Penghayatan Etika dan Peradaban - N - Kump 10

Penghayatan Etika dan Peradaban - N - Kump 10

Share

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini.

Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain

27/11/2021

Assalamualaikum✨ Selamat Sejahtera, dan Salam Biru Warna 💙💛
POSTING 9
TAJUK : MEMUPUK ETIKA SIBER DALAM DIRI MASYARAKAT
NAMA : SAJARATUL NORSHUHADA BINTI MOHAMAD SHAFRI
NO MATRIK : 287542

Di era digital ini, kita amat bergantung kepada dunia siber yang semakin maju ini sekali gus memberi nafas baru dalam kehidupan seharian. Namun dunia siber seringkali disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga berlaku pelbagai ancaman serta jenayah siber. Justeru semua pihak harus memainkan peranan bagi menangani ancaman siber ini.
Marilah bersama-sama menjadi Pengguna Bijak 😎 dengan mengamalkan nilai murni, beretika serta saling hormat-menghormati.
👨🏻‍🦳👱🏻‍♀️🧔🏽‍♂️🧔🏾👩🏽‍🦱👨🏻‍🦰👩🏻‍🦰👱🏻‍♂️🧕🏻👳🏽‍♂️👩🏽‍🦳👦🏻👩🏻👴🏻👵🏻👳🏽‍♀️🧓🏼
Bina sifat kendiri yang positif di alam siber melalui etika siber yang berlandaskan 🌺 🇲🇾Prinsip Rukun Negara Kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan 🇲🇾🌺

ETIKA : ETIqutte
: Knowledge
: Awareness

✅ Etika (Etiqutte)
🌺 Menghormati dan bertoleransi terhadap orang lain serta bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan bersikap empati semasa berada di alam siber.

✅ Pengetahuan (Knowledge)
🌺 Mengetahui, mengenali, dan memahami isu secara menyeluruh berkaitan ancaman siber dan amalan terbaik untuk melindungi diri di samping menghormati hak dan privasi pengguna internet yang lain.

✅ Kesedaran (Awareness)
🌺 Peningkatan pengetahuan berkenaan etika siber dapat mewujudkan tahap kesedaran dan kawalan kendiri yang lebih tinggi bagi mewujudkan komunikasi siber yang beretika.

KITA ADALAH BENTENG PERTAHANAN UNTUK DIRI KITA, KELUARGA, MASYARAKAT, DAN NEGARA 🇲🇾
BERSAMA KE ARAH DUNIA SIBER YANG LEBIH POSITIF🤝
🌺 SENTIASA BIJAK SENTIASA SELAMAT 🌺

26/11/2021

Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam biru warna

POSTING 2
TAJUK: PERBEZAAN ETIKA SIBER DAN UNDANG-UNDANG SIBER
NAMA: NURYN FATIHA BINTI TAUFEK
NO MATRIK: 288328

Masyarakat kini seringkali menyamakan etika siber dan undang-undang siber, namun begitu terdapat banyak perbezaan yang dapat dibanding bezakan melalui faktor-faktor tertentu.
Seperti yang diketahui, Undang-undang dan Perlembagaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang berkaitan siber bagi menjaga ketenteraman dan kesusilaan masyarakat di Malaysia sekaligus mengurangkan kadar jenayah di negara kita.
Selain itu, terdapat etika siber yang sering diuar-uarkan oleh pihak media iaitu melalui bahan bercetak, media sosial, iklan-iklan di televisyen dan sebagainya.
Di samping itu, tidak dilupakan usaha dan giat mendidik oleh ahli-ahli pendidik di institusi pendidikan seperti sekolah mahupun institusi pendidikan tinggi. Subjek sivik, etika peradaban dan moral memainkan peranan yang amat penting bagi memupuk dan mendidik minda anak-anak muda sejak dari bangku sekolah akan kepentingan mematuhi etika siber dalam penggunaan media sosial. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna yang berhemah bagi mematuhi segala etika dan undang-undang siber yang diketengahkan oleh pelbagai pihak di negara kita.
‘PENGGUNA YANG BIJAK ADALAH PENGGUNA YANG BERHEMAH’

