16/06/2026
SALAM MAAL HIJRAH 1448H!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ibu bapa, penjaga, dan murid-murid SK Bukit Kuda.
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam 1448 Hijriah.
Mari kita bersama-sama menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk meningkatkan sahsiah diri, memperkukuh ukhuwah, dan melipatgandakan usaha dalam setiap perkara kebaikan.
Semoga Allah SWT memberkati seluruh warga SK Bukit Kuda.
Guru Besar
SK Bukit Kuda
13/06/2026
SKUDA MEMANG BOLEH! DOUBLE CHAMPION!
⚠️ KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN KAWAD KAKI PBB PPIM DAERAH KLANG 2026 ⚠️
Alhamdulillah, coretan sejarah manis kembali tercipta! Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan kawad kaki Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SK Bukit Kuda atas kejayaan yang amat membanggakan dalam pertandingan yang berlangsung sengit hari ini!
Dengan disiplin yang tinggi, ketekunan, dan semangat juang yang tidak pernah luntur, skuad SKUDA berjaya merangkul gelaran JOHAN dalam dua kategori utama:
🥇 KETUA PLATUN TERBAIK (PPIM - PUTERI)
JOHAN: SAFINATUN NAJAH (SK BUKIT KUDA)
(Ketegasan, kawalan suara, dan karisma yang luar biasa!)
🥇 PLATUN TERBAIK KAWAD KAKI (PPIM - PUTERI)
JOHAN: SK BUKIT KUDA
(Keseragaman, kekemasan, dan formasi mantap yang memukau para juri!)
🌸 Terima Kasih Wira-Wira Merah Jambu! 🌸
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat. Penat lelah, mandi peluh, dan latihan konsisten akhirnya membuahkan hasil yang paling manis.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru penasihat, jurulatih, pihak pentadbiran sekolah, serta ibu bapa yang memberikan sokongan moral dan dorongan tanpa henti di belakang tabir. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama!
Semoga momentum kecemerlangan ini terus berkekalan dan menjadi inspirasi kepada semua warga SKUDA untuk terus memburu kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. 🚀
PPIM@SKUDA2026
23/05/2026
🌟 TAHNIAH & SELAMAT MAJU JAYA 🌟
Seluruh warga SK Bukit Kuda ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga kepada:
🏅 MUHAMMAD FATEEH HELMY BIN JOHARIE
atas pemilihan menyertai Latihan Pusat dan Kejohanan Liga Akademi Selangor Tahun 2026 bagi kategori Bawah 10 Tahun Daerah Klang.
Pemilihan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan kerana ia membuktikan bahawa usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang yang tinggi mampu membawa seorang murid melangkah lebih jauh dalam bidang sukan.
Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan ini dan berharap agar Muhammad Fateeh Helmy terus melangkah dengan penuh keyakinan, sentiasa merendah diri serta mengekalkan disiplin sebagai seorang pelajar dan atlet muda yang berbakat.
Semoga pengalaman yang diperoleh sepanjang latihan dan kejohanan ini menjadi satu medan untuk menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta membina jati diri yang lebih kuat dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Teruskan berusaha, jangan pernah takut untuk bermimpi besar dan yakinlah bahawa setiap titik peluh, latihan dan pengorbanan hari ini akan menjadi kejayaan yang membanggakan pada masa akan datang. Warga sekolah sentiasa mendoakan agar Muhammad Fateeh Helmy diberikan kesihatan yang baik, kekuatan semangat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kejohanan berlangsung.
⚽ “Kejayaan bukan datang daripada bakat semata-mata, tetapi lahir daripada usaha, disiplin dan semangat yang tidak pernah mengalah.” ⚽
Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah, keluarga serta Daerah Klang di persada yang lebih tinggi. 💪✨
22/05/2026
🌟 SELAMAT BERCUTI & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 🌟
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Mewakili seluruh warga SK Bukit Kuda, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji / Aidiladha kepada semua ibu bapa, penjaga, murid-murid, dan seluruh komuniti S'Kuda.
Semoga penghayatan di sebalik ibadah korban ini mendidik hati kita untuk terus ikhlas berbakti, bermuafakat, dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kepada semua guru dan anak-anak murid, Selamat Bercuti Penggal dan gunakanlah ruang masa ini sebaiknya untuk berehat, bersantai, dan meluangkan momen indah bersama keluarga tercinta. Pandu cermat dan semoga perjalanan pergi dan balik sentiasa di bawah perlindungan-Nya.
Ikhlas daripada,
Puan Norfazilah Binti Baharum
Guru Besar SK Bukit Kuda.
15/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga
KETETAPAN PAKAIAN SEKOLAH MURID BERMULA 18/05/2026 (ISNIN).
Mulai 18hb Mei 2026, pemakaian murid adalah kembali seperti ketetapan asal.
✅ Uniform putih dipakai pada setiap hari Isnin dan Jumaat
✅ Pemakaian baju sukan adalah mengikut jadual dan ketetapan sekolah.
Namun begitu, pada 18 Mei 2026 (Isnin) akan diadakan Perhimpunan Kokurikulum. Oleh itu:
🔹 Murid Tahap 2 dikehendaki memakai T-shirt unit kokurikulum masing-masing.
🔹 Murid Tahap 1 memakai uniform sekolah lengkap seperti biasa.
Kerjasama dan perhatian daripada semua ibu bapa serta penjaga amat dihargai.
Terima kasih.
15/05/2026
Makluman.
Aktiviti sepanjang bulan Mei.
Admin,
S'KUDA
15/05/2026
SELAMAT HARI GURU 2026: GURU BITARA NADI NEGARA
"Bitara jasamu, denyut nadi kemajuan bangsa."
Hari ini, 16 Mei 2026, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Klang ingin menzahirkan rasa syukur, hormat, dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendidik yang pernah dan sedang berbakti di bumi bertuah ini.
Guru bukan sekadar penyampai ilmu di dalam kelas, tetapi merupakan arkitek sosial yang membentuk sahsiah, menyalakan inspirasi, dan membina masa depan generasi anak-anak S'KUDA. Di sebalik setiap kejayaan, coretan ilmu, dan gelak tawa anak-anak murid kita, ada pengorbanan masa, tenaga, dan kasih sayang seorang guru yang tidak pernah mendidih duka.
Terima kasih Cikgu, Ustaz, dan Ustazah atas segala bimbingan yang melahirkan insan terdidik demi Negara Sejahtera! 🤍
13/05/2026
Kursus PRS Bongsu Peringkat Sekolah merupakan satu platform dalam membentuk murid yang lebih yakin, bertanggungjawab dan mampu membantu rakan sebaya secara positif.
Terima kasih kepada semua guru dan peserta yang menjayakan program ini dengan cemerlang.
12/05/2026
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di seluruh Malaysia.
Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan dedikasi anda dalam memberikan rawatan, penjagaan serta kasih sayang kepada setiap pesakit. Anda merupakan insan yang sentiasa tabah, cekal dan penuh empati dalam menjalankan amanah demi kesejahteraan semua.
Keikhlasan dan komitmen anda menjadi inspirasi kepada kami semua. Semoga segala usaha murni anda sentiasa diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik serta terus cemerlang dalam menjalankan tugas yang mulia