BKIK, JPPKK

BKIK, JPPKK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BKIK, JPPKK, Education Website, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W, .

Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK) berperanan sebagai penghubung dan rangkaian strategik dengan industri, komuniti, agensi kerajaan, IPT dan agensi lain bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9 Mac 2026 | SESI PERBINCANGAN POTENSI KOLABORASIJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadak...
10/03/2026

9 Mac 2026 | SESI PERBINCANGAN POTENSI KOLABORASI

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadakan satu sesi perbincangan bagi meneroka potensi kolaborasi strategik bersama OCS Sdn. Bhd.

Sesi ini dipengerusikan oleh Ts. Jason Choy Min Sheng, Timbalan Pengarah, Unit Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti. Turut hadir ialah wakil daripada beberapa bahagian di JPPKK, termasuk Unit Kebolehpasaran Graduan serta Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (Latihan Industri).

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama berkaitan penempatan Latihan Industri dan Work-Based Learning (WBL), di samping memperluas peluang kerjaya kepada graduan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Delegasi OCS Sdn. Bhd. p**a diketuai oleh Puan Salmah Ali, Pengarah Sumber Manusia, bersama Puan Noraishah Mohd Nor, Ketua Bahagian Sumber Manusia, serta Encik Faiz bin Abdul Malek, Pengurus Sumber Manusia (Pengambilan, Latihan dan Pembangunan).

Sesi perbincangan ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara JPPKK dan pihak industri dalam usaha memperkukuh sinergi strategik, seterusnya memperluas peluang kerjaya kepada graduan serta memperkasa ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

3 MAC 2026 | SESI PERBINCANGAN POTENSI KOLABORASIJabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadak...
04/03/2026

3 MAC 2026 | SESI PERBINCANGAN POTENSI KOLABORASI

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadakan sesi perbincangan bagi meneroka kolaborasi strategik bersama Pepper Labs Sdn. Bhd..

Sesi dipengerusikan oleh Dr. Asnizah binti Sahekhaini Timbalan Pengarah, Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, serta turut dihadiri oleh barisan Timbalan Pengarah dan wakil-wakil bahagian JPPKK. Delegasi Pepper Labs p**a diketuai oleh Encik Selan Rajendran, Pengarah Urusan, bersama Puan Nadiah Asmadi, Pengurus Pembangunan Bakat.

Antara cadangan program yang dibincangkan ialah:

i. AI Masterclass – Latihan profesional AI untuk pegawai dan kakitangan JPPKK.
ii. AI for MYFuture – Program pemerkasaan AI bersama Microsoft untuk pelajar TVET, komuniti serta institusi tahfiz dan pondok.
iii.Dapur Digital – Pemerkasaan usahawan mikro B40 melalui kemudahan dapur bersama dan latihan pendigitalan.
iv. K-Youth Development Programme – Skim latihan tajaan Khazanah Nasional bagi melengkapkan belia dengan kemahiran berimpak tinggi dan berteraskan permintaan industri semasa.

Sesi ini membuka ruang kepada perbincangan lanjut bagi memperkukuh sinergi antara JPPKK dan pihak industri dalam memperluas akses latihan berkemahiran tinggi serta memperkasa ekosistem TVET negara.

26 FEB 2026 | GENERATIVE AI AND AGENTIC AI TRAINING MODULES CONDUCTED BY THE BIJI-BIJI INITIATIVE FOR JPPKK STAFF       ...
02/03/2026

26 FEB 2026 | GENERATIVE AI AND AGENTIC AI TRAINING MODULES CONDUCTED BY THE BIJI-BIJI INITIATIVE FOR JPPKK STAFF

The Biji-Biji Initiative, in partnership with Microsoft, supports TVET upskilling efforts to prepare educators and students for the future workforce through the AI TEACH for ASEAN programme. The initiative equips TVET teachers with essential AI and digital competencies, strengthening industry alignment and enhancing graduate employability in a rapidly evolving digital economy.

As part of this effort, specialised modules on Generative AI and Agentic AI are introduced for JPPKK staff to enhance institutional readiness. The Generative AI module focuses on practical applications such as lesson planning, assessment design, and administrative productivity, while the Agentic AI module introduces goal-driven systems for workflow automation and improved student support. Together, these modules strengthen digital capabilities and support AI integration across TVET curriculum delivery and institutional operations.

27 FEB 2026 | SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN DAN MAKANAN MALAYSIA (MSAE)Persatuan Jurutera Pert...
27/02/2026

27 FEB 2026 | SESI KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN JURUTERA PERTANIAN DAN MAKANAN MALAYSIA (MSAE)

Persatuan Jurutera Pertanian dan Makanan Malaysia (MSAE) telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Rosnah Shamsudin selaku Presiden MSAE bersama barisan pengurusan MSAE manakala di pihak JPPKK dipengerusikan oleh Tuan Haji Ulaimi bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) turut disertai Encik A.Azman bin Arshad, Pengarah Perancangan Program dan Institusi (BPPI) serta barisan wakil pengarah bahagian.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk menjalin serta memperkukuh hubungan kerjasama dua hala, membincangkan potensi kolaborasi strategik dalam bidang TVET, penyelidikan gunaan serta pembangunan teknologi berkaitan sektor pertanian dan makanan disamping meneroka penglibatan JPPKK dalam pelbagai program profesional anjuran MSAE.

