SK Kampung Bulau

  • Home
  • SK Kampung Bulau

SK Kampung Bulau Selamat Datang ke Page SK Kampung Bulau Bekenu Sarawak (OFFICIAL).

Sebagai usaha menyokong aspirasi pendidikan negara serta memperkukuhkan penyebaran maklumat kepada komuniti setempat, pi...
13/06/2026

Sebagai usaha menyokong aspirasi pendidikan negara serta memperkukuhkan penyebaran maklumat kepada komuniti setempat, pihak SK Kampung Bulau dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah melaksanakan pemasangan poster dan banner berkaitan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 di kawasan sekolah.

Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat tentang hala tuju pendidikan negara dalam melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran serta berdaya saing selaras dengan keperluan masa hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan usaha ini. Semoga perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti pendidikan.





Assalamualaikum dan salam sejahtera.Pada majlis yang perpisahan staf kebersihan kali ini, kami ingin merakamkan setinggi...
07/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada majlis yang perpisahan staf kebersihan kali ini, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn Maimunah atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen sepanjang berkhidmat bersama kami.

Banyak kenangan pahit, manis dan pengalaman yang telah dikongsi bersama.
Sesungguhnya, perpisahan ini bukanlah pengakhiran sebuah hubungan, tetapi permulaan kepada perjalanan baharu yang lebih gemilang.

Kami mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang luas serta terus cemerlang walau di mana berada.

“Jauh di mata, dekat di hati.”

Terima kasih atas segala bakti dan semoga diberkati selalu.

“Cuti sekolah dah tiba ✨Semoga hari-hari cuti penuh dengan kegembiraan, rehat yang cukup, dan kenangan indah bersama kel...
22/05/2026

“Cuti sekolah dah tiba ✨
Semoga hari-hari cuti penuh dengan kegembiraan, rehat yang cukup, dan kenangan indah bersama keluarga. Jangan lupa jaga diri dan keselamatan"

Selamat menyambut Tadau Kaamatan,Selamat Hari Gawai dan Selamat menyambut Aidiladha ✨✨✨

📢 Ceramah Keselamatan dalam Sekolah 🚸Sebelum cuti bermula,hari ini telah berlangsung ceramah keselamatan bagi memberi pe...
22/05/2026

📢 Ceramah Keselamatan dalam Sekolah 🚸

Sebelum cuti bermula,hari ini telah berlangsung ceramah keselamatan bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid tentang pentingnya menjaga keselamatan diri dalam sekolah. Aspek yang disentuh ialah keselamatan semasa di dalam bilik darjah, keselamatan penggunaan elektrik, laluan koridor dan tangga serta keselamatan semasa melakukan aktiviti di luar bilik darjah.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat dan meningkatkan sikap lebih peka, berdisiplin serta bertanggungjawab demi kesejahteraan bersama. 🤝✨

✨ Tahniah & Syabas ✨Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kem Cemerlang Jawi SK Kam...
19/05/2026

✨ Tahniah & Syabas ✨
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kem Cemerlang Jawi SK Kampung Bulau dengan penuh dedikasi dan semangat kerjasama.

Semoga program ini dapat memperkukuhkan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid serta menanam rasa cinta terhadap warisan Islam dan bahasa Melayu.

Setinggi penghargaan kepada ustzah Solehah dari Sk Kpg Angus yang sudi berkongsi ilmu dengan anak-anak Bulau.

Terima kasih kepada guru-guru, fasilitator, ibu bapa dan semua murid yang telah memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung.

