksud ‘duit datang’ kerana bentuknya seakan sejenis wang buatan emas atau perak pada zaman dahulu atau lebih disebut Yuanbao. Pada zaman dahulu, dumpling menjadi seperti ubat di mana mereka yang dijangkiti pelbagai penyakit akan diberi dumpling. Ia sangat berkesan menyembuhkan kerana intinya mengandungi herba-herba yang berkhasiat.
3. Kuih Bulan
Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan–bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai. Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya.
4. Char Koay Teow
Sering sahaja kita melihat char koay teow dijual di mana sahaja. Namun, tahukah anda bahawa sebenarnya char koay tow ini merupakan antara makanan tradisional Cina selama ini. Char koay teow yang merupakan mee beras biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Ia sejak dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan untuk mendapatkan pendapatan. Disebabkan char koay teow ini kaya dengan sumber protein, fiber dan zat lain, maka tidak hairanlah para buruh dahulu gemar menikmatinya kerana ia memberikan sumber tenaga untuk bekerja. Kehadiran taugeh serta sayuran lain dalam hidangan ini menambahkan lagi rasa char koay teow supaya ia lebih enak dan sedap dimakan.
5. Nasi Ayam Hainan
Nasi ayam Hainan begitu pop**ar di mana jua. Ia antara hidangan masyarakat Cina yang berasal dari Hainan, China. Hidangan ini dinamakan nasi ayam Hainan kerana ia dipop**arkan oleh masyarakat Hainan yang berada di kawasan Nanyang. Hidangan ini disajikan bersama sos cili serta sebuk halia. Bagi hidangan di Malaysia, sos cili yang disediakan lebih pedas, kerana dipengaruhi rasa Asia Tenggara. Nasi ayam Hainan juga disajikan bersama hirisan timun yang melengkapkan hidangan nasi ayam.
15/04/2021
NAMA:LOI CHAI CHUN
NO MATRIKS: 279566
TAJUK: MAKANAN TRADISI KAUM MELANAU
Kaum melanau merupakan salah satu kaum utama di sarawak. Pada kini di Malaysia kaum melanau ini telah mempunyai jumlah pop**asi sebanyak 110000 orang. Dalam posting saya akan memperkenalkan makanan tradisi kaum ini.
Makanan tradisi pertama adalah sagu. Sagu merupakan makanan yang mengganti nasi bagi kaum melanau. Hal ini demikian kerana sagu adalah makanan yang mempunyai banyak karbohidrat. Sagu ini biasanya akan dihidangkan dengan bercampur dengan air untuk membentuk pasta seperti gam juga boleh direbus dengan air atau susu dan gula untuk membuat puding sagu manis
Seterusnya makanan tradisi kedua bagi kaum Melanau adalah Umai. Umai merupakan sejenis makanan laut tradisional. Sebelum penyediaan Umai tulangnya akan dibuang. Kalau anda tidak mahu membuang tulang ikan pun tidak mengapa tetapi lebih molek kalau tulang ikan dibuang supaya kebarangkalian untuk anda tertelan tulang ikan adakah kecil. Makaanan biasanya akan dihidangkan dengan menambah bawang, cili dan garam bagi tujuan untuk menambah rasa makanan tersebut.
14/04/2021
NAMA: OOI JING YI
NO. MATRIK: 279797
TAJUK: MAKANAN TRADISI ORANG ASLI
Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri–negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang, Perak, Kelantan dan seterusnya. Mereka juga terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Melalui posting ini, saya ingin berkongsikan sedikit makanan tradisi masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Antara makanan tradisi Orang Asli ialah Ubi Kayu Kennem atau ubi kayu bakar yang dikatakan makanan wajib yang perlu ada pada setiap musim perayaan. Makanan ini diperbuat daripada ubi kayu parut yang telah direndam di dalam air selama beberapa hari sehingga ia dipaut. Sumber makanan penduduk Orang Asli adalah daripada persekitarannya sahaja. Sebagai contoh, mereka turut menanam ubi kayu di tepi rumah mereka. Selalunya, Ubi Kayu Kennem disediakan untuk sarapan pagi dan sering dihidangkan kepada pengunjung ke penempatan Orang Asli. Ubi kayu yang diparut halus dengan menggunakan duri batang rotan serta dibalut dengan daun lar tidak perlu ditambah air atau santan kerana ia mampu dimasak menerusi air semula jadi yang terkandung di dalam batang buluh.
