SMK Pending

SMK Pending

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Pending, Education, Smk Pending,Jln Tun Razak,93450 kuching,sarawak, .

Photos from SMK Pending's post 15/06/2026

SK@S: STANDARD 3.3: PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
ASPEK 3.3.1 : KETETAPAN PELAKSANAAN HAL EHWAL MURID
3.3.1.1 : STANDARD KUALITI : Pelaksanaan hal ehwal murid diurus secara sistematik dan terancang.
ASPEK 3.3.6 : PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

TAJUK: PROGRAM ZIARAH CAKNA - ADIK GLORIANIE ANAK GEORGE (1B)

PERINCIAN
Tarikh: 13 Jun 2026 (Jumaat)
Masa: 10.30 pagi-11.45 pagi
Tempat: Demak Ocean Kafe

PENGLIBATAN
1. Hajijah Binti Awi (Pengetua)
2. Lai Yiew Wuaeng (PK HEM)
3. Elina Anak Sian (Guru Bimbingan & Kaunseling)
4. Raja Nurulhuda Binti Raja Ibrahim ( Guru Bimbingan & Kaunseling )
5. Natalia Anak Mangi ( Ibu Glorianie)

OBJEKTIF SMART
▪️Mengenal pasti punca dan keperluan semasa murid melalui sesi ziarah dan perbincangan bersama keluarga dalam tempoh program dilaksanakan.
▪️Meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa/penjaga bagi memastikan kebajikan, kehadiran dan perkembangan akademik murid dipantau secara berterusan selepas program.

RUMUSAN

Program Ziarah Cakna telah dilaksanakan bagi meninjau keadaan, kebajikan dan perkembangan Adik Glorianie Anak George di samping mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan keluarga murid. Melalui sesi perbincangan yang dijalankan, pihak sekolah dapat memperoleh maklumat berkaitan latar belakang, cabaran serta keperluan murid. Program ini turut memberi ruang kepada ibu bapa untuk berkongsi pandangan dan bekerjasama dengan pihak sekolah demi kesejahteraan serta kecemerlangan murid.

IMPAK
▪️Hubungan dan komunikasi antara pihak sekolah dengan keluarga murid menjadi lebih erat.
▪️Pihak sekolah memperoleh maklumat yang lebih jelas berkaitan keperluan dan cabaran yang dihadapi oleh murid.
▪️Ibu bapa menunjukkan komitmen yang lebih tinggi untuk bekerjasama dengan pihak sekolah.
▪️Murid berasa lebih dihargai, diberi perhatian dan mendapat sokongan daripada sekolah serta keluarga.
▪️ Membantu meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah dan mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.

TINDAK SUSUL
▪️Melaksanakan pemantauan berkala terhadap kehadiran, sahsiah dan prestasi akademik murid.
▪️ Mengadakan sesi kaunseling atau bimbingan mengikut keperluan murid.
▪️ Menjalinkan komunikasi berterusan dengan ibu bapa melalui panggilan telefon atau aplikasi komunikasi sekolah.
▪️Menyalurkan bantuan atau rujukan kepada pihak berkaitan sekiranya murid memerlukan sokongan tambahan dari aspek kebajikan, kewangan atau psikososial.
▪️Menilai keberkesanan intervensi yang dilaksanakan dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa.


Photos from SMK Pending's post 14/06/2026

Sk@s:
Aspek 5.2: Kemenjadian murid dalam kokurikulum

TAJUK: PROGRAM SAMBUTAN GAWAI RAYA PANDU PUTERI PERINGKAT DAERAH KUCHING

PERINCIAN PROGRAM:
Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 7.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Ibu Pejabat Pandu Puteri Cawangan Sarawak

PELIBATAN:
1. Ainabella binti Baharuddin (Pemimpin Renjer)
2. Ho Beng Sien ( Pemimpin Klover)
3. Siti Ruhani binti Saiman (Pemimpin Remaja)
4. Janetta Nagi anak Empari (Pemimpin Remaja)
5. Catherine anak Latus(Pemimpin Remaja)
6. 7 orang pelajar

OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi pendedahan kepada warga Pandu Puteri tentang perayaan yang disambut di Malaysia.
2. Meningkatkan hubungan silaturahim warga Pandu Puteri untuk berkongsi kegembiraan sambutan Gawai Raya dalam semua peringkat.
3. Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan pemimpin dan pelajar dari setiap sekolah di daerah Kuching.