14/02/2026
Kunjungan Hormat oleh University of Cyberjaya (UoC)Satu kunjungan hormat oleh University of Cyberjaya (UoC) kepada Jabat...
04/02/2026

Kunjungan Hormat oleh University of Cyberjaya (UoC)

Satu kunjungan hormat oleh University of Cyberjaya (UoC) kepada Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) telah diadakan bagi meneroka dan memperkukuh peluang kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi, khususnya melibatkan JPPKK.

Kunjungan ini bertujuan untuk:

Menjalin kerjasama strategik antara UoC dan JPPKK.

Menyediakan peluang pendidikan kepada lepasan Politeknik dan Kolej Komuniti, khususnya pelajar Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di UoC.

Mewujudkan perkongsian strategik yang mengintegrasikan pendidikan tinggi, pembangunan serta pemerkasaan sosioekonomi.

Menjamin kelestarian kerjasama jangka panjang yang mampu memberi impak positif dan berpanjangan kepada komuniti serta sektor pendidikan tinggi negara.

Butiran Program:

Tarikh: 4 Februari 2026 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Bilik Bunga Raya, Aras 7, Galeria PjH, W.P. Putrajaya

SESI PERBINCANGAN STRATEGIK: JPPKK X ALTICA SDN. BHD. – KE ARAH PERSEKITARAN KERJA LEBIH SELAMAT22 Jan 2026 | Satu sesi ...
22/01/2026

SESI PERBINCANGAN STRATEGIK: JPPKK X ALTICA SDN. BHD. – KE ARAH PERSEKITARAN KERJA LEBIH SELAMAT

22 Jan 2026 | Satu sesi perbincangan potensi kolaborasi telah diadakan antara JPPKK bersama Altica Sdn. Bhd. bagi membincangkan cadangan pengenalan dan pemasangan alat Automated External Defibrillator (AED) di Ibu Pejabat JPPKK.

Antara intipati utama perbincangan:

✅ Kepentingan AED & "Minit Emas": Dr. Asnawi Ahmad (CEO Altica) menekankan kepentingan AED sebagai aset kritikal bagi menyelamatkan nyawa semasa kecemasan serangan jantung terhenti (Sudden Cardiac Arrest) dalam tempoh 3 minit pertama.
✅ Teknologi Mesra Pengguna: Peranti AED jenama Amoul yang dicadangkan mempunyai kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan dilengkapi arahan suara dwibahasa bagi memudahkan penggunaan oleh orang awam.
✅ Pembangunan Kapasiti: Cadangan penganjuran bengkel latihan CPR dan penggunaan AED secara praktikal untuk meningkatkan keyakinan serta kesiapsiagaan kakitangan JPPKK.
✅ Model Perolehan Fleksibel: Perbincangan turut menyentuh kaedah perolehan melalui pembelian terus atau sewaan komprehensif, termasuk potensi peluasan ke rangkaian Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

Sesi yang dipengerusikan oleh Ts. Jason Choy Min Sheng (Timbalan Pengarah BKIK) ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Bahagian BKP, BKKPK, BPPI, dan BGC bagi memastikan aspek governan dan pelaksanaan yang terbaik.

Semoga usaha murni ini dapat memupuk budaya "Pejabat Selamat" dan meningkatkan kesiapsiagaan warga JPPKK dalam menghadapi situasi kecemasan medikal.

📅 Tarikh: 22 Disember 2025 (Khamis) 📍 Tempat: Bilik Siantan 2, BKIK, JPPKK

7 Jan 2026 | Sesi perbincangan bersama Koperasi Mayura telah diadakan bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam us...
08/01/2026

7 Jan 2026 | Sesi perbincangan bersama Koperasi Mayura telah diadakan bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam usaha memperkasa golongan B40 yang kurang pendedahan terhadap pembangunan kendiri, khususnya dalam bidang keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat. Inisiatif ini bertujuan membuka lebih banyak ruang akses kepada ilmu, kemahiran dan peluang peningkatan sosioekonomi secara mampan.

Melalui kerjasama yang dicadangkan bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), usaha ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pemangkin utama pembangunan modal insan serta arus teknologi yang semakin pesat berkembang, sejajar dengan keperluan industri semasa.

Koperasi Mayura Berhad
Tarikh : 7 Januari 2026 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Bunga Raya, Aras 7, Galeria PjH, W.P. Putrajaya

23 DIS 2025 | Sesi perbincangan yang diadakan bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam penggunaan Smart Vending M...
30/12/2025

23 DIS 2025 | Sesi perbincangan yang diadakan bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam penggunaan Smart Vending Machine yang berfungsi membekalkan makanan sedia dimakan melalui teknologi pemprosesan retort. Inisiatif ini berpotensi untuk menyediakan kemudahan akses kepada makanan yang selamat, berkualiti dan tahan lama kepada para pelajar, khususnya pelajar yang menetap di kamsis, di samping memberi manfaat kepada kakitangan POLYCC. Pelaksanaan kemudahan ini sejajar dengan usaha institusi dalam meningkatkan kesejahteraan warga kampus serta menyokong gaya hidup moden dan inovasi teknologi.

Syarikat Hai Soon Leong Sdn. Bhd.
Tarikh : 23 Disember 2025 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Bunga Raya, Aras 7, Galeria PjH, W.P. Putrajaya

Address

Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Aras 7, Galeria PjH, Jalan P4W

62100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BKIK, JPPKK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your school to be the top-listed School/college?

Share