Faculty Of Innovative Design and Technology - FRIT

  • Home
  • Faculty Of Innovative Design and Technology - FRIT

Faculty Of Innovative Design and Technology - FRIT Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Faculty Of Innovative Design and Technology - FRIT, Education Website, Universiti Sultan Zainial Abidin (UniSZA), Gong Badak Campus, .

Tahniah kepada pasukan UniSZA (Feinosky) yang mewakili universiti dalam Business Combat 2026 anjuran SSM dengan kerjasam...
01/04/2026

Tahniah kepada pasukan UniSZA (Feinosky) yang mewakili universiti dalam Business Combat 2026 anjuran SSM dengan kerjasama UKM.

Mereka membangunkan projek MynX: Moves platform e-pembelajaran berasaskan AI yang menggabungkan permainan tradisional (fokus Ceper) dengan gamifikasi, pembelajaran budaya, dan penjejakan prestasi untuk tarik minat generasi moden.

Dibimbing oleh YBrs. TS. Dr. Addy Putra, pasukan ini terdiri daripada 4 pelajar Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi (FRIT).

Program ini bertujuan melahirkan startup pelajar berasaskan teknologi melalui pitching kompetitif di peringkat nasional.

Semoga berjaya dan terus mengharumkan nama UniSZA.

Bila takbir bergema syahdu,Hati kembali jernih bersatu;Jika ada salah dan silap yang lalu,Ampun dipinta setulus kalbu.Se...
20/03/2026

Bila takbir bergema syahdu,
Hati kembali jernih bersatu;
Jika ada salah dan silap yang lalu,
Ampun dipinta setulus kalbu.

Semoga Syawal membawa bahagia,
Mengikat ukhuwah, menyulam rasa,
Dalam langkah ilmu dan inovasi,
Kita terus maju, penuh harmoni.

Kami di FRIT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin buat semua.

๐ŸŒฟ Raya penuh makna, bersama yang tercinta ๐ŸŒฟ

Salam Nuzul Quran 1447H.Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia. Semoga kita semua terus ...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran 1447H.

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh manusia. Semoga kita semua terus menjadikan Al-Quran sebagai sumber ilmu, panduan serta pedoman dalam menuju kejayaan di dunia dan akhirat.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Farhan bin Zul Akmal, mahasiswa FRIT, atas kejayaan meraih Naib Johan Kategori Tilawah...
24/02/2026

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Farhan bin Zul Akmal, mahasiswa FRIT, atas kejayaan meraih Naib Johan Kategori Tilawah Lelaki (Peringkat Tempatan) sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Institusi Pendidikan Tinggi ASEAN 2025/2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat seluruh warga FRIT untuk terus cemerlang dan gemilang.




Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Rodianah Binti Alias dan Dr. W. Noor Fatihah Binti W. Mohamad, Pensyarah Kanan F...
23/02/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr. Rodianah Binti Alias dan Dr. W. Noor Fatihah Binti W. Mohamad, Pensyarah Kanan FRIT, atas pemilihan mewakili penyelidik Malaysia ke 68th Japanese Antarctic Research Expedition (JARE-68) โ€“ Winter Training Course yang ditaja sepenuhnya oleh National Institute of Polar Research (NIPR), Jepun.

Pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, malah mencerminkan komitmen berterusan fakulti dalam memperkasa penyelidikan bertaraf antarabangsa serta menyumbang kepada agenda sains global. Penyertaan dalam ekspedisi penyelidikan Antartika ini membuktikan keupayaan akademia tempatan untuk berdiri sebaris di pentas dunia.

Semoga pengalaman dan kepakaran yang diperoleh menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi strategik dan kecemerlangan penyelidikan pada masa hadapan.




Ramadan kembali mengetuk pintu hati, membawa bersama cahaya keinsafan dan rahmat Ilahi.Dalam kesibukan dunia, Ramadan me...
18/02/2026

Ramadan kembali mengetuk pintu hati, membawa bersama cahaya keinsafan dan rahmat Ilahi.

Dalam kesibukan dunia, Ramadan mengingatkan kita tentang makna sebenar kehidupan memberi, memaafkan, dan mensyukuri setiap nikmat yang dipinjamkan.

Semoga bulan yang mulia ini mendidik jiwa kita menjadi lebih sabar, lebih ikhlas, dan lebih dekat dengan Yang Maha Esa.

Salam Ramadan 1447H.
Semoga setiap amalan kecil kita menjadi saksi kasih kita kepada Tuhan, dan setiap kebaikan yang kita hulurkan menjadi cahaya buat insan lain.