PERBEZAAN ETIKA SIBER DAN UNDANG-UNDANG SIBER

26/11/2021

Assalammualaikum dan salam biru warna 💎

POSTING 10
TAJUK: KESIMPULAN
NAMA: NORFARAH NAJWA NOR FAIZAL
NO MATRIK: 288157

Kesimp**annya, jenayah siber ialah suatu keslahan besar. Seterusnya, kita tidak boleh bergantung kepada undang- undang siber untuk melindungi kita dari jenayah siber. Oleh itu, setiap individu mestilah memainkan peranan bagi membanteras kes- kes jenayah siber yang semakin berleluasa kerana zaman kini jenayah siber boleh dilakukan oleh orang yang beribu batu jauhnya atau orang disekeliling kita. Masyarakat perlu berwaspada tentang semua langkah yang akan memastikan keselamatan siber diterapkan pada semua aspek penggunaan teknologi harian kita. Apabila seseorang menasihati kita atas kesilapan yang telah kita lakukan, elakkan mengambil sikap acuh tak acuh. Semoga masyarakat kita bebas daripada salah laku siber dan jenayah siber serta menjamin keselamatan negara yang kita capai hari ini. 💻

26/11/2021

Assalammualaikum dan salam biru warna kepada semua.
POSTING: 5
TAJUK: STATISTIK JENAYAH SIBER DI MALAYSIA
NAMA: NUR SUHAILA BINTI YEOP
NO MATRIK: 288383
Penipuan merupakan salah satu jenayah siber yang paling kerap berlaku tidak kira melalui panggilan telefon atau aplikasi media sosial. Tambahan p**a, pada musim pandemik COVID19 ini, para peniaga lebih cenderung untuk menjalankan perniagaan mereka secara atas talian. Situasi ini telah memberi peluang kepada penjenayah siber untuk menipu lebih ramai peniaga dan pembeli. Jika kita tidak berwaspada kita mungkin akan menjadi salah satu mangsa jenayah ini.
Mangsa jenayah siber selalunya akan dihubungi oleh individu yang mengaku dirinya sebagai wakil bank atau pegawai kerajaan. Mereka ini mempunyai maklumat peribadi mangsa seperti nama, alamat, dan nombor telefon bagi menyakinkan mangsa bahawa mereka ialah pegawai kerajaan yang benar. Pegawai kerajaan palsu ini akan menyuruh mangsa untuk melunaskan hutang yang tertunggak jika tidak mahu sebarang tindakan tatatertib dikenakan keatasnya. Mangsa yang kurang ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber ini akan mudah tertipu dengan lakonan mereka.
Kebannyakan mangsa jenayah siber menyedari bahawa diri mereka telah ditipu setelah melihat baki wang di dalam akuan bank masing- masing. Walaupun berpuluh kali mangsa cuba untuk menghubungi individu yang kononya mereka ini pegawai kerajaan, tetapi panggilan masih tetap tidak dapat disambungkan. Mangsa – mangsa jenayah siber hanya mampu menyesal kerana nasi sudah menjadi bubur.
Berdasarkan hasil data yang dikumpul oleh Portal Data Terbuka Malaysia, penipuan yang melibatkan e-dagang mencatatkan rekod yang tertinggi pada setiap tahun.
“ BEWARE. BE AWARE: STOP THE SCAMMERS ”

26/11/2021

Selamat Sejahtera dan Salam Biru Warna💙✨
POSTING 4
TAJUK : JENIS JENIS JENAYAH SIBER YANG SERING BERLAKU DIMALAYSIA
NAMA : SITI SARAH SYUHADA BINTI ZAKARIA
NO MATRIK : 288117

💻Penipuan

💻Judi siber

💻Pengintipan

💻Pornografi

💻Skim cepat kaya
⁃ Scammers

💻Kecurian maklumat.
- Fraud

💻Penyebaran virus
⁃ Teknik Salami (mencuri wang berulang kali dalam kuantiti yang sedikit)