PENCAPAIAN:
Johan Pertandingan Stall Tercantik dan Menu terbaik

RUMUSAN:
Program Sambutan Gawai Raya Pandu Puteri Peringkat Daerah Kuching telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif para pemimpin dan ahli Pandu Puteri. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali dan menghayati keunikan budaya serta tradisi masyarakat Malaysia melalui sambutan Gawai dan Aidilfitri. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program telah mewujudkan suasana harmoni, meriah dan penuh semangat perpaduan.

IMPAK:
1. Meningkatkan pengetahuan peserta tentang
kepelbagaian budaya dan perayaan yang disambut
di Malaysia.
2. Mengukuhkan hubungan silaturahim antara ahli dan
pemimpin Pandu Puteri dari pelbagai sekolah di
daerah Kuching.
3. Memupuk nilai hormat-menghormati, toleransi dan
perpaduan dalam kalangan peserta.
4. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama
melalui penglibatan dalam aktiviti berkumpulan.

TINDAK SUSUL:
1.Menggalakkan penyertaan lebih ramai ahli Pandu
Puteri dalam program peringkat daerah dan negeri. 2.Meneruskan aktiviti jaringan dan kolaborasi antara
sekolah bagi mengukuhkan hubungan dalam
kalangan ahli Pandu Puteri.
3.Mendokumentasikan amalan terbaik program untuk
dijadikan rujukan dalam penganjuran program akan
datang.



Photos from SMK Pending's post 14/06/2026

[SK@S:Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid

TAJUK:
MINGGU HALA TUJU/ ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 6 RENDAH 2026/2027

PERINCIAN:
Tarikh: 8 - 12 Jun 2026
Masa: 7.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Dewan Global, SMK Pending

PELIBATAN:
1. Hajijah Binti Awi – Pengetua SMK Pending
2. Penolong-Penolong Kanan
3. Guru-guru Tingkatan 6
4. Ibu bapa pelajar
5. Pelajar Tingkatan Enam Rendah

OBJEKTIF:
🔸 Membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, sistem pembelajaran Tingkatan Enam serta budaya pembelajaran yang lebih berdikari.

🔸 Memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

🔸 Memberi penerangan tentang peraturan sekolah, pengurusan akademik dan kokurikulum.

🔸 Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi cabaran pembelajaran di Tingkatan Enam.

RUMUSAN:
Secara keseluruhannya, Minggu Hala Tuju / Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Enam membantu memberi gambaran awal kepada pelajar mengenai cabaran dan tanggungjawab sebagai pelajar Tingkatan Enam serta membantu mereka membina keyakinan untuk meneruskan pengajian dengan lebih terancang dan berdisiplin.

IMPAK:
🔸 Pelajar lebih memahami sistem pengajian STPM dan struktur pembelajaran Tingkatan Enam.

🔸 Pelajar lebih bersedia dari segi mental dan emosi untuk mengikuti sesi pembelajaran.

🔸 Disiplin dan semangat kepimpinan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk sejak awal pengajian.

TINDAK SUSUL:
🔸 Mengadakan sesi bimbingan akademik secara berkala.

🔸 Menjalankan program mentor mentee antara guru dan pelajar.

🔸 Mengadakan ceramah motivasi dan pengurusan stres dari semasa ke semasa.

🔸 Memantau perkembangan akademik dan sahsiah pelajar secara berterusan.

🔸 Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan kepimpinan sekolah.


