Majlis Guru PASTI Sungai Buloh

  • Home
  • Majlis Guru PASTI Sungai Buloh

Majlis Guru PASTI Sungai Buloh Majlis Guru PASTI Sungai Buloh

01/04/2026
✨ Syabas & Tahniah ✨kepada para pelajar yang menerima keputusan SPM 2025 terutama Alumni PASTI Kawasan Sungai Buloh 💐Alh...
31/03/2026

✨ Syabas & Tahniah ✨
kepada para pelajar yang menerima keputusan SPM 2025 terutama Alumni PASTI Kawasan Sungai Buloh 💐
Alhamdulillah atas segala usaha, doa dan tawakkal yang telah kalian lakukan.
Setiap kejayaan adalah bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang tidak pernah berputus asa 🤍
💪 Teruskan melangkah dengan yakin, jangan berhenti bermimpi.
Kejayaan hari ini adalah permulaan untuk masa depan yang lebih gemilang.
☘️Jika jatuh, bangkitlah semula dengan doa dan usaha — kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
🌟 Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan dan diberkati.




🌙 Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita kembali ke sesi persekolahan 🌸📚 Selamat kembali ke sekolahSemoga anak-anak ...
29/03/2026

🌙
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita kembali ke sesi persekolahan 🌸
📚 Selamat kembali ke sekolah
Semoga anak-anak PASTI dikurniakan ilmu yang bermanfaat, hati yang tenang dan semangat yang berterusan dalam menuntut ilmu 🤲✨
"رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا🤲🏻"

🌷 Buat Muallimah PASTI
Teruskan mendidik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan 💖
Setiap usaha, setiap didikan adalah pahala yang mengalir tanpa henti 🤲
Semoga Allah SWT menguatkan semangat, mempermudahkan urusan dan memberkati setiap langkah kalian 🌹✨
🗓 30 Mac 2026 | Isnin

Cuti dah habis… jom mulakan dengan Bismillah 🌈


🌙✨ MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2026 ✨🌙Dimaklumkan bahawa cuti sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Cuti Pengga...
18/03/2026

🌙✨ MAKLUMAN CUTI HARI RAYA AIDILFITRI 2026 ✨🌙

Dimaklumkan bahawa cuti sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Cuti Penggal 1 akan bermula pada:

📅 18 Mac 2026 – 29 Mac 2026

📚 Sesi persekolahan akan dibuka semula pada:
🗓 30 Mac 2026 (Isnin)

Semoga cuti ini memberi peluang kepada semua untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta serta menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan ke&berkatan.
Hati-hati memandu, semoga selamat sampi ke destinasi. 🤲🏻💞

🌟 Selamat Hari Raya Aidilfitri
🌙 Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada:
Majlis Guru PASTI Kawasan Sg. Buloh 🌷



SALAM NUZUL QURAN 1447H/2026MKita memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira mel...
07/03/2026

SALAM NUZUL QURAN 1447H/2026M

Kita memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira melalui malaikat Jibril dengan perintah “Iqra’ – Bacalah.” Peristiwa ini menjadi permulaan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia.

Nuzul Quran mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Dalam dunia masa kini yang penuh cabaran dan perubahan, Al-Quran tetap menjadi cahaya yang membimbing hati, akal dan tindakan kita.

Semoga kita semua sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menjadikannya panduan dalam setiap langkah kehidupan.


Marhaban Ya Ramadan.Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan dalam keadaan iman yang sempurna, kesihatan yang baik da...
18/02/2026

Marhaban Ya Ramadan.
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan dalam keadaan iman yang sempurna, kesihatan yang baik dan hati yang bersih 🤲🏻.

Allah SWT berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
— (Surah Al-Baqarah: 183)

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan."
— (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Semoga setiap amalan kita diterima, setiap doa diangkat, dan setiap air mata taubat menjadi saksi cinta kita kepada-Nya.
Ramadan Kareem 🌙✨

Ikhlas daripada:
Majlis guru PASTI Kawasan Sungai Buloh



Alhamdulillah ,selesai kursus hari ni. Tahniah guru-guru PASTI Sg Buloh yg dipilih oleh Allah utk hadir ke kursus sehing...
14/02/2026

Alhamdulillah ,selesai kursus hari ni. Tahniah guru-guru PASTI Sg Buloh yg dipilih oleh Allah utk hadir ke kursus sehingga ptg.

Semoga segala ilmu yg diberikan hari ini dpt di manfaatkan di PASTI masing².

Terima Kasih kpd JU K4T , Cg Zainab.

~Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani~



🌙✨ MEMO CUTI SEKOLAH ✨🌙بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِDimaklumkan traikh cuti sekolah  bermula :14 Februari 2026 ...
14/02/2026

🌙✨ MEMO CUTI SEKOLAH ✨🌙

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dimaklumkan traikh cuti sekolah bermula :
14 Februari 2026 - 22 Februari 2026 (9 hari)

bersempena:
🎊 Tahun Baru Cina (17 & 18 Februari 2026)
🌙 Awal Ramadan (19 Februari 2026)

Semoga masa cuti ini dimanfaatkan sebaiknya untuk bersama keluarga tercinta, mengeratkan silaturrahim serta membuat persiapan menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak dengan hati yang bersih dan penuh keinsafan.

📚 Sekolah akan dibuka semula pada 23 Februari 2026 (Isnin).

Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati setiap langkah anak-anak kita serta mempermudahkan segala urusan kita semua. آمين يا رب العالمين 🤲✨





Alhamdulillah..Semoga segala ilmu yg bermanfaat ini dpt diterapkan di pasti masing² nnt.
25/01/2026

Alhamdulillah..

Semoga segala ilmu yg bermanfaat ini dpt diterapkan di pasti masing² nnt.

📸LENSA RETREAT MAJLIS GURU PASTI KAWASAN SUNGAI BULOH. 📸Alhamdulillah, selesai retreat 2025.Semoga semua terus Istiqamah...
20/01/2026

📸LENSA RETREAT MAJLIS GURU PASTI KAWASAN SUNGAI BULOH. 📸

Alhamdulillah, selesai retreat 2025.
Semoga semua terus Istiqamah, dipermudahkan dan segala perancangan berjalan dengan lancar 🤲

_MAJLIS GURU PASTI KAWASAN SUNGAI BULOH_




Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Guru PASTI Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share