💻Penggodam atau "Hacker"

💻Menyalin perisian secara tidak sah

💻Capaian secara tidak sah keatas sistem

💻Menyalurkan maklumat-maklumat yang palsu

💻Kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer.
⁃ Perisikan Perindustrian

💻Jenayah komputer
⁃ Spamming
⁃ Phishing

25/11/2021

Selamat Sejahtera dan Salam Biru Warna
POSTING 7
TAJUK :IMPAK JENAYAH SIBER KEPADA DIRI, MASYARAKAT & NEGARA
NAMA : ARIF ZAKUAN BIN RUSDI
NO MATRIK : 288179

Jenayah siber boleh diklasifikasikan sebagai jenayah yang baharu pada masa kini. Jenayah ini berlaku disebabkan oleh kemunculan capaian Internet sebagai alat komunikasi yang menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat bagi memantapkan lagi ilmu dan maklumat. Tambahan p**a, penghantaran maklumat didunia siber tidak dapat dikawal oleh sesiapa. Ini disebabkan oleh penciptaan berjuta-juta laman sesawang mahupun media sosial yang selari dengan peredaran masa. Melalui laman sesawang serta media-media sosial seperti facebook dan twitter pengguna dapat menyebarkan pelbagai jenis maklumat tanpa mengesahkan kesahihannya. Oleh itu, terdapat pelbagai kesan jenayah siber kepada diri, masyarakat dan juga negara.

☠impak kepada diri☠
Terdapat pelbagai kesan jenayah siber kepada perspektif diri sendiri. Antaranya, jenayah siber mampu menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan. Pada masa kini, laman web dan media sosial yang tidak rasmi dalam perbankan mampu memudaratkan pengguna. Hal ini kerana, tanpa disedari mereka sebenarnya telah memberi kata laluan kepada penjenayah siber. Hal ini akan memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri informasi perbankan pengguna. Ini bertujuan untuk mencuri atau memindahkan wang pengguna kepada akaun penjenayah siber. Bagi sesetengah mangsa penipuan siber, perkara ini dapat menyebabkan berlakunya kemurungan kerana ditipu dan menyebabkan kerugian kepada diri sendiri.

☠impak kepada masyarakat☠
Selain itu, bagi perspektif masyarakat, jenayah siber boleh menyebabkan seseorang itu dibenci oleh masyarakat. Ini kerana seperti yang diketahui umum penyebaran fitnah melalui media sosial boleh dikatakan sebagai trend bagi rakyat Malaysia untuk mendapat perhatian daripada masyarakat. Namun, disebabkan perkara tidak bertanggungjawab ini, mereka tidak sedar akan akibatnya kepada mangsa. Antara kesan yang jelas ialah ia dapat menyebabkan seseorang itu dip**aukan dan dibenci oleh masyarakat.

☠impak kepada negara☠
Akhir sekali, pada masa kini jenayah siber seperti menggodam merupakan musuh negara dalam diam. Ini kerana, aktiviti penggodaman mampu menjadi senjata baharu yang sangat efektif untuk menceroboh mana-mana sistem maklumat atau data sulit kerajaan, negara, atau jabatan. Serangan siber adalah satu isu keselamatan yang menjadi mimpi ngeri sesebuah kerajaan memandangkan hampir semua alat elektronik yang ada hari ini mempunyai sambungan kepada rangkaian internet secara terbuka. Oleh itu, kerajaan seharusnya mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan data negara daripada jatuh kepada pihak ketiga yang boleh menjatuhkan negara.

25/11/2021

✨ SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM BIRU WARNA✨

POSTING KETIGA 📌
TAJUK: TUJUAN ETIKA DAN AKTA UNDANG-UNDANG SIBER
Nama: NIROSHINI A/P SUNDAPI @ SUNDARAM (288258)

✅ Siber ialah sistem berkaitan seperangkat asas atau nilai yang digunakan sebagai panduan bagi pengguna komputer.

✅ Tujuan etika siber adalah untuk melahirkan pengguna komputer yang beretika.

