05/01/2026
Pendaftaran Taska Excellent Durrani
Child Care (EDCC Jalan Karyna) sesi 2026 masih dibuka. Tempat adalah TERHAD. Daftar sekarang untuk anak anda bermula seawal 2 bulan 🤗
Kami juga menyediakan perkhidmatan transport dan transit untuk anak-anak tadika dan sekolah. Bagi yang perlukan khidmat sementara misalnya menunaikan Haji/Umrah, boleh dapatkan khidmat jagaan dari kami, insyaallah selagi mana boleh memudahkan kami cuba memberi khidmat 🤗
Klik link untuk semakan kekosongan
http://www.wasap.my/60126727640/EDCC/Pendaftaran2026
01/01/2026
Baru sampai rumah je ni. Ambil baby tadi cikgu bagitahu ni ada gift untuk mama 😭😭😭 kenapa anak-anak? kenapa buat mama macam ni? 😣
Sayunya semua dah besar nak ke sekolah tadika dah. Selamat maju jaya anak-anak. Terima kasih parents atas kasih dan sayang. Sungguh bukan hadiah yang mama harapkan tapi keselesaan dan kegembiraan anak-anak yang mama utamakan. Perut kenyang, dijaga dengan peluk cium cikgu. Dari menangis tak berhenti takut dengan orang sehingga dah boleh berdikari simpan baju dalam beg sendiri 🥰 Semoga semua success dimasa hadapan aamiin.
Tempat dan orang yang jasa mereka tidak di dendang adalah Guru Taska 🥹 Namun disitulah strugglenya Guru ini menjaga mendidik dengan kasih dan sayang. Kalaupun mereka tidak membuat anak kita pandai membaca di taska tapi percayalah kerana di taska anak bersedia mengurus masa di tadika dan sekolah. Jaga diri semua 😩
Mama dan cikgu sayang semua anak-anak.
Akhir tahun selalunya emosi cikgu turun naik sedih gembira. Terbanglah tinggi wahai anak-anak. Membesarlah dengan baik. Semoga sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya aamiin
25/12/2025
Pendaftaran Taska Excellent Durrani
Child Care (EDCC Jalan Karyna) sesi 2026 masih dibuka. Tempat adalah TERHAD. Daftar sekarang untuk anak anda bermula seawal 2 bulan 🤗
Bagi yang perlukan khidmat sementara misalnya menunaikan Haji/Umrah, boleh dapatkan khidmat jagaan dari kami, insyaallah selagi mana boleh memudahkan kami cuba memberi khidmat 🤗
Klik link untuk semakan kekosongan
http://www.wasap.my/60126727640/EDCC/Pendaftaran2026
16/05/2024
16 MEI 2024
SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DAN PESARA GURU
Teruskan perjuangan mengajar, mendidik, mengasuh untuk sahsiah dan pendidikan pelajar demi agama, bangsa dan tanah air.
Jasa MU tetap dikenang.
GURU JUHARI DIGITAL ASPIRASI NEGARA MADANI
16/05/2024
Selamat Hari Guru buat Cikgu-Cikgu EDCC.
Cikgu TASKA adalah Unsung Wira.
Kerja mereka tak boleh pakai baju cantik tapi perlu sentiasa nampak kemas. Ada hari mood anak tak menentu, ada hari mood anak baik, cikgu tetap melayani kerenah anak-anak dengan sabar.
Memastikan anak-anak sentiasa ceria dan gembira di taska adalah cabaran hebat buat cikgu taska kerana anak pada usia ini belum sepenuhnya bersedia di bawah jagaan orang lain namun demi mencari rezeki, ibu ayah terpaksa memberi kepercayaan kepada cikgu taska untuk menguruskan anak lebih dari 12 jam sehari.
Dalam kesibukan melayan mood anak, cikgu tetap menyediakan aktiviti memenuhi PERMATA dan pembelajaran anak-anak. Saat ini bagi ibu bapa mungkin tiada kesan namun disinilah adab dibina, kepercayaan di terap, penyesuaian emosi diajar dan anak-anak diajar mengikut jadual harian. Nampak mudah tapi tak semudah yang di sangka.
Keadaan kami tak selalu hanya melayani jadual harian, tapi kadang kala kami terpaksa berdepan dengan situasi melayani pesanan, mesej, tomahan, herdikan dari ibu bapa. Walau mereka lupa jasa kami, namun kami akur demi tugas. Adakalanya melayani ibubapa lebih susah berbanding menjaga emosi anak-anak.
Namun syukur jodoh EDCC amat baik kerana selalu dijodohkan dengan parents yang sangat baik dan sangat memehami. Parents yang selalu berkongsi rezeki dengan cikgu dan sentiasa ada buah tangan sebagai ingatan. Kasih sayang parents sangat kami hargai dan berterima kasih. Hanya Allah mampu membalasnya ❤️
Akhir kalam, hargailah setiap insan yang pernah mengajar kita kerana mereka adalah guru dalam kita menjalani kehidupan seharian. Terima kasih buat semua insan yang bergelar guru kerana ikhlas dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Walau dunia pendidikan kini tidak sama namun matlamat tetap sama dalam melahirkan generasi beradab, berpendidikan, bermaruah dan berketerampilan selaras dengan dunia kemodenan.
