Arena Tun Tuanku Haji Bujang - AT2HB

Arena Tun Tuanku Haji Bujang - AT2HB Sports Centre provides support services for the planning, organizing and managing programs and servi

Sport Centre plays a key role in formulating plans to encourage students and staff in the sports & recreational activities aimed at making sports and recreation as a platform towards making UNIMAS excellence as a university culture of sport & recreation

All sports facilities can be used for free by all students and staff. Accordance with standard sports facilities and standards recognized by inte

rnational sports bodies, sports and recreational facilities in UNIMAS are among the best and most modern among the universities in Malaysia

24/08/2026
BALEH KAPIT RAFT SAFARI 2026 - EDISI KE-2923 OGOS 2026 / KAPIT, SARAWAKTahniah & syabas diucapkan kepada Pasukan Rakit U...
24/08/2026

BALEH KAPIT RAFT SAFARI 2026 - EDISI KE-29
23 OGOS 2026 / KAPIT, SARAWAK

Tahniah & syabas diucapkan kepada Pasukan Rakit UNIMAS kerana berjaya mempamerkan pencampaian cemerlang di Pertandingan Baleh Kapit Raft Safari 2026. Lebih manis, Pasukan Rakit Wanita telah berjaya mengekalkan kejuaraan untuk kali ke-2 berturut. Kredit diberikan kepada pengerusi Kelab Rakit UNIMAS , Rafika Jamaluddin atas komitmen yang diberikan dan semangat kerjasama berpasukan semua peserta yang terlibat. Pertandingan telah diadakan bertempat di Rumah Jonas, Nanga Sepata ke Pekan Kapit. Keputusan Rasmi pertandingan adalah seperti berikut:
1). Wanita Terbuka :
๐Ÿฅ‡Ladies UNIMAS Rafting Club ( JOHAN) : RM 6,000.00 + Piala Iringan + Pingat
๐Ÿฅ‰UNIMAS Raftvengers (TEMPAT KE-3): RM 3,000.00 + Piala Iringan + Pingat

2). Lelaki Terbuka :
๐ŸฅˆPasukan Lelaki UNIMAS ( NAIB JOHAN) : RM 4,000.00 + Piala Iringan + Pingat

Semoga pencapaian cemerlang ini akan menjadi motivasi kepada staf UNIMAS untuk terus aktif bersukan dan mengharumkannama UNIMAS.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
TNC HEPA, Universiti Malaysia Sarawak

Assallammualaikum & Salam sejahtera warga UNIMAS. Sama-samalah kita saksi Kan & memberi sokongan kepada Staf UNIMAS yang...
22/08/2026

Assallammualaikum & Salam sejahtera warga UNIMAS. Sama-samalah kita saksi Kan & memberi sokongan kepada Staf UNIMAS yang akan beraksi dalam kejohanan ini di Marina Bay, Singapura.

๐Ÿ“บ LIVE STREAMING โ€” CATCH ALL THE RACES FOR FREE! ๐Ÿ›ถ๐Ÿ”ฅ

From 20-29 August, watch the IVF World Sprint Championships Singapore 2026 LIVE from wherever you are! ๐ŸŒ

๐Ÿ”— https://www.youtube.com//streams

Also available on our partnering channels:
๐Ÿ“ก TNTV
๐Ÿ“ก Whakaata Mฤori

Wherever you are in the world, don't miss a single stroke of the action! ๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฌ๐ŸŒŠ


[22/08, 1:31 am] Hardy: ๐Ÿ“ฃ hi everyone you can view results live on www.liveresults.co.nz

Then click on our event at the top ๐Ÿค™๐Ÿผ

*22/8 (Sabtu)*
9.35 am - Mahadir : Master Men 40 - V1 500m Heat 7/7

2.34 pm - Hardy & Mahadir :Master Men 40 - V12 500m Heat 2/3

*23/8(Ahad)*

9.25 am - Monica : Open Women - V12 500m Heat 2/3

12.51 pm - Hardy : Master 50 Men - V1 500m Heat 3/6

๐ŸŽ‰ Tahniah Kontinjen Staf UNIMAS! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Staf Universiti Malaysia Sa...
21/08/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah Kontinjen Staf UNIMAS! ๐ŸŽ‰
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Staf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas pencapaian cemerlang di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 yang berlangsung di UniSZA

๐Ÿ… 6 Pingat Emas
๐Ÿฅˆ 7 Pingat Perak
๐Ÿฅ‰ 6 Pingat Gangsa

Pencapaian ini mencerminkan semangat kesukanan, komitmen, disiplin dan kerjasama yang tinggi dalam mengharumkan nama UNIMAS di pentas SUKUM 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah, Kontinjen Staf UNIMAS! ๐Ÿ’™โค๏ธ๐Ÿ’›

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Lavinia Clarissa Ascotia,  pelajar Program Asasi Sains Hayat (UNIMAS) atas kejayaan ...
21/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Lavinia Clarissa Ascotia, pelajar Program Asasi Sains Hayat (UNIMAS) atas kejayaan meraih pingat emas di Sukan Malaysia, SUKMA XXII Selangor 2026 dalam sukan polo air wanita.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua atlet UNIMAS untuk berjaya bukan hanya dalam bidang pelajaran tetapi juga bidang sukan.

Kredit Foto : UKAS dan Sarawak Tribune

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Haji Suhairi Bin Salem atas kenaikan pangkat daripada Gred S9 kepada Gred S10 sebaga...
18/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Haji Suhairi Bin Salem atas kenaikan pangkat daripada Gred S9 kepada Gred S10 sebagai Pegawai Belia dan Sukan.