✅ Undang-undang Siber ialah isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian. Ia adalah melindungi kepentingan dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi antara rangkaian.

✅ AKTA UNDANG-UNDANG SIBER
Malaysia telah meletakkan asas yang kukuh pada pembangunan ICT dengan menyediakan undang-undang. Sebagai permulaan sebanyak lima undang-undang telah digubal dan diluluskan, seperti berikut:
1️⃣ Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini merupakan sendi kepada semua undang-undang siber di Malaysia. Ia menghuraikan mengenai dasar pembangunan ICT bagi negara ini. Dalam akta ini disenaraikan 10 objektif dasar nasional bagi industri komunikasi dan multimedia (Sila rujuk Akta untuk perinciannya, atau buku Mengenali Undang-undang Media dan Siber). Akta ini juga meletakkan janji Kerajaan mengenai tidak ada tapisan dalam internet di bawah Seksyen 3(3). Berikutan dengan kelulusan Akta ini, sebuah kementerian khas diwujudkan yang memasukkan elemen komunikasi dan multimedia di dalamnya. Kementerian ini pada mulanya dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (kini komponen komunikasi dikeluarkan dan digabungkan dengan Kementerian Penerangan, bersama dengan komponen Kebudayaan).

2️⃣ Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta ini membolehkan penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan berkaitan dengan jaringan seperti internet. Ia juga mengambilalih kuasa perlesenan terhadap spektrum penyiaran dan telekomunikasi. Urusan pos juga kini diletakkan di bawah suruhanjaya ini.

3️⃣ Akta Tandatangan Digital 1997
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online termasuk penggunaan tandatangan secara digital. Tujuan utamanya ialah sebagai usaha meningkatkan e-commerce atau e-dagang. Kelulusan undang-undang ini perlu kerana pengesahan dari segi undang-undang adalah sukar untuk melaksanakan dokumentasi secara online.

4️⃣ Akta Jenayah Komputer 1997
Tujuan utama akta ini ialah untuk melengkapkan undang-undang jenayah khususnya berkaitan dengan jenayah yang dilakukan melalui jaringan komputer. Akta ini memperuntukkan jenis-jenis jenayah dan hukumannya.

24/11/2021

Selamat Sejahtera dan Salam Biru Warna 😁
POSTING 8
TAJUK :CARA MENANGANI JENAYAH SIBER
NAMA : CHONG XIU LI
NO MATRIK : 287802

1️⃣Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan
Pemberian kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa adalah vital. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masing-masing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber.

2️⃣Mengkaji dan mewujudkan undang-undang siber
Pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Tambahan p**a, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin.

3️⃣Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber
Kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan tentang jenayah siber perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja agar mereka tidak mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan.

4️⃣Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber
Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. M Apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jika sebaliknya hanya kerugian akan kita dapat.

5️⃣Menggunakan perisian antivirus terkini
Jenayah siber merupakan duri dalam daging masyarakat kita kerana ia memudaratkan kesihhatan mental para netizen. Perisian antivirus terkini sebagai benteng pertahanan terakhir setiap peranti mudah alih mahupun komputer-komputer yang digunakan. Perisian antivirus sedikit sebanyak dapat memberi keselamatan yang terunggul bagi setiap pengguna kerana ia dapat menghalang penggodam dan memastikan maklumat selamat disimpan di penyimpanan awan dan dikekalkan privasnya. Natijahnya, maklumat peribadi di setiap media atau peranti mudah alih bebas daripada penggodam dan anasir jahat di laman sesawang.

6️⃣Meningkatkan keselamatan siber negara
Pada perspektif negara, keselamatan siber neagra juga tidak seharusnya dianaktirikan kerana ia juga merupakan benteng pertahanan negara kita dari segi keselamatan siber. Hal in demikian kerana semua informasi rakyat terletak di tangan kerajaan. Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan haruslah mengambil tindakan untuk meningkatkan keselamatan siber negara dengan menggubal, melaksana, memantau dan menyelaras pelan peningkatan keselamatan siber negara bagi meningkatkan kesiapsiagaan keselamatan siber negara.