Photos from SMK Pending's post 13/06/2026

SK@S:

TAJUK : LATIHAN MEMANAH KELAB MEMANAH BERSAMA KELAB KIAA

Tarikh : 13 Jun 2026 (Sabtu)
Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
Tempat : Padang Sekolah SMK Pending

PENGLIBATAN :
Puan Hajijah Binti Awi - Pengetua SMK Pending
Puan Rosla Binti Bujang - Jurulatih/Guru Penasihat
Puan Siti Reges
Coach Michael
Coach Roslie Bin Ariffin
Ahli Kelab Memanah SMK Pending
Ahli Kelab Kuching Indoor Archery Academic (KIAA)

OBJEKTIF :

i. Meningkatkan ketepatan panahan peserta sekurang-kurangnya 10% berdasarkan skor latihan yang direkodkan sepanjang sesi latihan selama 2 jam.

ii. Membolehkan sekurang-kurangnya 90% peserta mengamalkan prosedur keselamatan memanah dengan betul sepanjang aktiviti dijalankan pada 13 Jun 2026.

iii. Memberi peluang kepada semua peserta melaksanakan sekurang-kurangnya 30 anak panah dalam sesi latihan bagi meningkatkan kemahiran teknik asas memanah.

iv. Mengukuhkan kerjasama dan disiplin dalam kalangan ahli melalui penglibatan aktif sepanjang tempoh latihan yang dijalankan.

RUMUSAN :
Aktiviti latihan memanah telah dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada peserta. Sepanjang sesi latihan, peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mempraktikkan teknik asas memanah serta mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan. Aktiviti ini berjaya mencapai objektif yang dirancang dan membantu meningkatkan kemahiran serta keyakinan peserta.

MPAK :
Kemahiran memanah peserta dapat dipertingkatkan melalui latihan berterusan.

Tahap disiplin dan pematuhan terhadap aspek keselamatan semakin baik

Hubungan kerjasama antara ahli Kelab Memanah SMK Pending dan KIAA dapat diperkukuhkan.

Peserta lebih bersedia untuk menyertai pertandingan atau kejohanan memanah pada masa akan datang.

TINDAK SUSUL :

Mengadakan latihan berkala setiap minggu bagi mengekalkan dan meningkatkan prestasi peserta.

Melaksanakan penilaian skor secara berkala untuk memantau perkembangan kemahiran ahli.

Memberi pendedahan kepada teknik memanah lanjutan melalui sesi bimbingan jurulatih.

Menggalakkan penyertaan ahli dalam pertandingan memanah di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Photos from SMK Pending's post 13/06/2026

[SK@S: Standard 2: Pengurusan Organisasi
Aspek 2.4: Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal]

Standard Kualiti 2.4.1: Persekitaran dan kemudahan fizikal diurus secara sistematik dan terancang.
Tindakan: Melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan kemudahan fizikal sekolah bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan warga sekolah.

TAJUK:
PEMANTAUAN KERJA PENYELENGGARAAN FLAT KEDIAMAN SMK PENDING

PERINCIAN:
📅 Tarikh: 13 Jun 2026
⏰ Masa: 3.45 petang
📍 Tempat: Flat Kediaman SMK Pending

PELIBATAN:

1. Hajijah Binti Awi – Pengetua SMK Pending
2. Kontraktor Penyelenggaraan Flat Kediaman

OBJEKTIF:

1. Memastikan kerja-kerja penyelenggaraan flat kediaman dilaksanakan mengikut skop dan jadual yang ditetapkan.
2. Memantau kualiti kerja kontraktor bagi memastikan unit kediaman berada dalam keadaan selamat dan sesuai diduduki.
3. Mengenal pasti keperluan tindakan susulan bagi meningkatkan keadaan fizikal flat kediaman sekolah.

RUMUSAN:
Pengetua telah melaksanakan pemantauan ke atas kerja-kerja penyelenggaraan Flat Kediaman SMK Pending yang telah bermula pada hari ini. Pemantauan mendapati kontraktor telah memulakan kerja dengan menjalankan proses menyapu sealer pada dinding dan siling bagi tiga unit kediaman yang tidak berpenghuni.

Kerja-kerja awal turut melibatkan pembersihan kawasan dan penyediaan permukaan yang mengalami kerosakan sebelum proses pembaikan seterusnya dilaksanakan. Pemantauan melibatkan dua unit kediaman di tingkat atas dan satu unit kediaman di tingkat bawah.