Makanan tradisi yang kedua ialah Lemang. Lemang berasal daripada Orang Asli yang terdapat di negeri Kelantan, Malaysia yang menggunakan lemang sebagai makanan utama mereka. Lemang juga telah menjadi salah satu makanan utama di Malaysia sejak daripada tahun 1864 lagi. Lemang dibungkus dalam daun pisang dan diisi ke dalam balak buluh. Kemudian, balak buluh akan dimasak hingga kesempurnaan. Selain itu, lemang juga boleh dimakan bersama kari. Sebuah lemang dianggarkan mengandungi sebanyak 3,778 kalori dan tidak mempunyai dietari fiber. Selain itu, dalam sebatang lemang juga turut terdapat vitamin A yang baik untuk pembesaran, kalsium yang memberikan kekuatan kepada tulang dan juga zat besi yang bertindak sebagai bahan yang memproses protein dalam badan kita.
14/04/2021
Name: LI WAI LOO
Matrix No: 279475
Tema: Makanan tradisi kaum di Malysia
Tajuk: Makanan tradisi kaum Bidayuh
Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti kaum Malayu, kaum Cina, kaum India, kaum Iban, kaum Bidayuh dan lain-lain. Dalam keistimewaan budaya, makanan adalah budaya yang kekal diwarisi oleh rakyat Malaysia. Dalam posting ini saya akan mengkongsikan makanan tradisi kaum Bidayuh. Makanan tradisional kaum Bidayuh menggunakan pelbagai sumber yang mudah didapati di Kawasan persekitaran mereka.
1. Asam siok
Ia merupakan makanan tradisional kaum Bidayuh yang paling terkenal.Ia menggunakan buluh untuk mengisikan beras dan ayam. Hidangan ini jarang dikenali oleh masyarakat Sarawak, lagi asam siok ini adalah berasal dari kaum Iban tetapi asam siok ini merupakan hidangan versi masyarakat Bidayuh.
2. Pangkang
Kelihatan pangkang adalah seperti lemang kerana ia dimasak dengan buluh, tetapi ada sedikit perbezaan, ia tidak menggunakan daun pisang sebagai pembalut di bahagian dalaman. Untuk membuat pangkang, santan yang segar akan digunakan, kemudian membakar pangkang sehingga masak. Pangkang biasanya dimakan dengan lauk pauk atau dimakan begitu sahaja.
3. Bunga Durian Goreng
Dalam pengingatan saya, saya mengetahui bahawa bunga pisang boleh dimakan, dalam kaum Bidayuh bunga durian juga boleh dimasak sebagai lauk pauk yang enak. Bunga durian merupakan makanan tradisi yang ringkas tetapi sedap. Hidangan ini hanya dapat diperolehi pada musim durian sahaja. Bunga durian sentiasa digoreng dengan ikan bilis atau belacan.
Akhir sekali, kebanyakan makanan kaum Biadayuh hampir sama dengan masyarakat Iban kerana tempat ketinggalan yang hamper adat tetapi mereka masih ada perbezaan.
14/04/2021
Nama : YAN XIAO JIN
No. Matrik: 279885
Tema: Makanan Tradisi Kaum Di Malaysia
Tajuk: Makanan Tradisi Kaum Iban
Kaum Iban adalah sebagai salah satu kaum di masyarakat Malaysia. Kaum Iban merupakan kaum terbesar yang berasal dari wilayah Sarawak. Walaupun kebanyakan bangsa Iban tinggal di kawasan bandar, tetapi mereka masih mengekalkan budaya dan warisan tradisional bangsa sendiri seperti makanan tradisi. Antara makanan tradisi masyarakat Iban seperti berikut:
1. Midin Belacan
Hidangan tersebut agak pop**ar bagi masyarakat Iban. Makanan ini bukan sahaja didapati di kampung tetapi juga boleh didapati di kawasan perbandaran. Midin Belacan disediakan dengan sayur midin atau nama lain iaitu kemiding. Sayur ini sangat terkenal dan terdapat pelbagai cara penyediaan. Sayur midin biasanya dimasak bersama goreng belacan akhirnya dikenali sebagai midin belacan.