'FUTURE BY DESIGN, POWERED BY TECHNOLOGY'

08/02/2026
04/02/2026

๐ŸŽ“ PERMOHONAN UPUOnlineยฎ๏ธ | SENARAI INSTITUSI/ AGENSI DI BAWAH SELIAAN UPUOnlineยฎ๏ธ

Hai adik-adik! ๐Ÿฅณ

โœ”๏ธ Berikut adalah SENARAI INSTITUSI/ AGENSI di bawah seliaan UPUOnlineยฎ๏ธuntuk panduan dan rujukan adik-adik semasa mengisi permohonan UPUOnlineยฎ๏ธ:

๐Ÿ”ท Senarai 20 Universiti Awam (UA);
๐Ÿ”ท 36 Politeknik dan 106 Kolej Komuniti; dan
๐Ÿ”ท MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT)

๐ŸŒ Maklumat rasmi dan terkini boleh dirujuk di:
๐Ÿ‘‰ https://upu.mohe.gov.my/

Semak senarai institusi dulu sebelum isi UPUOnlineยฎ๏ธ ya adik-adik. Isi dengan betul, masa depan pun lebih terjamin๐Ÿ˜‰

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli
BKPA UPU



Lawatan Penilaian Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2025Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZ...
04/02/2026

Lawatan Penilaian Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2025

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima sesi lawatan penilaian akhir sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT) 2025 bagi Kategori Institusi Terbaik (Universiti) pada Selasa, 3 Februari 2026, melibatkan penilaian menyeluruh yang merangkumi Kampus Besut, Setiu Wetland, Merang dan Kampus Gong Badak.

FRIT telah terlibat dengan lawatan penilaian ini yang melibatkan aktiviti penjanaan pendapatan FRIT. Para panel penilai yang diiringi oleh Pengurusan tertinggi UniSZA telah disambut oleh Pengurusan Fakulti dan staf pentadbiran serta staf bengkel dan makmal.

Panel penilai telah diberi taklimat berkenaan aktiviti penjanaan pendapatan FRIT terutamanya penghasilan produk cenderamata yang melibatkan penggunaan mesin laser cut dan pencetak 3D.

๐…๐‘๐ˆ๐“ ๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€ ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐ข๐ž ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ, ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐งGong Badak, 2 Februari 2026 โ€“ Fakulti Reka...
03/02/2026

๐…๐‘๐ˆ๐“ ๐”๐ง๐ข๐’๐™๐€ ๐€๐ง๐ฃ๐ฎ๐ซ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ค๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐ข๐ž ๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฒ, ๐‰๐ž๐ฉ๐ฎ๐ง

Gong Badak, 2 Februari 2026 โ€“ Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan satu Sesi Perkongsian Ilmu bersama delegasi Mie University, Jepun bertempat di Auditorium Perpustakaan UniSZA, Kampus Gong Badak.

Delegasi Mie University telah disambut oleh pihak pengurusan FRIT yang diketuai oleh Dekan FRIT, Prof. Dr. Saiful Bahri bin Mohamed. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan FRIT dalam memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antarabangsa antara UniSZA dan Mie University.

Sesi perkongsian ini menampilkan dua ahli akademik terkemuka dari Mie University iaitu Prof. Nobuyuki Imanishi, Profesor Pelawat FRIT UniSZA merangkap Profesor dari Division of Applied Chemistry, Graduate School of Engineering, Mie University, serta Prof. Masataka Kubo dari institusi yang sama. Prof. Imanishi telah menyampaikan perkongsian bertajuk โ€œTrends and Future Directions in Advanced Battery Technologiesโ€, manakala Prof. Kubo membentangkan topik โ€œSolid Polymer Electrolytes Based on Polyethylene Oxideโ€.

Program ini telah disertai oleh pensyarah, penyelidik, staf pentadbiran, staf bengkel dan makmal serta para pelajar FRIT. Sesi ini memberi pendedahan berharga khususnya dalam bidang teknologi bateri termaju, bahan polimer dan hala tuju penyelidikan berkaitan tenaga masa hadapan.

Selepas tamat sesi perkongsian, delegasi Mie University telah dibawa melawat kemudahan makmal dan bengkel di FRIT bagi meninjau fasiliti pengajaran dan penyelidikan yang tersedia. Delegasi tersebut turut dijemput untuk terlibat secara langsung dalam semakan kurikulum program baharu FRIT, khususnya program berkaitan Kenderaan Elektrik (Electric Vehicle, EV) dan pembuatan pintar (smart manufacturing).

Penganjuran program ini dijangka dapat memperkukuh lagi hubungan kerjasama strategik antara UniSZA dan Mie University, selaras dengan aspirasi FRIT untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan membangunkan program pengajian yang relevan dengan keperluan industri serta teknologi masa hadapan.

Address

Universiti Sultan Zainial Abidin (UniSZA), Gong Badak Campus

21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty Of Innovative Design and Technology - FRIT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share