IMPAK:
• Memastikan kerja penyelenggaraan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
• Meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan kemudahan kediaman sekolah.
• Membantu memanjangkan jangka hayat aset dan kemudahan fizikal sekolah.

TINDAK SUSUL:

1. Pemantauan berkala akan dilaksanakan sepanjang tempoh projek penyelenggaraan.
2. Sebarang ketidakpatuhan atau keperluan penambahbaikan akan dimaklumkan kepada pihak kontraktor.
3. Pemeriksaan akhir akan dijalankan sebelum kerja-kerja penyelenggaraan disahkan siap sepenuhnya.

Photos from SMK Pending's post 13/06/2026

[SK@S: Standard 1: Kepimpinan
Aspek 1.1: PGB sebagai Peneraju]

Standard Kualiti 1.1.3: PGB mengetuai pemantauan pengoperasian sekolah secara terancang dan sistematik.

Tindakan: Melaksanakan pemantauan pengoperasian sekolah.

---

TAJUK:
PEMANTAUAN KESELAMATAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA CUTI PERSEKOLAHAN

PERINCIAN:
📅 Tarikh: 13 Jun 2026
⏰ Masa: 3.20 petang
📍 Tempat: SMK Pending

PELIBATAN:

1. Hajijah Binti Awi – Pengetua SMK Pending
2. Pengawal Keselamatan Bertugas
3. Cikgu Rosla
4. Coach Michael
5. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)

OBJEKTIF:

1. Memastikan aspek keselamatan dan pengoperasian sekolah berada dalam keadaan terkawal sepanjang cuti persekolahan.
2. Memantau pelaksanaan aktiviti sekolah dan kerja-kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan.
3. Mengenal pasti keperluan tindakan susulan bagi memastikan persekitaran sekolah sentiasa selamat dan kondusif.

RUMUSAN:
Pengetua telah melaksanakan pemantauan ke atas kawasan sekolah dengan memberi fokus kepada aspek keselamatan dan pengoperasian sekolah. Hasil pemantauan mendapati pengawal keselamatan bertugas seperti yang dijadualkan dan keadaan sekolah berada dalam keadaan terkawal.

Turut didapati latihan memanah sedang dijalankan di bawah bimbingan Cikgu Rosla dan Coach Michael. Selain itu, beberapa orang AKP berada di pejabat bagi melaksanakan tugas lebih masa, manakala kerja-kerja penyelenggaraan Flat Kediaman Guru telah mula dilaksanakan pada hari ini.

IMPAK:
• Memastikan keselamatan dan pengoperasian sekolah sentiasa dipantau.
• Menjamin kelancaran aktiviti dan kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan.
• Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan terurus.

TINDAK SUSUL:

1. Pemantauan berkala akan diteruskan sepanjang cuti persekolahan.
2. Kemajuan kerja penyelenggaraan akan dipantau sehingga selesai.
3. Aspek keselamatan sekolah akan terus diberi perhatian bagi memastikan keadaan sentiasa terkawal.

Photos from SMK Pending's post 12/06/2026

[SK@S: Standard 3: Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid]

Aspek 3.2: Pengurusan Kokurikulum
Aspek 3.2.4: Pengurusan Sukan dan Permainan
Standard Kualiti 3.2.4.1: Sukan dan permainan diurus secara sistematik dan terancang.

Tindakan: Melaksanakan aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan pencapaian dan penyertaan murid dalam bidang sukan dan permainan.

TAJUK:
PEMANTAUAN LATIHAN PASUKAN SUKAN DAN PERMAINAN SMK PENDING

PERINCIAN:
📅 Tarikh: 30 Mei 2026
⏰ Masa: 4.30 petang
📍 Tempat: Dewan Global, Gelanggang Bola Baling dan Kawasan Latihan Olahraga SMK Pending

PELIBATAN:

1. Hajijah Binti Awi – Pengetua SMK Pending
2. Cikgu Robert - PK Kokurikulum
3. Cikgu Ros Wong – Pengurus Pasukan Bola Jaring
4. Cikgu Nazwan – Pengurus Pasukan Bola Baling
5. Cikgu Rony-Jurulatih dan guru pengiring olahraga
6. Murid-murid yang terlibat dalam latihan sukan

OBJEKTIF:

1. Memberi dorongan dan motivasi kepada guru serta murid yang sedang menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan pada bulan Jun 2026.