2. Pekasam Ensabi
Sayur sawi ialah sayur yang digemari oleh orang Iban. Mereka akan mengawet sayur ini selama dua minggu dan sehingga ia menjadi pekasam. Orang Iban mengenali sayur sawi yang jeruk sebagai kasam ensabi. Makanan ini mempunya rasa yang masam dan juga sedikit masin. Mereka menikmati pekasam enasabi dengan nasi panas dan dicampur dengan sedikit jus limau supaya meningkatkan selera. Hidangan ini diwarisi sejak nenek moyang hingga generasi muda dan masih sebagai makanan tradisi kegemaran masyarakat Iban.
3. Cakar Ayam
Semasa menjemput perayaan Hari Gawai, masyarakat Iban mesti menyediakan cakar ayam yang sebagai menu wajib. Cakar ayam ialah kuih muih tradisional yang diperbuat daripada ubi keledek dan disira dengan gula Melaka. Ramai s**a menikmati kuih ini kerana rasanya lemak manis dan sangat rangup.
13/04/2021
Nama: Siti Nor Hasni Binti Md Yasin
No. Matrik: 279515
Tajuk: Makanan Tradisi Kaum Bajau
Di negeri Sabah terdapat masyarakat yang menetap sejak ratusan tahun yang lalu iaitu suku kaum Bajau. Ia terdiri dari dua kump**an yang menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah telah mendapat pengiktirafan sebagai antara penduduk asli serta bumiputera terbesar di Sabah. Masyarakat Bajau juga boleh dikenali sebagai Orang Bajau Samah (darat) dan Orang Bajau Laut. Penempatan Orang Bajau Samah terletak di Kota Belud, Papar, dan Tuaran manakala Orang Bajau Laut p**a menetap di Semporna, Kota Marudu, Kudat, dan Pitas Lahad Datu.
Makanan tradisional masyarakat Bajau berasaskan makanan laut dan makanan berasaskan ubi, serta tanaman huma yang lain yang dipungut oleh mereka. Makanan tradisi ini boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan secara mentah. Makanan yang dimasak p**a disediakan sama ada digoreng, direbus, dibakar dan dipanggang manakala makanan yang dimakan secara mentah terdiri daripada makanan laut. Antara makanan tradisional masyarakat Bajau di Sabah adalah seperti Putu, Tehe-tehe, Tayum, Kahanga, Tiyula Itum, Ikan Liking, dan Kuih Pasung.
Putu merupakan makanan tradisional masyarakat Bajau di daerah Semporna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang diparut, airnya diperah dan dikukus atau stim sehingga masak. Masyarakat Bajau menjadikan putu ini sebagai pengganti nasi. Biasanya dimakan bersama Kima, Tayum, Tehe-tehe, Sagol, Ikan Bakar serta beberapa makanan laut yang lain. Hidangan ini dikatakan mampu membuka selera bagi yang menghadapi masalah kurang selera makan. Rasa Putu seakan ubi yang dicampurkan dengan tepung. Teksturnya sedikit kenyal dan melekit. Semasa makan putu ini adalah tidak digalakkan untuk minum air jenis berkarbonat kerana akan berlaku tindak balas selepas makan Putu. Perut mungkin terasa kembung dan tidak selesa.
Tehe-tehe merupakan sejenis makanan laut yang terkenal di kalangan masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah. Ia merupakan landak laut yang boleh dijadikan sebagai hidangan dan nama saintifiknya adalah Echinoidea atau buluh babi. Selain rasanya yang sedap, ia juga amat berkhasiat dan juga baik untuk kesihatan. Untuk menyediakan hidangan ini juga cukup mudah. Anda terlebih dahulu perlu mencuci Tehe-tehe tersebut, kemudian masukkan beras ke dalamnya dan rebus sehingga masak. Beras tersebut perlu dicampurkan dengan halia, garam serta makanan laut lain seperti udang, sotong dan lain-lain. Setelah siap dimasak, Tehe-tehe dipotong dan boleh dihidangkan. Ia juga digelar sebagai Nasi Himpit Tehe-tehe. Rasanya p**a seakan-akan telur ikan dan sangat enak. Ia antara salah satu hidangan wajib bagi suku kaum Bajau di Semporna.
Tayum yang juga merupakan makanan tradisi kegemaran masyarakat Bajau turut dikenali sebagai landak laut. Ia mudah ditangkap kerana pergerakannya yang agak perlahan. Namun, ia perlu ditangkap dengan berhati-hati kerana durinya yang tajam. Isi tayum boleh dikeluarkan dengan pelbagai cara dan berwarna sedikit kuning seakan warna kunyit. Tayum boleh dimakan begitu sahaja dan juga boleh dimakan bersama nasi. Rasanya juga sedap dan tidak mengecewakan.