SEKIAN TERIMA KASIH☺️

24/11/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 🌹
POSTING 6
TAJUK : APAKAH PUNCA JENAYAH SIBER?
NAMA : NUR QURRATUL AIN BINTI MOHD ASRI
NO MATRIK : 287885

🌍 Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai jenis teknologi canggih yang dapat memudahkan dan membawa banyak manfaat kepada pengguna. Namun, peralatan canggih ini telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah siber. Fenomena ini telah mencetuskan kebimbingan masyarakat kita. Persoalannya, apakah punca-punca jenayah siber berlaku?

Apakah punca jenayah SIBER? 💭

Penjenayah siber sukar untuk dikenalpasti 👨🏻‍✈️
🗣️ Aktiviti negatif seperti menggodam, menyebar virus, mencuri maklumat, menghantar mesej sampah dan pencerobohan amatlah sukar untuk dikenalpasti. Pihak yang berkuasa mendapati bahawa sukar untuk menentukan mengapa, bagaimana, dari mana dan individu manakah yang menyerang sistem seseorang itu.

Sikap manusia yang sukar dikawal 🧟‍♀️
🗣️ Perasaan suka-suka dan ingin menggunakan ilmu yang baru dipelajari adalah penyebab mengapa penjenayah siber ini menyerang dan menceroboh sistem. Antara perbuatan yang sering dilakukan adalah mencipta program-program pemusnah atau virus komputer yang bertujuan untuk memusnahkan pangkalan data pihak lain.

Masyarakat yang kekurangan pengetahuan dalam pengendalian komputer 🖥
🗣️ Kebanyakan penjenayah siber ini terdiri daripada golongan yang berpengetahuan tinggi dan profesional dalam pengendalian komputer kerana mereka mempelajari banyak perkara dalam bidang tersebut. Orang ramai sering menjadi sasarangolongan penjenayah siber ini kerana mereka mudah terpedaya dan tidak mengetahui cara-cara untuk mengelak diri daripada ancaman jenayah siber.

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah ⚖️
🗣️ Oleh kerana penguatkuasaan undang-undang yang lemah, siasatan terhadap jenayah siber mengambil masa yang lama dan banyak kes tertangguh. Perbuatan sesetengah pihak berkuasa yang hanya memandang enteng kes ini menyebabkan penjenayah semakin terdorong untuk melakukan jenayah siber. Sebagai kesannya, kes jenayah siber di negara kita semakin meningkat.

23/11/2021

Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna
POSTING 1
TAJUK : APAKAH ITU ETIKA SIBER DAN UNDANG-UNDANG SIBER?
NAMA : KAAMINI A/P KULANTHLU
NO MATRIK : 288355

22/11/2021

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna ✨
POSTER RASMI MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN A211 N KUMPULAN 10
TEMA : ETIKA PENGGUNAAN SIBER

11/11/2021

😁Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
👩‍🏫Kami dari Kump**an N/10 MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban.
👨‍💻Kami ingin memperkenalkan Tajuk kump**an iaitu Etika Siber

Senarai nama di bawah merupakan ahli-ahli dari kump**an 10:
1.Sajaratul Norshuhada Binti Mohamad Shafri (287542)
2.Siti Sarah Syuhada bt Zakaria (288117)
3.Chong Xiu Li (287802)
4.Nuryn Fatiha binti Taufek (288328)
5.Niroshini A/P Sundapi @ Sundaram (288258)
6.Nur Suhaila Binti Yeop (288383)
7.Nur Qurratul Ain binti Mohd Asri (287885)
8.Arif Zakuan Bin Rusdi (288179)
9.Kaamini A/P Kulanthlu (288355)
10.Norfarah najwa Nor faizal (288157)

🥰Sekian, terima kasih.

Penghayatan Etika dan Peradaban - N - Kump 10 Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain

Want your school to be the top-listed School/college in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Sintok, Bukit Kayu Hitam
Kedah
06010