SMK Pusat Bandar Puchong 1

SMK Pusat Bandar Puchong 1

Share

Admin :Barisan AJK PIBG SMK PBP1
Motto sekolah :
Berwawasan, Berketrampilan, Cemerlan

Photos from SMK Pusat Bandar Puchong 1's post 04/03/2026

Majlis Ada Yang Sayang – Goodies Bags Distribution to Underprivileged Students

In the spirit of care and compassion, 30 goodies bags were prepared for Chinese New Year. This initiative is part of our welfare support to ensure underprivileged students receive festive care and essential items, allowing them to celebrate these meaningful occasions with joy and dignity.

Together, we spread kindness and ensure that no child is left behind during festive seasons. ❤️

Photos from SMK Pusat Bandar Puchong 1's post 03/03/2026

Majlis Send-Off
Bingkisan Kasih, Sanjungan Budi
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat Puan Noor Hasni binti Abdullah atas segala jasa, ilmu dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan.
Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan dan sentiasa dalam rahmat-Nya. Kenangan bersama akan sentiasa terpahat di hati. 💐✨
Selasa, 3 Mac 2026
7.45 pagi | Tapak Perhimpunan

25/02/2026

📢 Jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG SMK Pusat Bandar Puchong 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ibu bapa dan penjaga.

Dengan segala hormatnya, pihak PIBG SMK Pusat Bandar Puchong 1 ingin menjemput semua ibu bapa dan penjaga untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 28/2/2026
🕘 Masa: 9pagi - 12ptg
📍 Tempat: SMK Pusat Bandar Puchong 1

Kehadiran dan sokongan tuan/puan amatlah penting dalam sama-sama berbincang serta menyumbang idea demi kemajuan dan kebajikan anak-anak kita serta pembangunan sekolah.

Marilah kita bersama-sama memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan kerjasama antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Jumpa anda di Mesyuarat Agung PIBG! 🙏✨

22/02/2026
Photos from SMK Pusat Bandar Puchong 1's post 20/02/2026

🎓 Majlis Persaraan Pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1 🎓

Majlis persaraan bagi Pengetua yang dihormati, Pn. Noor Hasni binti Abdullah, telah diadakan dengan penuh bermakna sebelum ketibaan bulan Ramadan.

Majlis ini berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan rasa terharu atas segala jasa, kepimpinan serta dedikasi beliau sepanjang menerajui SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Pn. Noor Hasni binti Abdullah akan bersara secara rasmi pada bulan Mac, dan bakal memulakan fasa baharu dalam kehidupan. Segala sumbangan dan pengorbanan beliau amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga sekolah.

Semoga kehidupan selepas persaraan dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik serta ketenangan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. 🌸✨

10/02/2026

Pertandingan Mengumpul Tin Minuman Aluminium 2026

Photos from SMK Pusat Bandar Puchong 1's post 12/01/2026

Majlis Taklimat dan Pendaftaran Murid Peralihan dan Tingkatan 1
Kalender Akademik 2026

Photos from SMK Pusat Bandar Puchong 1's post 07/01/2026

PENDAFTARAN KOKURIKULUM 2026 (TINGKATAN 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pendaftaran kokurikulum bagi sesi 2026 akan dibuka seperti berikut:

🔸 9 - 10 Januari 2026 (Jumaat, 8.00 A.M hingga Sabtu, 12.00 P.M)
🔸 Melalui pautan & QR code atau link ini: https://forms.gle/udiygeb6EiZq8XNB8 (TINGKATAN 1, 2026)

Murid boleh memilih:
📍1 Kelab persatuan, 1 Sukan permainan dan 1 Unit Beruniform (mengikut kuota yang tersedia).
📍 Setiap murid hanya boleh mendaftar SEKALI sahaja. Pemilihan adalah berdasarkan first come, first served.

‼️ Jika sesuatu unit tidak muncul dalam pilihan di Google Form, itu bermaksud kuota telah penuh.
‼️ Rayuan dan pertukaran TIDAK AKAN DILAYAN SAMA SEKALI.

07/01/2026

Program Smart Gen
Waktu Persekolahan minggu pertama

24/12/2025

Penting : Perhatian kepada ibu bapa yang membeli buku di kedai buku sekolah

1. Pihak sekolah tidak menghalang ibu bapa daripada membawa anak kecil semasa membeli buku di kedai buku sekolah. Namun begitu, pihak sekolah memohon kerjasama agar ibu bapa sentiasa mengawasi dan memastikan anak kecil berada di sisi masing-masing sepanjang masa.

Terdapat satu insiden melibatkan seorang anak kecil berusia bawah 6 tahun yang berjalan di sekitar kawasan sekolah tanpa pengawasan. Demi keselamatan anak anda, tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga.

2. Kami juga berharap ibu bapa membeli buku untuk anak-anak atau murid-murid yang membeli buku tidak masuk kawasan lain di dalam sekolah seperti kelas dan dewan, dan hanya berada di kawasan kedai buku sahaja.
Sebarang lawatan di dalam kawasan sekolah adalah tertakluk kepada kebenaran rasmi daripada pihak sekolah demi keselamatan semua pihak.

Kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih.

Want your school to be the top-listed School/college?

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00