🌟 “Jawi Diperkasa, Generasi Berilmu Dibina” 🌟

🔥 BEYBLADE X SUBIS OPEN 2026🔥16/5/2025Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid SK Kampung Bulau yang berani menyahut caba...
17/05/2026

🔥 BEYBLADE X SUBIS OPEN 2026🔥

16/5/2025

Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid SK Kampung Bulau yang berani menyahut cabaran dalam pertandingan Beyblade X Subis Open 2026, kejohanan julung kali dianjurkan di daerah Subis bertempat di Dewan Gemilang, SK Bekenu💥

Penyertaan ini bukan sekadar pertandingan permainan, ia adalah sukan yang menjadi platform murid mengasah kemahiran berfikir secara strategik, fokus, koordinasi tangan dan mata serta semangat daya saing yang sihat. 🧠⚡

Beyblade X juga sangat berkait rapat dengan elemen STEM melalui:
🔹 Sains – memahami daya putaran, momentum dan geseran
🔹 Teknologi – mengenali reka bentuk serta fungsi komponen Beyblade
🔹 Kejuruteraan – membina kombinasi terbaik untuk prestasi maksimum
🔹 Matematik – menganalisis kelajuan, imbangan dan strategi permainan

Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk murid terus aktif dalam dunia inovasi, kreativiti dan pembelajaran abad ke-21. 🌟

SK Kampung Bulau bukan sekadar hadir…
kami datang untuk mencabar! 💪🔥







Tahniah dan syabas kepada semua guru SK Kampung Bulau atas kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan PLC bagi menyempurn...
14/05/2026

Tahniah dan syabas kepada semua guru SK Kampung Bulau atas kesungguhan dan komitmen dalam menjayakan PLC bagi menyempurnakan Kursus Google Educator dan Google Gemini.

Semangat untuk terus menimba ilmu, meningkatkan kemahiran digital serta menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi pendidikan amat membanggakan. Semoga usaha ini dapat melahirkan warga pendidik yang lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam memperkasakan PdP abad ke-21.

Terus maju jaya dan tahniah atas usaha yang sangat baik demi kecemerlangan pendidikan.

🚨 LATIHAN FIRE DRILL FASA 1 🚨Telah berlangsung Latihan Fire Drill Fasa 1 pada 13 Mei 2026 bagi memastikan warga sekolah ...
14/05/2026

🚨 LATIHAN FIRE DRILL FASA 1 🚨

Telah berlangsung Latihan Fire Drill Fasa 1 pada 13 Mei 2026 bagi memastikan warga sekolah sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan khususnya kebakaran.

Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid dan guru tentang tatacara menyelamatkan diri dengan cepat, teratur dan selamat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah atas kerjasama yang sangat baik sepanjang latihan dijalankan. Semoga latihan seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan budaya keselamatan dalam kalangan warga sekolah.

🔥 “Keselamatan Tanggungjawab Bersama” 🔥



Sampah yang kita buang merata bukan hilang begitu saja, tapi jadi beban kepada alam dan orang lain.Mulakan dengan diri s...
14/05/2026

Sampah yang kita buang merata bukan hilang begitu saja, tapi jadi beban kepada alam dan orang lain.
Mulakan dengan diri sendiri — buang sampah di tempat yang
betul, jaga kebersihan demi keselesaan bersama.

Ayuh ,sama-sama kita mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang prihatin dan sayang akan alam sekitar.

🌱🗑️
“Bersih itu tanggungjawab, bukan pilihan.”



11 Mei 2026, SK Kampung Bulau dengan penuh komitmen telah meluncurkan Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah seba...
13/05/2026

11 Mei 2026, SK Kampung Bulau dengan penuh komitmen telah meluncurkan Program 5 Minit Kesedaran Keselamatan Sekolah sebagai wadah memperkasa budaya keselamatan dalam kalangan warga sekolah serta memupuk sikap peka, prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan bersama.

Program dilaksanakan bermula dengan tajuk "Bahaya Trend Handstand" yang kini menular di laman-laman media sosial menjadi ikutan anak-anak murid.

bersama
See less

Address

SK Kampung Bulau, D/A Pejabat Pendidikan Daerah Subis

98150

Opening Hours

Monday 07:00 - 17:00
Tuesday 07:00 - 17:00
Wednesday 07:00 - 17:00
Thursday 07:00 - 17:00
Friday 07:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Kampung Bulau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share