Selamat Hari Guru 2024
“GURU JAUHARI DIGITAL,
ASPIRASI NEGARA MADANI”
Ikhlas
Rafizah Abd Wahid
Pengusaha
Excellent Durrani Chlid Care (EDCC)
Taman Tunku Sarina
Jitra, Kedah
10/05/2024
Assalammualaikum mama ayah semua.
Kenapa ada bacaan suhu di depan taska sebelum masuk ke taska atau bacaan suhu 3 kali sehari di taska sepanjang anak berada di taska? (pagi/ tengahari/ petang)
Sebabnya, bila anak di dalam suhu bacaan rendah demam iaitu 37.5-37.9 degree, cikgu akan call mama ayah untuk ambil anak-anak di taska. Masa suhu tersebut, cikgu boleh control bacaan suhu anak dengan jelum kepala anak dengan air atau mandikan anak. Dan bila mama ayah bawa balik juga boleh terus memantau suhu bacaan anak-anak dengan memberi ubat demam. Tapi bila tak boleh control melepasi tahap tinggi 38 degree ke atas, maka perlu terus ke klinik untuk susulan.
Masa ni mama ayah kene tahu, pukul berapa last bagi makan ubat demam, anak makan apa sebelum tu, anak boleh minum tak, anak ade symptom lain macam muntah/ cirit/ tak boleh makan minum/ apa-apa yang luar dari biasa. Bagi tahu maklumat ni ke doktor untuk mudahkan tindakan doktor. Lepas dah dapat ubat or tahu penyakit anak apa nak buat???
Mama Ayah WAJIB maklum pada taska untuk taska semak balik ade tak anak-anak lain yang symptom sama macam anak yang sakit tu? Then taska perlu war war kan pada group parents supaya pantau anak-anak masing-masing. If ada symptom yang sama dah boleh ke klinik untuk checkup.
Masa ni mama ayah TAK PERLU SENTAP!!!! Sakit itu normal, tujuan taska buat hebahan adalah untuk pemantauan dan memberhentikan penyebaran penyakit. Jangan ada mama ayah yang SENTAP dengan taska masa ni, betulkan emosi tuan/ puan.
Bila SENTAP dengan keadaan anak kita yang sakit dan merasakan anak kita punca orang lain sakit. Itu yang kita tak bertenang. Sebaliknya bertenang dan terus rawat anak kita. Bila dah sihat hantar taska seperti biasa 🤗 tak perlulah sampai nak tukar taska sebab kes SENTAP!!!
Harap mama ayah di luar sana lebih berfikiran terbuka dan jangan ambil mudah dengan perkataan "ANAK DEMAM" sebab dari demam boleh jadi macam-macam perkara yang tak diingini.
Mama Fiza uruskan anakanda no 5 mama di hospital, jumpa ramai anak yang demam kemudian tarik sebab suhu badan terlalu panas dan akhirnya menjadi cacat kekal yang tak boleh urus diri sendiri 😭😭😭 Maka kita lapangkan dada, terima pendapat orang kiri kanan kita.
Boleh refer panduan dari doktor bawah ni untuk tuam anak atau jelum anak untuk kawalan suhu. Mama fiza sayang semua ❤️ Selebihnya kita serah pada Allah untuk uruskan kehidupan kita selepas kita berusaha.
Ikhlas
Mama Fiza
Excellent Durrani Child Care
20/04/2024
JAWATAN KOSONG
Excellent Durrani Child Care (EDCC)
‼ HEBAHAN ‼
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة..
*Kemasukan segera 28 April 2024)
EDCC sedang mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai guru.
📌Jawatan yang ditawarkan
👤 PENGASUH
📌Syarat Kelayakan
☑️Warganegara Malaysia
☑️Berumur 20thn ke atas
☑️Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
☑️Diploma Pendidikan Awal Kanak2 atau Sijil KAP (Keutamaan diberikan)
☑️Perempuan
☑️Mempunyai minat mendidik anak-anak berumur (2 bulan hingga 4 Tahun)
☑️Seorang Yang Amanah, Rajin, Kreatif, Penyayang, sabar, menjaga adab dan bertanggungjwb dengan tugasan
☑️Sepenuh masa (5 Hari seminggu)
☑️Boleh Bekerja dalam kumpulan
☑️*Bersungguh hendak bekerja dan yang penting sayang kanak-kanak*🤗
Komitmen :-
* Bersedia untuk menghadiri semua kursus-kursus dan program anjuran EDCC pada hari minggu
* Tidak kerap cuti
📱Klik link untuk temujanji temuduga ringkas
http://www.wasap.my/60126727640/EDCCJawatanKosong
Pihak EDCC akan hubungi mereka yang berminat untuk maklumkan tarikh temuduga.
29/03/2024
Alhamdulillah duit raya anak-anak taska EDCC dan anak-anak cikgu EDCC. Struggle tapi percaya dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Doa kalian anak-anak mama ni juga adalah punca kenapa EDCC masih ada since 2016 dengan izinNya. Semoga Allah terus memberi peluang kepada EDCC terus membantu semampunya kami menjaga permata hati Amanah Allah yang paling berharga ❤️🩷aamiin