Kahanga merupakan makanan tradisional yang berasaskan makanan laut. Hidangan ini boleh didapati hampir ke semua restoran makanan laut sekitar negeri Sabah. Cara untuk makan Kahanga ini adalah dengan menggunakan lidi pencungkil gigi bagi mengeluarkan sesungutnya. Ia enak dimakan bersama sambal pencicah atau kuah, malah enak dimakan bersama nasi putih.
Seterusnya, Tiyula Itum. Hidangan ini berasal dari Tawi-tawi Filipina, namun telah menjadi makanan tradisi kaum Bajau di Pantai Timur, Sabah. Tiyula bermaksud sup atau rebus manakala itum p**a membawa maksud hitam, oleh sebab itu hidangan sup ini berwarna hitam mengambil nama sempena tiyula itum. Biasanya hidangan ini dihidangkan semasa majlis perkahwinan dan majlis keraian. Warna sup yang hitam diperolehi daripada isi kelapa yang dibakar di atas api sehingga hitam. Tiyula itum ini mempunyai rasa yang unik sepertimana warnanya.
Ikan liking antara makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Bajau. Biasanya hanya boleh diperolehi di daerah Kota Belud sahaja. Ikan ini merupakan ikan masin yang dijeruk serta diperam bersama garam. Untuk menghasilkan ikan liking ini, biasanya ikan talang digunakan. Ikan talang tersebut perlu dibiar buruk terlebih dahulu sebelum diperap dengan garam selama satu malam atau lebih. Ikan yang digunakan tidak boleh terkena ais dan mestilah menggunakan ikan yang segar. Sekiranya ikan talang tersebut telah terkena ais atau telah dibekukan, isi ikan tersebut akan menjadi agak keras dan tidak sedap. Terdapat dua jenis ikan liking iaitu ikan yang dijerukkan bersama cili, atau ikan yang dijeruk biasa sahaja. Ikan liking ini boleh digoreng, dimasak lemak bersama buah labu kuning, masak sambal tumis pedas dan sebagainya.
Kuih pasung ini antara kuih tradisi suku kaum Bajau di Pantai Timur Sabah. Ia sering disajikan semasa majlis-majlis kenduri dan boleh juga didapati di pasar. Kuih ini berbentuk kon aiskrim dengan dibaluti daun pisang, malah kuihnya p**a berwarna hijau. Kuih pasung juga terkenal sebagai hidangan pencuci mulut. Antara nama lain bagi kuih ini adalah tepung serunai kerana bentuknya yang seperti serunai. Bagi menyediakan kuih ini, ia perlu dikukus sahaja sehingga masak.
13/04/2021
NAMA : NUR ZULAIKHA ELIYANA BINTI ZULKEFLI
NO MATRIK : 279637
TAJUK: MAKANAN TRADISI KAUM INDIA
Orang India adalah suatu kaum yang berketurunan daripada mereka yang telah berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.Orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2000 tahun yang lalu.Oleh itu,posting ini akan menunjuk beberapa makanan tradisional kaum India.
Makanan tradisi kaum India yang pertama adalah Tosai, atau nama lainnya dosa,dosai,dosay,dose,dhosha,thosai dan chakuli. Pelbagai pilihan tosai yang boleh dicuba antaranya tosai cili,tosai telur,tosai bawang dan sebagainya. Makanan ini sering dinikmati oleh pelbagai kaum di Malaysia terutamanya kaum India. Tosai ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India.Selain itu, tosai ini juga sering dijadikan sebagai hidangan sarapan dan juga makan malam. Hal ini kerana ia mempunyai banyak sumber karbohidrat dan juga protein.Tosai ini biasanya dimakan dengan sambal kelapa,kari kambing atau kari ayam.
Makanan tardisi kaum India yang seterusnya adalah, putu mayam. Putu mayam adalah makanan tadisi yang banyak mendapat sambutan dari semua bangsa dan tidak mengira usia. Kuih ini diperbuat daripada tepung beras atau tepung idiyappam bersama air ataupun santan. Untuk menghasilkan putu mayam ini,ia akan dibentuk menjadi doh terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam acuan yang ditekan bagi menghasilkan bentuk seperti mee halus. Putu mayam ini biasanya dimakan bersama kelapa parut,gula perang/melaka dan juga gula pasir. Hidangan ini boleh didapati di pasar-pasar malam tempatan dan ianya sesuai dimakan pada sarapan pagi dan minum petang.