2. Memantau pelaksanaan latihan sukan dan permainan bagi memastikan program persediaan atlet sekolah berjalan mengikut perancangan.

3. Mengenal pasti keperluan sokongan dan penambahbaikan yang diperlukan bagi meningkatkan prestasi pasukan sekolah.

RUMUSAN:
Pengetua telah melaksanakan pemantauan latihan pasukan sukan sekolah yang sedang giat menjalani persediaan menghadapi kejohanan pada bulan Jun 2026. Pemantauan melibatkan latihan bola jaring di Dewan Global yang diketuai oleh Cikgu Ros Wong, latihan bola baling yang dikendalikan oleh Cikgu Nazwan serta latihan olahraga yang melibatkan acara balapan dan padang di lokasi masing-masing.

Sepanjang pemantauan, Pengetua turut mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat dan penghargaan kepada guru-guru pengurus pasukan serta murid yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjalani latihan. Pemantauan ini juga bertujuan memastikan semua persediaan berjalan lancar menjelang kejohanan bola jaring, bola baling dan olahraga yang akan berlangsung pada bulan Jun 2026.

IMPAK:
• Meningkatkan motivasi dan semangat murid serta guru pengurus pasukan.
• Memperkukuhkan komitmen pasukan dalam membuat persediaan menghadapi pertandingan.
• Membantu memastikan latihan dilaksanakan secara terancang dan berfokus.

TINDAK SUSUL:

1. Pemantauan berkala akan diteruskan sehingga tamat kejohanan.

2. Sokongan dan keperluan pasukan akan dikenal pasti untuk tindakan penambahbaikan.

3. Guru pengurus pasukan akan terus melaksanakan latihan berfokus bagi meningkatkan prestasi atlet sekolah. :::

Photos from SMK Pending's post 12/06/2026

MAJLIS PERSARAAN ENCIK CHOO THIAM CHOY
Tema: "Jasamu dikenang, budimu disanjung"
Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
Masa: 12:45 tengahari
Tempat: Dewan Global, SMK Pending
Penglibatan: Pengetua, Pentadbir, Guru Perdana, Guru T6, AKP & Murid T4 & T6

1. OBJEKTIF
• Menzahirkan penghargaan tinggi atas sumbangan dan khidmat bakti Encik Choo Thiam Choy sebagai warga pendidik.
• Menyediakan platform buat warga sekolah untuk menyampaikan ucapan selamat bersara.

2. RINGKASAN ATUR CARA
• 10:40 pagi: Berkumpul di dewan, nyanyian lagu rasmi & tayangan montaj khas.
• Acara Utama: Persembahan slaid, ucapan wakil pelajar, wakil sekolah, Encik Choo dan Pengetua.
• Simbolik: Persembahan murid dan guru, acara pemotongan kek, dan penyerahan cenderamata.
• 12:40 tengahari: Nyanyian lagu sekolah, bersurai, dan jamuan warga sekolah di foyer Pejabat Am.

3. RUMUSAN
Majlis berlangsung dengan jayanya dalam suasana hiba tetapi ceria. Kehadiran penuh daripada pentadbir, rakan sejawat, dan pelajar mencerminkan rasa hormat dan kasih yang mendalam terhadap beliau. Sesi ucapan amanat terakhir serta penyerahan cenderamata menjadi detik kemuncak yang menyentuh hati seluruh hadirin.

4. IMPAK
• Guru: Menyuntik inspirasi kepada guru-guru lain untuk terus berbakti dengan dedikasi.
• Murid: Memupuk nilai murni seperti menghormati guru dan menghargai jasa pendidik.
• Budaya: Mengekalkan tradisi harmoni sekolah dalam meraikan persaraan warga kerja.



Want your school to be the top-listed School/college?

Website