Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan - Pembangunan Strategi UPNM

  • Home
  • Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan - Pembangunan Strategi UPNM

Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan - Pembangunan Strategi UPNM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan - Pembangunan Strategi UPNM, College & University, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, .

26/08/2026

26 Ogos 2026 – Gerak kerja UPNM30 terus diperkemas menerusi penyelarasan dalaman yang memberi tumpuan kepada perancangan, penetapan keutamaan serta penyusunan tindakan secara harian dan mingguan.

Penyelarasan ini merangkumi kemajuan pembangunan Blueprint Teras Strategik UPNM30 dan pelaksanaan Projek Khas UPNM30 bagi memastikan setiap tindakan dilaksanakan secara terancang, tersusun dan selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan.





21/08/2026

21 Ogos 2026 – Gerak kerja UPNM30 diteruskan lagi melalui sesi dalaman Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan (Pembangunan Strategi) bagi memberi tumpuan kepada penyelarasan jadual pelaksanaan Blueprint UPNM30, termasuk perancangan dan tindakan susulan bagi memastikan penyediaannya berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Perbincangan turut meneliti perkembangan semasa Projek Khas UPNM30 serta tindakan susulan yang perlu dilaksanakan. Penyelarasan berterusan ini penting bagi memastikan gerak kerja Blueprint dan Projek Khas UPNM30 dapat dilaksanakan secara teratur serta selaras dengan perancangan universiti.





18/08/2026

17 Ogos 2026 – Penyelarasan Blueprint Teras Strategik UPNM30 terus diperkemas menerusi sesi perbincangan bersama Sekretariat UPNM30. Sesi ini memberi tumpuan kepada penelitian dan pemurnian kandungan Blueprint, di samping membincangkan kaedah penyampaian maklumat melalui infografik bagi memastikan setiap kandungan dapat dipersembahkan dengan lebih jelas, teratur dan menarik.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada proses dalam memastikan Blueprint Teras Strategik UPNM30 dibangunkan secara komprehensif dan bersedia untuk menjadi panduan pelaksanaan hala tuju strategik universiti.





14/08/2026

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 πˆππ…πŽπ†π‘π€π…πˆπŠ π”πππŒπŸ‘πŸŽ
ππ‘πŽπ‰π„πŠ πŠπ‡π€π’: ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 πŒπŽπƒ πŽππ„π 𝐀𝐍𝐃 πƒπˆπ’π“π€ππ‚π„ π‹π„π€π‘ππˆππ† (πŽπƒπ‹)

UPNM terus memperluas akses pendidikan pascasiswazah melalui pembangunan program secara mod Open and Distance Learning (ODL) yang lebih fleksibel, berkualiti dan memenuhi keperluan pembelajaran serta pasaran semasa.

Pelaksanaan projek ini memberi tumpuan kepada pembangunan sistem dan infrastruktur ODL bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan serta memenuhi keperluan akademik, operasi, teknologi dan piawaian MQA.

πŸŽ“ Program yang ditawarkan melalui ODL:
βœ… Master of Business Administration (MBA) – Projek Rintis
βœ… Doctor of Business Administration (DBA)
βœ… Doctor of Philosophy (PhD)

πŸ’‘ Inisiatif ini dijangka dapat menjana sumber pendapatan baharu UPNM, meningkatkan kompetensi digital warga universiti, memperkukuh reputasi akademik serta memperluas akses pendidikan pascasiswazah yang fleksibel kepada masyarakat dan golongan profesional.

🎯 Sasaran siap: Mei 2027 (Pengambilan Kohort Pertama)

13/08/2026

13 Ogos 2026 – Gerak kerja UPNM30 diteruskan melalui sesi dalaman Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan (Pembangunan Strategi) bagi meneliti perkembangan Blueprint UPNM30 dan Projek Khas UPNM30.

Sesi ini memberi tumpuan kepada kemajuan semasa, penambahbaikan kandungan Blueprint serta tindakan susulan Projek Khas bagi memastikan setiap perancangan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang teratur dan berkesan.

Gerak kerja ini akan terus diperkemas dari semasa ke semasa selaras dengan hala tuju UPNM30.





12/08/2026

12 Ogos 2026 – Dua sesi telah diadakan melibatkan Taklimat Projek Khas UPNM30 Baharu dan Penyelarasan Pelaksanaan UPNM30.

Sesi pertama melibatkan taklimat awal mengenai dua Projek Khas baharu UPNM30, iaitu Pembangunan Fakulti Maritim di Kampus Cawangan UPNM di Lumut dan Hala Tuju Pusat Asasi Pertahanan UPNM.

Sesi kedua memberi tumpuan kepada penyelarasan pelaksanaan UPNM30 yang merangkumi semakan kemajuan Projek Khas serta perkembangan penyediaan Blueprint UPNM30. Perbincangan turut meneliti kandungan dan pembukuan Blueprint bagi memastikan gerak kerja kedua-dua agenda utama UPNM30 terus dilaksanakan secara teratur dan selaras dengan perancangan yang ditetapkan.





Address

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

57000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan - Pembangunan Strategi UPNM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Penolong Naib Canselor Kanan - Pembangunan Strategi UPNM:

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share