Semoga kenaikan pangkat ini menjadi satu pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan sumbangan berterusan dalam memajukan Arena Tun Tuanku Haji Bujang serta pembangunan sukan di UNIMAS.

Ikhlas daripada seluruh warga Arena Tun Tuanku Haji Bujang (AT2HB), UNIMAS.

  TERIMA KASIH, UNISZA. TERIMA KASIH, POK JA.Berakhirnya Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) UniSZA ...
17/08/2026




TERIMA KASIH, UNISZA. TERIMA KASIH, POK JA.

Berakhirnya Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) UniSZA 2026 turut menandakan berakhirnya perjalanan kontinjen Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sepanjang berada di bumi Terengganu Darul Iman.

Di sebalik setiap perjalanan pergi dan balik ke venue pertandingan, ada insan yang sentiasa memastikan kami sampai ke destinasi dengan selamat. Pihak Sekretariat Kontinjen UNIMAS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) atas segala kemudahan, bantuan dan layanan yang diberikan sepanjang kejohanan berlangsung.

Penghargaan yang sangat istimewa kami tujukan kepada Pok Ja, pemandu bas TBH 9947, yang telah banyak berjasa kepada kontinjen UNIMAS.

Terima kasih, Pok Ja, kerana sentiasa sabar melayan kerenah kami, membawa kami dari satu venue ke satu venue, menunggu kami selesai bertanding dan memastikan perjalanan kami sentiasa berjalan lancar. Bukan sekadar menjalankan tugas sebagai seorang pemandu, keramahan dan layanan baik Pok Ja membuatkan kami berasa seperti berada bersama keluarga sendiri sepanjang berada di UniSZA.

Mungkin bagi orang lain, sebuah bas hanyalah pengangkutan. Tetapi bagi kami sepanjang SUKUM 2026, TBH 9947 menjadi sebahagian daripada perjalanan dan kenangan kontinjen UNIMAS di Terengganu.

Kami mendoakan semoga Allah SWT membalas segala kebaikan Pok Ja dengan sebaik-baik ganjaran. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan, dilimpahkan rezeki yang luas dan berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih atas setiap perjalanan, setiap pertolongan dan setiap layanan baik yang diberikan kepada kami.

Terima kasih, Pok Ja. Terima kasih, UniSZA.

Insya-Allah, jika ada rezeki dan kesempatan, kita berjumpa lagi.

Salam penghargaan daripada seluruh Kontinjen UNIMAS.
SUKUM UniSZA 2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, ATLET UNIMAS!Kontinjen Universiti Malaysia Sarawak menutup cabaran Kejohanan Sukan Staf Antara...
16/08/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, ATLET UNIMAS!

Kontinjen Universiti Malaysia Sarawak menutup cabaran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-46, SUKUM UniSZA 2026 dengan meraih keseluruhan 19 pingat: 6 emas, 7 perak dan 6 gangsa.

Pencapaian tersebut meletakkan UNIMAS di kedudukan ke-11 daripada 20 kontinjen yang bertanding. Pingat-pingat ini hadir menerusi acara olahraga, catur, tenpin boling, futsal, petanque, badminton dan dart.

Kita juga perlu mengakui bahawa sasaran awal 8 emas, 8 perak dan 8 gangsa, bersamaan 24 pingat, masih belum berjaya dicapai. Berbanding sasaran tersebut, UNIMAS kekurangan 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa, jurang keseluruhan sebanyak lima pingat.

Pecahan tujuh pingat perak menunjukkan bahawa UNIMAS sebenarnya berada hampir dengan kedudukan tertinggi dalam beberapa acara. Namun, sebahagian peluang pingat belum dapat diterjemahkan kepada emas, manakala beberapa acara yang diharapkan menyumbang pingat tidak berakhir dengan keputusan podium seperti disasarkan. Dalam kejohanan yang ditentukan oleh margin kecil, setiap mata, catatan masa, pusingan dan keputusan perlawanan membawa kesan besar terhadap kedudukan akhir.

Walau bagaimanapun, faktor khusus bagi setiap sukan perlu dinilai melalui sesi pascanilai yang berasaskan data, meliputi ketepatan sasaran, pemilihan dan persediaan atlet, prestasi mengikut pusingan, tahap kecergasan, strategi pertandingan serta kekuatan lawan. Tidak adil untuk meletakkan kegagalan mencapai sasaran kepada atlet semata-mata tanpa penelitian menyeluruh.

Raihan 19 pingat tetap merupakan hasil pengorbanan besar para atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kontinjen dan seluruh barisan sokongan. Setiap pingat membawa kisah disiplin, keberanian dan kesungguhan warga UNIMAS yang berjuang membawa nama universiti serta Sarawak.

Sasaran 8โ€“8โ€“8 belum tercapai kali ini, tetapi pencapaian dan pengalaman di UniSZA menjadi penanda aras penting untuk memperkemas persediaan kontinjen pada kejohanan akan datang yang dijadualkan akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh Kontinjen UNIMAS. Kemenangan pasti akan diraikan, segala kekurangan akan dinilai dan perjuangan pasti akan diteruskan.








Address

ARENA TUN TUANKU HAJI BUJANG (AT2HB)
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 21:00
Tuesday 08:00 - 21:00
Wednesday 08:00 - 21:00
Thursday 08:00 - 21:00
Friday 08:00 - 21:00

Telephone

+6082581662

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arena Tun Tuanku Haji Bujang - AT2HB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Arena Tun Tuanku Haji Bujang - AT2HB:

Shortcuts

Share