Akhir sekali ialah, marukku. Marukku adalah di antara makanan tradisonal masyarakat India. Marukku adalah makanan yang paling dis**ai,diminati oleh masyarakat di Malaysia.Ia adalah makanan ringan yang sangat digemari oleh orang ramai. Selain nama marukku ia juga dikenali sebagai nama chakli dan chakri. Bahan utama untuk menghasilkan marukku ini ialah urad dhal,tepung kacang,tosai dan juga tepung beras. Marukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus.Ia dibuat menggunakan acuannya yang khas dengan menekan tepung yang telah diuli atau dengan cara pemutaran. Marukku juga telah menjadi pilihan utama ramai menjelang musim perayaan.
12/04/2021
NAMA: YUSMARINA ROSDIANA BINTI MOHD ROSDI
NO. MATRIK: 279872
Tema: Makanan Tradisi Kaum Di Malaysia
Tajuk: Makanan Tradisi Kaum Melayu
Kaum Melayu merupakan majoriti kaum di Malaysia. Setiap kaum memiliki pelbagai keunikan yang tersendiri dari segi makanan, pakaian, adat dan budaya masing-masing. Posting ini menceritakan serba sedikit tentang makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia.
Antaranya ialah wajik pulut. Wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan santan dan hampas kelapa. Wajik berasal dari Nusantara. Wajik boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tahan lama namun kebiasaannya dimakan pada musim perayaan sebagai hidangan pencuci mulut. Wajik boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama durian yang pastinya membangkitkan rasa yang lebih lazat. Disebabkan rasanya yang manis, ada juga masyarakat yang tidak menggemarinya terutama golongan generasi kini yang kurang terdedah dengan cara pembuatan wajik yang betul seperti yang diajar oleh nenek moyang kita dahulu.
Selain itu ialah rendang daging. Rendang daging merupakan menu pop**ar masyarakat Melayu khususnya pada hari raya. Ia sedap dimakan bersama nasi, pulut kuning, lemang, nasi impit atau nasi lemak. Rendang daging yang dimasak sempurna rasanya sedap, teksturnya lembut dan tahan lama. Kemodenan masyarakat pada hari ini telah sedikit sebanyak mengubah resepi masakan rendang daging mengikut citarasa dan gaya masing-masing. Menu rendang daging ini menjadi kewajipan masyarakat Melayu untuk dihidangkan pada hari raya ataupun kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.
Seterusnya ialah tapai. Tapai merupakan penganan yang dibuat daripada pulut. Tapai ialah pulut yang diperam bersama ragi dan sedikit gula serta dibungkus dengan daun tapai. Tapai yang dibungkus akan diperam selama 3 hari di dalam pasu tempayan besar. Tapai yang masak akan mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai boleh diminum dan dijadikan ubat tradisional. Tapai kini lebih digemari oleh orang-orang tua berbanding orang muda kerana rasanya yang agak pelik dan mungkin tidak semua orang mampu memakannya
12/04/2021
Nor nazirah binti ahmad (279555)
MAKANAN TRADISI KAUM KADAZAN DUSUN
Kaum ‘Kadazan-dusun’ merupakan salah satu etnik pribumi yang menetap di pantai barat Wilayah Sabah serta kawasan pedalaman sekitarnya. Kaum ini sebenarnya terbentuk daripada gabungan dua kaum utama di Wilayah Sabah iaitu kaum ‘Kadazan’ dan kaum ‘Dusun’. Kedua-kedua kaum utama Sabah ini disatukan kerana persamaan Bahasa, budaya dan politik mereka. Setelah itu, wujudnya kaum baru yang merupakan gabungan kepada dua kaum terbesar di Wilayah tersebut iaitu ‘Kadazan-dusun’. Seperti kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia,kaum ini juga mempunyai beberapa makanan tradisi. Antaranya ialah hinava, noomsom dan bosou.
Hinava merupakan hidangan tradisional bagi suku kaum KadazanDusun di Sabah. Ia membawa maksud hidangan yang dimasak tanpa menggunakan api. Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan bersama biji buah bambangan yang diparut. Selain itu, bahan lain seperti cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam juga dicampurkan. Ia juga turut dikenali dengan nama Hinava Ginapan. Isi ikan yang digunakan adalah mentah dan tidak perlu dimasak kerana ia akan dimasak secara semulajadi menggunakan perahan jus limau. Ikan yang boleh dijadikan hidangan ini biasanya ikan tenggiri ataupun isi ikan yu. Selain ikan, ia juga boleh digantikan dengan udang atau sotong bagi menyediakan hidangan ini.
