Silat Cekak Pusaka Hanafi Terengganu

  • Home
  • Silat Cekak Pusaka Hanafi Terengganu

Silat Cekak Pusaka Hanafi Terengganu Silat cekak diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hj Hanafi Hj Ahmad dan kini diterajui oleh puteranya yang

13/08/2026

40 TAHUN PEMERGIAN ALMARHUM USTAZ HANAFI AHMAD

Pengasas Silat Cekak

“Empat dekad berlalu, namun jasa dan perjuangan tetap menjadi warisan.”

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Tanggal 13 Ogos 1986 menjadi satu tarikh yang terpahat dalam lipatan sejarah Silat Cekak apabila perginya seorang tokoh yang telah mencurahkan seluruh jiwa dan baktinya dalam mengangkat martabat seni persilatan Melayu.

Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad, Pengasas Silat Cekak, bukan sekadar meninggalkan sebuah seni persilatan, tetapi turut meninggalkan warisan ilmu, adab, disiplin dan jati diri yang terus menjadi pedoman kepada generasi pewaris sehingga ke hari ini.

Empat puluh tahun berlalu, namun legasi perjuangan Almarhum terus hidup dan berkembang. Setiap langkah, setiap gerak dan setiap ilmu yang diwariskan menjadi bukti bahawa sesuatu perjuangan yang dibina dengan keikhlasan tidak akan pernah terhenti oleh zaman.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad, mengampunkan segala dosa dan kesilapannya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkan Almarhum bersama para solihin.

Jasamu dikenang.
Ilmumu diwariskan.
Perjuanganmu diteruskan.
Warisanmu dipertahankan.

Al-Fatihah.





02/08/2026

𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑼𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑵 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑯𝑰𝑹𝑨𝑵

Dengan penuh rasa hormat, Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan serta seluruh warga Silat Cekak Pusaka Hanafi Malaysia merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Yang Mulia Kolonel Kehormat (PA) Dr. Haji Md Radzi bin Haji Hanafi, Pewaris Mutlak Silat Cekak merangkap Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia.

Sesungguhnya, kepimpinan, pengorbanan dan jasa Yang Mulia dalam memelihara, memperkukuh serta memartabatkan warisan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi telah menjadi sumber inspirasi dan pedoman kepada seluruh warga Pusaka Hanafi. Dengan kebijaksanaan, ketegasan dan kasih sayang seorang guru, Yang Mulia terus membimbing kami agar sentiasa menjunjung tinggi nilai ilmu, adab, amanah dan perjuangan.

Bersempena ulang tahun kelahiran ini, kami menadah tangan memohon ke hadrat Allah SWT agar Yang Mulia sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang penuh keberkatan, kekuatan jasmani dan rohani serta dipermudahkan segala urusan dalam meneruskan amanah memimpin dan mengembangkan perjuangan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat, keberkatan dan perlindungan-Nya kepada Yang Mulia serta mengurniakan kebahagiaan, ketenangan dan kejayaan yang berpanjangan di dunia dan di akhirat.


📢 PENGAMBILAN AHLI BAHARUSILAT CEKAK PUSAKA HANAFI TERENGGANUSyarat penyertaan:• Beragama Islam• Berumur 13 tahun ke ata...
18/07/2026

📢 PENGAMBILAN AHLI BAHARU
SILAT CEKAK PUSAKA HANAFI TERENGGANU

Syarat penyertaan:
• Beragama Islam
• Berumur 13 tahun ke atas
• Sesuai untuk lelaki dan wanita
• Pembelajaran mudah, ringkas dan bersistematik
• Berkonsepkan 99% menanti serangan

Lokasi & nombor untuk dihubungi:

📍 Pusat Latihan Kuala Terengganu
📞 013-977 9489

📍 Pusat Latihan Kemaman
📞 013-442 8822

📍 Kelas Latihan UniSZA
📞 013-977 9489

📍 Kelas Latihan Manir
📞 018-460 4409

📍 Kelas Latihan Masjid Geliga
📞 011-1089 4015

📍 Kelas Latihan Kijal
📞 011-1871 9010

🥋 Jom sertai Silat Cekak Pusaka Hanafi dan pelajari seni mempertahankan diri yang berteraskan disiplin, adab, serta warisan budaya Melayu.

“Jom Pakat Belajar Silat Cekak Pusaka Hanafi!”

17/06/2026

SALAM AWAL MUHARRAM 1448H

Dengan tibanya Awal Muharram, kita melangkah ke lembaran baharu tahun hijrah dengan penuh kesyukuran, keinsafan dan azam untuk menjadi insan yang lebih baik.

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW mengajar kita erti pengorbanan, kesungguhan dan keteguhan dalam mempertahankan prinsip serta meneruskan perjuangan demi mencapai keredaan Allah SWT.

Semoga tahun baharu ini menjadi titik permulaan kepada peningkatan ilmu, pengukuhan ukhuwah, pemantapan jati diri serta kejayaan yang lebih bermakna dalam setiap aspek kehidupan.

Marilah kita bersama-sama memperbaharui tekad dan memperkukuhkan iltizam untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara berlandaskan nilai-nilai murni dan akhlak yang terpuji.

Salam Maal Hijrah 1448H

Mesyuarat Agung Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi  Malaysia Cawangan Terengganu kali ke 18 dan Majlis Sam...
07/04/2026

Mesyuarat Agung Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia Cawangan Terengganu kali ke 18 dan Majlis Sambutan Hari Raya.

Tarikh: 04/04/2026(Sabtu)
Masa : 9.00pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Pusat Latihan Kemaman Taman Samudera, Kemaman

Majlis Buka Puasa Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Terennganu Tarikh : 12/03/2026(Khamis)Tempat:Pink Plates Cafe...
12/03/2026

Majlis Buka Puasa Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Terennganu
Tarikh : 12/03/2026(Khamis)
Tempat:Pink Plates Cafe & Gift Shop
Taman Cukai Utama
24000 Kemaman
Masa: 6.30petang

Kelas  Silat Cekak Pusaka Hanafi telah berjalan di Masjid Geliga, Cukai pada 21/11/2025(Jumaat). Mana-mana kariah sekita...
24/11/2025

Kelas Silat Cekak Pusaka Hanafi telah berjalan di Masjid Geliga, Cukai pada 21/11/2025(Jumaat). Mana-mana kariah sekitar Masjid Geliga yang berminat untuk belajar boleh terus hubungi no di bawah👇👇👇
Che wan Anizam 013-442 8822
Syazwan +60 11-1089 4015



Kelas latihan  bersama2 ahli  Pusaka Hanafi di Pusat latihan Kemaman.🥰😍Latihan setiap hari Ahad dan selasamasa: 9.00mlm ...
13/10/2025

Kelas latihan bersama2 ahli Pusaka Hanafi di Pusat latihan Kemaman.🥰😍
Latihan setiap hari Ahad dan selasa
masa: 9.00mlm - 11.00mlm
berminat untuk belajar boleh wasap: https://wa.link/ayqw17

07/10/2025
Dinner (04/10/2025, sabtu) bersama YM Guru di kedai salah seorang ahli Pusat Latihan Kemaman.
07/10/2025

Dinner (04/10/2025, sabtu) bersama YM Guru di kedai salah seorang ahli Pusat Latihan Kemaman.

Address

LOT 6465, Tingkat 1, Taman Air Putih, Jalan Air Putih

24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Cekak Pusaka Hanafi Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share