Noomsom p**a merupakan antara makanan tradisi yang pop**ar bagi masyarakat Kadazandusun. Ia merupakan sejenis jeruk yang terdiri daripada beberapa jenis nomsoon. Antara nomsoon yang pop**ar adalah Nomsoon Sada (ikan), Nomsoon Bambangan (buah) dan Nomsoon Tuhau (ulam/sayuran). Nomsoon Sada biasanya menggunakan jenis ikan air tawar. Ikan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijerukkan menggunakan isi buang pangi yang ditumbuk. Selain itu, campuran nasi dan garam juga turut digunakan. Kesemua bahan ini akan dimasukkan ke dalam botol atau bekas kecil dan diperam selama sepuluh hingga dua belas hari sebelum boleh dimakan. Noonsom Bambangan p**a dihasilkan dari isi buah bambangan yang dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut bersama sedikit garam. Kesemua bahan ini akan dimasukkan ke dalam bekas kecil atau botol dan diperam selama seminggu. Noonsom Tuhau p**a diperbuat dari tumbuhan bernama tuhau yang dihiris halus sebelum dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Kesemua bahan ini akan dicampurkan dan dimasukkan ke dalam botol selama beberapa minit sebelum dihidangkan. Ia tidak perlu diperam lama sebelum boleh dinikmati.
Seterusnya adalah Bosou. Bosou atau dikenali sebagai Tonsom ini juga merupakan salah satu hidangan tradisional bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah. Ia seakan pekasam atau jeruk. Biasanya ia dihasilkan dari ikan Kepayang ataupun daging mentah hasil dari pemburuan di hutan. Ikan atau daging mentah yang digunakan akan digaul bersama nasi putih, garam, serta buah – buahan yang terdiri dari buah nangka, nenas muda serta tuhau bagi penambah perisa. Ia juga boleh dicampur dengan batang pisang atau polod. Sekiranya nasi yang dicampurkan baru masak, ia perlu dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik terlebih dahulu. Bosou ini juga dicampurkan dengan pangi sebagai bahan pengawet yang boleh mengelakkan bosou menjadi basi dan berbau busuk. Kesemua campuran ini akan diperam dalam bekas dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga ia benar – benar telah masak sebelum boleh dimakan. Bekas penyimpanan bosou perlulah yang kedap udara kerana ia memiliki bau yang agak kuat. Biasanya bekas menyimpan bosou ini berbentuk labu yang ditutup dengan menggunakan lilin lebah. Secara tradisinya, bosou disimpan dalam kakanan (tajau), namun kini ia disimpan di dalam botol kaca atau bekas plastik. Bosou boleh dimakan begitu sahaja atau juga dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan baunya yang kuat. Ia boleh dimasak bersama bawang, cili serta bahan lain sebagai penambah perisa.
12/04/2021
Hi, hari ini saya akan mengenalkan makanan tradisi kaum murut.
Satu intro yang kecil tentang kaum Murut di Malaysia, kaum murut merupakan suku kaum ketiga terbesar di Sabah selepas kadazan-dusun dan bajau mereka menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah termasuklah di Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak.
Terdapat banyak makanan tradisi dalam kaum Murut seperti Tiopoh atau Mamata, ubi kayu rebus, ubi kayu goreng, pucuk ubi kayu dan lain-lain. Kaum Murut ada banyak makanan tradisi yang dibuat dengan ubi kayu seperti jeruk ikan dan daging yang diawet dengan ubi kayu dan sagu yang dibuat daripada ubi kayu.
Kepelbagaian makanan ini dis**ai oleh lapisan masyarakat kerana rasa, teksturnya dan aromanya sesuai dengan cita rasa seseorang. Makanan tradisional Kaum Murut ini perlu diketengahkan agar generasi akan datang tahu akan wujudnya makanan yang bermacam-macam ini.
Ini ialah link video untuk memasak satu makanan tradisional Tradisional Kaum Murut yang bernama Pucuk Ubi Kayu atau UMBUS :https://www.youtube.com/watch?v=Aib1jjDyrHo
12/04/2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini adalah group 8 bagi subjek penghayatan etika dan peradaban(MPU 1013) di UUM. Tema kump**an kami ialah Makanan Tradisi Kaum di Malaysia.